Jv Saya Bantu Anda Bayar Hutang Kad Kredit Guna Duit Komisen Affiliate Nak


Pelawat dan pembaca blog ini, terdiri daripada pelbagai lapisan masyarakat.
 
Apabila saya meneliti statistik blog ini, saya dapati ada ramai juga mereka yang melayari laman blog ini sebab nak cari tips macam mana nak selesaikan masalah hutang kad kredit.

Sekiranya anda juga ada masalah hutang kad kredit dan berhasrat untuk cepat-cepat selesaikan hutang tersebut, saya syorkan anda sertai program affiliate dan jana pendapatan melalui program tersebut.
 
Program affiliate adalah percuma untuk disertai. Duit yang anda perolehi menerusi program affiliate ini nanti, bolehlah anda gunakan untuk bayar hutang kad kredit.
 
Kalau sebelum ini, anda perlu bayar RM300 setiap bulan as a minimum payment untuk langsaikan hutang kad kredit, dengan adanya pendapatan dari program affiliate contohnya sebanyak RM150 setiap bulan, maka anda bolehlah buat bayaran lebih, iaitu sebanyak RM450 setiap bulan.
 
Dengan ini, In Shaa Allah hutang kad kredit anda akan habis lebih awal.
 
Betul ke boleh buat duit melalui program affiliate? Absolutely!
 
Menerusi program affiliate sememangnya boleh hasilkan pendapatan. Kalau anda lihat arkib blog ini, dulu saya banyak bercerita tentang komisen-komisen affiliate yang saya berjaya hasilkan daripada kerja-kerja penulisan blog.

 
Tapi sekarang ni saya dah mula rasa malas nak tulis artikel macam tu. Sekarang ini saya lebih suka menulis artikel yang saya yakin betul-betul boleh berikan nilai tambah kepada pembacanya.
 
Pada hari ini saya lebih suka menulis artikel yang memberi jawapan kepada sesuatu persoalan, artikel yang boleh bantu berikan idea dan sebagainya. Namun ini tak bermaksud saya sudah tak menerima sebarang komisen affiliate. Saya cuma dah malas nak update pasal komisen yang saya terima, itu sahaja.
 
Apa bukti yang program Affiliate boleh hasilkan duit?  Saya join macam-macam program affiliate.
 
Kadang-kadang ada program yang saya sendiri terlupa yang saya ada join. Program yang saya terlupa tu, lazimnya saya memang tak buat kerja-kerja pemasaran dan pendapatan dari program tersebut pun biasa-biasa sahaja.
 
Tapi saya rasa baik saya tunjukkan beberapa screenshot pendapatan yang saya perolehi menerusi program affiliate.
 
Ini adalah dari program affiliate Klikjer.
 
Saya dah agak lama join program affiliate klikjer, tapi sehingga ke hari ini saya baru hasilkan komisen sebanyak RM8 ribu lebih sahaja. 

Atas ini adalah untuk akaun personal klikjer milik saya.
 
Bawah ini pula adalah akaun affiliate milik salah seorang klien saya. Saya yang handle akaun milik beliau dan kerja pemasaran 100% saya yang jalankan.

Kalau melihat kepada statistik diatas ini, jumlah komisen yang telah diperolehi adalah sebanyak RM1 ribu lebih. Boleh dikatakan setiap bulan klien saya ini akan dapat komisen affiliate sekitar RM100++
 
Komisen dibayar terus ke akaun bank milik klien saya, dan seterusnya terpulang pada dia nak buat apa pun dengan duit tu. Sama ada nak buat bayar hutang, atau sekadar nak enjoy… itu semua terpulang pada dia.
 
Oh saya juga ada buat satu lagi akaun affiliate dengan pihak klikjer sebagai eksperimen.

Oleh sebab ini cuma akaun eksperimen jadi saya tak begitu aktif buat kerja-kerja pemasaran. Tapi setakat hari ini akaun tersebut telah menjana pendapatan sebanyak RM320.
 
Kaedah pemasaran yang saya gunakan? Saya tulis artikel, masukkan link affiliate dalam artikel, dan tinggal. Itu sahaja.
 
Bawah ini pula adalah komisen affiliate dari program affiliate Involve Asia.

Saya sempat screenshot halaman ini sebelum nak buat pengeluaran duit. Syarat untuk dapat bayaran adalah kena tunggu income affiliate mencecah RM80 minima.
 
Bila nak cash out, hanya perlu tekan butang withdraw dan permohonan untuk cash out akan diproses. Bolehlah dapat RM100 lebih dari Involve Asia baru-baru ni.
 
Seterusnya, ini adalah program affiliate anjuran LeadKartel.com

Untuk bulan Ogos masih belum ada komisen yang terhasil, jadi saya tunjukkan antara komisen yang saya berjaya perolehi untuk bulan Julai. Semua komisen ini statusnya masih pending. Kena tunggu pihak pengurusan approve dulu, seterusnya baru dia akan bayar ke akaun bank.
 
Alhamdulilah, ada lebih 10 komisen yang terhasil.
 
Screenshot dibawah ini adalah program affiliate persendirian milik salah seorang usahawan internet yang saya kenali.

Saya dah lama tak buat sebarang kerja-kerja pemasaran. Sales yang terhasil ini saya percaya berpunca daripada artikel-artikel terdahulu yang saya pernah siarkan dalam blog ini.
 
Seterusnya, ini komisen dari laman web jual buku, Bookcafe.com.my

Komisen jual buku ini tak adalah tinggi sangat. Ada yang cuma sen-sen, ada yang beberapa ringgit, bergantung kepada nilai pembelian buku oleh pelanggan.
 
Kalau nak cakap pasal bukti, sebenarnya banyak lagi program affiliate yang saya sertai. Tapi saya rasa cukuplah saya tunjukkan beberapa ini sahaja. Nak tunjuk banyak-banyak pun, for what? Saya bukannya nak jual barang, jual ebook atau apa.
 
Apa yang saya nak sampaikan ialah, kita boleh duit melalui program affiliate dan kaedah pemasaran yang saya gunakan memang berkesan untuk jana pendapatan. Itu sahaja yang perlu anda tahu.
 
Bagaimana cara dan tips untuk selesaikan hutang kad kredit? Saya percaya, sebelum anda temui artikel yang saya tulis ini, anda dah pernah jumpa banyak laman web yang menceritakan tentang teknik-teknik atau strategi yang anda boleh gunakan untuk settlekan hutang kad kredit.
 
Antaranya
(1) Pastikan bayar lebih daripada amaun minimum yang diminta atau
(2) Kalau tak mampu bayar lebih, kena pastikan bayar minimum
(3) Bayar on time
(4) Kurangkan penggunaan kad kredit
(5) Kurangkan jumlah kad kredit
(6) Tukarkan hutang kad kredit kepada term loan yang anda mampu untuk bayar bulanannya dan interest rate lebih rendah
(7) Buat kad kredit baru dan seterusnya buat balance transfer
(8) Guna duit simpanan anda untuk bayar hutang kad kredit
(9) Jimatkan perbelanjaan dan gunakan duit yang dijimatkan untuk bayar hutang
(10) Tambahkan pendapatan

Kesemua tips yang dibincangkan oleh pakar-pakar kewangan semuanya bagus. Tak ada masalah. Tapi persoalannya ialah, adakah ianya membantu menyelesaikan masalah hutang kad kredit anda? 
 
“Adakah anda berminat untuk tambahkan pendapatan untuk bayar hutang kad kredit anda tu?” Kalau jawapan anda adalah ya, saya ada tawaran untuk anda. Baca dan fahamkan betul-betul apa yang saya tawarkan disini.
 
Saya tak jual apa-apa, dan saya tak minta anda beli apa-apa. Tapi kalau anda rasa apa yang saya cadangkan kepada anda adalah baik untuk anda, maka ambil peluang ini.
 
Ini adalah program usahasama atau biasa juga orang panggil sebagai Joint Venture (JV) project.
 
Bermakna, bagi memastikan kejayaan projek ini, ia memerlukan usaha dan penglibatan aktif dua pihak, iaitu anda dan juga saya. Kena dua-dua pihak main peranan, barulah peluang untuk berjaya lebih tinggi.
 
Dari mana datangnya sumber pendapatan? Duit akan datang melalui program affiliate. Diluar sana ada terlalu banyak laman web yang menawarkan program affiliate, namun kena pandai pilih supaya tak tersalah mempromosikan program atau produk yang scam.
 
Saya akan tengok dulu laman web yang tawarkan program affiliate, kalau ok baru kita akan gunakan website tersebut sebagai sumber untuk buat duit online.
 
Kalau anda pilih program atau produk yang sama seperti yang saya senaraikan di dalam posting senarai website yang boleh jana pendapatan online pada tahun 2019, sepatutnya tak ada masalah.
 
Apa yang anda perlu lakukan? Sila fahamkan betul-betul, bahagian ini. Kalau masih tak jelas, boleh hubungi saya untuk tanya dengan lebih lanjut. Tapi saya lebih suka kalau anda baca betul-betul sampai faham sebelum nak terus bertanya.
 
Saya ada banyak benda lain nak dibuat selain daripada menjawab soalan yang sebenarnya dah ada jawapan, tapi anda tak baca.
 
Ini apa yang anda perlu lakukan.
 
Pertama, pilih mana-mana program affiliate dan daftar sebagai ejen
Pastikan program affiliate tersebut tidak meletakkan syarat seperti hanya trafik dari laman web tertentu sahaja yang akan diterima sebagai pembelian yang sah dan komisen hanya akan di approve jika trafik dari laman web tertentu sahaja.
 
Maksudnya? Saya bagi contoh la senang.
 
Dalam program affiliate Involve Asia, komisen hanya akan di approve kalau ianya berlaku di laman web yang kita telah daftarkan dengan program mereka sahaja. Kalau jualan berlaku hasil daripada promosi di laman web orang lain, seperti di twitter, facebook atau iklan di blog orang lain, komisen yang terjana tidak akan dikira.
 
Ikut pengalaman saya, kalau program affiliate seperti Klikjer, On Pay, dan lain-lain tak ada masalah seumpama ini.
 
Kedua, mula menulis artikel pemasaran dan hantarkan draf artikel untuk saya semak
Ya, anda kena buat kerja.
 
Kerja anda selepas dah daftar program affiliate adalah menulis artikel pemasaran. Tulislah artikel yang relevan dan yang berkaitan dengan produk yang hendak dipromosikan.
 
Katakanlah, anda memilih untuk mempromosikan ebook Bisnes Shopee yang dijual oleh pihak Klikjer.

Berikut adalah contoh-contoh artikel yang anda boleh tulis untuk mempromosikan ebook ini
Tips hasilkan jualan sehingga RM10 ribu dengan berbisnes di Shopee 10 jenis barang yang viral yang boleh diperolehi dengan harga murah di Shopee Cara tingkatkan jualan di apps Shopee 10 Sebab kenapa anda patut berniaga di Shopee hari ini juga  
Berapa banyak artikel yang perlu ditulis? Terpulang kepada anda. Namun, dari pengalaman saya membuat pemasaran melalui artikel, saya dapati lagi banyak artikel yang anda tulis, lagi tinggi peluang untuk dapatkan jualan dan memperolehi komisen.
 
Untuk hasil yang lebih baik, pastikan bilangan patah perkataan artikel tersebut adalah 1,000 patah perkataan dan keatas.
 
Ketiga, saya akan semak draf artikel yang telah anda hasilkan dan jika tiada masalah saya akan siarkan di dalam blog ini
Bermula pada step ketiga ini, peranan saya akan bermula.
 
Pertama, saya akan semak artikel yang anda tulis. Jika terdapat kesalahan ejaan, struktur bahasa yang saya rasa tak berapa menarik akan saya edit, dan jika dari segi copywriting nampak macam bermasalah, saya akan betulkan.
 
Selain itu, jika saya merasakan konten anda tak cukup kuat, atau ada point lain yang perlu ditambah, saya akan bantu tambah supaya dapat terhasil satu artikel yang lebih power dan padat.
 
Selepas saya betul-betul puas hati, barulah saya akan siarkan artikel tersebut didalam blog ni.
 
Kenapa perlu siarkan dalam blog ini? 
Ada beberapa sebab
(1) Blog ini memang sudah ada trafik yang konsisten dan secara purata jumlah views adalah sekitar 40 ribu ke 50 ribu sebulan
 
(2) Apabila artikel disiarkan dalam blog ini, lebih mudah untuk saya monitor perkembangan artikel tersebut
 
(3) Blog ini adalah antara blog yang saya selalu update, jadi sesekali saya boleh bantu promosikan artikel yang anda telah tulis dengan membina linkback kepada artikel yang anda hasilkan.
 
Selain itu, saya juga akan bantu dari aspek Search Engine Optimization (SEO) supaya artikel yang anda tulis ada peluang untuk masuk ke muka surat pertama Google bagi kata kunci yang bakal disasarkan.
 
Kalau anda rasa pening tentang konsep SEO, anda boleh abaikan sahaja. Fokus kepada untuk menulis artikel yang berkualiti. Itu sahaja.
 
Keempat, apabila berjaya dapat jualan hasil daripada artikel yang anda siarkan dalam blog saya, anda simpan duit tersebut 100% 
Ya, anda tak tersalah baca.
 
Sebarang komisen yang terhasil, anda simpan duit tersebut tanpa perlu berkongsi walau 1 sen pun dengan saya. Sebarang pembayaran komisen, duit tersebut akan dibayar terus ke akaun bank anda tanpa perlu melalui saya.
 
Pendapatan melalui program affiliate ini ada naik dan turun. Ia lebih kurang sama macam kita buat bisnes. Ada masa komisen dia tinggi, ada masa komisen dia rendah.
 
Peringkat permulaan, atau bulan pertama, ada kemungkinan yang anda langsung tak berjaya dapat komisen.
Tapi kebiasaannya, setelah anda berjaya memperolehi komisen yang pertama, ia akan terus masuk ke akaun anda secara konsisten.
 
Inilah istimewanya program affiliate apabila digandingkan dengan teknik pemasaran Search Engine Optimization (SEO).
 
Adakah tawaran JV ini free? Tawaran ini saya buka hanya kepada individu yang ada masalah dengan hutang kad kredit sahaja. Kalau yang tak ada masalah hutang, tak perlulah nak sertai projek usahasama ini.
 
Anda sepatutnya boleh berikhtiar dengan cara lain.
 
Saya nak kata, yang projek ini 100% percuma dan anda tak perlu bayar apa-apa kepada saya, tapi setelah mengambil kira beberapa perkara, saya terpaksa mengenakan bayaran walaupun sedikit.
 
Bayarannya sangat minima, dan saya percaya even budak sekolah pun tak akan rasa terbeban dengan kadar bayaran yang saya kenakan.
 
Kenapa perlu bayar? Kata nak bantu, tak ikhlas ke?
Saya memang serius nak bantu anda. Langsung tak ada niat nak ambil kesempatan terhadap masalah yang anda sedang hadapi.
 
Tapi pada masa yang sama, anda perlu tahu, saya juga ada kerja, komitmen dan projek lain yang saya perlu fokus.
 
Ini adalah perkara-perkara yang saya boleh bantu dalam menjayakan projek buat duit ini.
(1) Saya akan bantu edit draf artikel yang anda tulis
(2) Saya bantu dari segi SEO
(3) Kalau anda tak pandai menulis, saya bagi format penulisan yang anda boleh ikuti
(4) Saya akan bantu berikan point tambahan jika saya rasa artikel anda tak cukup kuat
(5) Artikel disiarkan dalam blog saya, jadi anda tak perlu risau sewa domain dan hosting
(6) Blog saya memang dah ada trafik, jadi artikel anda akan terima trafik lebih mudah
 
Kesemua ini akan memakan masa saya. Kerja-kerja editing, ia bukannya semudah yang disangka. Kena betulkan ayat, tambahkan gambar yang sesuai, masukkan link affiliate anda ditempat yang sepatutnya, dan beberapa lagi perkara.
 
Saya tidak akan mengenakan anda caj sehingga RM100 untuk setiap satu artikel yang disiarkan dalam blog ini, seperti mana saya caj klien saya yang lain.
 
Tapi khas untuk anda, ya anda yang sedang ada masalah dengan hutang kad kredit, saya kenakan caj sebanyak RM10 sahaja untuk satu artikel yang bakal saya edit dan siarkan diblog ini.
 
“Kalau macam tu baik saya buat blog sendiri, tulis artikel sendiri…” Ya, memang boleh. Sebenarnya itu lebih baik dan saya sangat galakkan. Dari situ nanti bolehlah anda tahu cabarannya untuk membina sebuah blog, bangunkan blog tersebut, dapatkan trafik dan seterusnya buat duit dengan blog tersebut.
 
Kalau anda ambil tawaran ini, anda sebenarnya dah skip beberapa langkah dan proses untuk buat duit jadi lebih mudah.
 
Saya rasa LEGA sebenarnya bila dah berjaya siapkan dan siarkan artikel ini. Selagi artikel ini saya tak siapkan, selagi saya masih belum buka tawaran ini, saya asyik fikir pasal benda ini.
 
Boleh kata hampir setiap masa saya asyik fikir pasal benda ini.
 
Saya tahu formula, tahu teknik dan strategi untuk jana pendapatan tambahan secara online, dan boleh bantu orang lain yang ada masalah hutang kad kredit, sama seperti yang saya pernah alami dulu tapi saya tak cuba membantu…
 
Jauh dilubuk hati, saya rasa
“Teruk betul aku ni… aku mampu tolong, tapi kenapa aku pilih untuk jadi selfish dan tak cuba membantu?”
 
Sekarang ini, saya dah buat tawaran. Setakat ini sahaja yang saya mampu tolong. Saya dah buat duit dengan program affiliate sejak tahun 2014 lagi.
 
Kemudian saya mula bantu klien saya untuk buat duit dengan program affiliate, menggunakan cara yang sama yang saya gunakan untuk buat duit untuk diri sendiri.
 
Sekarang ini, terpulang kepada anda.
 
Kalau anda rasa minat dengan tawaran JV ini, hubungi saya menerusi halaman ini. Kita boleh bincang dengan lebih lanjut.
 
Bayaran yang saya kenakan sebanyak RM10 hanyalah one time payment sahaja untuk kerja-kerja yang bakal saya buat untuk anda nanti.
 
Seterusnya, apabila anda sudah mula jana komisen affiliate, anda akan dapat bayaran yang berkali ganda lebih tinggi berbanding yang anda bayar pada saya.
 
Tawaran ini akan saya tutup apabila saya sudah mula sibuk dengan projek lain.
 
Saya masih ingat lagi, dulu waktu saya sedang ada masalah yang agak kritikal dengan hutang kad kredit, saya juga mendapat bantuan untuk selesaikan hutang-hutang tersebut. Kali ini giliran saya untuk cuba membantu.
 
Oh by the way, saya tertinggal sesuatu.
 
Bagi mereka yang ada masalah hutang kad kredit dan rasa susah nak bayar, boleh juga hubungi pihak AKPK dan minta bantuan mereka untuk negotiate kadar hutang dan buat penjadualan semula.
 
Anda masih kena bayar hutang, dan selagi mana anda tidak mencipta sumber pendapatan baru, selagi itu anda akan terus dibebani hutang.
 
Satu lagi, saya akan minta anda untuk buktikan yang anda benar-benar ada masalah hutang kad kredit, sebab saya tak nak tawaran ini diambil oleh orang yang saja-saja nak make profit cara mudah dan murah! 
 
 
The post [JV] Saya bantu anda bayar hutang kad kredit guna duit komisen Affiliate! Nak? appeared first on Blog Sabree Hussin.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.sabreehussin.com/bayar-hutang-kad-kredit-dengan-komisen-affiliate/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Saya Nak Derma Buah Pinggang Untuk Bayar Hutang Ah Long Rm3 000

Saya Nak Derma Buah Pinggang Untuk Bayar Hutang Ah Long Rm3 000

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 478 hits
The ReporterViral di media sosial gambar seorang lelaki memegang plakad yang mengatakan dia mahu menjual buah pinggangnya kerana terdesak untuk membayar hutang Ah Long Saya ingin derma buah pinggang darah jenis B tulisnya di plakad itu bers...
Bapa Buang Malu Bayar Harga Telefon Bimbit Anak Guna Duit Syiling

Bapa Buang Malu Bayar Harga Telefon Bimbit Anak Guna Duit Syiling

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 504 hits
Bapa buang malu bayar harga telefon bimbit anak guna duit syiling Setiap ibu bapa inginkan yang terbaik untuk anak anaknya Sebab itu mereka tidak kisah membanting tulang untuk mencari rezeki demi kebahagian cahaya mata Namun begitu bukan se...
Joanna Panik Guna Duit Sendiri Rm55 000 Supaya Cek Najib Tidak Ditendang

Joanna Panik Guna Duit Sendiri Rm55 000 Supaya Cek Najib Tidak Ditendang

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 350 hits
Saksi yang merupakan bekas Pengurus Perhubungan Ambank Joanna Yu hadir untuk perbicaraan bekas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kes SRC International Sdn Bhd di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur foto NOOREEZA HASHIM KUALA LUMPUR Saks...
Tak Halalkan Pun Takpe Saya Nak Duit Saya Jer Pelanggan Biadab Aniaya Peniaga Durian

Tak Halalkan Pun Takpe Saya Nak Duit Saya Jer Pelanggan Biadab Aniaya Peniaga Durian

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 325 hits
The ReporterBuah durian terkenal dengan jolokan raja segala buah kerana dengan keenakan rasa dan juga harga buah tersebut Walaupun dikatakan harga buah durian mahal tetapi orang ramai tetap membelinya Wanita ini berkongsikan kisah di sebali...
Pegawai Bank Mengaku Guna Duit Sendiri Untuk Kawal Atur Akaun Najib

Pegawai Bank Mengaku Guna Duit Sendiri Untuk Kawal Atur Akaun Najib

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 271 hits
KUALA LUMPUR Seorang bekas pegawai bank yang menguruskan akaun Datuk Seri Najib Tun Razak di AmBank memberitahu Mahkamah Tinggi di sini hari ini bahawa dia terpaksa menggunakan wangnya sendiri untuk mengawal atur akaun itu pada 2014 Joanna ...
Bayar Bil Guna Sarawak Pay Jimat Berganda

Bayar Bil Guna Sarawak Pay Jimat Berganda

papar berkaitan - pada 8/8/2019 - jumlah : 759 hits
Bayar Bil Guna SARAWAK PAY Jimat BergandaApps Sarawak PaySiapa dah guna apps Sarawak Pay sini Kalau belum guna apps ni sekarang anda boleh dah download apps ni di playstore okey Apa kelebihan apps Sarawak Pay Ok meh nak ringkaskan Sarawak P...
Grab Potong Lebih Komisen Kerajaan Akan Ambil Tindakan Jika Gagal Bayar Semula

Grab Potong Lebih Komisen Kerajaan Akan Ambil Tindakan Jika Gagal Bayar Semula

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 281 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Saya Tak Akan Bagi Ibu Saya Duit Tak Berkat Sarah Buat Pendedahan Untuk Bantu Wanita Lain

Saya Tak Akan Bagi Ibu Saya Duit Tak Berkat Sarah Buat Pendedahan Untuk Bantu Wanita Lain

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 428 hits
Saya Tak Akan Bagi Ibu Say Duit Tak Berkat Sarah buat pendedahan untuk bantu wanita lain Pelakon Sarah Hildebrand menjelaskan tindakannya membuat pendedahan secara terbuka tentang punca hubungan cinta yang dibina selama lima tahun putus ada...
Pas Mocks Madani Gov T After Pmx Loosely Faulted Rushed Flawed Trials Of High Profile Cases Post 2018 Ge

Sah Kes Najib Razak Cacat

Icac Found No Case Rahman Dahlan Defends Musa S Appointment

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Tenure Of Sabah Sarawak S Top Judge Extended Says Source

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Cinta Bukan Milik Kita Slot Samarinda TV3


Kata Kata Motivasi Tahun Baru 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025