Jutawan Bersama Affiliate


Lately ni bila buka Thread, selalu lalu orang share snippet chat, tak pun snippet dari penyata bank dia yang mengatakan income kemasukan dari Affiliate yang dia buat. Memang nampak masyukla bila hampir penuh timeline Threads aku dengan perkara ni.Pastu, dia jadi macam tertanya-tanya.
Betul ke dengan affiliate ni kita boleh jana pendapatan yang jutawan? Sebab perkara tu tak pernah jadi dekat diri sendiri jadi keraguan tu tersangatlah tinggi.
Scroll lagi beberapa minit, ada lagi thread-ian yang share betapa mudahnya hidup dia selepas join affiliate dari sekian-sekian sumber. Hurm…musykil ni.
Betul ke kawan? Dengan kita copy paste ayat dari team support group ni boleh jadikan kita jutawan?
Kalau semudah itu kenapa kondisi ekonomi kita masih juga di takuk perit begini? Barang tetap juga naik mendadak seolah tak nampak langsung nilai matawang yang dijana tu…
Okaylah, katalah aku skeptikal dengan pendekatan begini, tapi sebenarnya nak tabur link affiliate kita dan pastikan ia membuahkan hasil tu tidaklah segampang orang yang asyik ceritakan keindahan mendapat income tidur hingga enam tujuh angka ni. Ada ceritanya yang kita sendiri tahu apa sebenarnya proses yang kita perlu lakukan tapi sebab kita malas tadi, jadinya orang lainlah dapat hasilnya instead of…. kita.
Huh.
Jadi betullah bila kita usaha dengan gigih tanpa putus asa boleh jadikan affiliate sebagai sumber pendapatan kita? Yup.
Tapi ini bukan kerja untuk yang suka tidur. TIDAK!
Ini kerja untuk mereka yang RAJIN. Okay aku ulang lagi sekali dengan bold dan huruf besar; RAJIN.
Jadi, takde benda pun yang boleh dikatakan sebagai ‘sleep income’ sebab semua income ni perlukan tidur yang kurang pada jangka masa panjang untuk kita jadikan ia sebagai passive income.
Nah….kau cepat sangat mengalah jangalah join perkara macam ni. Aku tahu kau just nak ‘tahu-tahu untung’. Mana mahu nak lalui proses perit, proses telur bertahun tak pernah pecah.
Kadang rasa macam malas even dah ada support group. Sebab kau rasa dah jadi macam scammer. Dok ulang repeat ayat sama.
Namalah marketing. Marketing ni kena berulang untuk tanam dalam minda bawah sedar manusia. Sebab minda bawah sedar mereka yang menghasilkan keputusan yang penuh instead of minda yang sedar ni. Dalam bahasa omputihnya ‘subconscious mind’….
Sebab tu lah kan, kalau kau ada cara lain yang lebih mempunyai ciri unik, kau explore je semua dulu sebelum cipta identiti unik kau. It’s OKAY… takde siapalah nak hukum kau bila mencuba ni. Namalah cuba kan…
Kena pulau tu normal. Sebab kau belum jumpa rentak diri untuk kamceng dengan cara apa bagi hasilkan hustle yang jana duit. It’s OKAY beb… no one cares…
Betul tu…kau buatlah apa pun orang tak pernah kisah. Apa-apa semua tertakluk pada kau. Kau rasa kau buat macam ni, dah macam scammer. It’s okay. Be a scammer. hahahahahahaha
Adoyai….haihhh keras ya dunia ni kawan sampai kau sendiri sanggup menjerumuskan diri ke kancah scammer…
Ada tu yang menunggang berita lain, lepas tu letak link affiliate. Nahhhh inikan caranya scammer nih. Yang penting dia untung. Orang marah ke maki dia ke kisah pulak dianya…
Heiii jangan begitulah kawan. Biarlah income tu bersih jernih tulus tak menyakiti…che che che che….kau sembang kemain beria ya.
Jadi, kau rasa kau boleh jadi jutawan bersama affiliate?
Menung apa lagi…dah berapa banyak kau bazir cuba itu ini…buatnya tidak. Pastu salahkan medium kata tu semua scammer. Choi…
Takpe cuba je, ada rezeki dapat, dapatlah. Belum rezeki sampai, redhalah…sebab rezeki datang selepas usaha. Dah usaha masih juga belum sampai…belum rezeki kita. Sabar dan usaha lagi. Jangan putus asa pulak. Keep going buddy!

Alright, cukuplah setakat ni aku membebe gais. Salam berusaha memajukan diri sendiri, agama dan bangsa. Semoga segala niat kita ke arah menjayakan impian dipermudahkan segalanya. Aminnn.
Adios amigos!
The post Jutawan Bersama Affiliate? first appeared on Sofie Adie.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://sofieadie.com/jutawan-bersama-affiliate/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=jutawan-bersama-affiliate

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cara Jadi Affiliate Marketer Yang Hebat

Cara Jadi Affiliate Marketer Yang Hebat

papar berkaitan - pada 22/3/2025 - jumlah : 134 hits
Apa faktor yang menjadikan seseorang Affiliate Marketer itu Hebat Pada pandangan saya bidang affiliate marketing ini adalah antara bidang yang banyak orang salah anggap Ada orang menyangkakan bidang ini adalah satu bidang yang mudah untuk d...
Kejayaan Top 5 Affiliate Niche Kerjaya

Kejayaan Top 5 Affiliate Niche Kerjaya

papar berkaitan - pada 23/3/2025 - jumlah : 73 hits
Kejayaan Top 5 Affiliate Niche Kerjaya Syukur alhamdullilah sepanjang penglibatan admin dalam dunia pemasaran affiliate telah mengajar erti apa itu marketing online Benarlah orang kata bila kita mencuba sendiri akan tahu penat lelah dan kes...
Insurance Premium Hike In Line With Bnm S Interim Measures Says Prudential

Allahuakbar Baru Baru Ni Ada Laporan Matahari Terbenam Dengan Cara Yang Aneh Di P

Menikmati Durian Black Thorn Di Titi Kerawang Stall Balik Pulau

Tik Tok Kena Banned

Nasib Ahli Perniagaan Didakwa Pukul Pengawal Peribadi Kerana Berpuasa Diketahui Jumaat Ini

Pmx Maklum Mahb Diserang Penggodam Tuntut Wang Tebusan Rm45 Juta Malaysia Tidak Akan Tunduk Dengan Kemahuan Mereka

Ap Centro Club A Modern Clubhouse Redefining Community Living In Thailand

Ustazah Asma Denies Abandoning Mcd S Boycott Claims Fake Online Posts Intends To Smear Her Repute


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Customer Centric Business Strategies

Andai Tiada Dia Raya

Kerja Kosong Unisza 2025 32 Jawatan Pelbagai Gred Ditawarkan

Rasa Ajar Masak Program Masakan Penuh Dengan Resipi Menarik

Ninso Naik Harga Semua Rangkaian Mulai 14 April 2025

Insentif Rebat Rahmah 2025 Internet Percuma Hari Raya