Just Because
Tenang hari tu seolah direntap kasar dari jiwa dia. Segalanya terus merubah persepsi dia pada dunia yang satu ini. Dunia yang dia boleh menyarung topeng untuk terlihat lebih mesra, lebih berjiwa manusia, lebih mudah untuk diperguna…
Namun, setelah peristiwa itu dia seolah sedar letak duduk dirinya. Dia bukan manusia yang itu. Dia sekadar ke dunia itu demi menyara diri dan keluarganya. Cukup. Bukan untuk diperlakukan sebegini..
Bukan dia sengaja untuk melakukan kesilapan. Perihal kecil yang boleh dijawab dengan;
“Takpelah, nanti pergi selesaikan dulu yang itu. Takde apalah..”
Semenjak detik itu, nyata dia hanya sekadar alas kaki…kuli untuk di tempat itu…
Hakikatnya memang perit untuk diterima. Tapi itulah realitinya…
Lantas segala gerbang, tembok dan perisai terus dia persiaga. Tidak mahu lagi leka sebegini. Tidak mahu lagi menjadi yang huha huha demi melihat yang lain merasa selesa. Tidak…itu persona sudah mati sejak dinista sebegitu hina.
Sagat terasa dalam hatinya. Walaupun punya pepatah berkata “Kenapa kau merasa renyuk jiwa bila diperkata manusia luar? Walhal diri kau juga yang mengenal dengan lebih baik…”
Namun dia gagal.
Tenang itu hadir sedikit telat saat itu. Semua perisai dia sudah sedia. Sekarang, hadaplah dia yang ini. Dia yang tidak lagi senang untuk bersembang hal-hal tanpa sebarang motif yang jelas.
Cukuplah detik ini mengajarnya.
Ada hikmahnya juga perkara sebegini terjadi. Tidaklah dia perlu bersusah itu ini demi melegakan hati manusia lain.
Nyata….bila punya kesedaran begini, dia auto terlihat antagonis pada mereka. Ya.
Snap….
Just because dia pernah bagi ruang sebegini rendah dia berhak untuk terus diinjak…tidak..
Dia juga berhak untuk meletak jarak dan mencipta sempadan.
Tenanglah jiwa. Kita sudah selesai satu kelegaan untuk perihal ini. …
Terima kasih atas pengalaman ini. Terima kasih menyedarkan dia…
Jelaslah dia tidak pernah salah dalam mencipta jarak sedari awal…demi jiwa yang lebih aman….

The post Just Because… first appeared on Sofie Adie.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sofieadie.com/just-because/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=just-because