Menerima Dan Menggunakan Dana Politik Untuk Tujuan Politik Bukan Kesalahan



Malaysia belum mempunyai undang-undang khusus berkaitan dana politik. Cadangan mengenainya telah dibincangkan di peringkat kerajaan sebelum ini tetapi belum ada rang undang-undang yang dibentangkan di Parlimen.
Parti-parti politik bergantung kepada sumbangan dana daripada penyumbang-penyumbang untuk membiayai pentadbiran dan kegiatan parti termasuk kempen pilihanraya. Perbelanjaannya besar.
Parti politik bukan entiti perniagaan yang boleh menjana pendapatan sendiri. Yuran ahli juga tidak cukup untuk menampung perbelanjaan parti.
Justeru, semua parti politik bergantung kepada sumbangan daripada ahli-ahli perniagaan, tokoh korporat, hartawan dan orang ramai untuk membiayai kegiatan parti.
Tidak ada undang-undang yang menghalang parti politik daripada menerima sumbangan dana politik.
Tetapi di negara kita terdapat ahli-ahli politik yang didakwa berhubung penerimaan dan penggunaan dana politik.
Bekas Menteri Wilayah Persekutuan dan bekas Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor didakwa di bawah Kanun Keseksaan atas kesalahan menerima suapan berjumlah RM2 juta daripada seorang ahli perniagaan. Wang ini dimasukkan ke dalam akaun syarikat yang dimiliki oleh beliau.
Beliau didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi tetapi kemudiannya dilepas dan dibebaskan oleh Mahkamah Rayuan setelah mahkamah mendapati wang tersebut digunakan untuk tujuan kempen Umno dalam pilihanraya kecil Sungai Besar dan Kuala Kangsar sebelum PRU14.
Maknanya, tidak salah untuk parti politik atau ahli politik menerima sumbangan daripada ahli perniagaan untuk tujuan dana politik. Ahli perniagaan ini pula mempunyai “urusan” dengan kementerian yang mana ahli politik yang didakwa adalah Menteri.
Namun, penerimaan wang daripada ahli perniagaan ini tidak dianggap sebagai “suapan” atau rasuah.
Bekas Menteri Belia dan Sukan dan bekas Ketua Armada Bersatu, Syed Saddiq, pula didakwa di bawah Kanun Kesesaksaan atas kesalahan bersubahat melakukan pecah amanah berkaitan dana parti.
Wang berjumlah RM1 juta dikeluarkan daripada akaun parti dan disimpan dalam bentuk tunai. Selain itu wang berjumlah RM100,000 hasil kutipan fundraising dinner untuk tujuan kempen pilihanraya dipindahkan masuk ke akaun bank peribadinya dan kemudian ke dalam akaun ASB miliknya.
Mahkamah Tinggi mendapati Syed Saddiq bersalah. Tetapi Mahkamah Rayuan melepas dan membebaskan beliau selepas didapati kesemua wang tersebut digunakan untuk tujuan politik. Mahkamah mendapati tidak ada satu sen pun digunakan untuk tujuan peribadi.
Kes ini sekali lagi mengesahkan bahawa sekiranya wang yang diterima oleh ahli politik digunakan untuk tujuan politik, ia bukanlah satu kesalahan.
Malah, wang tersebut boleh disimpan dalam bentuk pelaburan unit amanah oleh ahli politik (bermaksud tidak dibelanjakan) jika dapat dibuktikan wang itu adalah “reimbursement” bagi wangnya yang telah dibelanjakan untuk tujuan politik.
Contohnya, jika seorang ahli politik telah membelanjakan RM100,000 wang sendiri untuk tujuan politik, kemudiannya dia menerima sumbangan dana politik sebanyak RM100,000 daripada mana-mana pihak, wang itu boleh disimpan olehnya sebagai “reimbursement” atas perbelanjaan sendiri yang telah dikeluarkan sebelumnya.
Ini adalah kesan langsung daripada keputusan Mahkamah Rayuan dalam kes Syed Saddiq.
Mungkin selepas ini eloklah ahli-ahli politik menyimpan resit perbelanjaan wang sendiri yang telah digunakan untuk tujuan politik. Banyak boleh “claim”.
Tan Sri Muhyiddin pula didakwa atas pertuduhan salah guna kuasa di bawah Akta SPRM. Kes Tan Sri Muhyiddin pelik sedikit.
Wang tidak diterima oleh Tan Sri Muhyiddin. Tidak ada satu sen pun wang yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya atau akaun syarikatnya atau disimpan dalam bentuk tunai. Tidak ada. Kesemua wang dimasukkan terus ke dalam akaun parti Bersatu untuk tujuan dana politik.
Bukankah kes Tan Sri Muhyiddin lebih jelas berbanding kes Ku Nan dan Syed Saddiq?
Sudah tentulah apabila wang dimasukkan ke akaun parti, wang itu dibelanjakan untuk tujuan membiayai kegiatan parti. Wang ini adalah dana politik yang tidak boleh dianggap sebagai suapan atau rasuah.
Bukan mudah untuk “sailang” wang parti. Setiap transaksi ada rekod dalam penyata akaun bank parti. Akaun parti juga diaudit setiap tahun oleh auditor bertauliah. Jika ada penyelewengan, ia boleh dikesan.
Dalam kes Tan Sri Muhyiddin, tidak ada bukti wang parti digunakan untuk tujuan peribadi. Jika ada sudah tentu beliau didakwa atas kesalahan pecah amanah.
Tetapi tidak ada.
Kenapa Tan Sri Muhyiddin didakwa?
Jika sikap mahkamah (seperti dalam kes Syed Saddiq dan Ku Nan) ialah menerima, menyimpan dan menggunakan dana politik untuk tujuan politik bukanlah satu kesalahan, maka mahkamah boleh “buang kes” Tan Sri Muhyiddin dengan mudah
Sumber : Marzuki Mohamad
The post MENERIMA DAN MENGGUNAKAN DANA POLITIK UNTUK TUJUAN POLITIK BUKAN KESALAHAN appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2025/06/28/menerima-dan-menggunakan-dana-politik-untuk-tujuan-politik-bukan-kesalahan/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hiburan Dalam Dunia Politik Saya Hanya Orang Yang Kecil Saya Berdoa Saya Dapatkan Bersihkan Nama Syed Saddiq

Hiburan Dalam Dunia Politik Saya Hanya Orang Yang Kecil Saya Berdoa Saya Dapatkan Bersihkan Nama Syed Saddiq

papar berkaitan - pada 25/6/2025 - jumlah : 149 hits
Terbaru di Mahkamah Rayuan Ahli Parlimen YB Syed Saddiq berterima kasih kepada sesetengah pihak serta netizen yang tidak henti henti menyokongnya daripada awal Hanyalah insan kecil di dunia politik Kata Syed Saddiq 33 dirinya hanyalah sekad...
Politik Kebencian Pas Kian Bahaya Kata Guan Eng

Politik Kebencian Pas Kian Bahaya Kata Guan Eng

papar berkaitan - pada 27/6/2025 - jumlah : 151 hits
Malaysiakini nbsp nbsp Pemimpin veteran DAP Lim Guan Eng berpendapat politik kebencian yang dibawa PAS kini semakin berbahaya dan sarat dengan elemen perkauman seperti yang ditunjukkan seorang menantu Presiden PAS Justeru katanya ia mesti d...
Agenda Politik Rangkul Semua

Agenda Politik Rangkul Semua

papar berkaitan - pada 28/6/2025 - jumlah : 167 hits
Mukhlis EddieKritikan terhadap pendekatan runding bukan hukum seperti disebut PMX mungkin berkait dengan strategi mengekalkan kestabilan politik dan mendapatkan sokongan kem UMNO Jika ini benar ia membuka ruang kepada persepsi kompromi terh...
Dulu Orang Buat Juga Alah Takat Sikit Sikit Lam Politik Biasa Lawan Balik La

Dulu Orang Buat Juga Alah Takat Sikit Sikit Lam Politik Biasa Lawan Balik La

papar berkaitan - pada 24/6/2025 - jumlah : 160 hits
Ketua AMK Kamil Munim mengkritik peserta penunjuk perasaan di Sabah yang membakar karikatur Perdana Menteri Anwar Ibrahim Berdasarkan laporan Malaysikini Kamil yang juga setiausaha politik Anwar di Kementerian Kewangan berkata pembakaran ka...
Kdn Pertimbang Tindakan Undang Undang Kaitkan Kpn Dengan Parti Politik

Kdn Pertimbang Tindakan Undang Undang Kaitkan Kpn Dengan Parti Politik

papar berkaitan - pada 23/6/2025 - jumlah : 137 hits
Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail hadir pada Perhimpunan Bulanan Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya pada 23 Jun 2025 Foto Facebook Saifuddin Nasution IsmailPUTRAJAYA 23 Jun Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail kes...
Surat Kebenaran Ibu Bapa Tujuan Fungsi Contoh Surat

Surat Kebenaran Ibu Bapa Tujuan Fungsi Contoh Surat

papar berkaitan - pada 30/6/2025 - jumlah : 152 hits
Untuk mengadakan aktiviti yang dianjurkan oleh sekolah di luar sekolah yang melibatkan kehadiran murid pihak sekolah mestilah mendapatkan surat kebenaran ibu bapa bagi tujuan tersebut Ini bagi memastikan setiap murid yang menyertai aktiviti...
Ziarah Dr Dzul Menteri Kesihatan Kepada Hj Hadi Akhlak Islam Atau Politik Dalaman Pas Yang Resah

Ziarah Dr Dzul Menteri Kesihatan Kepada Hj Hadi Akhlak Islam Atau Politik Dalaman Pas Yang Resah

papar berkaitan - pada 18/6/2025 - jumlah : 114 hits
Oleh Syam GhazDalam Islam ziarah orang sakit adalah sunnah yang dituntut bukan sahaja kerana nilai kemanusiaan tetapi kerana ia disokong oleh hadis sahih bahkan disebut sebagai hak sesama Muslim Maka apabila Dato Dr Dr Dzulkefly Ahmad Mente...
Trump Akan Semak Semula Kadar Tarif Pm Anwar

42 Penjawat Awam Wanita Mohon Cerai Lepas Disahkan Kakitangan Tetap

Lirik Lagu Dewasa Itu Berat Suara Kayu

Real Talk Tng E Wallet Is Making Slot Play In Malaysia Way More Fun

Gunung Berapi Russia Meletus Selepas Gempa Bumi Dahsyat

Step Aside Trump Let Pmx Take Home The Nobel Peace Prize For Keeping Asean Intact

Start A Business On A Minimal Budget

Festival Filem Raintown Kembali Raikan Keindahan Taiping Menerusi Sinema Malaysia


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Malaysia Terus Kukuhkan Diplomasi Serantau Trump Hargai Peranan Malaysia

Syada Amzah Didakwa Jadi Perosak Rumah Tangga Pempengaruh Ajak Masuk Club Kau Nak Rosak Rosak Sorang

Sprm Tahan 6 Lagi Anggota Polis

Kapal Layar Yang Mahu Berlayar Keliling Benua Karam Di Perairan Pulau Yu Dua Warga Turkiye Hilang Seorang Selamat

Malaysia Catat 12 Negeri Menua Tahun Ini Peratusan Penduduk Umur Tua Meningkat

Rider Grab Redah Bangunan Terbakar Bertungkus Lumus Selamatkan Kucing