Juruterbang Hilang Pekerjaan Mula Jual Biskut Dari Rumah Kini Masuk 13 Cawangan Jaya Grocer


Jika tiada wabak COVID-19, pasti tidak wujud jenama biskut Bread & Butter. Manakan tidak, jenama ini wujud selepas insan bernama Muhammad Hakim bin Azimi hilang pekerjaan sebagai juruterbang.
“Suami saya ialah juruterbang Saudi Airlines. Kebanyakan masa saya berada di Riyadh sebagai suri rumah. Saya banyak belajar memasak dan juga baking selama menjadi seorang suri rumah. Saya sangat suka buat biskut dan pastikan stok biskut sentiasa ada di rumah sebab ini kegemaran suami dan anak-anak. Boleh katakan kehidupan sewaktu ini agak senang. Kami dapat melancong apabila ada peluang dan tunaikan umrah serta haji sepanjang berada di Riyadh,” cerita Ummi Shairah bt Suhaimi, isteri kepada Muhammad Hakim.
IDEA BERNIAGA BISKUTKesenangan itu mulai berubah apabila kontrak suami ditamatkan pada Julai 2020. Industri penerbangan adalah antara sektor yang terawal terkesan akibat wabak menakutkan ini.
“Kami mula mencari cara untuk menambah pendapatan dengan buat pelbagai busines sampingan. Masa ni, kami tahu tak boleh berharap pada wang simpanan yang ada semata-mata disebabkan bidang aviation tidak stabil. Tak tahu bila suami boleh mula bekerja semula. Saya juga mula mendaftar untuk sambung pengajian Sarjana Undang-undang di UiTM Shah Alam,” tambah Ummi Shairah.
Packaging biskut yang menarik.
Akhirnya timbul idea untuk menjalankan bisnes biskut. Idea ini disokong oleh suami lantas menambah keyakinan Ummi Shairah untuk menjual biskut dengan serius.
“Bermula November 2020, saya buat biskut dari rumah dan alhamdulillah dapat sambutan daripada kenalan dan keluarga. Lama-kelamaan, makin banyak permintaan biskut dan saya perlu ambil pekerja untuk bantu buat biskut di rumah. Saya gunakan ruang yang ada untuk simpan bahan-bahan dan peralatan elektrik,” ceritanya lagi.
Kualiti cita rasa biskut yang tidak diambil mudah.

DARI 9 BALANG SEMINGGU, KEPADA 500 BALANG SEMINGGU
Pada April 2021, Bread & Butter berpindah dari rumah kediaman ke rumah kedai di Setia Alam. Lokasi ini dijadikan sebagai pusat produksi membuat biskut. Ternyata, rumah kediaman tidak lagi mampu menampung saiz produksi yang semakin besar kerana tempahan telah menjadi 500 balang biskut seminggu.
“Ujian datang lagi apabila Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) muncul kembali selepas raya dan produksi biskut terpaksa ditutup pada waktu itu. Masa yang ada kami gunakan dengan melancarkan Bantuan Bendera Putih dan kami edarkan bantuan bahan makanan asas kepada yang memerlukan di sekitar Shah Alam,” tambahnya.
PELUANG MASUK JAYA GROCER
Bagi orang bisnes, peluang yang diperoleh walau sekecil manapun tetap dihargai. Apatah lagi apabila menerima peluang besar misalnya dapat memasarkan produk ke tempat yang berprestij. Kejayaan Bread & Butter dipasarkan di 13 cawangan Jaya Grocer disambut dengan lafaz syukur oleh suami isteri ini.
Seronok berniaga, berjumpa sendiri dengan pelanggan.
“Ramai percaya pada biskut kami. Sehingga ada potential buyer dan investor dari Brunei serta Singapura ingin bekerjasama pasarkan biskut di sana. Peluang pasarkan biskut di Jaya Grocer juga satu kejayaan yang besar. Ramai bangga dan suka apabila tahu Bread & Butter dipasarkan di Jaya Grocer sebab mereka ikut perjalanan bisnes kami dari mula,” kata Ummi Shairah.
Pelanggan sentiasa menyokong produk yang sedap dan berkualiti tinggi.
COVID-19 SATU UJIANMelalui pahit getir selepas suami hilang pekerjaan, Ummi Shairah akui bahawa kehadiran wabak ini adalah satu ujian. Kita tidak boleh duduk meratap dan menyalahkan keadaan apabila ada dugaan. Kita perlu berusaha sungguh-sungguh untuk perbaiki kehidupan.
“Saya belajar bahawa tak semestinya kita akan sentiasa ada di atas atau selamanya senang. Kehadiran covid ibarat peringatan daripada Allah yang apa yang kita ada dahulu, tak akan kekal selamanya. Semua dalam genggaman Allah jua. Bergantung kepada cara kita untuk menghadapi dugaan yang datang. Kami bersyukur atas dugaan yang datang kerana banyak mengajar dan membentuk kami dalam menghadapi cabaran,” katanya lagi.
Selain itu, Ummi Shairah turut akui bahawa dia dan suami belajar untuk mempelbagaikan sumber pendapatan berbanding sebelum ini yang hanya mengharapkan pada pendapatan suami semata-mata
“Namun suami masih menanti peluang untuk bekerja semula kerana memang minat suami dari remaja lagi untuk bergelar juruterbang,” katanya menutup bicara.

KREDIT: facebook Bread & Butter HQ
The post Juruterbang Hilang Pekerjaan, Mula Jual Biskut Dari Rumah, Kini Masuk 13 Cawangan Jaya Grocer appeared first on RASA.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://rasanakmasak.blogspot.com/2022/11/juruterbang-hilang-pekerjaan-mula-jual.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Rentasan 1242 Gempar Kini Zahid Hamidi Sudah Hilang Sokongan Pemimpin Umno

Rentasan 1242 Gempar Kini Zahid Hamidi Sudah Hilang Sokongan Pemimpin Umno

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 284 hits
MENARIK DALAM RENTASAN 1242 1 ANWAR CALON PERDANA MENTERI KE 10 TERBAIK 2 DIA ANGKUH DAN HANYA MAHU JADI PM KATA TUN M 3 UMNO DIDAKWA PANCUNG PEMIMPIN YANG RAPAT DENGAN PERDANA MENTERI 4 PEMIMPIN PRESTASI BURUK BALIK KE LUBUK Layari kami un...
Cawangan Arrahnukita Pertama Kini Dibuka Karnival Jualan Dan Sambutan Ulangtahun 42 Tahun Kopetro

Cawangan Arrahnukita Pertama Kini Dibuka Karnival Jualan Dan Sambutan Ulangtahun 42 Tahun Kopetro

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 313 hits
Hi Korang Ar Rahnu dikenali jugak sebagai Ar Rahn adalah pajak gadai Islam bagi pinjaman bercagar jangka pendek Pembangunan Ar Rahnu kat Malaysia telah memberi perkhidmatan pajak gadai alternatif bagi peminjam yang mematuhi prinsip prinsip ...
Gogola Filem Kaiju Dari Bollywood Yang Kini Diisytihar Filem Yang Hilang

Gogola Filem Kaiju Dari Bollywood Yang Kini Diisytihar Filem Yang Hilang

papar berkaitan - pada 8/11/2022 - jumlah : 160 hits
Tahukah anda bahawa industri filem Bollywood pernah hadir dengan filem monster mereka tersendiri Sayangnya filem tersebut kini sudah pun diisytihar sebagai filem yang hilang dan tidak dapat ditonton lagi Filem bertajuk Gogola ini diterbitka...
Sarimah Kini Kau Tiada Chord

Sarimah Kini Kau Tiada Chord

papar berkaitan - pada 1/11/2022 - jumlah : 528 hits
F A Gm G FF A Gm G FFm Gm A FOh pergilah sajaFm Gm G Oh pergilah sajaF DmKini kau tiada Gm CTak perlu lagi ku merasa deritamuF DmKini kau tiada Gm C Tak perlu lagi Ku di sini menantimu F Dm Kini cinta tiada Gm CTak perlu lagi ku merasa deri...
Dia Jadi Pilihan Pertama Produser Drama Berebut Mahu Ambil Jang Wonyoung Berlakon Kini

Dia Jadi Pilihan Pertama Produser Drama Berebut Mahu Ambil Jang Wonyoung Berlakon Kini

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 223 hits
Bukan sahaja dinamakan sebagai idola paling trending kini Jang Won young turut menjadi pilihan produser drama ARTIKEL BERKAITAN Khabarnya banyak buku skrip telah dihantar buat ahli IVE itu kini Walaupun tidak memiliki sebarang pengalaman be...
Pengguna Vivo Luar Negara Kini Dapat Menikmati Funtouch Os 13 Berdasarkan Android 13

Pengguna Vivo Luar Negara Kini Dapat Menikmati Funtouch Os 13 Berdasarkan Android 13

papar berkaitan - pada 3/11/2022 - jumlah : 161 hits
vivo telah melancarkan Funtouch OS 13 baharu secara rasmi untuk pengguna di pasaran luar negara Berdasarkan Android 13 yang baru dikeluarkan sistem pengendalian yang dipertingkatkan ini menggabungkan nilai terdorong reka bentuk vivo dengan ...
Saya Sayang Awak Meski Sibuk Kini Jisoo Bp Sokong Hyeri Di Set Drama May I Help You

Saya Sayang Awak Meski Sibuk Kini Jisoo Bp Sokong Hyeri Di Set Drama May I Help You

papar berkaitan - pada 31/10/2022 - jumlah : 182 hits
Meskipun sibuk dengan konsert jelajah dunia kini namun Ji soo BLACKPINK tetap setia memberikan sokongan buat sahabatnya Lee Hye ri ARTIKEL BERKAITAN Terbaru pada 29 Oktober Hye ri telah berkongsi foto trak kopi dan churros di Instaram milik...
Kemas Kini Umno Pilih Ketua Puteri Ganti Annuar Di Ketereh

Kemas Kini Umno Pilih Ketua Puteri Ganti Annuar Di Ketereh

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 261 hits
agendaily com11 1 2022Ketua Puteri UMNO Kelantan Marzuani Ardila Ariffin mengesahkan watikah pencalonan kerusi Parlimen Ketereh adalah atas nama beliau bukan Tan Sri Annuar Musa Ketua Puteri UMNO Kelantan Marzuani Ardila Ariffin mengesahkan...
Marvel Studios Kini Dilapor Ligat Bincang Idea Untuk Black Panther 3

Marvel Studios Kini Dilapor Ligat Bincang Idea Untuk Black Panther 3

papar berkaitan - pada 2/11/2022 - jumlah : 269 hits
Walaupun sekuel kedua filem Black Panther masih belum ditayangkan penerbit filem berkenaan Nate Moore mengesahkan bahawa idea untuk filem ketiga sudah pun dalam perbincangan Black Panther Wakanda Forever merupakan filem pertama tanpa kehadi...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sambut Raya Dengan Gaya Di Melawati Mall

25 Orang Penting Yang Wajib Diketahui

Siti Kasim Schools Living Under Coconut Shell Muslim Preachers I Owe It To Kafir Britain For Who I M Today

Macc Arrests Ismail Sabri S Officers


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


It S My Life I M Taking It Back

Advertise Up To 200 Million Emails

Burung Jatuhkan Tangan Manusia Di Halaman Sekolah

Pergi Luar Negara Isytihar Berbilion Balik Tarik Subsidi

Fadillah Sertai 4 000 Lebih Peserta Larian Kesedaran Autisme

Kepada Azalea Yang Dihormati Surat Terbuka Untukmu Hentikan Serangan Terhadap Fra