Jurutera Kkm Hasilkan Ventilator Baru Icu Lapangan



PUTRAJAYA: Sebagai persediaan mendepani pandemik Covid-19 ke tahap paling kritikal, Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) bersama beberapa agensi penyelidikan dan khidmat teknikal mengadakan kolaborasi strategik dalam menghasilkan inovasi baru peralatan bagi menangani masalah kesihatan yang melanda dunia ketika ini.

Mengumumkan Kolaborasi Strategik Inovasi Kejuruteraan Kesihatan di sini hari ini, Menteri Kesihatan Dr Adham Baba berkata, KKM mengalu-alukan penghasilan idea bagi mencari kaedah serta pendekatan terbaik dalam memperbaharui teknologi sektor perubatan moden.

Beliau berkata hasil kolaborasi itu, 3 inovasi dihasilkan, iaitu prototaip peranti perubatan ventilator menggunakan teknologi 3D dan prototaip ‘splitter kit’ ventilator untuk kegunaan lebih daripada seorang pesakit serta unit rawatan rapi hibrid di lapangan (FHyICU).

“Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM meneroka kaedah alternatif dengan menghasilkan ventilator berteknologi maju 3D Printing Medical kolaborasi bersama Universiti Teknologi Malaysia dan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia ini berjaya menghasilkan prototaip pertama,“ katanya pada majlis taklimat media mengenai kolaborasi strategik itu di sini hari ini.

Adham berkata, prototaip itu akan menjalani pengujian sepenuhnya bersama SIRIM agar dapat berfungsi untuk menyokong keperluan asas bantuan pernafasan bagi pesakit Covid-19.

Bagi prototaip ventilator teknologi 3D, objektif penghasilan ialah ventilator kos rendah menggunakan teknologi 3D dan perkakasan minimum bertujuan menyokong keperluan asas pesakit Covid-19 sekiranya jangkitan di negara ini sampai ke tahap kritikal.

Pembangunan prototaip ‘splitter kit’ pula bertujuan membolehkan sebuah ventilator digunakan oleh 2 pesakit bagi menyokong keperluan pernafasan pesakit Covid-19, dengan memastikan tidak berlaku pemindahan jangkitan.

FHyICU merupakan gabungan pembinaan unit rawatan rapi (ICU) dan wad isolasi secara mudah dipasang serta dibuka selain boleh dibina di lokasi diperlukan dengan kos yang efektif.

Teknologi kolaborasi bersama UEM Edgenta Berhad ini boleh menempatkan 10 katil yang bersaiz dari 20.88 meter x 6.50 meter x 3 meter (ketinggian siling).

Berkonsepkan keperluan situasi kecemasan dan ICU hospital medan, ia dilengkapi bilik persalinan, stor linen, stesen jururawat, kawasan pesakit, tandas, bilik dof, bilik mandi, bilik bekalan dan bilik bedah.

Sementara itu, Adham berkata kolaborasi pintar Bahagian Perkhidmatan Kejuruteraan KKM dengan pelbagai agensi kerajaan akan menggembleng kepakaran tempatan dan antarabangsa dalam memajukan teknologi kesihatan di Malaysia.

Beliau berkata ini selaras dengan usaha mewujudkan pusat kecemerlangan dalam bidang Kejuruteraan Biomedikal di KKM dan Fasiliti Kesihatan.

“Keterujaan hasil kerjasama awal ini saya kongsikan bersama dengan anda semua agar permulaan kejayaan ini perlu disebarluaskan kerana adalah penting untuk kita semua ketahui,” katanya.

Adham juga berkata dalam pertempuran untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19, negara bangga dengan pengorbanan petugas barisan hadapan KKM dan seluruh agensi terlibat yang tidak pernah mengeluh malah bersemangat memastikan negara terus kekal aman serta makmur tanpa kemudaratan yang boleh membinasakan seluruh ekosistem negara ini.

Beliau mengulangi bahawa rakyat yang berperanan duduk di rumah adalah sebahagian daripada pejuang dalam usaha memenangi pertempuran menentang Covid-19 ini.

“Negara memerlukan kerjasama kita semua untuk memutuskan rantaian penularan Covid-19. Untuk menang memerlukan pengorbanan, dan semestinya pengorbanan anda semua di barisan hadapan mahu pun kecekalan mereka yang di rumah, amat kami hargai dan sanjung tinggi, “ katanya.



Untuk dapatkan berita daripada kami secara terus,
sila subscribe via telegram https://t.me/mindarakyat dan untuk forum sila ke https://t.me/mindarakyatt



............oo000oo...........
MINDARAKYAT
http://mindarakyat.blogspot.com/
[email protected]


©1439 Hakcipta Tak Terpelihara
Anda digalakkan untuk mengambil apa-apa bahan di dalam laman ini untuk tujuan penyebaran, tanpa perlu memberitahu kepada pihak kami.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://mindarakyat.blogspot.com/2020/04/jurutera-kkm-hasilkan-ventilator-baru.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cheras Zon Merah Baru Covid 19 Di Kuala Lumpur Kkm

Cheras Zon Merah Baru Covid 19 Di Kuala Lumpur Kkm

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 303 hits
Kementerian Kesihatan melalui posting di Facebook menunjukkan statistik taburan kes mengikut negeri dan daerah yang dikemaskini jam 12pm hari ini Melalui rajah tersebut pertambahan kawasan zon merah dapat dilihat jelas dan Cheras antara sal...
Terkini Kkm Dedah Dua Kluster Covid 19 Berkait Himpunan Besar Besaran Di Kuching Bandar Baru Bangi

Terkini Kkm Dedah Dua Kluster Covid 19 Berkait Himpunan Besar Besaran Di Kuching Bandar Baru Bangi

papar berkaitan - pada 6/4/2020 - jumlah : 250 hits
Putrajaya 6 April Kementerian Kesihatan Malaysia telah memaklumkan 2 kluster COVID 19 yang berkait rapat dengan perhimpunan besar besaran dalam satu sidang media sebentar tadi Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah menjelask...
Kkm Sahkan 31 Kes Positif Kluster Hospital Di Sabah Termasuk 2 Kes Baru Hari Ini

Kkm Sahkan 31 Kes Positif Kluster Hospital Di Sabah Termasuk 2 Kes Baru Hari Ini

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 262 hits
Putrajaya 18 April Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah mengesahkan seramai 31 petugas kesihatan di hospital tempatan Hospital terlibat adalah Hospital Queen Elizabeth Hospital Wanita dan Kanak Kanak Likas dan Hospital Ken...
Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

Wad Isolasi Icu Kkm Rawat Pesakit Positif Covid 19 Adalah Tempat Paling Selamat Kp Kesihatan

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 267 hits
KETUA Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah berkata wad isolasi dan wad unit rawatan rapi di bawah Kementerian Kesihatan Malaysia yang merawat pesakit positif COVID 19 adalah tempat yang paling selamat Menurutnya daripada 181 kes...
Ada Aktiviti Kunjung Mengunjung Kkm Kesan Kes Subkluster Baru Di Rembau

Ada Aktiviti Kunjung Mengunjung Kkm Kesan Kes Subkluster Baru Di Rembau

papar berkaitan - pada 9/4/2020 - jumlah : 164 hits
Perkembangan terbaru mengenai Covid 19 hari ini merekodkan sebanyak 156 kes menjadikan jumlah keseluruhan kes di Malaysia sebanyak 4116 kes 166 orang telah disahkan sembuh dan dibenarkan pulang Sementara itu 2 kematian baharu direkodkan men...
Kkm Jangka Kes Baru Covid 19 Capai 1 Angka Minggu Depan

Kkm Jangka Kes Baru Covid 19 Capai 1 Angka Minggu Depan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 333 hits
Kementerian Kesihatan menjangka negara boleh mencapai 1 angka bagi kes baru jangkitan Covid 19 dalam tempoh 1 minggu Bagaimanapun Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata rakyat Malaysia perlu meneruskan kebiasaan baru seper...
Terkini Kkm Sahkan Kluster Baru Covid 19 Libatkan Pelajar Malaysia Pulang Dari Indonesia

Terkini Kkm Sahkan Kluster Baru Covid 19 Libatkan Pelajar Malaysia Pulang Dari Indonesia

papar berkaitan - pada 19/4/2020 - jumlah : 308 hits
Putrajaya 19 April Kementerian Kesihatan mengesahkan terdapat satu kluster baru COVID 19 melibatkan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara Sebuah kluster baru telah dikesan di pintu masuk antarabangsa di mana kes positif dikesan melib...
Ministry Engineers Come Up With New Ventilator And Field Icu

Ministry Engineers Come Up With New Ventilator And Field Icu

papar berkaitan - pada 14/4/2020 - jumlah : 198 hits
Health minister Adham Baba yesterday introducing some innovative equipment produced by ministry engineers in collaboration with other agencies PUTRAJAYA Engineers of the health ministry have produced three innovations in equipment to meet t...
Baru Tiba Dari Luar Negara Lelaki Kongsi Tempat Kuarantin Sementara Berkatil Kadbod Di Lapangan Terbang Jepun

Baru Tiba Dari Luar Negara Lelaki Kongsi Tempat Kuarantin Sementara Berkatil Kadbod Di Lapangan Terbang Jepun

papar berkaitan - pada 11/4/2020 - jumlah : 374 hits
Rakyat Malaysia yang dibawa pulang dari luar negara akan dikuarantin bagi membendung penularan wabak COVID 19 Kementerian Kesihatan Malaysia sebelum ini memberitahu setiap pusat kuarantin yang disediakan disertakan dengan keperluan asas yan...
Kadir Jasin Warns Pmx Ph Against Falling Into The Trap To Free Najib

Pjd Link Cancellation Fahmi Tells Govt Critics To Read Pwd Statement

Lesson In Economics From Hawkers Rebellion

Is Now A Good Time To Buy Property In 2024

Effective Market Research On A Budget

Masverse Unveils Groundbreaking Blockchain Platform

Pengalaman Menginap Di Grand Court Hotel Teluk Intan Dekat Dengan Menara Condong Teluk Intan

Tiga Lelaki Bakar Anak Kucing Diburu Polis



Biodata Rozana Rozek TV Youtuber Resipi

8 Istilah Jerman Yang Kita Rakyat Malaysia Kerap Gunakan

Biodata Aizat Saha Pelakon Drama Berepisod Racun Rihanna TV3 Personaliti TikTok

Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023


Unveiling The Convenience Of Online Bookstore In Malaysia

Pilihan Allah Pasti Terbaik Kita Tidak Bisa Memaksa Pilihan Kita Kepada Allah

True Wallet Live22 Top 53 By Nellie Live22slot Fun 29 Jun 2024

Konfflik Irael Iran 3 Suasana Terkini

Malayia S Forex Trading Landscape Opportunities And Challenges

Bercakap Dengan Jun