Jururawat Petugas Kesihatan Paling Ramai Dijangkiti Covid 19


Kumara Sabapatty Seorang jururawat melakukan saringan suhu badan bagi mencegah jangkitan Covid-19 ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di Hospital Sungai Buloh, Selangor. foto HAZROL ZAINAL KUALA LUMPUR – Situasi terkini jangkitan Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan dan perubatan menyaksikan sebanyak 1,771 kes setakat ini.
Daripada jumlah itu, sebanyak 1,359 atau 76.7 peratus berlaku semasa gelombang ketiga pandemik Covid-19 termasuk 43 kes baharu yang dilaporkan pada hari ini.
Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, daripada keseluruhan jangkitan, kumpulan jururawat adalah petugas kesihatan paling banyak terjejas.
Ini kerana seramai 690 kes jangkitan membabitkan golongan itu direkodkan daripada lima kumpulan petugas kesihatan yang dikesan kes jangkitan tertinggi sejak pandemik bermula di negara ini.
“Selepas 690 kes membabitkan jururawat, pegawai perubatan kumpulan kedua terkena jangkitan iaitu 211 kes diikuti 146 kes membabitkan pembantu perawatan kesihatan iaitu 144 kes manakala 84 kes jangkitan melibatkan pegawai perubatan siswazah,” katanya dalam kenyataan media hari ini.
Berdasarkan siasatan yang telah dilakukan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mendapati 587 orang atau 33.1 peratus petugas mendapat jangkitan dari komuniti manakala sebanyak 565 (31.9 peratus) kes berlaku dalam kalangan petugas-petugas kesihatan;
Selain itu, sebanyak 152 kes (8.6 peratus) jangkitan berkaitan dengan pesakit-pesakit yang masih belum disahkan mendapat jangkitan Covid-19, 58 (3.3 peratus) tidak diketahui punca, dan 409 (23.1 peratus) lagi punca jangkitan masih dalam siasatan.
Pada hari ini, tambah Noor Hisham,  seramai 280 petugas sedang menerima rawatan di hospital dan berada dalam keadaan stabil dengan kadar sembuh sebanyak 84.2 peratus manakala seramai 1,697 petugas kesihatan di seluruh negara sedang menjalani Perintah Pemerhatian dan Pengawasan (HSO) sama ada di tempat kediaman atau di stesen kuarantin.
Justeru katanya, hospital-hospital di Lembah Klang yang melaporkan kes jangkitan Covid-19 tertinggi adalah daripada Hospital Tuanku Ampuan Rahimah, Klang (54 kes), Hospital Serdang (29 kes), Hospital Sungai Buloh (15 kes), Hospital Kuala Lumpur (10 kes), Hospital Ampang (lima kes) dan Hospital Selayang (empat kes).
Menurut Noor Hisham, peningkatan kes yang mendadak dalam kalangan petugas kesihatan di negeri-negeri Lembah Klang adalah dipercayai berkait rapat dengan peningkatan kes dalam kalangan komuniti.
“Situasi seumpama ini, iaitu peningkatan kes Covid-19 dalam kalangan petugas kesihatan pernah dialami oleh negeri Sabah ketika peningkatan penularan jangkitan Covid-19 dalam kalangan komuniti berlaku di sana.
“Bagaimanapun, kes-kes di kesemua hospital yang terlibat masih dalam keadaan terkawal dan perkhidmatan kesihatan masih lagi diteruskan,” ujarnya.
Beliau turut mengulas mengenai situasi semasa jangkitan Covid-19 di Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang dan Hospital Serdang ekoran kenyataan Jabatan Kesihatan Negeri Selangor  semalam, Noor Hisham memaklumkan kesemua para petugas dan pesakit tersebut sedang dirawat di wad dan berada dalam keadaan stabil.
Beliau memberitahu pihak HTAR dan Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Klang sedang giat bekerjasama dalam menyiasat punca jangkitan dan mengenalpasti kontak rapat kepada kes serta melakukan aktiviti-aktiviti saringan.
“Sehingga hari ini, terdapat seramai 72 petugas HTAR sedang menjalani perintah HSO dan Operasi pembersihan dan disinfeksi persekitaran telah dilakukan di HTAR dan akan diteruskan secara berkala.
“Situasi semasa di HTAR ini adalah dalam keadaan yang terkawal dan perkhidmatan di hospital ini masih diteruskan seperti biasa,” katanya.
Selain itu, menurutnya, KKM juga ingin mengesahkan terdapat jangkitan Covid-19 dalam kalangan pesakit dan petugas kesihatan di Hospital Serdang tetapi buat masa ini ianya melibatkan 29 orang petugas perubatan dan 28 pesakit di mana kesemua mereka telah dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk rawatan selanjutnya.
“Siasatan oleh pasukan JKNS dan Hospital Serdang telah dapat mengenalpasti punca jangkitan dan tindakan kawalan telah dilaksanakan serta merta bagi membendung penularan jangkitan ini sementara pengurusan rawatan pesakit di Hospital Serdang masih diteruskan dan berada dalam keadaan terkawal,” tegas beliau.-MalaysiaGazette


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/jururawat-petugas-kesihatan-paling.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Bergejala Masih Bertugas Punca Kes Covid 19 Dalam Kalangan Petugas Kesihatan Tinggi

Bergejala Masih Bertugas Punca Kes Covid 19 Dalam Kalangan Petugas Kesihatan Tinggi

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 271 hits
Petugas Kementerian Kesihatan Malaysia menjalankan tugas untuk megambil tujuh orang warga asing yang disyaki positif Covid 19 untuk dihantar ke Hospital Sungai Buloh untuk menjalani rawatan lanjut ketika tinjauan lensa Malaysia Gazette di s...
Guru Diberi Keutamaan Vaksin Covid 19 Tiada Keperluan Mendesak Dan Tidak Perlu Mantan Menteri Kesihatan Ph

Guru Diberi Keutamaan Vaksin Covid 19 Tiada Keperluan Mendesak Dan Tidak Perlu Mantan Menteri Kesihatan Ph

papar berkaitan - pada 25/12/2020 - jumlah : 233 hits
PETALING JAYA Susulan cadangan Tabung Kanak Kanak Pertubuhan Bangsa Bangsa Bersatu untuk mengutamakan pemberian vaksin COVID 19 kepada golongan guru bekas menteri kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata tiada keperluan mendesak untuk golongan ...
Petugas Kpps Di Jatim Banyak Reaktif Covid 19 Bawaslu Paw 67 Pengawas Tps

Petugas Kpps Di Jatim Banyak Reaktif Covid 19 Bawaslu Paw 67 Pengawas Tps

papar berkaitan - pada 8/12/2020 - jumlah : 222 hits
Ribuan petugas Kelompok Penyelenggara Pemungutan Suara di Jawa Timur dalam kondisi reaktif berdasarkan hasil rapid test Covid 19 Komisioner Komisi Pemilihan Umum Jatim Divisi SDM dan Litbang Rochani menyebutkan jika diprosentase rata rata K...
Muncul Pengakuan Petugas Medis Covid 19 Uang Makan Minum Disunat Rp1 8 Juta Perorang Perbulan

Muncul Pengakuan Petugas Medis Covid 19 Uang Makan Minum Disunat Rp1 8 Juta Perorang Perbulan

papar berkaitan - pada 10/12/2020 - jumlah : 235 hits
Pemerintah Kabupaten Aceh Barat kini menelusuri indikasi pemotongan dana insentif makan minum terhadap sejumlah petugas medis COVID 19 yang bertugas di puskesmas Masih kita telusuri kata Sekretaris Daerah Kabupaten Aceh Barat Marhaban di Me...
Satgas Covid 19 Restoran Paling Tidak Patuh Pakai Masker

Satgas Covid 19 Restoran Paling Tidak Patuh Pakai Masker

papar berkaitan - pada 17/12/2020 - jumlah : 215 hits
Kedua adalah lingkungan rumah persentase ketidakpatuhannya mencapai 20 4 persen Ketiga tempat olah raga publik atau RPTRA sebesar 19 persen
Pengalaman Ambil Test Covid 19 Di Klinik Kesihatan Gombak Setia

Pengalaman Ambil Test Covid 19 Di Klinik Kesihatan Gombak Setia

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 933 hits
As salammualaikum Bismillah Pengalaman yang saya tidak ingin rasa akhirnya terpaksa juga saya rasa Sebenarnya 4 orang rakan dalam team ASB saya positif covid Paling kesian sahabat saya yang sudah berkahwin dan ada anak kecil Satu keluargany...
Haritu Ko Paling Beria Suruh Pause Politik Ni Payung Tahan Virus Covid Ke

Haritu Ko Paling Beria Suruh Pause Politik Ni Payung Tahan Virus Covid Ke

papar berkaitan - pada 21/12/2020 - jumlah : 380 hits
Ikatan Demokratik Malaysia melantik bekas peguam negara Tommy Thomas dan bekas presiden Badan Peguam Malaysia Ambiga Sreenevasan untuk menangani isu pendaftaran parti pimpinan bekas menteri belia dan sukan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman Part...
15 Keluarga Orang Asli Lari Ke Hutan Takut Dijangkiti Covid 19

15 Keluarga Orang Asli Lari Ke Hutan Takut Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 11/12/2020 - jumlah : 332 hits
Johor Bahru Sekumpulan masyarakat Orang Asli di Kampung Orang Asli Simpang Arang di Iskandar Puteri didapati melarikan diri dari kampung mereka sendiri sejak dua hari lalu gara gara khuatir dijangkiti Covid 19 Kumpulan 15 keluarga itu berti...
Rakyat Kena Kawal Diri Sendiri Elak Dijangkiti Covid 19

Rakyat Kena Kawal Diri Sendiri Elak Dijangkiti Covid 19

papar berkaitan - pada 12/12/2020 - jumlah : 259 hits
Arau Kerajaan tidak boleh menyekat pergerakan orang ramai selamanya akibat pandemik Covid 19 sebaliknya rakyat perlu diberi kebebasan bergerak dan mengawal diri sendiri Menteri Kanan Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata ketika ini
Kembara Ke Wilayah Yunnan Dan Wilayah Jiangsu Di China

Kisah Pokok Tumbang Depan Rumah

Single Use Plastic Bags Banned In Forest Reserves National Parks

Main Bunga Api Waktu Siang Pun Boleh

Loko Pemuda Chord

Bangun Subuh Hafazan Malam Latihan Berkuda Petang Beginilah Heba Dilatih Jadi Juara Hidup

Keputusan Spm 2024 Diumumkan 24 April 2025

Ketua Editor Pereka Grafik Akhbar Tempatan Ditahan Untuk Siasatan Sudah Dibebaskan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Jadikan Gambar Kepada Anime Gibli

Cinta Diri

Malaysians Respond To Us Tv Host S No Money Comment By Calling His Mother Green

Malaysia Airlines A330 300 Takes To The Skies In Manchester United Livery

Kahwini Wanita Tempatan Warga Asing Nikmati Hidup Mewah Dengan Pendapatan Rm55 000 Sebulan

Timbul Dakwaan Zahnita Bagi Lelaki Masuk Rumah Suami Akui Terkejut Bila Ada Orang Lain Anak Anak Pun Mengeluh