Jurugambar Perancang Perkahwinan Ramal Putus Pendapatan Hingga Hujung Tahun


Ramieza Wahid

Sebelum bermulanya perintah kawalan pergerakan (PKP), Muhammad Ridho Che Juhairi menganggap kerjaya sebagai seorang jurugambar perkahwinan adalah satu keputusan terbaik yang pernah dibuatnya.

Bagaimanapun, kini dia mempunyai keraguan atas kerjayanya setelah mendapati semakin banyak cabaran untuk menjana pendapatan lebih-lebih lagi dengan pandemik Covid-19 ketika ini.

“Letih berfikir hari demi hari macam mana mahu teruskan kerjaya ini.

"Saya punya pendapatan (berdasarkan) ada tempahan ada duitlah, (kalau) tiada tempahan tiada duit,” katanya kepada Malaysiakini.

Muhammad Ridho, yang telah berkecimpung dalam kerjaya jurugambar perkahwinan sejak sembilan tahun lalu, menjelaskan ramai pelanggannya turut telah membatalkan tempahan sebelum ini.

“Majlis perkahwinan untuk bulan Mei selepas hari raya, hampir 10 tempahan telah dibatalkan kerana halangan berhimpun (yang mungkin berlangsung) selama enam hingga 12 bulan.

“Ramai yang membuat tempahan menjadi panik dan kesannya saya rugi dan tidak mempunyai pendapatan pada bulan-bulan yang akan datang,” katanya.


Memang terkesan teruk
Jelasnya lagi, kerugian sebulan yang dianggarkan turut mencecah sehingga RM6,000.

“(Kerugiaan sekarang) sangat mendadak.

“Perasaan saya hanya tuhan yang tahu. Dalam hati (berfikir) macam mana nak cari pendapatan, sudahlah berharap dengan tempahan foto perkahwinan sahaja, Allah... mengucap saya,” katanya lagi.

PKP yang dilaksanakan oleh kerajaan sejak 18 Mac lalu bagi membendung penularan Covid-19-kini sudah memasuki fasa keempat dengan lanjutan dua minggu lagi sehingga 12 Mei.

Sementara itu, seorang lagi jurugambar perkahwinan yang hanya mahu dikenali sebagai Basyir, mendedahkan bahawa ramai rakan sekerjayanya turut terkesan susulan PKP.

“Ramai (jurugambar perkahwinan) memang terkesan teruk. Lagi-lagi yang sepenuh masa.

“Jurugambar perkahwinan sekarang sudah mula cari bisnes lain (untuk sara hidup) sebab dijangkakan tiada tempahan sehingga hujung tahun,” katanya yang mempunyai syarikat tempahan gambar perkahwinan TheWedlite.

Katanya lagi, lebih menyukarkan keadaan adalah ketika ramai pelanggan yang telah menempah sebelum ini memohon untuk mendapatkan wang bayaran kembali.

“Pelanggan minta wang bayaran kembali, saya terpaksa bayar.

“Saya harap tiada pelanggan yang meminta, sekurangnya (pertimbangkan) untuk menunda majlis juga, sudah cukup bagus,” katanya ketika dihubungi

Pelamin anganku musnah

"Pernah dengar lagu pelamin anganku musnah? Begitulah situasi saya sekarang," kata seorang pengusaha perancang perkahwinan.

Pengusaha perkahwinan, berpangkalan di Terengganu – yang tidak mahu dinamakan - berkata bahawa semua impian untuk membangunkan syarikat perkahwinannya itu lenyap begitu sahaja.

“Saya ingat hendak membangunkan syarikat, perbaiki reka bentuk pelamin, membeli beberapa khemah menarik tetapi semuanya musnah sebab rugi yang besar.

“Sekarang ini, saya terpaksa fikir dan cari kerja lain untuk menampung wang bayar balik deposit pelanggan,” katanya lagi.


Jelas perancang perkahwinan tersebut, dia tidak menerima pelanggan lagi kerana rata-rata orang awam masih gusar akan pelanjutan PKP dan nasihat KKM untuk tidak mengadakan majlis besar-besaran untuk tempoh setahun.

“Tak ramai pelanggan, kerana mereka (orang ramai) masih was-was dengan lanjutan PKP lepas itu tak boleh buat majlis perkahwinan.

“Selalu kalau dah bulan puasa macam ini, kami dah terima banyak tempahan kerana kalau raya, ramai akan kahwin,” katanya yang turut menambah anggaran kerugian yang dialami mencecah RM 10,000 sebulan.

Terdahulu, media melaporkan Kementerian Kesihatan (KKM) tidak menggalakkan perhimpunan secara besar-besaran bagi tempoh enam bulan hingga setahun susulan pandemik Covid-19 yang melanda negara.

Ketua Pengarah Kesihatan Dr Noor Hisham Abdullah berkata, amalan penjarakan sosial dalam kalangan masyarakat perlu terus dilaksanakan meskipun PKP tamat kelak.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/04/jurugambar-perancang-perkahwinan-ramal.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dipercayai Buaian Putus Spring Benam Kepala Kanak Kanak 6 Tahun

Dipercayai Buaian Putus Spring Benam Kepala Kanak Kanak 6 Tahun

papar berkaitan - pada 24/4/2020 - jumlah : 387 hits
Seorang kanak kanak perempuan di Medan Indonesia terpaksa menjalani dua kali pembedahan bagi membuang bahagian spring besi buaian yang terpacak di kepalanya Nazwa Maulida 6 dilaporkan cedera setelah buaian adik yang dinaikinya putus menyeba...
Covid 19 Negara Dijangka Terus Berperang Hingga Tahun Hadapan

Covid 19 Negara Dijangka Terus Berperang Hingga Tahun Hadapan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 350 hits
Negara dijangka terus berdepan dengan pandemik Covid 19 sehingga tahun hadapan Foto Sinar Harian SHARIFUDIN ABDUL RAHIMPUTRAJAYA Negara dijangka akan terus berperang dengan pandemik koronavirus sehingga tahun hadapan Ketua Pengarah Kesihata...
Kerajaan Muhyiddin Mungkin Runtuh Menjelang Hujung Tahun

Kerajaan Muhyiddin Mungkin Runtuh Menjelang Hujung Tahun

papar berkaitan - pada 16/4/2020 - jumlah : 307 hits
Bersatu atau Parti Pribumi Bersatu Malaysia hanya memenangi 13 dari 222 kerusi Parlimen pada Pilihan Raya Umum Mei 2018 Dr Mahathir Mohamad pengasas Bersatu dinobatkan sebagai Perdana Menteri ke 7 kerana Dr Wan Azizah Wan Ismail membenarkan...
Hotel Jazz Tanjong Tokong Akan Menamatkan Operasi Hujung Tahun Ini

Hotel Jazz Tanjong Tokong Akan Menamatkan Operasi Hujung Tahun Ini

papar berkaitan - pada 26/4/2020 - jumlah : 242 hits
It mentioned that the management has taken extensive cost management measures since the virus was discovered late last year Pic source from Jazz Hotel FacebookGEORGE TOWN Just over a year since its inception the unique Jazz Hotel at Tanjong...
Sampai Hujung Nyawa Anak Kongsi Sikap Penyayang Ayah Jaga Mak Sakit Hingga Nafas Terakhir

Sampai Hujung Nyawa Anak Kongsi Sikap Penyayang Ayah Jaga Mak Sakit Hingga Nafas Terakhir

papar berkaitan - pada 28/4/2020 - jumlah : 335 hits
Menerima khabar pemergian seseorang yang amat kita sayang itu satu perkara yang agak berat untuk diterima apatah lagi jika insan itu adalah ibu bapa kita sendiri Namun taqdir Tuhan sudah menentukan bahawa yang pergi tetap akan pergi dan tid...
Apa Bantuan Untuk Anak Muda 18 20 Tahun Yang Hilang Pendapatan

Apa Bantuan Untuk Anak Muda 18 20 Tahun Yang Hilang Pendapatan

papar berkaitan - pada 27/4/2020 - jumlah : 404 hits
APABILA kerajaan umum Bantuan Prihatin Nasional pada 27 Mac 2020 di bawah Pakej Rangsangan Ekonomi bernilai RM250 bilion Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyebut tiada yang tertinggal Bermakna tiada golongan rakyat yang akan tercic...
Baring Atas Lantai Hantuk Kepala Gigit Antara Tingkah Laku Biasa Muncul Umur 18 Hingga 3 Tahun

Baring Atas Lantai Hantuk Kepala Gigit Antara Tingkah Laku Biasa Muncul Umur 18 Hingga 3 Tahun

papar berkaitan - pada 18/4/2020 - jumlah : 375 hits
MASALAH TINGKAH LAKU 1 Pukul 2 Gigit 3 Tendang 4 Hantuk kepala 5 Baring di lantai Diatas ini adalah contoh masalah tingkah laku yang biasa muncul sekitar umur anak 18 hingga 3 tahun FAHAMI FISIOLOGI ANAK Masalah tingkahlaku memang normal ba...
Covid 19 Perang Hingga Tahun Depan Apa Strategi Dr Noor Hisham

Covid 19 Perang Hingga Tahun Depan Apa Strategi Dr Noor Hisham

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 352 hits
Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Dr Noor Hisham Abdullah Foto NSTP MOHD FADLI HAMZAHCOVID 19 Perang hingga tahun depan Dr Noor HishamPUTRAJAYA Malaysia mungkin terpaksa berperang sehingga tahun depan dalam menentang penularan wabak COVID 19 s...
Malaysia Terpaksa Berperang Hingga Tahun Hadapan Kata Ketua Pengarah Kesihatan

Malaysia Terpaksa Berperang Hingga Tahun Hadapan Kata Ketua Pengarah Kesihatan

papar berkaitan - pada 21/4/2020 - jumlah : 391 hits
Seperti yang dijangka oleh Pertubuhan Kesihatan Dunia Ketua Pengarah Kementerian Kesihatan menjelaskan bahawa Malaysia terpaksa berperang sehingga tahun hadapan dalam usaha untuk mengekang penularan wabak COVID 19 Memandangkan tiada lagi va...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Tebatan Banjir Rm 7 Bilion Batal

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Persediaan Persekolahan

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

See The Chances Of Winning In Every Gacor123 Online Slot Bet


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


Menikmati Hidangan Malam Di Halal Kitchen Restaurant Nippori

Perlu Tahu Bezakan Antara Mahir Terhadap Produk Berbanding Mahir Dalam Perniagaan

Kelalaian Dan Runtuhnya Martabat Guru

Tutorial Menggunakan Google Docs Untuk Tingkatan Dasar

Kerajaan Razak Baginda Diperintah Bayar Rm9 Juta Kepada Keluarga Altantuya

Guru Tikam Murid 8 Tahun Hingga Maut Di Korea Selatan