Jurnal Jjcm Hujung Minggu Bersama Cikcha
Aktiviti menjemput dan menghantar CikCha akan menjadi rutin kami sampailah dia habis belajar, rutin yang memang seronok la sebab boleh jalan-jalan dan makan-makan sambil dengar dia berceloteh pasal kursus, pasal rakan kelas dan rakan sebilik.
Hari Jumaat : Jemput CikChaMemang umi tak lepas peluang kalau nak jemput CikCha, jadi umi balik awal 30 minit dari biasa sebab habibi nak gerak awal untuk elak kesesakan jalanraya.
Sebelum balik rumah tu kami singgah kat kedai Kopi Saigon di Sri Rampai sebab CikCha ni dah lama nak beli "Dark Series" yang dah dilancarkan sebelum dia masuk kolej.
Hari Sabtu : Cuci Mata Di IKEAHari Sabtu umi pulak sibuk dengan Dialog KRT bersama Ketua Balai Polis Wangsa Maju sementara habibi pulak ada tugasan tapi sempat la umi masak nasi lemak supaya rakyat kat rumah terjaga perut mereka. Ha, gitulah mak-mak kan. Lagipun program yang setengah hari pun dah buat rasa penat tapi berjalan lancar.
Sampai rumah, rehat dan habibi ajak pulak IKEA untuk survey perabut untuk bilik KY memandangkan katil kat bilik dia tu dah agak uzur.
Jadi kat sini pun kami spend masa berjam-jam belek itu ini, walau dah berkali ke sini. Bila dah jalan-jalan, memang kena isi perut kan sebab tadi brunch dengan nasi lemak jer. Apa yang pasti, kalau ke sini, ada je barangan yang dibeli walau tujuan asal tu nak survey jer.
Sebelum balik rumah, singgah pulak dinner kat kedai mamak sebab masing-masing dah lapar balik. Bak kata habibi, barulah boleh tarik selimut.
Hari Ahad : Hantar CikCha Balik Ke Nilai3 hari CikCha di rumah, terasa singkat sangat dan apa yang pasti CikCha harus dihantar dbalik ke kolej. Jadinya lepas makan tengahari tu kami terus menghantar dia balik sebab dia nak balik awal walau curfew dia jam 7 malam.
Alhamdulillah, memang tak berapa risau selain dia seronok duduk asrama, kawan-kawan sebilik dia pun ok kesemuanya begitu juga dengan rakan sama kursus.
Baca Juga : CikCha Belajar Di Politeknik Nilai
Singgah MesaMallKat Nilai ni selain ada Aeon Mall, ada juga Mesa Mall yang ada kondo macam kat Setapak Sentral dengan pelbagai kemudahan seperti gym dan boleh bershopping.
Ni kali kedua kami singgah ke MesaMall sebab nak belikan air Spritzer untuk CikCha memandangkan sehari sebelum tu kami singgah ke Village Grocer WM tapi tiada saiz besar.
Dinner Di Dapur Thai NilaiKami singgah makan malam di sini lepas hantar CikCha yang nak masuk awal ke kolej, sebab dia sendiri dah order dinner untuk makan bersama kawan sebilik.
Sejak CikCha belajar kat Nilai ni, memang kami akan lalui jalan depan restoran ni dan akhirnya kami singgah sebab masing-masing dah lapar
Habibi dengan mee bandung muar, CM dengan nasi goreng padprik ayam, KY dengan kuetiau kungfu dan umi dengan nasi goreng Thai
Memang puashati dengan kesedapan kesemua menu yang kami ambil ni, mana taknya setiap hidangan ada kupang kecuali nasi goreng padprik ayam dan mee bandung
Cik Meya memang pantang tengok kalau ada teh hijau, pasti dia nak dan habibi pulak dengan teh madu sementara umi dan KY hanya minum air suam tapi tak lepas peluang untuk rasai kedua-dua minuman ni. Kekonon kami ni 'cut sugar' hehe
Nampak meriah restoran Dapur Thai ni bila tiba waktu malam dan pengunjung tidak perlu risau sebab ruang parkir agak banyak
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.iamfuzy.com/2024/09/jurnal-jjcm-hujung-minggu-bersama-cikcha.html