20 Tempat Menarik Di Johor Bahru Sesuai Untuk Hujung Minggu


Johor Bahru menawarkan pengalaman percutian yang menarik untuk pelbagai peringkat umur serta seisi keluarga. 
Terdapat banyak destinasi menarik di Johor Bahru yang boleh dikunjungi dengan mudah.
Sama ada anda ingin berseronok di taman tema, menikmati suasana tepi pantai atau meneroka keunikan budaya dan sebagainya, semuanya ada disini!
Berikut dikongsikan lebih daripada 20 tempat menarik di Johor Bahru yang boleh dikunjungi bersama keluarga, rakan-rakan ataupun secara persendirian. 
BACA JUGA: 15+ Tempat Menarik Di Kota Kinabalu, Wajib Pergi Bila Datang Sabah!
20+ Tempat Menarik Di Johor Bahru 1. Taman Tema Legoland Malaysia Sumber: Visit Johor Taman Tema Legoland Malaysia ini terletak di Iskandar Puteri, Johor.  Apa yang menarik mengenainya adalah, ia merupakan taman tema Lego pertama di Asia Tenggara! 
Ada lebih 40 tarikan dan aktiviti yang memang sesuai untuk semua peringkat umur. Budak-budak confirm seronok, orang dewasa pun takkan rasa bosan bila berkunjung ke sini.
Kalau rasa tak cukup sehari untuk main semua tarikan yang ada, anda boleh bermalam di Legoland Hotel yang betul-betul bersebelahan dengan taman tema ini. 
Hotel ini berkonsepkan Lego – jadi bolehlah korang sambung ‘feeling-feeling’ berada dalam dunia Lego sepanjang percutian!
2. Zoo Johor Zoo Johor merupakan salah satu zoo tertua di Malaysia, terletak hanya beberapa minit dari pusat bandar Johor Bahru. 
Setelah melalui proses renovasi yang menyeluruh, ia kini dibuka semula bermula pada 31 Ogos 2024 dengan wajah baru yang lebih moden dan menarik.
Sumber: Media Digital Johor Dengan pelbagai pembaharuan, Zoo Johor pasti akan memikat hati pengunjung dengan landskap yang lebih segar, ruang pameran haiwan yang lebih baik dan kemudahan yang lebih mesra pengunjung. 
Zoo ini menawarkan pengalaman yang lebih interaktif dan mendidik, menjadikan setiap lawatan lebih menyeronokkan dan bermakna, terutamanya untuk keluarga dan pencinta alam.
BACA JUGA: Zoo Johor – Tarikh Pembukaan Semula & Harga Tiket Masuk 2024
3. Pantai Desaru Walaupun terletak agak jauh sedikit daripada Johor Bahru, Pantai Desaru tetap menjadi destinasi pantai kegemaran di Johor. 
Dikenali dengan pasir putihnya yang lembut seperti kapas dan air laut yang sejernih kristal, pantai ini adalah lokasi ideal untuk bersantai dan melakukan aktiviti bersama ahli keluarga atau rakan-rakan seperti berkelah, berenang dan sebagainya. 
Sumber: Google Review Untuk pengetahuan anda, pantai ini juga dikelilingi dengan resort dan hotel mewah yang menawarkan penginapan yang selesa. 
Dijamin pengalaman percutian anda lebih istimewa dengan menginap di hotel mewah ataupun resort yang ada. 
Sumber: Google Review Bagi mereka yang gemarkan cabaran dan aktiviti yang memacu adrenalin, aktiviti air seperti jet ski dan parasailing turut tersedia. 
4. Danga Bay Danga Bay adalah lokasi yang seronok untuk aktiviti lepak bersama keluarga atau kawan-kawan.
Pengunjung juga boleh bersantai sambil bersiar-siar di tepi pantai dan menikmati angin laut yang menyegarkan.
Sumber: Danga Bay – Tourism Johor Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati matahari terbenam sambil berlayar di atas kapal.
Terdapat juga taman tema yang lengkap dengan pelbagai jenis permainan disediakan di sini. Kanak-kanak boleh bermain dengan selamat dengan pantauan ibu bapa. 
Makan? Tak perlu risau, di sini ada banyak restoran dan kafe yang dibuka. Anda boleh mengisi perut sambil menikmati pemandangan laut yang cantik!
5. Adventure Waterpark Desaru Coast Adventure Waterpark Desaru Coast adalah sebuah taman tema yang terletak di Pantai Desaru. Ia menawarkan pelbagai aktiviti air yang menarik dan mampu memacu adrenalin pengunjung yang mencubanya. 
Sumber: AdventureWaterparkDesaruCoast
Taman tema air ini sesuai untuk seisi keluarga dengan pelbagai pilihan tarikan untuk semua peringkat umur termasuk kanak-kanak. Kemudahan yang disediakan juga sangat lengkap. A
Anda tidak perlu risaukan apa-apa apabila berkunjung ke sini, hanya bawa barang keperluan asas dan bersedia untuk berseronok!
Nak panduan lebih lanjut, anda boleh baca: Desaru Waterpark – Tarikan Utama, Kemudahan & Harga Tiket Masuk
6. Sea Life Malaysia Sumber: Legoland Sea Life Malaysia adalah tarikan yang  terletak di Legoland Malaysia Resort. Ia merupakan sebuah akuarium interaktif yang membawa pengunjung meneroka keajaiban laut dengan penuh keseronokan. 
Dengan lebih daripada 13,000 makhluk laut dari 120 spesies, pengunjung boleh meneroka 11 zon habitat yang berbeza, termasuk terowong lautan dan kapal karam yang bersejarah. Pengunjung berpeluang untuk melihat pelbagai spesies hidupan laut yang menakjubkan, termasuk jerung, obor-obor, dan penyu. 
Sumber: Legoland Selain pameran hidupan laut, terdapat juga zon interaktif di mana pengunjung boleh menyentuh haiwan laut seperti tapak sulaiman dan ketam. 
Untuk pengalaman yang lebih unik, pengunjung boleh menikmati makan malam dengan suasana bawah laut dikelilingi pelbagai jenis hidupan laut seperti ikan berwarna-warni. 
Sumber: Legoland 7. Taman Tasik Merdeka Taman Tasik Merdeka, juga dikenali sebagai Taman Merdeka, adalah sebuah taman rekreasi terbuka yang luas terletak di Johor Bahru, Malaysia. 
Sumber: Google Review Taman ini adalah lokasi yang sesuai untuk melakukan aktiviti riadah seperti berjogging atau berkelah bersama keluarga ataupun rakan-rakan. Bukan itu sahaja, taman ini juga menawarkan pemandangan alam yang menenangkan. 
Di taman ini terdapat tasik yang ‘dimeriahkan’ dengan kehadiran ikan keli yang banyak. Pengunjung boleh membawa roti dan memberi makan ikan-ikan tersebut. 
Sumber: Google Review 8. Pulau Rawa Pulau Rawa adalah salah satu syurga tersembunyi di Johor!
Dengan pasir putih lembut dan air laut yang jernih, tempat ni sangat sesuai pengunjung yang inginkan ketenangan dan lari daripada kesibukan bandar. 
Sumber: Google Review Terdapat pelbagai aktiviti air yang anda boleh lakukan di pulau ini. Antaranya ialah snorkeling, berenang, berkayak, menikmati keindahan laut dan sebagainya. 
Tak lupa juga,  pemandangan matahari terbenam kat sini memang epik dan sangat menakjubkan. Senang cerita, Pulau Rawa memang recommended!
Klook.com Sumber:AF Travel 9. Gurdwara Sahib Sikh Temple Gurdwara Sahib Sikh Temple adalah rumah ibadat komuniti Sikh yang terletak di Jalan Trus, Johor Bahru, Malaysia. Ia juga merupakan salah satu tempat menarik di Johor Bahru yang anda boleh pertimbagkan.
Seni binanya yang unik seringkali menjadi tarikan pengunjung untuk berkunjung ke sini. 
Menariknya, kuil ini juga mengalu-alukan kedatangan pengunjung daripada pelbagai latar belakang yang ingin mempelajari budaya dan agama Sikh. 
Sumber: Google Review Layanan mesra komuniti Sikh serta penyediaan makanan vegetarian percuma menjadikan kuil ini sebagai salah satu lokasi yang menarik untuk dilawati di Johor. 
10. Bangunan Sultan Ibrahim Jika anda sukakan sejarah dan seni bina bangunan, anda pasti seronok berkunjung ke Bangunan Sultan Ibrahim ini. Ia merupakan salah satu tarikan utama di Johor Bahru,
Sumber: GoWhere Malaysia Bangunan ini kaya dengan sejarah dan dibina dengan menggabungkan seni bina kolonial dan Melayu dengan reka bentuk Saracenic. Kalau ambil gambar berlatarbelakangkan bangunan ini memang lawa sangat. 
Tambahan lagi, bangunan ini mudah diakses dan berdekatan dengan beberapa tarikan lain. Ini menjadikannya destinasi yang ideal untuk dilawati dan diterokai. 
11. Johor Premium Outlets Hah, bagi kaki shopping, jangan lepaskan peluang berkunjung ke Johor Premium Outlets ini yang juga merupakan salah satu tempat menarik di Johor Banru.
Di sini, anda boleh jumpa pelbagai jenama terkenal dengan harga diskaun yang menarik. Dengan lebih daripada 150 butik serta kedai mewah, anda boleh berbelanja sepuasnya!
Sumber: Sunway Hotels Selain itu, suasana membeli-belah yang selesa dan pelbagai pilihan makanan sedap menjadikan JPO tempat yang ideal untuk pengunjung mencuci mata sambil berbelanja. 
Lokasinya yang strategik, hanya satu jam dari Singapura dan tiga jam dari Kuala Lumpur, menjadikannya destinasi popular bagi pelancong luar dan penduduk tempatan. 
12.  X Park Sunway Iskandar Sekiranya anda mencari destinasi untuk melakukan aktiviti lasak di Johor, X Park Sunway Iskandar wajib ada dalam senarai anda!  
Anda boleh melakukan pelbagai aktiviti luar di sini, contohnya seperti Go-Kart, ATV, mendaki batu, memanah, paintball dan banyak lagi. Terdapat juga beberapa jenis pakej yang anda boleh pilih mengikut kesesuaian. 
Sumber: Google Review Sumber: Google Review Jom ajak kawan-kawan dan keluarga untuk menikmati hari yang penuh keseronokan di X Park Sunway Iskandar!
13. Blue Ice Skating Rink @ Paradigm Mall Johor Bahru Bagi peminat sukan luncur ais, jangan lepaskan peluang untuk singgah di Blue Ice Skating Rink yang terletak di dalam pusat beli-belah Paradigm Johor Bahru. 
Sumber: Wikimedia Commons Blue Ice Skating Rink ini menawarkan pengalaman meluncur ais yang menyeronokkan untuk semua peringkat umur, sama ada pemula mahupun skater yang sudah berpengalaman. 
Kehadiran staf yang mesra dan profesional serta kemudahan yang lengkap dijamin bakal membuatkan pengalaman aktiviti meluncur anda sangat berharga. Gelanggangnya pun sangat luas, jadi taklah sesak bila ramai orang. 
Sumber: KLOOK Satu lagi plus pointnya, lokasinya yang terletak di dalam pusat beli-belah membolehkan pengunjung membeli-belah dan menikmati pelbagai pilihan makanan sebelum atau selepas sesi luncur ais mereka. 
14. Laman Mahkota Istana Bukit Serene Laman Mahkota Istana Bukit Serene juga salah satu tarikan di Johor Bahru yang tidak boleh dilepaskan. Ia terkenal dengan pemandangan indah dan mercu tanda ikonik untuk negeri Johor. 
Sumber: Tourism Johor Laman Mahkota Istana Bukit Serene adalah sebuah dataran yang menampilkan mahkota besar yang menjadi simbol kebesaran dan sejarah Kesultanan Johor. 
Sumber: Majlis Bandaraya Johor Bahru Terletak berhampiran dengan Istana Bukit Serene, tempat ini sering menjadi tumpuan pelancong atau penduduk tempatan untuk mengambil gambar dan bersantai. 
Pada waktu malam, dataran ini ‘dimeriahkan’ dengan pencahayaan yang berwarna-warni untuk menambah daya tarikannya. 
15. Pantai Stulang Laut Pantai Stulang Laut terkenal dengan pemandangan indah Selat Tebrau, di mana pengunjung boleh menikmati keindahan matahari terbenam yang memukau. 
Sumber: Astro Awani Selain itu, pantai ini turut menjadi lokasi popular untuk aktiviti santai seperti berkelah, berjalan-jalan dan menikmati angin laut yang menyegarkan. 
Di pantai ini juga, terdapat pelbagai gerai makanan tempatan. Pengunjung boleh mengisi perut dan mencuba hidangan laut yang segar-segar.
16. Pasar Karat Pasar Karat Johor terletak di pusat bandar Johor Bahru. Ia merupakan salah satu pasar malam yang paling terkenal di negeri ini. Jadi, kalau tak singgah memang kurang lengkaplah percutian anda di Johor. 
Sumber: Google Review Pasar ini terkenal dengan barangan terpakai, vintaj dan antik. Ini menjadikannya destinasi kegemaran bagi pencinta barang koleksi dan pemburu barangan unik. 
Pengunjung boleh menemui pelbagai jenis barang seperti pakaian, aksesori, perabot lama dan juga gajet retro pada harga yang mampu milik. 
Selain itu, Pasar Karat Johor juga dipenuhi dengan gerai makanan tempatan yang menjual hidangan popular seperti lok lok, satay, manisan dan banyak lagi. 
Sumber: Majils Bandaraya Johor Bahru Suasana yang meriah dengan bunyi muzik jalanan dan lampu-lampu terang menjadikan pengalaman membeli-belah di sini sangat menyeronokkan. 
17. Angry Birds Activity Park, Komtar Anda peminat Angry Birds? Hah, jangan lupa berkunjung ke sini. 
Angry Birds Activity Park adalah sebuah taman permainan dalaman yang bertemakan permainan video popular, Angry Birds. 
Sumber: Google Review Terletak di dalam bangunan Komtar JBCC, taman ini menawarkan pelbagai aktiviti interaktif dan permainan yang menarik untuk kanak-kanak serta seisi keluarga.
Contohnya, trampolin, go-kart, dinding panjat dan pelbagai lagi. Terdapat juga permainan yang menguji minda, sesuai untuk pengunjung yang kurang gemar aktiviti fizikal. 
Klook.com Sumber: Google Review Angry Birds Activity Park merupakan destinasi yang sesuai untuk pengunjung yang ingin menghabiskan masa berkualiti bersama sambil berseronok. 
18. Masjid Sultan Abu Bakar Masjid Sultan Abu Bakar adalah sebuah masjid bersejarah yang terkenal dengan seni bina gabungan gaya Moorish dan Victorian. 
Masjid ini telah dibina pada akhir abad ke-19 dan dibuka pada tahun 1900 dan menjadi salah satu warisan sejarah yang penting di Malaysia.
Sumber: Google Review Selain berfungsi sebagai tempat ibadat, masjid ini juga berfungsi sebagai pusat komuniti yang aktif. Ia mampu menampung sehingga 3,000 jemaah pada satu masa. 
Terletak di bukit dengan pemandangan pelabuhan Johor Bahru yang indah, masjid ini juga salah satu mercu tanda utama di Johor Bahru yang popular. 
BACA JUGA: Masjid Negara: Sejarah, Fungsi, Fasiliti & Keunikan
19. Stesen Keretapi Johor Bahru Stesen Keretapi Johor Bahru, atau dikenali sebagai Johor Bahru Sentral adalah pusat pengangkutan yang bersejarah di tengah-tengah Johor Bahru. 
Dengan reka bentuk yang unik dan kemudahan yang sudah dinaik taraf, stesen ini bukan sahaja memudahkan perjalanan antara Malaysia dan Singapura, tetapi juga menjadi tarikan untuk pelancong tempatan mahupun luar negara.
Sumber: Wikipedia Selain berfungsi sebagai pusat pengangkutan, pengunjung juga boleh menikmati pelbagai pilihan makanan  dan membeli-belah di sini. Ini menjadikannya lebih daripada sekadar tempat transit. 
20. Muzium Warisan Tionghoa Muzium Warisan Tionghoo adalah salah satu tempat menarik di Johor Bahru yang sesuai untuk dikunjungi bagi mempelajari dan memahami sejarah serta warisan budaya masyarakat Tionghoa di Malaysia. 
Muzium ini mempamerkan pelbagai koleksi artifak, gambar dan dokumen yang merangkumi sejarah panjang dan sumbangan masyarakat Tionghoa kepada negara. 
Bukan itu sahaja, terdapat juga pameran alat-alat tradisional, pakaian adat, hingga barang-barang rumah tangga. Ini memberikan gambaran mendalam tentang kehidupan seharian, tradisi dan nilai-nilai yang diwarisi oleh masyarakat Tionghoa.
Dengan reka bentukmya yang menarik serta pameran yang interaktif, Muzium Warisan Tionghoa bukan sahaja menawarkan pengetahuan sejarah yang berharga tetapi juga memberi peluang kepada pengunjung untuk menghargai kepelbagaian budaya di Malaysia.
21. Eco Spring Labs Eco Spring Labs menawarkan ‘spot’ bergambar yang terbaik dan tidak boleh dilepaskan. Ia menampilkan reka bentuk bangunan yang menyerupai bandar tepi laut Eropah, lengkap dengan kedai-kedai berwarna-warni dan kafe estetik. 
Sumber: Google Review Tambahan lagi, di sini terdapat banyak pilihan kafe yang menarik dan menawarkan harga yang berpatutan. Ini menjadikannya lokasi yang ideal untuk ‘cafe hunting’. 
Eco Spring Labs adalah pilihan tepat untuk percutian hujung minggu yang santai dan menyeronokkan!
Sumber: Google Review 22. Eco Palladium Satu lagi bangunan dengan reka bentuk yang menarik yang wajib dikunjungi di Johor Bahru ialah Eco Palladium. Ia menampilkan seni bina Eropah klasik yang sangat elegan.
Sebenarnya, bangunan ini adalah merupakan sebuah hab komersial yang menempatkan pelbagai jenis kedai seperti kedai makan, kafe, butik dan sebagainya.
Sumber: Google Review Selain itu, terdapat juga ruang wellness yang menempatkan pusat perubatan, klinik, dan spa untuk pengunjung yang ingin mendapatkan rawatan. 
Kemudahan yang disediakan juga sangat lengkap termasuk sistem keselamatan 24 jam bagi memastikan keselesaan dan keselamatan pengunjung terjamin. 
Penutup Dengan pelbagai tarikan yang sesuai untuk semua peringkat umur, Johor Bahru adalah destinasi percutian yang ideal bagi mereka yang mencari kepelbagaian dalam percutian.
Tanpa bajet yang tinggi pun, anda mampu merasai pengalaman percutian yang maksima apabila bercuti di Johor Bahru.
Jangan lupa masukkan senarai tempat menarik di Johor Bahru yang disenaraikan di atas ke dalam ‘wish list’ anda!


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://ecentral.my/tempat-menarik-di-johor-bahru/?utm_source=rss&utm_medium=rss&utm_campaign=tempat-menarik-di-johor-bahru

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
15 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Wajib Pergi Bila Datang Sabah

15 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Wajib Pergi Bila Datang Sabah

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 205 hits
15 Tempat Menarik Di Kota Kinabalu Wajib Pergi Bila Datang Sabah Kota Kinabalu adalah merupakan ibu negeri Sabah yang terkenal sebagai salah satu destinasi pelancongan di Malaysia Terkenal dengan keindahan alam semula jadi dan kepelbagaian ...
Layan Pastri Di Overn Cafe Alor Setar Tempat Sesuai Untuk Meeting

Layan Pastri Di Overn Cafe Alor Setar Tempat Sesuai Untuk Meeting

papar berkaitan - pada 31/8/2024 - jumlah : 152 hits
Hai semua Orang alor setar dah pernah sampai Overn Cafe ke belum haaa untuk yang belum pernah sampai korang wajib try disini Aku suka vibes cafe yang cozy macam ni Sangat sesuai untuk korang nak buat kerja ataupun meeting Tenang je rasa sam...
Renaissance Johor Bahru Hotel Celebrates Magic Of The Mid Autumn Festival With Intriguing Mooncakes

Renaissance Johor Bahru Hotel Celebrates Magic Of The Mid Autumn Festival With Intriguing Mooncakes

papar berkaitan - pada 27/8/2024 - jumlah : 269 hits
RENAISSANCE JOHOR BAHRU HOTEL CELEBRATES MAGIC OF THE MID AUTUMN FESTIVAL WITH INTRIGUING MOONCAKES As the Mid Autumn Festival approaches Wan Li Chinese Restaurant at Renaissance Johor Bahru Hotel is delighted to unveil its limited edition ...
Johor Regent Grants Audience To Pm Anwar

Johor Regent Grants Audience To Pm Anwar

papar berkaitan - pada 24/8/2024 - jumlah : 81 hits
Johor Regent His Royal Highness Tunku Ismail and Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim speak during an audience at the Johor palace today Picture from Facebook HRH Crown Prince of JohorKUALA LUMPUR Aug 23 Johor Regent His Royal Highness T...
Dania Hiking Gunung Lambak Johor

Dania Hiking Gunung Lambak Johor

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 183 hits
Assalamualaikum Hari ni Dania mencemar duli hiking ke Gunung Lambak Kluang Johor Pukul 4am pagi tadi dia dh gerak ke sana dengan bas UCAM SA duk msg dia tanya macam mana dah sampai ke sekali dia hantar gambar dia dah sampai puncak dh eh laj...
Makan Laksa Johor Di Ruma Tengah By Ateh S Kitchen

Makan Laksa Johor Di Ruma Tengah By Ateh S Kitchen

papar berkaitan - pada 22/8/2024 - jumlah : 153 hits
Assalamualaikum WBT HARI ini Sk ambil cuti Ada plan baik punya hehehehe Nanti la Sk cerita eh kita cerita pasal Laksa Johor sedap ni dulu yang Sk makan di Ruma Tengah by Ateh s Kitchen Tengok dari nama pun dah boleh agak restoran ini dibuka...
Majestic Johor Festival 2024

Majestic Johor Festival 2024

papar berkaitan - pada 21/8/2024 - jumlah : 187 hits
Majestic Johor Festival 2024 bakal kembali untuk edisi tahun 2024 Ianya berlangsung pada 28 Ogos 2024 hingga 1 September 2024 mulai jam 11 00 pagi The post appeared first on
Juara Piala Fa 2024 2025 Johor Darul Ta Zim

Juara Piala Fa 2024 2025 Johor Darul Ta Zim

papar berkaitan - pada 25/8/2024 - jumlah : 155 hits
JUARA PIALA FA 2024 2025 JOHOR DARUL TA ZIM Tahniah diucapkan buat Johor Darul Ta zim juara 3 tahun berturut turut PialaFA2024 25 LigaMalaysia DemiLigaKita mknaceunlimited mknace thecoloursoflife terbaeekkk kipidap blogger photography photo...
Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Negeri Johor Sesi 2025 2026

Permohonan Kemasukan Ke Tingkatan Satu Sekolah Menengah Agama Negeri Johor Sesi 2025 2026

papar berkaitan - pada 26/8/2024 - jumlah : 212 hits
PERMOHONAN KEMASUKAN KE TINGKATAN SATU SEKOLAH MENENGAH AGAMA NEGERI JOHOR SESI 2025 2026 https daftar smanj net t1 2025Semua murid Tahun 6 sesi 2023 24 adalah dipelawa bagi menyambung pengajian di 1 Maahad Johor Johor Bahru Johor 072232710...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Panduan Lengkap Untuk Reka Bentuk Kotak Pembungkusan Makanan Yang Menarik

10 Tips Pilih Pam Tayar Kereta Tekanan Angin Tayar Kereta Yang Sesuai

Catatan Hari Terakhir Trip Ke Kuching

Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator