June Tbr 2018 Books I Want To Read This Month
June TBR 2018
Sementara mood blogging tengah ada ni, lebih baik aku siapkan entri seterusnya. Topik yang masih sama iaitu mengenai buku :D
Aku berniat untuk senaraikan buku yang aku nak baca setiap bulan dan berkongsi di blog tapi sayangnya tidak berkesempatan. Niat itu ada cuma masa mencemburui aku. Hihi.
Lebih daripada 30 buku yang sudah aku beli tapi masih belum dibaca (kalau rajin nanti aku buat entri blog mengenainya). Sebenarnya bila dah ada banyak buku, jadi pening juga nak baca yang mana dulu. Itu baru buku fizikal, belum dikira lagi dengan ratusan e-books yang ada dalam phone ni. Hii.
Setelah berfikir panjang (takdelah panjang sangat nanye 😅), aku telah memilih tiga buku yang ingin dibaca dalam bulan Jun 2018. Hanya tiga buku saja yang aku pilih memandangkan bulan Jun adalah bulan Ramadhan dan bulan Syawal. Pasti kehidupan aku agak sibuk. Kena ambil kira juga faktor seperti itu.
Ketiga-tiga buku adalah terbitan Prolog Media yang aku beli di PBAKL 2018
Kenapa tiga buku ini menjadi pilihan aku dalam bulan ini? Korang akan jadi sama seperti aku. Haha. Korang akan jatuh cinta dengan kulit buku yang cantik dan seterusnya terpikat dengan sinopsis. Percayalah 😁
1) SHHH... RAHSIA by T SEA
Shh Rahsia by T Sea
Sinopsis:
"Tahukah anda, manusia di sekeliling anda masing-masing menyimpan satu identiti yang lain dari apa yang anda lihat. Dan identiti itu menjadi rahsia sehinggalah ada yang membongkarnya."
Menjadi penulis popular yang anonymous tak susah bagi Rosie selagi rahsianya itu disimpan rapi. Dan menjaga rahsia Rosie pula hanya tugas mudah bagi Iris. Perjalanan hidup kedua-duanya lancar sehinggalah muncul Dani di antara mereka.
Kemunculan Dani memberi impak yang besar bagi Iris hingga memaksa gadis itu membuka satu perkara rahsia yang tersimpan selama ini. Namun, siapa yang boleh menyangka semua itu bakal mengubah hidup mereka semuanya
Kejutan demi kejutan berlaku dan selepas itu..
2) CEMPAKA MELATI by ZAHIDA ZARKASI
Cempaka Melati by Zahida Zarkasi
Sinopsis:
"Benarkah demi cinta, manusia sanggup berkorban apa sahaja?"
Kerana sebuah kisah yang melukakan, Cempaka cipta "syurga" baru di Pulau Pangkor. Tetapi kemunculan dua orang lelaki telah merosakkan kedamaiannya.
Addin, cinta pertamanya datang bersama kisah lama. Zhariff, lelaki yang penuh misteri muncul bersama harapan baru.
Sejarah hidupnya turut menjadi perhatian hingga membuatkan Cempaka terpaksa menjejaki rahsia keluarga yang selama ini disimpan rapi oleh arwah opahnya.
Cempaka berharap akan menemui jawapan namun sebaliknya makin banyak persoalan yang muncul hingga buat dia hampir berputus asa. Zhariff datang menghulur bantuan namun kemelut yang melanda makin membingungkan.
Mampukah Cempaka menerima segala kebenaran yang terbongkar?
3) MAIA by PASHA ADAM
Maia by Pasha Adam
Sinopsis:"Apa yang akan kau lakukan kalau kau tahu orang di sekeliling kau penuh dengan kepura-puraan?."
Bagi Maia, dia memilih untuk mengasingkan diri. Biarlah dia hidup sepi tanpa sesiapa asalkan hatinya aman dan tidak terluka.
Namun perkenalannya dengan Azad mengubah semuanya. Kesepiannya mula terisi dan Maia mula terasa benar-benar "hidup" untuk pertama kalinya.
Sayangnya, ada harga yang perlu dibayar untuk dia mengecapi semua itu
Sanggupkah Maia membayar harga yang tinggi demi mendapatkan sesuatu yang normal? Atau dia rela selamanya hidup dalam kesepian
*************************************
Dah habis bagi sinopsis. Adakah korang terpikat dengan kulit buku yang cantik dan sinopsis yang menarik? Please say yes. Haha. Paksa rela tau 😆
Semua buku ini adalah karya pertama yang aku baca daripada penulis. Memandangkan ini adalah karya pertama mereka yang aku nak baca, jadi harapan aku tidak terlalu tinggi untuk setiap penulis. Cuma aku harap semua buku ini menepati citarasa aku.
Sebenarnya aku akan beli semua novel terbitan Prolog Media sebab serius, buku Prolog Media memang terbaik 👍👍👍
Kalau korang berminat, sekarang Prolog Media sedang mengadakan promosi tiga buku dengan harga RM60/RM65 sahaja termasuk postage. Murah weiii! Sila grab sekarang! Sebelum itu, pastikan segala persiapan raya telah lengkap. Hihi.
Nway, kalau diberi pilihan, buku mana yang korang pilih untuk baca dulu antara ketiga-tiga buku di atas? Mind to share with me? ^_^
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://siqahiqa.blogspot.com/2018/06/june-tbr-2018-books-i-want-to-read-this.html