Jun 2022
JUN 2022 | Dengan nama Allah yang Maha Pemurah lagi Maha Pengasih. Assalammualaikum wbt. KALAU tak silap PC hari ni akhir Syawal untuk tahun ini. Hari pertama dibulan Jun, hari akhir Syawal pula. Tapi mood raya masih on. Gitu. Ke hari ni merupakan hari akhir puasa sunat juga. Mana tahukan. Last day of Syawal, first day of Jun. Ha gitu. Tapi berketupat rendang semua. Seronoknya. Simbolik sangat.
Alhamdulillah dah melangkah kita semua ke bulan Jun. masuk separuh tahun ditahun 2022 dan PC rasa tentu sahaja masing-masing rasa gembira kesan Syawal tahun ini yang membolehkan seluruh rakyat pulang ke kampung masing-masing. Bertemu ibu bapa, adik beradik dan saudara mara juga. Walau mungkin tetap masih ada had yang mesti dijaga sentiasa.
Masing-masing sudah mula kembali bekerja seperti biasa. Tunggu hujung minggu la kalau nak balik kampung lagi. Kalau tidak pun cuti Aidil Adha in sya Allah. Aamiin. Kalau Syawal sedikit meriah tahun ini semoga ibadah korban tahun ini pun berganda kemeriahannya untuk kita raiakan bersama-sama.
Bulan Jun, selamat ualngtahun kelahiran bagi sesiapa yang sambut ulangtahun kehairan bulan ini. Atau mungkin kepada sesiapa yang akan melangsungkan pernikahan. Tidak terkecuali yang bakal melahirkan pada bulan inikan. PC doakan apa sahaja yang telah, sedang dan bakal dirancang Allah permudahkan dan Allah merahmati. Aamiin.
Tidak terlupakan mungkin ada yang mengenang keluarga, ibu bapa atau sesiapa sahaja yang dekat dan rapat telah kembali kepadaNYA, Al Fatihah PC hadiahkan. Semoga mereka berada di tempat yang paling indah dan mewah di SANA.
Jun 2022. Tidak akan berulang lagi. Semoga setiap hari yang bakal kita lalui mewah dengan kasih sayang dan petunjuk dijalan yang lurus oleh Allah SWT.
Tinta Perdu Cinta ❤Jun 2022
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.perducinta.com/2022/06/jun-2022.html