Malaysia Kuatkuasa Hentikan Eksport Ayam Mulai 1 Jun Benar News 23 05 2022


 

Putrajaya pada Isnin telah mengarahkan penghentian eksport ayam, yang merupakan sumber protein paling digemari di negara itu, bermula 1 Jun depan bertujuan menangani isu kekurangan bekalan bahan makanan berkenaan yang telah menyebabkan kenaikan harga mendadak di pasaran tempatan.
Malaysia mengeksport kira-kira 3.6 juta ekor ayam sebulan pada ketika ini, dengan kebanyakan daripada jumlah tersebut pergi ke negara jiran Singapura, yang dijangka akan terkesan dengan ketiadaan sumber daging utama mereka itu sehingga situasi bekalan ayam untuk pasaran domestik di Malaysia kembali pulih.
Perdana Menteri Malaysia Ismail Sabri Yaakob berkata keputusan untuk menghentikan eksport bekalan ayam itu dibuat oleh Jemaah Menteri pada Isnin atas dasar mengutamakan keperluan rakyat.
"Sebagai langkah jangka pendek, mesyuarat Kabinet hari ini telah membuat beberapa ketetapan terhadap isu bekalan serta harga ayam pada masa ini, termasuk menghentikan eksport ayam sebanyak 3.6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun ini sehingga harga dan pengeluaran ayam kembali stabil.
"Tindakan ini diambil kerana keutamaan kerajaan adalah rakyat sendiri," kata Ismail dalam satu kenyataan media yang dikeluarkan Pejabat Perdana Menteri pada petang Isnin.
Selain menghentikan eksport, Perdana Menteri itu berkata kerajaan Malaysia juga mengambil beberapa langkah lain untuk menangani isu kekurangan bekalan ayam termasuk memansuhkan Permit AP (Approved Permit) bagi meningkatkan pembabitan pengimport untuk menyediakan bekalan, serta menambah dan mengiktiraf loji sembelihan ayam di luar negara bagi meningkatkan pengeluaran bekalan ayam.
Dari segi penguatkuasaan pula, pihak berkuasa termasuk Suruhanjaya Persaingan Malaysia turut menjalankan siasatan terhadap dakwaan adanya kartel dalam kalangan syarikat besar yang mengawal harga serta bekalan ayam tempatan.
Pemantauan serta pemeriksaan akan turut dijalankan bagi mengenalpasti sekiranya terdapat aktiviti menyorok bekalan ayam dan sabotaj bekalan, kata Ismail Sabri.
"Peguam Negara juga telah menasihatkan Kabinet untuk mengguna pakai di bawah Penguatkuasaan Akta Kawalan Bekalan 1961 (Akta 122) jika terdapat sebarang aktiviti menyorok, menyimpan atau unsur-unsur sabotaj terhadap bekalan ayam. Tindakan boleh diambil di bawah Akta tersebut dan lesen mereka juga boleh dibatalkan serta merta," tegas beliau.
Seorang jurucakap Kementerian Pertanian dan Industri Makanan yang tidak boleh dinamakan kerana tidak mendapat kebenaran untuk bercakap dengan media memberitahu bahawa bilangan 3.6 juta ekor ayam disebut Ismail Sabri adalah jumlah purata eksport bulanan negara semasa, dan sebahagian besar daripada jumlah itu pergi ke pasaran di Singapura.
Malaysia mula dilanda krisis bekalan ayam mentah sejak beberapa hari yang lalu dan menyebabkan permintaan untuk produk tersebut melambung tinggi.
Menurut MAFI dalam satu kenyataan pada Ahad, terdapat ladang-ladang ayam yang menghadapi masalah tumbesaran ayam yang disebabkan oleh beberapa faktor termasuk keadaan cuaca panas yang melampau, kualiti dedak makanan ayam dan gangguan penyakit.
Susulan daripada pengumuman Malaysia itu, Agensi Makanan Singapura (SFA) mengeluarkan kenyataan lewat Isnin menasihati pengguna di negara itu untuk membeli ayam hanya mengikut jumlah diperlukan mereka serta mempertimbangkan jenis makanan berasaskan daging lain.
Pihak berkuasa republik itu berkata mereka juga bekerjasama dengan pemegang taruh termasuk syarikat import untuk mengurangkan impak terhadap bekalan ayam, termasuk meningkatkan import ayam beku daripada sumber alternatif lain.
"Kira-kira 34 peratus daripada ayam diimport Singapura pada 2021 adalah dari Malaysia, di mana hampir kesemuanya diimport sebagai ayam hidup sebelum disembelih dan dibekukan di Singapura.
"SFA sedang mengikuti secara rapat situasi import ayam dari Malaysia dan sedang bekerjasama dengan pemegang taruh, seperti pengimport untuk mengurangkan impak terhadap bekalan ayam kita. Sebagai contoh, mereka akan mengaktifkan rantaian bekalan mereka untuk menaikkan jumlah import ayam sejuk dari sumber alternatif, meningkatkan import ayam beku dari pembekal selain Malaysia, atau mengambil bekalan daripada simpanan ayam mereka," kata agensi tersebut.
Bekalan kurang
Tinjauan dibuat oleh BenarNews di beberapa lokasi sekitar Lembah Klang mendapati kebanyakannya telah kehabisan bekalan ayam segar, menyebabkan peniaga terpaksa menutup kedai sementara sebahagian lagi pula bertukar kepada menjual ayam kampung dan 'ayam pencen' (ayam telur yang telah tua).
Seorang peniaga ayam daging di Klang yang ingin dikenali sebagai Rahman berkata mereka mengharapkan supaya kerajaan dapat mengambil tindakan mengatasi masalah berkenaan.
"Ada peniaga yang terpaksa tutup kedai buat sementara kerana tidak dapat bekalan ayam daging. Ayam kampung dan ayam pencen adalah dapat sikit tapi kurang juga.
"Saya harap kerajaan tolonglah buat sesuatu sebab ayam sudah jadi menu utama harian kita. Nak makan ikan, ikan mahal. Saya terpaksa cari sana sini untuk mendapatkan bekalan. Kalau dapat pun tidak banyak dan terhad, kurang separuh daripada biasa," katanya kepada BenarNews.
Pelanggan Zizryn Mohamad, 40 dari Kajang menyuarakan rasa terkejut dengan apa yang berlaku, dan menyatakan bahawa dirinya terpaksa akur dengan syarat terbaru dikenakan penjual yang mengehadkan seorang pelanggan untuk membeli hanya satu ekor ayam.
"Terkejut juga bila berlaku situasi macam ni. Beli ayam pun kena ada had. Mujur saya dapat beli seekor ayam daging siap proses. Saya bayar RM26 (AS$5.92) untuk seekor ayam seberat 1.6kg termasuk upah proses.
"Nak makan ikan, mahal. Jadi bayangkan kalau ayam pun mahal. Saya tidak tahu hendak cakap apa. Mungkin dasar kerajaan perlu jelas untuk tangani masalah ini."
Langkah segera bantu rakyat
Sementara itu, Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) dalam satu kenyataan susulan pengumuman Ismail Sabri menyatakan sokongan terhadap keputusan kerajaan menghentikan eksport ayam buat sementara waktu.
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan berkata tindakan kerajaan itu tepat dan amat diperlukan rakyat dalam situasi sekarang.
"Makanan adalah asas kehidupan rakyat, apa guna ada kerajaan jika rakyat kelaparan, tidak mampu mendapatkan bahan asas untuk meneruskan kehidupan mereka," kata beliau.
Kata beliau, ayam adalah amat penting kepada kebanyakan rakyat Malaysia kerana ia merupakan sumber protein paling murah berbanding produk lain seperti ikan dan lembu.
Nadzim berkata jika dibandingkan harga ayam yang telah ditetapkan pada RM8.90 (AS$2.03) satu kilo, harga ikan Kembung sekilo boleh mencecah RM14 sekilo (AS$3.19), namun jumlah ikan sebanyak itu tidak mampu menampung keperluan satu keluarga.
Sementara itu, pakar geostrategi Azmi Hassan berkata ketiadaan bekalan ayam yang berlaku berkemungkinan adalah sesuatu yang disengajakan pihak tertentu untuk memaksa kerajaan menaikkan harga siling jualan ayam di Malaysia.
Kata beliau, tindakan menghalang eksport ayam itu mungkin mampu memberikan tekanan kepada mereka yang bertanggungjawab di sebalik kekurangan bekalan itu.
"Halangan eksport ini mungkin dapat memberikan tekanan kepada mereka yang sengaja mengehadkan bekalan untuk tempatan," kata beliau.
Azmi, yang merupakan felo kanan Akademi Nusantara Untuk Kajian Strategik, berkata bahawa sesetengah pihak seperti penternak melihat harga siling yang ditetapkan kerajaan tidak padan dengan kos mereka.
Artikel oleh: Benar News
MALAYSIA KUATKUASA HENTIKAN EKSPORT AYAM MULAI 1 JUN

https://www.benarnews.org/malay/berita/my-ayam-eksport-220523-05232022134743.html


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://ppim4u.blogspot.com/2022/06/malaysia-kuatkuasa-hentikan-eksport.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Ppim Sambut Baik Langkah Hentikan Eksport Ayam Malakat Tribune 23 05 2022

Ppim Sambut Baik Langkah Hentikan Eksport Ayam Malakat Tribune 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 186 hits
CYBERJAYA Persatuan Pengguna Islam Malaysia menyambut baik langkah kerajaan dalam menangani krisis harga makanan di negara ini dengan menghentikan eksport ayam sebanyak 3 6 juta ekor sebulan bermula 1 Jun ini Ketua Aktivis PPIM Datuk Nadzim...
Ppim Sokong Kerajaan Sekat Eksport 3 6 Juta Ekor Ayam Malaysia Gazette 23 05 2022

Ppim Sokong Kerajaan Sekat Eksport 3 6 Juta Ekor Ayam Malaysia Gazette 23 05 2022

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 324 hits
KUALA LUMPUR Tindakan kerajaan menghentikan eksport 3 6 juta ekor ayam sebulan merupakan tindakan yang tepat Persatuan Pengguna Islam Malaysia berkata langkah itu dilihat akan berjaya menangani krisis harga makanan di negara ini Susulan pen...
Kerajaan Henti Eksport Ayam Mulai 1 Jun Hingga Bekalan Stabil

Kerajaan Henti Eksport Ayam Mulai 1 Jun Hingga Bekalan Stabil

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 259 hits
malaysiakini comDiterbitkan May 23 2022 6 15 PMKerajaan hari ini memutuskan untuk menghentikan eksport bulanan Malaysia sebanyak 3 6 juta ekor ayam mulai 1 Jun ini bagi menangani kekurangan bekalan makanan semasa kata Perdana Menteri Ismail...
Hentikan Eksport Ayam Hingga Harga Ayam Stabil Baguslah Ada Juga Tindakan Daripada Kerajaan Tapi Berkesankah

Hentikan Eksport Ayam Hingga Harga Ayam Stabil Baguslah Ada Juga Tindakan Daripada Kerajaan Tapi Berkesankah

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 184 hits
Hentikan eksport ayam hingga harga ayam stabil Baguslah ada juga tindakan daripada kerajaan Tapi berkesankah Ibarat orang melecet kakinya pakai kasut sempit Penyelesaian yang diambil pakai stokin tebal Atau letakkan plaster Supaya tak melec...
Satu Malaysia Kena Tipu Cuaca Panas Ayam Hilang Selera Makan

Satu Malaysia Kena Tipu Cuaca Panas Ayam Hilang Selera Makan

papar berkaitan - pada 1/6/2022 - jumlah : 309 hits
Satu Malaysia Kena Tipu Cuaca Panas Ayam Hilang Selera Makan Saya berada dalam industri ayam daging dah 17 tahun Jadi sy rasa saya boleh bercakap isu ini Just nak share hari Sabtu dan Ahad ni banyak syarikat integrator besar yang TUTUP REBA...
Proton Saga 2022 Model Mobil Facelift Malaysia Terbaru

Proton Saga 2022 Model Mobil Facelift Malaysia Terbaru

papar berkaitan - pada 26/5/2022 - jumlah : 254 hits
Di pertengahan bulan ini Proton Holding Berhad meluncurkan model mobil facelift terbaru Proton Saga 2022 Ini merupakan penyegaran kedua Proton Saga generasi ke 3 yang diluncurkan pada 2016 Model 2022 masih mempertahankan opsi manual standar...
Pertandingan Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2022 Berlangsung Pada 1 Hingga 30 Jun 2022

Pertandingan Kuiz Asean Peringkat Kebangsaan 2022 Berlangsung Pada 1 Hingga 30 Jun 2022

papar berkaitan - pada 24/5/2022 - jumlah : 304 hits
Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 Berlangsung Pada 1 Hingga 30 Jun 2022 Assalamualaikum hi korang Petang ni KakYa nak warwarkan mengenai Pertandingan Kuiz ASEAN Peringkat Kebangsaan 2022 Jom ramai ramai kita sertai Pertandin...
Mycyclexpo 2022 Expo Sukan Berbasikal Terbesar Di Malaysia

Mycyclexpo 2022 Expo Sukan Berbasikal Terbesar Di Malaysia

papar berkaitan - pada 3/6/2022 - jumlah : 296 hits
MYCYCLEXPO 2022 EXPO SUKAN BERBASIKAL TERBESAR DI MALAYSIA Assalammualaikum semua Buat julung kalinya expo untuk sukan berbasikal bakal diadakan Sukan berbasikal sangat digemari semua tidak kita usia dan bangsa Pasti kita semua ada pengalam...
Cek Fakta Tidak Benar Foto Gunung Merapi Erupsi Besar 30 Mei 2022 Simak Faktanya

Cek Fakta Tidak Benar Foto Gunung Merapi Erupsi Besar 30 Mei 2022 Simak Faktanya

papar berkaitan - pada 2/6/2022 - jumlah : 183 hits
Foto Gunung Merapi erupsi besar mengeluarkan awan panas yang diklaim terjadi pada Senin 30 Mei 2022 adalah tidak benar Faktanya foto tersebut diambil saat Merapi meletus pada 11 Mei 2018 lalu
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba