Jumpa Pemilik Home Stay Di Putra Jaya
Asalamualaikum & Salam Sejahtera.
Suasana persekitaran perumahan di Putra Jaya
Cerita ini adalah imbasan kenangan semata Blogger Etuza dan isteri ketika mengiringi anak ke Cyber Jaya. Tujuan anak sulung telah dipanggil untuk taklimat dan pengambilan Lesen sebagai salah seorang pegawai Pergigian ( Doktor Gigi ) dan seterusnya menandatangani persetujuan kontrak sebagai kakitangan di kementerian Kesihatan di Pejabat Kementerian Kesihatan di Cyber Jaya.
Moment indah ini belum terlepas lagi, di mana dalam dua hari di Cyber Jaya telah menjalinkan berbagai kenangan indah.
Betullah bahawa, JAUH BERJALAN LUAS PENGETAHUAN BANYAK PENGALAMAN, HIDUP BERTAMBAH MATANG DAN SEMAKIN MENEBAL RASA KEKAGUMAN KEPADA SANG PENCIPTA ALAM INI YAKNI ALLAH.
Jumpa pemilik Home Stay di Putera Jaya bernama Puan Alina
Dipendekkkan cerita, home stay ini telah anak Etuza bayar melalu online dengan menggunakan perkhidmatan TRIWAGIO pada masa itu sekitar Julai 2018. Maaf dah lama moment indah ini, tetapi bagi yang menghargai kenangan hidup yang Allah anugerahkan situasi ini bak baru berlaku.
Anak Etuza diberikan no phone Puan Alina, terjadilah whatsApp dan call untuk hubungi pemilik Home Stay ini. Puan Alina, membantu buka rumah dia dan memberikan infor apap - apa yang patut. Bila Etuza ternampak kamera CCTV maka Etuza rasa malu lah dalam rumah mewah ini.
Berlaku Etuza tersilap buka pintu rumah Puan Alina. Lalu tak dapat buka, ya Allah malu juga sebenarnya. Kunci elektronik maka Etuza agak jakun nak buka tutup. Apapun pintu rumah tak lah rosak. Cuma Etuza tak berani nak sentuh dan buka pintu selepas itu. Pintu rumah dapat dibuka dengan mudah apabila tangan Puan Alina sendiri menyentuh pintu Home Stay ini. Agak lucu kan..
Ambil kenangan wife Etuza dan Puan Alina sama-sama ke Cyber Jaya ..Etuza tak sure Pn. Alinani kerja apa. Berkot dan bergaya..Pegawai kot..Etuza tak berani bertanya...
Rumah yang ini bersendiri..tak ada orang tinggalApapun mungkin juga sebuah Home Stay..
Etuza rasa..agak berbaloi jugatinggal di Home Stay ini. Semua lengkap..bersih dan sangat selesa. Namun jangan terlaluselesa hingga menyelongkar kan..Bahaya..ada CCTV
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://madey09.blogspot.com/2021/10/jumpa-pemilik-home-stay-di-putera-jaya.html