Jumlah Waktu Pembelajaran Reproduktif Di Sekolah Perlu Ditambah Tpm




PUTRAJAYA - Waktu pembelajaran mengenai reproduktif manusia akan dicadang untuk ditambah bagi menimbulkan kesedaran murid dan pelajar mengenai kelakuan seksual, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Dalam sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Majlis Sosial Negara (MSN) Bil.2 Tahun 2023 di sini pada Khamis, beliau berkata, saranan itu dibuat selepas MSN dimaklumkan isu perlakuan seksual melibatkan remaja seawal usia 13 tahun yang dilihat semakin membimbangkan.

Beliau berkata, isu berkenaan akan dibawa ke pengetahuan Jemaah Menteri tidak lama lagi oleh Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Nancy Shukri bagi membolehkan langkah drastik menangani masalah itu dikenal pasti.

Ahmad Zahid berkata, MSN hari ini akan meminta Jemaah Menteri mengambil pertimbangan dan tindakan segera berhubung isu penipuan dalam talian yang kerugiannya menghampiri RM1 bilion setahun.

Menurutnya, Polis Diraja Malaysia (PDRM) melalui Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) memerlukan peralatan canggih bagi menangani kes penipuan dalam talian selain perjawatan baharu.

"Kita merasakan tindakan segera perlu dilakukan dan kita harap tidak akan berlaku pemangsaan kepada aktiviti penipuan ini kerana ianya akan menimbulkan masalah sosial cukup besar," katanya.

Ahmad Zahid berkata, mesyuarat MSN juga bersetuju supaya Bank Negara Malaysia (BNM) mengarahkan cawangan bank menyediakan kemudahan untuk golongan orang kurang upaya (OKU).

"Kita tahu Perkhidmatan Perbankan Mesra OKU mesti dilakukan. Kita tahu ada kekangan dan ianya memerlukan beberapa tindakan dan kita bersetuju ia dilaksanakan secara berperingkat," katanya.

Dalam sidang media sama, Nancy memaklumkan Kertas Kabinet berkaitan isu perlakuan seksual melibatkan remaja akan disediakan Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) dan akan dibawa ke mesyuarat Kabinet dalam tempoh dua atau tiga minggu lagi.

Beliau berkata, isu seksual melibatkan remaja adalah membimbangkan berdasarkan kaji selidik terhadap remaja tidak berkahwin berusia 13 hingga 24 tahun yang dilaksanakan KPWKM. "

Kita (KPWKM) telah anjur program pendidikan kesihatan reproduktif di merata tempat dan kali ini kita ingin panjangkan ke sekolah," katanya.

Berdasarkan kaji selidik yang dikongsikan KPWKM, sebanyak 68.8 peratus remaja berusia 16 hingga 24 tahun pernah melakukan hubungan seks manakala 31.2 peratus remaja berusia 13 hingga 15 tahun juga pernah melakukan hubungan jenis. - Bernama

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2023/07/jumlah-waktu-pembelajaran-reproduktif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Inilah Keutamaan Shalat Dhuha Waktu Afdalnya Dan Jumlah Rakaat Shalat Dhuha Yang Dianjurkan

Inilah Keutamaan Shalat Dhuha Waktu Afdalnya Dan Jumlah Rakaat Shalat Dhuha Yang Dianjurkan

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 209 hits
Shalat Dhuha disebut pula dengan shalat awwabin Lalu berapa jumlah rakaat shalat Dhuha yang dianjurkan dan kapan waktu afdalnya
Strategi Ke Sekolah Idaman

Strategi Ke Sekolah Idaman

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 226 hits
Strategi Ke Sekolah IdamanAssalamualaikum Hi semua Kembali lagi petang ini dengan topik hangat strategi ke sekolah idaman Ibu ayah di luar sana yang mempunyai anak Tahun 6 dan berminat menghantar anak ke sekolah idaman pasti sudah merencana...
Pelajar Tingkatan Satu Maut Disyaki Terjatuh Bangunan Sekolah

Pelajar Tingkatan Satu Maut Disyaki Terjatuh Bangunan Sekolah

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 416 hits
FMT ReportersPETALING JAYA Seorang pelajar Tingkatan Satu di Melaka maut dipercayai terjatuh dari tingkat dua sekolahnya Pelajar perempuan itu ditemukan oleh tukang kebun dalam keadaan terlungkup di kaki lima bangunan sekolah itu pada 2 31 ...
Pelajar Sekolah Terkejut Jumpa Kondom Dalam Makanan

Pelajar Sekolah Terkejut Jumpa Kondom Dalam Makanan

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 232 hits
Seorang pelajar sebuah sekolah vokasional di Guangzhou China terkejut apabila menemui objek plastik seakan kondom ketika makan di kafeteria sekolah lapor laman berita Mothership semalam Dalam satu klip video dimuat naik di aplikasi Weibo pe...
Pm Spot Check Sekolah Mahu Pastikan Tandas Rosak Dibaiki

Pm Spot Check Sekolah Mahu Pastikan Tandas Rosak Dibaiki

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 222 hits
Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim membuktikan hasratnya bagi memastikan semua tandas di sekolah mesti berada dalam keadaan baik untuk keselesaan pelajar bukan sekadar retorik Dalam kesibukan tugas menghadiri dan merasmikan Program Se...
Culas Kerja Sekolah Ibu Dakwa Anak Cedera Dirotan Guru Besar

Culas Kerja Sekolah Ibu Dakwa Anak Cedera Dirotan Guru Besar

papar berkaitan - pada 19/7/2023 - jumlah : 207 hits
KESAN kecederaan di beberapa bahagian muka serta badan seorang pelajar Tahun 5 yang di dakwa dirotan guru sebuah rendah di Jementah Segamat JohorSEGAMAT Seorang murid Tahun 5 mengalami kecederaan di badan serta beberapa bahagian muka disyak...
Murid Tahun Tiga Cedera Dihempap Tangki Pam Tandas Sekolah

Murid Tahun Tiga Cedera Dihempap Tangki Pam Tandas Sekolah

papar berkaitan - pada 21/7/2023 - jumlah : 306 hits
IPOH Seorang murid perempuan tahun tiga Sekolah Kebangsaan Perpaduan di sini cedera dihempap tangki pam tandas jenis seramik yang tercabut dalam kejadian pada Selasa lalu Perkara itu disahkan Pengerusi Jawatankuasa Pendidikan Pengajian Ting...
Pengetua Sekolah Tahfiz Terpesona Dengan Kecantikan Anak Muridnya Sendiri Sah Mengikat Tali Pertunangan

Pengetua Sekolah Tahfiz Terpesona Dengan Kecantikan Anak Muridnya Sendiri Sah Mengikat Tali Pertunangan

papar berkaitan - pada 20/7/2023 - jumlah : 356 hits
Pengetua sekolah tahfiz terpesona dengan kecantikan anak muridnya sendiri sah mengikat tali pertunangan Kisah cinta seorang pemuda dengan tunangnya menjadi tular di media sosial Indonesia kerana mereka merupakan pengetua dan pelajar sebuah ...
Anwar Mahu Syarat Kelas Tamil Di Sekolah Menengah Dilonggarkan

Anwar Mahu Syarat Kelas Tamil Di Sekolah Menengah Dilonggarkan

papar berkaitan - pada 23/7/2023 - jumlah : 512 hits
PERDANA Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berjanji akan berbincang dengan Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek bagaimana syarat semasa untuk Bahasa Tamil diajar sebagai bahasa tambahan di sekolah menengah boleh dilonggarkan Ketika berucap melan...
The Enigmatic Blue Holes Of Saudi Arabia Hidden Wonders Beneath The Red Sea

Do You Think It S Suitable To Give Money As A Gift

Muka Berjerawat Kena Elak Makanan Ini

Dr888 12 December Dr888 Top 73 By Sofia

Mendaki Bukit Panorama Di Sungai Lembing

Apa Chatgpt Kata Tentang Blog Ruggedmom Com

Dato M N46ir Cipta 3 Lengkapkan Trilogi Konsert

Malaysia Airlines A330neo Pesawat Baharu Lebih Canggih Selesa Jimat Bahan Api


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Makan Salmon Grill Kat Der Cabin Seri Alam

Chelsea Idam Final Kedua Dalam Tiga Bulan Fluminense Intai Kejutan

Sokupi Port Mengopi Santai Dan Croffle Sedap Di Kuala Pilah

Urus Niaga Dibatalkan Surat Baharu Dihantar Menuju Ke Arah Kekacauan Perdagangan Kalendar Pedagang Untuk 7 9 Jun

James Jacob Vanessa Chord

Rapid Transit System Tarikh Operasi Simbol Asean