Guna Usul Tukar Speaker Muhyiddin Sebagai Undi Tidak Percaya
Sekiranya PM Muhyiddin kalah dalam usul menukar Speaker Tan Sri Mohamad Ariff dalam sidang Parlimen esok maka usul berkenaan juga merupakan Undi Tidak Percaya kepada beliau biar pun Muhyiddin tidak perlu meletak jawatan
Ahli Majlis Tertinggi Bersatu, A Kadir Jasin mencadangkan usul berkenaan digunakan sebagai kaedah tidak langsung untuk mengukur sokongan terhadap Perdana Menteri.
“Usul itu dapat digunakan untuk menunjukkan keyakinan kepada perdana menteri atau secara tidak langsung sebagai undi tidak percaya (ahli parlimen) terhadapnya,” kata wartawan veteran itu dalam catatan blognya hari ini .
Ini berlaku selepas Muhyiddin, yang mengetuai pemerintahan Perikatan Nasional (PN) yang baru dibentuk, bulan lalu mengemukakan beberapa usul untuk menyingkirkan Yang di-Pertua Dewan Rakyat Mohamad Ariff Md Yusof dan timbalannya Nga Kor Ming.
Usul itu, yang telah diterima oleh Ariff untuk dibahaskan, akan menjadi usul pertama yang bakal dibentangkan ketika Dewan Rakyat bersidang esok. Sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung dari 13 Julai hingga 27 Ogos.
Dilaporkan Muhyiddin berhasrat mencalonkan bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Azhar Azizan Harun sebagai speaker dan Ahli Parlimen BN Pengerang, Azalina Othman Said sebagai timbalan speaker.
Menurut Kadir, Muhyiddin barangkali berharap mendapat layanan yang lebih baik daripada speaker baru yang mana beliau berperanan dalam pelantikannya.
“Tapi mungkin tidak semudah itu. Beliau mungkin berhadapan penentangan daripada anggota Dewan Rakyat. Mereka mungkin tidak setuju dengan usahanya untuk menyingkirkan Mohd Ariff dan melantik Azhar.
“Sekiranya ini terjadi, kedudukan beliau sebagai perdana menteri akan terjejas kerana keadaan sebegitu dapat ditafsirkan secara tidak langsung sebagai undi tidak percaya terhadapnya,” tulis Kadir.
Dalam catatan blognya, Kadir, yang merupakan penasihat media kepada bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad, menunjukkan ini pertama kalinya dalam sejarah negara bahawa seorang perdana menteri telah mencadangkan untuk membuang speaker dan timbalan speaker Dewan Rakyat.
Kadir bagaimanapun mencadangkan kemungkinan Azhar dipilih menjadi speaker Dewan Rakyat akan dapat meneruskan kebebasan penyandang jawatan parlimen itu. Azhar telah meletak jawatan sebagai pengerusi SPR pada 29 Jun lalu.
Tetapi timbul kebimbangan mengenai hal ini, memendangkan empat bulan lalu Muhyiddin telah melantik abangnya, bekas hakim mahkamah persekutuan Idrus Harun, sebagai peguam negara.
Ariff, bekas hakim, telah berhenti daripada jawatan parti dalan Amanah sebelum usul melantiknya sebagai speaker, manakala Nga, yang merupakan ahli parlimen Teluk Intan, masih bersama DAP.
Timbalan speaker Mohd Rashid Hasnon, yang merupakan ahli parlimen Batu Pahat yang berpihak kepada kerajaan PN, tidak terpengaruh dengan usul tersebut.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://suarapakatandaily.com/archives/28725