Jumlah Penjawat Awam Malaysia Masih Ideal Kata Timbalan Menteri


Imej hiasan via Kosmo!PUTRAJAYA: Saiz perkhidmatan awam Malaysia masih ideal dan tidak terlalu besar berbanding negara lain, kata timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Dr Md Farid Md Rafik.

Beliau berkata, jumlah penjawat awam sebanyak 1.6 juta orang turut melibatkan sektor pendidikan, pasukan keselamatan dan tenaga kerja kesihatan yang lazimnya tidak diambil kira sebagai kakitangan awam di negara lain.

“Sekiranya ketiga-tiga sektor ini tidak diambil kira, ia hanya melibatkan sejumlah 616,718 kakitangan (setakat Mei 2018) ataupun nisbah 1:51 kepada rakyat Malaysia,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Ia susulan laporan sebuah portal berita semalam bertajuk “Askar hanya makan tidur, tak pernah menembak, baik kerja ladang Felda” yang memetik sebuah artikel bertajuk ‘”My Proposal For The Reduction And Improvement Of Our Civil Service” yang ditulis seorang ahli perniagaan di blognya.

Ahli perniagaan itu menyuarakan pandangan berkaitan saiz penjawat awam yang besar dan mengakibatkan perbelanjaan pengurusan kerajaan meningkat pada setiap tahun dengan membuat perbandingan dengan nisbah penjawat awam di negara seperti Singapura, Indonesia, Korea, China, Jepun, Rusia dan Britain.

Menurut Md Farid, kerajaan mengambil maklum mengenai perbelanjaan pengurusan, terutama berkaitan gaji kakitangan awam yang meningkat saban tahun dengan mengambil beberapa inisiatif, antaranya mengecilkan saiz perkhidmatan awam secara berperingkat dengan hanya 1.6 juta perjawatan diisi daripada keseluruhan 1.7 juta perjawatan yang wujud.

“Kerajaan juga mengambil pendekatan dasar penswastaan dengan kerajaan mengurangkan beban kewangan, meninggikan kecekapan dan penghasilan kerja, menggalakkan pertumbuhan ekonomi dan pembahagian sumber lebih cekap,” katanya.

Md Farid berkata, langkah diambil dijangka dapat menjimatkan perbelanjaan emolumen sehingga RM1.9 billion serta penjimatan sebanyak RM490 juta bagi bayaran pencen kakitangan awam.
Mengenai isu ketidakseimbangan kaum dalam pelantikan ke sektor awam, Md Farid berkata, harus difahami bahawa pelantikan ke dalam perkhidmatan awam perlu melalui proses permohonan, temu duga dan pelantikan.

Menurutnya, kesemua proses itu dilakukan oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia (SPA) dan pihak berkuasa melantik lain yang melaksanakan urusan pelantikan seperti Suruhanjaya Perkhidmatan Pelajaran (SPP), Suruhanjaya Pasukan Polis, Majlis Angkatan Tentera (MAT), badan berkanun persekutuan, pihak berkuasa tempatan dan Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Negeri.

“Kesemua proses pelantikan adalah berdasarkan merit dan tidak sama sekali berdasarkan kaum atau bangsa. SPA dan pihak berkuasa melantik yang lain sentiasa membuka peluang kepada semua kaum untuk memohon.

“Cuma berdasarkan kepada jumlah permohonan, sambutan dari kalangan bukan bumiputera agak kurang memberangsangkan berbanding kumpulan bumiputera,” katanya, sambil menambah bahawa usaha akan diteruskan bagi menarik minat golongan bukan bumiputera menyertai perkhidmatan awam.

Md Farid berkata peralihan kuasa yang berlaku dengan aman dan teratur selepas pilihan raya umum ke-14 adalah hasil profesionalime kakitangan awam dan sebarang tanggapan negatif terhadap perkhidmatan awam harus dinilai semula dengan lebih adil dan bertanggungjawab


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.cikgushare.com/2019/08/jumlah-penjawat-awam-malaysia-masih.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cuaca Panas Hingga Oktober Kata Timbalan Menteri Tenaga

Cuaca Panas Hingga Oktober Kata Timbalan Menteri Tenaga

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 354 hits
Sumber GoogleTimbalan Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis berkata Malaysia akan mengalami cuaca panas hingga bulan Oktober Tambah beliau lagi bukan sahaja Malaysia bahkan Indonesia dan...
Hello Menteri Masih Dibuai Mimpi Kah

Hello Menteri Masih Dibuai Mimpi Kah

papar berkaitan - pada 14/8/2019 - jumlah : 443 hits
Hari ini sudah 13 haribulan Ogos bermakna tidak lama lagi kita rakyat Malaysia akan menyambut ulangtahun kemerdekaan negara pada 31 Ogos Tahun ini negara akan menyambut hari kemerdekaan negara yang ke 62 Tetapi apa yang kita rasa pada tahun...
Koon Zakir Naik Dong Zong Akan Dipanggil Polis Kata Menteri

Koon Zakir Naik Dong Zong Akan Dipanggil Polis Kata Menteri

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 498 hits
Tan Sri Muhyiddin Yassin menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan komen berunsur fitnah perkauman atau hasutan agar melaporkannya kepada pihak berkuasa Foto oleh Miera ZulyanaPUTRAJAYA 15 Ogos Polis Diraja Malaysia akan memangg
Tiada Kompromi Pihak Cuai Dalam Kes Lif Ppr Jatuh Kata Menteri

Tiada Kompromi Pihak Cuai Dalam Kes Lif Ppr Jatuh Kata Menteri

papar berkaitan - pada 5/8/2019 - jumlah : 341 hits
Anggota bomba menyelamatkan mangsa cedera dalam kejadian lif jatuh di PPR Kampung Kerinchi pada Jumaat lalu PUTRAJAYA Menteri Wilayah Persekutuan Khalid Abdul Samad berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang didapati cuai dal...
Sabah Tak Teragak Agak Sekat Zakir Kata Ketua Menteri

Sabah Tak Teragak Agak Sekat Zakir Kata Ketua Menteri

papar berkaitan - pada 16/8/2019 - jumlah : 443 hits
Sabah tak teragak agak sekat Zakir kata ketua menteri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 15 Aug 2019 10 34PM
Rujukan Dan Jadual Ujian Psikometrik Bulan Ogos 2019 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

Rujukan Dan Jadual Ujian Psikometrik Bulan Ogos 2019 Oleh Suruhanjaya Perkhidmatan Awam Malaysia

papar berkaitan - pada 1/8/2019 - jumlah : 526 hits
Anda dipanggil menduduki Ujian Psikometrik Bulan Ogos 2019 ini Tahniah jika anda dipanggil untuk ujian ini tetapi apa persediaan yang
Kula Segaran Menteri Kabinet Malaysia Atau India

Kula Segaran Menteri Kabinet Malaysia Atau India

papar berkaitan - pada 15/8/2019 - jumlah : 390 hits
BANGI 13 Zulhijjah 1440H Rabu Presiden Multiracial Reverted Muslim Firdaus Wong Wai Hung menempelak tindakan Menteri Sumber Manusia M Kula Segaran yang mahu membawa isu status penduduk tetap dimiliki penceramah antarabangsa Dr Zakir Naik ke...
Beruntunglah Malaysia Kerana Harga Minyak Masih Lagi Terendah Di Rantau Asia

Beruntunglah Malaysia Kerana Harga Minyak Masih Lagi Terendah Di Rantau Asia

papar berkaitan - pada 10/8/2019 - jumlah : 398 hits
Harga bahan api di Malaysia masih lagi diiktiraf sebagai harga jualan yang paling rendah di rantau Asia di mana harga purata satu liter adalah sekitar US 0 49 Namun dengan gaji bulanan yang anda terima berapa banyak pula liter bahan api yan...
12 Menteri Tandatangan Aku Janji Batal Lynas Kata Wee

12 Menteri Tandatangan Aku Janji Batal Lynas Kata Wee

papar berkaitan - pada 17/8/2019 - jumlah : 487 hits
August 16 2019 9 58 PMPETALING JAYA Wee Ka Siong berkongsi gambar pemimpin Pakatan Harapan menandatangani apa yang dikatakan Aku Janji membatalkan Lynas disebalik bantahan kumpulan wakil rakyat Pakatan Harapan dan persatuan alam sekitar ter...
Ex Judge Fifa Sanctions On Fam Players A Jurisdictional Error

Malaysia Dan China Memperkukuh Kerjasama Anti Rasuah Dalam Mesyuarat Di Vienna

Sour Grape Dap Hater Trolled For Linking Hannah Yeoh Cronyism To New Talentcorp Ceo S Appt

Petua Lama Untuk Melegakan Kembung Perut Anak Kecil

Buffet Shabu Shabu Yakiniku Di Shabu Shi Eco Ardence

Sesi Praktikal Dalam Kursus Kejurulatihan Profesional Diploma Afc Fam Membangunkan Kemahiran Dan Pengetahuan Pelatih

Insp Sheila On The Prowl Again One Woman Crusader Or Self Serving Attention Seeker

Anak Rajin Bantu Di Rumah Kunci Keyakinan Di Masa Dewasa


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Kenali Josh Robinson Mengenai Susur Galurnya Memiliki Keturunan Berdarah Malaysia

Roti Paung Terengganu Terlajak Lembut Gebu Resipi Homemade Wajib Cuba

Radiohead Let Down Chord

Monolog Jiwa Kredit Tiktok

Pengarah Jaip Dakwa Hanya 22 Daripada 166 Pusat Penyembelihan Ayam Di Negeri Pahang Memiliki Sijil Halal

Road Tested Aio 5 Play Navigation By Chigee