Tiada Kompromi Pihak Cuai Dalam Kes Lif Ppr Jatuh Kata Menteri


BernamaAnggota bomba menyelamatkan mangsa cedera dalam kejadian lif jatuh di PPR Kampung Kerinchi pada Jumaat lalu. (Gambar  Facebook) PUTRAJAYA: Menteri Wilayah Persekutuan, Khalid Abdul Samad berkata kerajaan tidak akan berkompromi dengan pihak yang didapati cuai dalam kejadian lif jatuh di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Kampung Kerinchi di Kuala Lumpur pada Jumaat lalu.

“Kita akan siasat dan tidak akan ada ‘cover-up’. Kalau ianya akibat kecuaian ataupun kontraktor tidak membuat kerja, semua itu akan terbuka,” katanya selepas melancarkan kempen kibar Jalur Gemilang peringkat Putrajaya di Dataran Putrajaya hari ini.

Beliau difahamkan Datuk Bandar Kuala Lumpur (Nor Hisham Ahmad Dahlan), kontraktor lif serta Jabatan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (DOSH) mengadakan perbincangan semalam berhubung tindakan masa depan, khususnya dari sudut pemasangan lif di bangunan baru.

Mengenai laporan media yang semakan dengan DOSH Kuala Lumpur dan Putrajaya mendapati 6,000 lif tidak memiliki sijil perakuan kelayakan, Khalid berkata, beliau tidak pasti ada begitu banyak lif di PPR.

“Yang saya tahu, PPR Kerinchi itu ada sijil dan disahkan DOSH. Itu merupakan maklumat saya. Kalau PPR kita tidak sampai 6,000 lif. Kalau ia (laporan) maksudkan dengan lif-lif dalam bangunan swasta, itu saya tidak tahu.

“Bangunan di bawah jagaan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur dan Perbadanan Putrajaya (PPj) sendiri, itu kita tentukan bangunan di bawah jagaan kita. Kalau jagaan pihak lain, dari segi penguatkuasaan kena dijaga pemilik bangunan dan DOSH. Saya tak pasti dari mana mereka dapat fakta itu.”

Semalam, Ketua Pengarah DOSH, Omar Mat Piah dilaporkan berkata hasil pemeriksaan pihaknya mendapati lif di PPR Kampung Kerinchi tidak terhempas, sebaliknya ia berhenti secara mengejut kira-kira 2m dari penampan lif berkenaan.

“Jika ia terhempas, sudah pasti akan sampai ke penampan berkenaan. Pemeriksaan DOSH mendapati tali sawat lif berada dalam keadaan baik, sistem lif berfungsi dengan baik dan brek lif turut berfungsi dan lif yang berusia 12 tahun itu telah diselenggara dengan baik.”

Dalam kejadian kira-kira 2.30 petang Jumaat, 8 individu termasuk seorang kanak-kanak cedera selepas lif di pangsapuri PPR Kampung Kerinchi mengalami kegagalan sebelum jatuh dari tingkat 5.

Ditanya cadangan DBKL yang mahu kontraktor penyelenggara lif membawa wakil DOSH bersama ketika pemeriksaan bulanan di 45 PPR di bawah seliaannya, Khalid berkata: “Kontraktor yang dibenarkan membuat penyelenggaraan juga disijilkan DOSH…sama ada ia dilaksanakan atau tidak, itu perlu disahkan.

“Tetapi, sekiranya didapati (kontraktor) tidak menjalankan tanggungjawab menyelenggara lif dengan sepatutnya, maka tindakan yang akan diambil bergantung kepada siasatan yang kita lakukan.”



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2019/08/tiada-kompromi-pihak-cuai-dalam-kes-lif.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Span Jabatan Bekalan Air Akan Sudit Sistem Air Kata Menteri

Span Jabatan Bekalan Air Akan Sudit Sistem Air Kata Menteri

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 300 hits
SPAN Jabatan Bekalan Air akan sudit sistem air kata menteri nbsp Dikemas kini 28 minit yang lalu Diterbitkan pada 25 Jul 2
Cuaca Panas Hingga Oktober Kata Timbalan Menteri Tenaga

Cuaca Panas Hingga Oktober Kata Timbalan Menteri Tenaga

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 270 hits
Sumber GoogleTimbalan Menteri Tenaga Sains Teknologi Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Isnaraissah Munirah Majilis berkata Malaysia akan mengalami cuaca panas hingga bulan Oktober Tambah beliau lagi bukan sahaja Malaysia bahkan Indonesia dan...
Kes Rasuah Libatkan Bekas Menteri Wilayah Persekutaan

Kes Rasuah Libatkan Bekas Menteri Wilayah Persekutaan

papar berkaitan - pada 23/7/2019 - jumlah : 259 hits
JOHORTIMES MY Please Subscribe to JohorTimes Youtube https www youtube com channel UCBGyB6bgPwLLTOahiWTGuFQ Facebook https www facebook com johortimes my Twitter https www twitter com JohorTimes Instagram https www instagram com JohorTimes ...
Azmin Takkan Tinggalkan Pkr Kata Setiausaha Menteri

Azmin Takkan Tinggalkan Pkr Kata Setiausaha Menteri

papar berkaitan - pada 26/7/2019 - jumlah : 270 hits
MALAYSIAKINI Mustahil itu istilah yang digunakan salah seorang setiausaha Azmin Ali mengenai langkah yang mungkin akan diambil timbalan presiden PKR berkenaan Menurut Hilman Idham tidak mungkin menteri hal ehwal ekonomi itu meninggalkan PKR...
15 16 Oktober Tarikh Bicara Kes Salahguna Dadah Anak Menteri Pertahanan

15 16 Oktober Tarikh Bicara Kes Salahguna Dadah Anak Menteri Pertahanan

papar berkaitan - pada 9/8/2019 - jumlah : 553 hits
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur menetapkan 15 dan 16 Oktober depan sebagai tarikh perbicaraan kes penyalahgunaan dadah yang membabitkan anak lelaki Menteri Pertahanan Ahmad Saiful Islam Mohamad 31 Majistret Mohamad Aizat Abdul Rahim menetap...
8 Cedera Lif Ppr Kg Kerinchi Terhempas Dari Tingkat 5

8 Cedera Lif Ppr Kg Kerinchi Terhempas Dari Tingkat 5

papar berkaitan - pada 3/8/2019 - jumlah : 401 hits
Gambar Facebook KUALA LUMPUR Lapan individu termasuk seorang kanak kanak cedera selepas lif di pangsapuri Projek Perumahan Rakyat Kampung Kerinchi dekat sini mengalami kegagalan sebelum terhempas dari tingkat 5 petang tadi Dalam kejadian ki...
Kata Menteri Sri Mulyani Terkait Rencana Kenaikan Iuran Bpjs Kesehatan

Kata Menteri Sri Mulyani Terkait Rencana Kenaikan Iuran Bpjs Kesehatan

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 239 hits
Menteri Sri Mulyani menanggapi usulan kenaikan iuran Badan Pengelola Jaminan Sosial BPJS Kesehatan untuk menanggulangi defisit yang terus berulang Usulan tersebut disampaikan oleh Wakil Presiden Jusuf Kalla Menteri Sri Mulyani mengatakan se...
Tulisan Khat Perjumpaan Ngo Menteri Capai Kata Sepakat

Tulisan Khat Perjumpaan Ngo Menteri Capai Kata Sepakat

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 553 hits
Perjumpaan NGO dan mencapai kata sepakat Pada hari ini saya berbesar hati menerima kunjungan daripada beberapa buah Badan Bukan Kerajaan iaitu Persatuan Dong Zong Jiao Zong Tamil Foundation Gabungan Pertubuhan Cina Malaysia dll bagi me
Kerana 2 Billion Najib Kata Syed Saddiq Menteri Jahat

Kerana 2 Billion Najib Kata Syed Saddiq Menteri Jahat

papar berkaitan - pada 11/8/2019 - jumlah : 457 hits
Menteri ini agak jahat Hanya kerana ingin pertahankan kes jual lembu untuk beli laptop mereka dia sanggup berfitnah Dia tuduh UMNO dapat duit RM2 bilion baru baru ini selepas menjual saham mereka dalam 4 syarikat Dia berdasarkan tuduhan ini...
Akmal To Anwar We Are Not Obsessed With Najib Just Want Fair Treatment

Perkara Yang Jangan Di Lakukan Ketika Bercuti Di China

Rumor Transfer Persib Bandung 10 Nama Pemain Top Masuk Dalam Radar

Malaysia Committed To Petrol Subsidy Cuts In Second Half Of 2025 Says Mof

Pertandingan Video Ulasan Buku Bahasa Melayu 2025

Weekend Jobs Singapore Flexible Work For Your Free Days

Lorry Driver Charged With Causing Death Of Nine Fru Personnel

Hifu Treatment A Non Surgical Solution For Skin Lifting And Tightening


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Murtabak Mini Homemade Ringkas Rasa Power Anak Pun Suka

Tambah Pokok Money Plant Untuk Bunga Indoor

Janji Dengan Cikgu

May 17 2025

Pemerhati Bola Sepak Tak Guna Kekal Di Liga Super Jika Sri Pahang Terus Hanyut Dengan Masalah Kewangan

Buku Teks Sains Tingkatan 2 Kssm Bahasa Melayu English