Jumlah Pengunjung Meningkat Pelancongan Kedah Kembali Rancak


Bernama Jumlah pelancong di Kedah semakin meningkat. ALOR SETAR – Industri pelancongan di Kedah kembali rancak apabila jumlah pelancong ke negeri ini mencatatkan peningkatan yang positif sebaik kerajaan membenarkan aktiviti rentas negeri pada 7 Dis lepas.
Pengurus Kedah Tourism Nor Azlan Fitri Abdul Razak berkata peningkatan jumlah pelancong itu dapat dilihat hasil kajian yang dilakukan oleh pihaknya di beberapa daerah antaranya Kota Setar, Kuala Muda, Yan, Baling, Kulim dan Langkawi.
“Hasil kajian oleh Kedah Tourism, kita dapati berlaku peningkatan permintaan pada hotel-hotel di beberapa daerah tetapi yang paling mendapat sambutan ialah di Pantai Chenang, Langkawi. Minggu ini, jumlah pelancong ke Langkawi mendadak selaras dengan penambahan trip feri dari Kuala Kedah dan Kuala Perlis.
“Kita juga dapati rata-rata pelancong yang datang ke Kedah adalah dari Pulau Pinang, mungkin kerana tempat pelancongan di kawasan mereka masih banyak yang belum dibuka,” katanya ketika dihubungi Bernama di sini, hari ini
Nor Azlan Fitri berkata peningkatan jumlah pelancong terutamanya di Langkawi itu juga didorong dengan promosi hebat dan menarik yang ditawarkan oleh pemilik-pemilik hotel di pulau berkenaan.
“Banyak promosi yang dilakukan oleh pemilik hotel bagi menarik pelancong datang menginap di tempat mereka sebab itu Kedah Tourism ada meminta supaya pemilik hotel kekalkan harga promosi sehingga Mac tahun depan bagi menarik lebih ramai pelancong ke Langkawi dan juga tanah besar.
“Kalau tiada halangan untuk merentas negeri lagi selepas ini, kita jangka jumlah kemasukan pelancong dapat dikekalkan. Ini merupakan perkembangan positif buat sektor pelancongan negeri ini dan kita sedang mengumpul data untuk melihat trend kemasukan pelancong terutama ke Langkawi,” katanya
Dalam pada itu, beliau berkata pihaknya turut mengadakan program ‘Roadtrip Jom Mai Kedah’ dengan kerjasama lima penggiat YouTube dari luar negara bertujuan membantu memperkenal serta mempromosikan Kedah sebagai destinasi pelancongan di negara masing-masing bermula semalam.
“Program anjuran Kedah Tourism itu melibatkan peserta dari Jerman, Portugal, Kanada, Amerika Syarikat dan Filipina…mereka telah memulakan pengembaraan di Kota Setar, Yan, dan Kuala Muda manakala hari ini diteruskan di Baling dan Kulim,” katanya.— BERNAMA


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/12/jumlah-pengunjung-meningkat-pelancongan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Hari Ini Mak Lang Kembali Ke Rahmatullah

Hari Ini Mak Lang Kembali Ke Rahmatullah

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 314 hits
Assalamualaikum Innalillahiwainna ilaihirojiuuuunnnn Ibu dan Mak Lang TAK ingat bila kali terakhir jumpa Mak LangRaya tahun ni pun tak jumpa Kami akan selalu mengingati kebaikan Mak Lang pada kami sekeluarga A dzamallahu ajraka wa ahsana az...
Norzira Jatuh Bangkit Dan Bersinar Kembali

Norzira Jatuh Bangkit Dan Bersinar Kembali

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 295 hits
Dalam banyak banyak cerita Misz ella paling suka dengar kisah benar tambahan lagi kisah penuh inspirasi yang turut menyuntik semangat di hati pendengarnya Norzira SyariniBaru baru ini Misz ella berpeluang bertemu dengan Norzira Syarini CEO ...
Jokowi Kalau Sudah Divaksin Kita Sudah Kembali Normal Lagi

Jokowi Kalau Sudah Divaksin Kita Sudah Kembali Normal Lagi

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 176 hits
Presiden Joko Widodo kembali menegaskan akan menjadi orang pertama di Indonesia yang menerima vaksinasi COVID 19 apabila sudah ada izin dari Badan Pengawas Obat dan Makanan Hal itu disampaikan Presiden saat memberikan Bantuan Modal Kerja se...
Kembali Ke Meja Rundingan

Kembali Ke Meja Rundingan

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 180 hits
Faezuddin Puad 1 Saling pertikai antara satu sama lain secara terbuka hanya merugikan kita Jika tidak dihentikan segera di mata rakyat PH seolah olah sebuah parti yang tak stabil dan berpecah 2 Kita kena sedar pada PRU 15 nanti rakyat akan ...
Kepulangan Tun Rahah Menemukan Kembali Mahathir Dan Najib

Kepulangan Tun Rahah Menemukan Kembali Mahathir Dan Najib

papar berkaitan - pada 19/12/2020 - jumlah : 284 hits
KUALA LUMPUR Bekas perdana menteri Dr Mahathir Mohamad bersama isterinya Dr Siti Hasmah Mohd Ali memberi penghormatan terakhir kepada Tun Rahah Mohamed Noah ibu kepada perdana menteri keenam Najib Razak Dr Mahathir yang menaiki kereta Merce...
Wanda Bina Kembali Realitinya Dalam Tv Spotterbaru Wandavision

Wanda Bina Kembali Realitinya Dalam Tv Spotterbaru Wandavision

papar berkaitan - pada 20/12/2020 - jumlah : 229 hits
Satu tv spot terbaru WandaVision telah tertiris di media sosial dengan paparan rakaman terbaru yang menunjukan Wanda sedang mencipta kembali realitinya Rakamn tv spot berkualiti rendah ini telah dirakam seorang peminat dan memuatnaik di med...
Kastam Kedah Rampas Arak Berjumlah Rm248 976

Kastam Kedah Rampas Arak Berjumlah Rm248 976

papar berkaitan - pada 1/12/2020 - jumlah : 271 hits
AZIZAH Kechik bersama pegawainya menunjukkan minuman keras yang dirampas di Pelabuhan Klang Selangor dalam sidang media di Alor Setar hari ini ALOR SETAR Sebanyak 1 224 botol minuman keras yang dianggarkan bernilai RM248 976 disyaki tidak d...
The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Lirik Lagu Aku Penat Alita Nidya

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Lirik Lagu Suara Rindu Khalis Real Spin

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst


echo '';
10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria

Siti Saleha Kahwin Ini Biodata Suami Barunya Joshua Fitton


A Guide To Caring For The Borneo Redline Halfbeak Practical Fishkeeping

Punca Nahas Maut Isteri Tentera Menurut Polis

Sprm Reman 4 Pegawai Ismail Sabri Kes Keluarga Malaysia

Kuih Cucur Topi Kelantan Bukan Cucur Jawa Ya

Tindakan Cpr Ketika Terjadi Kecemasan Jantung Terhenti

Makin Bersemut Netizen Dakwa Dengar Bella Astillah Panggil Syed Saddiq Baby Tolonglah Kahwin