Jumlah Kementerian Muhyiddin Mungkin Sama Macam Dr M


Shakira Buang & Yasmin Ramlan




Seorang pemimpin kanan Bersatu menjangkakan jumlah kementerian untuk kerajaan Perikatan Nasional pimpinan presiden parti itu akan sama seperti sebelum ini.

"Saya rasa masih sama," kata Naib Presiden Bersatu, Abdul Rashid Asari, ketika dihubungi Malaysiakini hari ini.

Terdahulu exco Selangor itu ditanya mengenai kemungkinan susunan kabinet Muhyiddin Yassin tidak lama lagi.

Mengulas hal itu Abdul Rashid berkata, terpulang kepada Muhyiddin untuk membuat penentuan, namun mengingatkan ahli parlimen Pagoh itu baru saja mengangkat sumpah sebagai perdana menteri, iaitu pada 1 Mac lalu.

Menurut Abdul Rashid, beliau juga tidak pasti bila kabinet Muhyiddin akan dibentuk, namun menjangkakan akan berlaku selewat-lewatnya dua minggu lagi.

“Sekarang perdana menteri sedang sibuk menguruskan pentadbiran di pejabat beliau kerana baru sahaja dilantik sebagai perdana menteri," katanya.

Ditanya mengenai pelbagai versi 'barisan kabinet' yang tular melalui media sosial, Adun Selat Klang itu berkata, ia adalah palsu.

Muhyiddin mengangkat sumpah jawatan pada pagi 1 Mac lalu untuk menggantikan Dr Mahathir Mohamad yang meletak jawatan sebelumnya.

Tengah tengok resume Beliau dilantik selepas mengaku mendapat sokonan majoriti ahli parlimen terdiri daripada sebahagian besar wakil Bersatu, selain BN, PAS dan Gabungan Parti Sarawak.

Persefahaman itu dikenali sebagai Perikatan Nasional.

Beliau juga menerima sokongan daripada Gabungan Parti Sarawak (GPS).

Untuk rekod, jumlah kementerian yang ada pada masa Mahathir ialah 29, termasuk Jabatan Perdana Menteri.

Sementara itu, Ahli Parlimen Batu Pahat Mohd Rashid Hasnon berkata, ketika ini Muhyiddin sedang meneliti prestasi calon-calon untuk barisan kabinetnya.
Justeru, kata bekas anggota PKR itu, Muhyiddin memerlukan masa sedikit untuk membuat keputusan.

"Sebaiknya tunggu pengumuman rasmi barisan kabinet baru daripada beliau.

“Buat masa sekarang perdana menteri sedang giat tengok resume barisan kabinet,” katanya.

Untuk rekod, Mohd Rashid merupakan seorang daripada 11 ahli parlimen PKR yang meninggalkan parti itu dan tindakan tersebut membawa kepada jatuhnya kerajaan PH.

Mereka diketuai Ahli Parlimen Gombak, Azmin Ali.

Sementara itu, pemimpin Perikatan Nasional lain dilihat mengelak untuk menjawab pertanyaan mengenai cadangan pelantikan menteri dalam kabinet baru.

Setiausaha Agung Umno, Annuar Musa, misalnya hanya membalas “tiada” apabila Malaysiakini bertanyakan soalan tersebut.
Timbalan Presiden Umno, Mohamad Hasan, pula berkata tiada apa yang boleh beliau komen mengenainya.

Naib Presiden Umno, Ismail Sabri Yaakob, dan Ahli Parlimen Santubong Wan Junaidi Tuanku Jaafar mendakwa tidak tahu-menahu sebarang maklumat mengenai pembentukan kabinet baru.

“Saya tak tahu siapa yang dicalonkan,” jawab Ismail Sabri.

Wan Junaidi pula berkata beliau hanya akan mengulas mengenai perkara itu sekiranya nama-nama menteri tersebut telah disenaraikan secara rasmi.

“Maaf, saya tak tahu sebarang maklumat, melainkan nama-nama tersebut telah keluar, baru saya boleh komen,” katanya.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2020/03/jumlah-kementerian-muhyiddin-mungkin.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Usul Undi Tidak Percaya Kepada Muhyiddin Tidak Mungkin Berjaya Kata Mahathir

Usul Undi Tidak Percaya Kepada Muhyiddin Tidak Mungkin Berjaya Kata Mahathir

papar berkaitan - pada 11/3/2020 - jumlah : 302 hits
PUTRAJAYA Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin kini dipercayai sudah mempunyai jumlah sokongan ahli Parlimen yang cukup bagi membolehkan beliau mentadbir negara Menurut Pengerusi Parti Pribumi Bersatu Malaysia Tun Dr Mahathir Mohamad ke...
Muhyiddin Yassin Mungkin Dapat Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat Ydp Agong

Muhyiddin Yassin Mungkin Dapat Kepercayaan Majoriti Ahli Dewan Rakyat Ydp Agong

papar berkaitan - pada 29/2/2020 - jumlah : 417 hits
Seri Paduka Baginda Yang Di Pertuan Agong menzahirkan dalam kenyataan rasmi dari Istana Negara Tan Sri Muhyiddin Yassin mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Rakyat Dalam kenyataan rasmi yang dikeluarkan dari Istana Negara melant...
Bohong Untuk Jadi Pm Mukhriz Persoal Jumlah Mp Bersatu Sokong Muhyiddin

Bohong Untuk Jadi Pm Mukhriz Persoal Jumlah Mp Bersatu Sokong Muhyiddin

papar berkaitan - pada 1/3/2020 - jumlah : 417 hits
BERITATimbalan Presiden Bersatu Mukhriz Mahathir mempersoalkan majoriti sokongan terhadap Muhyiddin Yassin apabila bukan semua anggota parlimen Bersatu menyokong presiden parti itu sebagai perdana menteri Mukhriz berkata enam anggota parlim...
Terkini Bersatu Mungkin Calonkan Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri

Terkini Bersatu Mungkin Calonkan Muhyiddin Yassin Sebagai Perdana Menteri

papar berkaitan - pada 28/2/2020 - jumlah : 649 hits
Tun Dr Mahathir berkata akan menerima Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai calon Perdana Menteri jika beliau mendapat sokongan majoriti BERSATU Dalam satu sidang media Tun Dr Mahathir berkata terdapat kemungkinan Muhyiddin bakal dicalonkan untu...
Begini Rupanya Macam Mana Tun M Buka Jalan Untuk Muhyiddin Yassin Jadi Pm

Begini Rupanya Macam Mana Tun M Buka Jalan Untuk Muhyiddin Yassin Jadi Pm

papar berkaitan - pada 3/3/2020 - jumlah : 453 hits
SELEPAS Tan Sri Muhyiddin Yassin mengangkat sumpah jawatan sebagai Perdana Menteri Malaysia yang baharu pada Ahad Tun Dr Mahathir Mohamad memuat naik satu video di laman Facebook beliau Begini rupanya macam mana Tun M Buka Jalan Untuk Muhyi...
Mungkin Isteri Anak Macam Bcl Bila Aku Pergi Nanti

Mungkin Isteri Anak Macam Bcl Bila Aku Pergi Nanti

papar berkaitan - pada 20/2/2020 - jumlah : 374 hits
Ramai yang terkesan dengan pemergian Allahyarham Ashraf Sinclair termasuklah pelakon Aeril Zafrel yang membayangkan situasi yang dihadapi anak dan isterinya Wawa Zainal The post appeared first on
Ini Sebab Korang Patut Beli Smartphone Flagship 5g Yang Sama Macam Hanis Zalikha

Ini Sebab Korang Patut Beli Smartphone Flagship 5g Yang Sama Macam Hanis Zalikha

papar berkaitan - pada 6/3/2020 - jumlah : 270 hits
Tahun ni dah masuk 2020 dan zaman teknologi juga makin pesat membangun Baru baru ini aku baca berita tentang Malaysia bakal melancarkan rangkaian 5G di seluruh negara secara berperingkat bermula tahun ni Kemudian aku terfikir telefon pintar...
Jangkaan Senarai Kabinet Muhyiddin Sama Dengan Sebelum Ini

Jangkaan Senarai Kabinet Muhyiddin Sama Dengan Sebelum Ini

papar berkaitan - pada 4/3/2020 - jumlah : 574 hits
Seorang pemimpin kanan Bersatu menjangkakan jumlah kementerian untuk kerajaan Perikatan Nasional pimpinan presiden parti itu akan sama seperti sebelum ini Saya rasa masih sama kata Naib Presiden Bersatu Abdul Rashid Asari ketika dihubungi M...
Anwar Convenes Urgent Cabinet Meeting To Tackle Us Tariff Fallout

Tragedi Letupan Challenger Milik Nasa

Kes Culik Polis Lepas Tembakan Untuk Selamatkan Mangsa

Putrajaya Nafikan Tuduhan Tarif 47 Ke Atas Import Dari As

Tukar Lagu Negaraku Ke Bahasa Cina Kalau Buka Telinga Tu Luas Luas Dan Ada Peng

Buruh Mengaku Salah Culik Kanak Kanak Lelaki Curi Kereta Bapa Mangsa

From Pas Donating Rm100 To Cyberbullying Sim S Adopted Child Is Now Depressed

2025 Raya Mengejut Lagi


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ragam Itu Ini Ada Sajalah

Concrete And Stone Villa In Crete By Sigurd Larsen

20km Congestion On Karak Kl Highway As Raya Travellers Return To City

Five Days After Putra Heights Inferno Some Residents Seek Answers And Support

The Us Economic Dilemma A Nation At A Crossroad

Ppim Gesa Siasatan Tindakan Tegas Elak Kebakaran Berulang Malaysia Tribune 03 04 2025