Jumlah Kalori Ayam Gepuk Pak Gembus Nak Diet Kena Tahun Ni
Pasti ramai tertanya-tanya terutamanya yang menjaga portion makan, jaga kalori yang diambil bagi setiap hidangan atau tengah diet tentang berapa jumlah kalori menu Ayam Gepuk Pak Gembus. Boleh ke makan selalu?
Menu ayam gepuk sekarang ni memang menjadi antara pilihan orang ramai. Ada yang kata, kalau boleh hari-hari nak makan ayam gepuk. Tapi risau pula dengan kalori yang ada pada menu tersebut. Takut beri kesan kepada kesihatan.
Manakan tidak, macam Ayam Gepuk Pak Gembus, pada ayam dan sambalnya ada minyak. Ianya makanan digoreng. Jadi jika ambil berlebihan, pastinya tidak baik untuk kesihatan kita.
BACA JUGA : Sambal Pedas Daripada Ayam Gepuk Pak Gembus
Jadi ramai yang tertanya-tanya, satu set Ayam Gepuk Pak Gembus ni agak-agak berapa la kalori secara keseluruhan. Kalau makan hari-hari senang gemuk tak? Sekarang pun dah jadi makanan feveret oragn ramai kan.
Jumlah Kalori Ayam Gepuk Pak GembusDari perkongsian tiktok milik @Natalie iaitu seorang Holistic Nutrition Coach, beliau ada kongsikan jumlah kalori pada set lengkap Ayam Gepuk Pak Gembus.
Pada menu tersebut terdapat satu mangkuk nasi putih, ayam goreng, sambal cili, tauhu, tempeh, kubis goreng, timun beserta kicap manis. Berapa jumlah kalori setiapnya dan jumlah keseluruhannnya?
Kicap manis = 1 pum (70 kalori), 2 pum (14 kalori)Timun = 5 kaloriKubis goreng = 80 kaloriTempeh = 50 kaloriTauhu = 70 kaloriNasi semangkuk = 200 kaloriAyam goreng = 285 kaloriSambal = 70 kalori
Jadi secara total dan keseluruhannya, set Ayam Gepuk Pak Gembus mempunyai 880 kalori bagi setiap hidangan.
@natalie.ljy Replying to @imran ♡ Ayam Gepuk calories!!! #caloriecount #fyp #foryousports ♬ original sound - Natalie | Nutrition & Fitness
Menerusi saranan daripada KKM, lelaki dewasa perlu ambil 2000 kalori sehari, manakala wanita dewasa perlukan 1500 kalori sehari untuk mengekalkan berat badan. Jika ambil kurang daripada jumlah tersebut, boleh kurangkan berat badan.
Jadi dengan jumlah 880 kalori daripada Ayam Gepuk Pak Gembus itu, tidaklah akan membuatkan anda naik berat badan dan tidak kacau diet anda pun. Meskipun begitu, makanlah dengan sederhana. Janganlah sampai makan hari-hari kan.
Yes, jadi boleh la makan setiap minggu. Nak makan hari-hari tak mampu. Harga dekat RM12 bagi setiap hidangan. Kalau bawah 10 ringgit ni, kan best. Apa-apapun Ayam Gepuk Pak Gembus ni juga antara feveret makanan aku juga.
BACA JUGA : Harga Ayam Gepuk Pak Gembus Terbaru
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.aimanabdullah.com/2024/01/jumlah-kalori-ayam-gepuk-pak-gembus.html