Jumaat Terakhir Ramadhan 2021
Harini 25 Ramadan, Bermakna kita hampir ke penghujung Ramadan. Hari ni juga merupakan hari Jumaat terakhir Ramadan 2021. Masih dalam fasa 10 malam terakhir Ramadan 2021 untuk kita mencari malam Lailatul Qadar yang lebih baik daripada seribu bulan.
baca juga : bila malam Lailatul Qadar dan tanda-tanda malam Lailatul Qadar
Malam Lailatul Qadar Malam Lailatul Qadar adalah satu malam yang terpaling istimewa kepada orang-orang beriman yang sentiasa mencari keredaan Allah SWT.
Membawa maksud 'agung' kerana pada malam itu diturunkan sebaik-baik kitab iaitu kitab suci Al-Quran.Membawa maksud 'sempit' kerana pada malam tersebut dunia menjadi sempit dengan ramainya malaikat yang turun.Membawa maksud 'hukum' atau 'keputusan' kerana pada malam tersebut semua urusan ditentukan oleh Allah SWT.Membawa maksud 'kemuliaan' kerana siapa yang tidak mempunyai kemuliaan akan mendapat kemuliaan dengan melakukan ibadat pada malam tersebut.
baca juga : amalan 10 malam terakhir Ramadan
Umum kita tahu yang malam Lailatul Qadar itu tidaklah kita tahu dengan tepat. Ada Hikmah kenapa waktu malam Lailatul Qadar disembunyikan seperti yang disebutkan oleh para alim ulama
Bagi menjadikan orang beriman sentiasa sibuk dengan ibadah sepanjang Ramadan khususnya pada waktu-waktu akhir di Bulan Ramadan.Bagi menjadikan orang beriman beribadah pada semua malam dan tidak hanya tertumpu pada tanda-tanda malam Lailatul Qadar sahaja.Supaya sentiasa dalam keadaan ibadah dan tidak melakukan maksiat kepada Allah. Ini kerana melakukan maksiat pada malam Lailatul Qadar adalah satu kerugian yang sangat besar kepada pelaku maksiat.Bagi mendapat pahala yang berlipat kali ganda disebabkan usaha mencari dan sentiasa istiqamah dalam meminta kepada Allah.Untuk menunjukkan kehebatan Allah kerana Dialah yang Maha Mengetahui seperti mana firmanNya di dalam Surah Al-Baqarah ayat 30: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak ketahui.sumber : mstar
Pagi Jumaat yang tenang. Ramadan kali ni banyak ujian yang datang. Mari kita teruskan kuat dan sabar ya.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/05/jumaat-terakhir-ramadhan-2021.html