10 Malam Terakhir Ramadhan 2021
10 malam terakhir Ramadhan, perbanyakkan lah amal ibadah dan beristiqomah melakukannya melebihi daripada malam-malam sebelumnya. Semoga kita berpeluang bertemu malam Lailatul Qadar
Keistimewaan Malam Lailatul QadarAntara kelebihan utama malam Lailatul Qadar sebagaimana yang disebut dalam surah al-Qadr ialah “Malam al-Qadar itu lebih baik dari seribu bulan” (Surah al-Qadr: 3)
sumber : theinspirasi.my
Bilakah malam Lailatul Qadar?Umumnya, malam Lailatul Qadar tidaklah kita ketahui. Ianya adalah salah satu rahsia Allah supaya umat Islam sentiasa beristiqomah melakukan amal ibadah sepanjang malam dibulan Ramadhan terutamanya 10 hari terakhir Ramadhan.
Terdapat Hadis Nabi yang menyebut :
“Carilah malam lailatulqadar pada malam ganjil iaitu pada 10 hari terakhir bulan Ramadhan.” (Riwayat Bukhari dan Muslim)Berdasarkan hadis tersebut, Rasulullah mengisyaratkan agar umatnya mencari malam Lailaqul Qadar pada malam yang ganjil bagi 10 malam terakhir bulan Ramadhan. Malam-malam ganjil yang disebutkan ialah malam ke 21, 23, 25, 27 atau 29.
Seperti yang dikongsikan oleh theinspirasi.
2021Hari1442HMalam1 MeiSabtu19 RamKe 202 MeiAhad 20 RamKe 213 MeiIsnin21 RamKe 224 MeiSelasa22 RamKe 235 MeiRabu23 RamKe 246 MeiKhamis24 RamKe 257 MeiJumaat25 RamKe 268 MeiSabtu26 RamKe 279 MeiAhad27 RamKe 2810 MeiIsnin28 RamKe 2911 MeiSelasa29 RamKe 3012 MeiRabu30 RamMalam
Hari Raya
Mengikut Imam al-Ghazali, penentuan malam Lailatul Qadar adalah berdasarkan kepada hari pertama puasa Ramadhan bagi tahun tersebut
No.HariMalam1.Isnin212.Sabtu233.Khamis254.Selasa / Jumaat275.Ahad / Rabu29
Jika mengikut pada pandangan dan formula Imam al-Ghazali, tarikh malam Lailatul Qadar untuk tahun 2021 / 1442 Hijrah adalah pada malam 27 Ramadhan iaitu jatuh pada hari Sabtu malam (8 Mei 2021) waktu di Malaysia.
Ini kerana, tahun 2021 kita berpuasa pada 13 April yang jatuh pada hari Selasa.
Wallahu a’lam.
Alangkah beruntungnya kita jika berpeluang bertemu malam Lailatul Qadar
Tanda-tanda malam Lailatul Qadar1. Suanana pagi yang sangat tenangSalah satu tanda malam Lailatul Qadar, pada keesokan paginya adalah suasana pagi yang begitu tenang sekali. Cuaca pada pagi itu juga agak nyaman berbanding hari-hari sebelumnya.
2. Matahari yang cerah tapi tidak terasa bahangnyaPancaran matahari pada keesokan paginya bersinar cerah tapi tidak terasa terik akan bahangnya.
3. Malam tersebut angin udara yang begitu tenang.Sesetengah ulama menggambarkan pada malam Lailatul Qadar, suasana pada malam itu akan tenang sekali. Angin udaranya yang tidak terlalu panas atau sejuk. Haiwan dan serangga tidak berbunyi seperti biasa dan keadaan langit yang tidak berawan
Amalan 10 malam terakhir RamadhanMembaca al-Qur’anSolat Fardhu BerjemaahSolat Tarawih sendirian atau berjemaahQiamullailBerselawatBersedekahBerzikirBeriktikafTahajjudBerdoa
Carilah malam Lailatul Qadar dan jika berpeluang menemui malam Lailatul Qadar, Ibadah kita lebih baik daripada beribadah seribu bulan yang tidak memiliki malam Qadar. Beribadah dengan penuh ketaatan dan bersungguh-sungguh dalam sepuluh malam terakhir ramadhan ini.
Isikanlah malam sepuluh terakhir ni dengan melaksanakan ibadah kebaikan untuk kita menuju ke syurga. Perbanyakkan amal ibadah, perbanyakkan doa semoga Allah ampuni dosa-dosa kita dan berkati apa yang telah kita lakukan ke jalan yang benar serta makbulkan doa kita semua.
Banyak lagi amalan ibadah yang boleh di lakukan di sepuluh hari terakhir Ramadhan. Lakukan dengan ikhlas kerana Allah SWT. Semoga kita menjadi orang yang lebih beruntung menghabiskan sepuluh hari terakhir bulan Ramadhan dan Semoga kita dapat mengumpul pahala sebanyak mungkin Ramadhan kali ini
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://www.azhafizah.com/2021/05/10-malam-terakhir-ramadhan-2021.html