Julia Birthday Advanced Rewards Gila Kau Tak Suka
Yay 26 Mac! It’s my birthday once again! Wishing me, myself and I a memorable birthday full of happiness. I will put a smile on my face and won’t let the troubles of life get me down because it’s my birthday today. A very happy birthday to me! Thanks to all wishes, love you always.
Hadiah Birthday Pertama : ALTHEA Korea
Tadaaa 🤩400 point = RM400 nilainya.It's all FREE okey, seriously?
YES, surely, purely alhamdulilah rezeki !!! Pilih... pilih... pilih masuk bakul. Cukup 400 checkout, sampai dah, all from Korea with
Satu sen tak keluar tau. Yang keluar pening, pening nak pilih barang semua juju nak haha #tamaknya
Tu laa 15 set hadiah birthday girl dalam 2 box, ni baru satu, ada lagi gift lain tau tunggu julia kongsikan dibawah. Pertama kali dapat gift lumayan dari Althea Korea tau, parcel paling besar dan paling laju sampai. Minggu lepas pilih, minggu ni dah dapat, laju sungguh nak kasi orang happy.
Memang happy giler!
Nak tunjuk kat bawah, 400 point available. Of course jadi Althea Angel macam-macam rezeki dapat, dah la semua barang-barang dalam web page Althea ni buat aku tamak, semua benda aku nak. Harga sangat munasabah dan berbaloi beli.
Bertahun kot aku dengan Althea Korea, tetiba jadi anak kesayangan Althea ni, mestilah gembira yeyyyy!
Jom unboxing!
Aku malas nak buat video bagai haha gambar je kita snap, lihat dua box!
Berat dari biasa...apa aku beli? Beras ke? hahahaha
Of course lah semua makeup drugstore! Giler kan aku dengan makeup ni tak boleh disangkal lagi. Kalau ada masa terluang suka tengok tutorial makeup. Nak angan-angan jadi MUA lah suatu hari nanti, kot-kot ada bakat kat situ why not, memang suka dikelilingi dengan set makeup yang cantik-cantik.
This is so Me!
Tadaaaa...semua barang yang julia pilih memang julia tersangat PUAS HATI !
Sangat-sangat puas hati. Why?
Sebab sebelum gebang dalam blog julia cuba dulu kat pejabat dan rumah. Ni yang nak gebang laju ni sebab all makeup stuff ni sangat hot selling...laju giler orang nak, aku pun tersangat laju jugalah order haha bila lagi kan nak beli set mahal.
Set yang mahal setakat ini aku masuk bakul ialah set #1 - Laneige (water sleeping mask) ohhh ini aku pernah cuba kawan aku punya lama dah. Masa tu tengok harga ya ampun faham-faham lah kan, memang mahal tapi tersangat berbaloi-baloi pulangan kau akan dapat. Yang ini nanti aku nak pakai masa sebelum tidur, bangun pagi fresh ya amat...suka-suka-suka!
Kedua, #2 - 18 Color Eyeshadow Palette (Pink Holiday)
Yang ini pun mahal, bila kau sapu perghh so pigmented okey, warna yang aku jarang ada, warna-warna beige dan warna tanah, ni kalau buat soft smokey eyes look pengsan dik haha
Zoom lagi, haa gitu warna dia, ehhh pink holiday punya casing ni memang tak disediakan brush sekali tau. But its okey, aku dah beli banyak brush set khas yang cute dan kecil, sesuai aku nak bawa ke mana sahaja aku nak. First time aku beli set brush jap lagi ehhh citer...
I want to work with a stylish woman aaaaaagituuuuuuuu visi moto si mascara ni haha!
Ketiga #3 - Night View Longlash Mascara
Ia tak mahal, tapi pelaburan yang paling memaksimumkan bulu mata lentik menjadi selentiknya dan ringan. Ini kali kedua aku berpuas hati, pertama Silky Girl Eye Opener yang aku suka pakai bila rasa nak makeup vas vas haha.
Aku cuba dah, memang ia tak bergumpal kalau ulang kali sapu jadi sampai lentik, sapuan sangat lembut dan tahan lama.
Bila sapu layer by layer, ia tak ada nampak jadi tebal melampau tau, beri efek macam bulu mata burung kasawari gitu haha cam tu lah aku nak habaq kat korang best weh Eunyul Night View Longlash Mascara, 5 bintang!
Keempat #4 - Marine Blue Make-up Brush Set (6p)
Super duper soft dan bulu sintetik ni aku suka, rasa macam pro bila pegang brand CCC brush dari Marine Blue ni hishhhhh syok giler ni sapu foundation tak payah susah-susah guna tangan lagi. Aku beli sebab komen bawah website tu kata brush ni cantik dan lembut bila di sapu kat wajah, setanding macam mahal kat pasaran tu tapi versi kecil.
Bagi aku tak ada kecil sangat, memang sesuai dengan tangan aku yang besar ni pegang. Bulu-bulu dia pun padat.
Aku add on brush
👉Pro Skin-adhering Foundation Brush - RM20.00
Brush ni kalau korang perasan bulu warna gold ada atas sekali gambar selonggok dalam satu box, brush tu pun best, aku pelik, kenapa semua best ni...hahaha
Ada 7 set brush aku, keseluruhannya buat aku hati tak tenang, nanti nak basuh dulu brush ni dengan makeup remover khas kasi dia lagi berbau harum. Alamak tak sabar nak bermanja dengan all kind my new makeup drugstore from Althea.
RM69 dapat semua set ni dalam satu porch travel, yabedabedu!
Ada banyak yang aku nak story, cukup lah kot beberapa item aku sharing, selebihnya macam prime primer ni pun kategori mahal tau. Tapi aku puas hati sebab baca review ramai kata best dan menjaga tekstur kulit wajah, why not cuba!
Ni semua senarai order, korang boleh tengok kat bawah beserta harga.
Produk:
Silky Soft Foot Cream (100g)
RM13.00
Pro Skin-adhering Foundation Brush
RM20.00
Marine Blue Make-up Brush Set (6p)
RM69.00
Night View Longlash Mascara (7ml)
RM17.00
Perfect Eyebrow Styler (0.35g)
RM15.00
Color: Dark Brown
[GWP] Stay Fresh Body Sparkling Mist Trial Kit
RM0.00
Oatmeal Therapy Cleansing Foam (150ml)
RM14.00
18 Color Eyeshadow Palette (1.3g*18ea)_Pink Holiday
RM48.00
Argan Essential Deep Care Hair Essence (80ml)
RM35.00
Water Sleeping Mask (70ml)
RM77.00
My Real Skin Facial Mask (1 Sheet)
RM8.00
Aloe, Rose, Vitamin C, Cucumber
Perfume Fabric Mist Luv Luv Raina (60ml)
RM18.00
Prime Primer (30ml)
RM66.00
Terima kasih Althea Korea.Memang 100% suka yippiiii
Hadiah kedua : Tealive Order dua set, tapi dapat 5 set hadiah air Tealive pelbagai perisa. Giler kau tak suka! Berapa kali mau ulang daa ayat tu haha, tak kira aku nak ulang sampai korang pengsan baca.
Kebetulan malam hari jadi aku, aku memang dah lama nak minum air ni lah, orderlah dua set. Abg Qi pun nak juga, sekali ada satu hamba Allah ni belanja 5 set. Siapa dia biarlah rahsia.
Melompat bintang tergedik-gedik lah aku kat situ....haha lompat dalam hati je awak, terbalik kedai kang kalau aku lompat hahaha...serius aku tak sangka weh, rezeki dalam sekelip mata gitu.
Perasan tak ayat-ayat motivasi di atas setiap plastik tu, aku baca, aku tersenyum. Tuhan bukakan rezeki sungguh ni hehe. Semua sedap-sedap, gilir-gilir tiap-tiap hari minum sebab simpan dalam peti ais rumah. Hari-hari mandi Tealive dalam perut haha.
Sedap tau yang ini, tak silap aku nama dia mango punch. Rasa segar je minum, ni bukan air aku order tau, ni salah satu perisa dari 5 gift tu. Nyaman je rasa.
Hadiah ketiga : Tupperware Cute 2 Go Strap PinkKau tau kan, orang perempuan dengan Tupperware ni ibarat isi dengan kuku. Bila sahabat kau hadiahkan tumbler ni tak ke kau rasa nak melompat sampai bulan plak haha, tadi lompat bintang ni ke bulan plak...pastu kau nak lompat planet mana?
Pluto jom hahaha
Seriusly, aku bersemut sangat bila tatap tumbler pink super duper cute comey yang amat!!!Aduyaii, terima kasih sahabat. Hanya dia yang tahu, siapa dia, biarlah rahsia. Masih dalam plastik lagi tau, kiranya anak dara lagi botol ni hishhh cun betul dan sexy.
Sesuai sangat nak bawa dalam handbeg, kecil molek. Boleh amal green tea anytime kalau macam ini kan hahaha syhhhhhh! 😆
Hadiah keempat : Free GSC 2 x tiket dewasa Amboi, GSC pun pandai ambil hati pelanggannya terutama aku yang kaki wayang ni tau haha, Sabtu ni baru nak redeem. Nak tengok cerita apa ek, Marvel lah kot sebab citer tu aku tak tengok lagi yang terkini. Dengar kata syok best, satu tiket je beli untuk Abg Qi, murah je harga budak-budak ni berbanding dewasa.
Lokasi? Kita tengok rezeki mana aku tercampak nak tengok dengan suami dan anak tersayang. Aku cuma perlu tunjuk voucher yang pihak GSC email dekat aku dan redeem dekat mana-mana lokasi. Jimat berganda. Tak sabarnyaaaaa! 😃
Hadiah dari suami?Ala, cukup lah doa. Dia dah banyak bagi aku hadiah masa aku jatuh sakit lama di wad hari tu, hadiah jaga Abg Qi lah, hadiah hari-hari tanpa culas menjaga aku kat wad.
Tak terhitung kot hadiah tu, hadiah paling mahal dalam dunia ini ialah kesihatan yang baik. Bila sihat, kita boleh jalani kehidupan seimbang dimana sahaja.
Moga Tuhan sihatkanlah aku, keluarga dan rakan pembaca ku semua selalu. Tu hadiah birthday girl yang aku beri pada kalian. Amin.
Sebenarnya aku bersyukur sangat, macam-macam gift dapat, satu sen tak keluar hehe. Alhamdulilah, semua dari Allah, aku menumpang dari-Nya.
Barakallah! 💗
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.juliajohari.com/2019/03/julia-birthday-advanced-rewards-gila.html?utm_source=feedburner&utm_medium=feed&utm_campaign=Feed%3A+WithJulia+%28With+Julia...%29