Juara Piala Malaysia Perak Tak Sah



Juara Piala Malaysia Perak tak sah?

KUALA LUMPUR: Adakah kejayaan Perak menjulang Piala Malaysia Sabtu lalu sah atau dibantu mutu pengadilan yang lemah?



Itu yang mencetuskan persoalan selepas penjaga gol Perak Hafizul Hakim Khairul Nizam Jothy melakukan kesalahan apabila tidak berada di atas garisan gol sebelum bola disepak oleh pemain Terengganu FC pada penentuan sepakan penalti di Stadium Shah Alam.



Bagi bekas pengadil berpengalaman negara yang enggan namanya didedahkan mengakui bahawa pengadil perlawanan Suresh Jayaranam melakukan kesilapan kerana tidak menghukum Hafizul Hakim.




“Mengikut peraturan, Hafizul Hakim perlu berada di atas garisan gol sebelum bola bergerak atau disepak oleh pemain Terengganu.



Jika dia tidak berada di atas garisan gol dan bergerak lebih awal, pengadil seharusnya mengarahkan sepakan semula dibuat dan melayangkan kad kuning kepada penjaga gol itu. Dan jika dua kali dia melakukan kesalahan sama, dia patut dilayangkan kad merah.



KEDUDUKAN penjagol perak, Hafizul Hakim ketika penalti diambil oleh pemain Terengganu FC, Igor Zonjic pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. - NSTP


“Tapi ternyata pengadil perlawanan pada malam itu gagal melaksanakan peraturan yang ditetapkan dan ini memberikan keuntungan kepada Perak dan memberikan kerugian kepada Terengganu.



“Apatah lagi dua gol sepakan penalti yang gagal disempurnakan pemain Terengganu itu adalah ketika Hafizul Hakim tidak berada di atas garisan gol. Bila dia tidak berada di atas garisan gol, ini akan memberi kelebihan kepadanya dari segi jarak dan masa untuk bertindak balas kepada bola lebih lama,” katanya ketika dihubungi NSTP, hari ini.



Dalam perlawanan penuh kontroversi dan dramatik itu, Perak berjaya bangkit mengikat Terengganu 3-3 untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti sebelum menang 4-1 bagi menamatkan penantian 18 tahun menjulang trofi berprestij itu.



Sebelum ini ada beberapa insiden di mana penjaga gol berada di dalam gol dan tidak berada di atas garisan tetapi tidak dibantah oleh pengadil.



Antaranya adalah penjaga gol Liverpool, Jerzy Dudek ketika final Liga Juara-Juara 2005 menentang AC Milan dan penjaga gol Iran, Ali Beiranvand dalam aksi Piala Dunia 2018 Kumpulan B menentang Portugal.



“Jangan bandingkan dengan perlawanan lain, pengadil perlu objektif. Pengadil perlu tahu apa yang sudah ditetapkan dalam peraturan. Peraturan ini adalah untuk pengadil laksanakan,” kata bekas pengadil itu yang pernah mengadili beberapa perlawanan akhir Liga Malaysia.



Bagaimanapun beliau turut mengakui bahawa Suresh juga melakukan kesilapan kerana tidak membenarkan gol pemain import Perak, Leandro dos Santos pada minit ke-31 kerana didakwa mengasari penjaga gol.



“Pemain Perak itu tidak melakukan kesalahan, gol seharusnya diberikan kepada Perak, dan jika gol itu dibenarkan mungkin perlawanan tidak perlu ditentukan menerusi sepakan penalti,” katanya.
2694 dibaca


PASUKAN Perak meraikan kemenangan selepas berjaya bangkit mengikat Terengganu 3-3 untuk mengheret perlawanan ke penentuan sepakan penalti sebelum menang 4-1. - NSTP/Eizairi Shamsudin
KEDUDUKAN penjagol perak, Hafizul Hakim ketika penalti diambil oleh pemain Terengganu FC, Igor Zonjic pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam. - NSTPSumber: bharian.com.my






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/10/juara-piala-malaysia-perak-tak-sah.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Skuad Seladang Perak Muncul Juara Piala Malaysia Edisi 2018

Skuad Seladang Perak Muncul Juara Piala Malaysia Edisi 2018

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 1371 hits
SHAH ALAM nbsp Perak merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2018 selepas menewaskan Terengganu FC 4 1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua dua pasukan terikat 3 3 pada masa sebenar perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah A...
Isnin Perak Cuti Umum Andai Bos Gaurus Menang Piala Malaysia Exco

Isnin Perak Cuti Umum Andai Bos Gaurus Menang Piala Malaysia Exco

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 868 hits
KERAJAAN Perak mengumumkan cuti khas peristiwa pada Isnin ini sekiranya The Bos Gaurus berjaya merangkul Piala Malaysia pada perlawanan akhir menentang Terengganu di Stadium Shah Alam malam ini Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan S...
Harga Tiket Final Piala Malaysia 2018 Terengganu Vs Perak

Harga Tiket Final Piala Malaysia 2018 Terengganu Vs Perak

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 1305 hits
Harga Tiket Final Piala Malaysia 2018 Terengganu vs Perak NANTIKAN pertembungan hebat antara Terengganu FC menentang Perak untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 Perlawanan hebat ini akan diadakan pada 27 Oktober 2019 hari Sabtu mulai j...
Ada Ganjaran Jika Juara Piala Malaysia

Ada Ganjaran Jika Juara Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 404 hits
KUALA TERENGGANU Pemain Terengganu FC akan mendapat durian runtuh sekiranya mengalahkan Perak pada perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam Sabtu ini Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia Sukan dan NGO negeri Wan Sukairi Wan ...
Perak Tepati Ramalan Ke Final Piala Malaysia

Perak Tepati Ramalan Ke Final Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 22/10/2018 - jumlah : 366 hits
PEMAIN Sabah Odoljub Paunovic brsaing dengan pemain perak Shahrul Mohd Saad ketika aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2018 di Stadium Likas sebentar tadi Foto KHAIRULL AZRY BIDINPerak tepati ramalan ke final Piala MalaysiaKOTA KINABALU...
Bekas Pengadil Ini Dedahkan Sebab Sebab Kenapa Perak Harus Ditarik Balik Kejuaraan Piala Malaysia

Bekas Pengadil Ini Dedahkan Sebab Sebab Kenapa Perak Harus Ditarik Balik Kejuaraan Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 613 hits
Bekas Pengadil Ini Dedahkan Sebab Sebab Kenapa Perak Harus Ditarik Balik Kejuaraan Piala MalaysiaBekas Pengadil Ini Dedahkan Sebab Sebab Kenapa Perak Harus Ditarik Balik Kejuaraan Piala Malaysia
Netizen Geram Bila Tengok Exco Perak Buat Piala Malaysia Macam Harta Sendiri

Netizen Geram Bila Tengok Exco Perak Buat Piala Malaysia Macam Harta Sendiri

papar berkaitan - pada 30/10/2018 - jumlah : 753 hits
Netizen Geram Bila Tengok Exco Perak Buat Piala Malaysia Macam Harta SendiriNetizen Geram Bila Tengok Exco Perak Buat Piala Malaysia Macam Harta Sendiri
Kedah Juara Piala Malaysia 2016 Pengumuman Cuti Esok Bagi Negeri Kedah

Kedah Juara Piala Malaysia 2016 Pengumuman Cuti Esok Bagi Negeri Kedah

papar berkaitan - pada 17/10/2018 - jumlah : 631 hits
SHAH ALAM Kedah muncul juara Piala Malaysia 2016 selepas menewaskan Selangor 6 5 menerusi penentuan sepakan penalti pada aksi final di Stadium Shah Alam malam ini Kedua dua pasukan seri 1 1 pada aksi 120 minit perlawanan termasuk 30 minit m...
Dua Kali Ketinggalan Perak Julang Piala Malaysia

Dua Kali Ketinggalan Perak Julang Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 1398 hits
Perak menjulang Piala Malaysia 2018 SHAH ALAM Perak muncul sebagai juara Piala Malaysia selepas ia menewaskan Terengganu 4 1 menerusi tendangan penalti pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini...
Term Limit Culture Emerging With Veteran Dap Trio S Exit Says Analyst

The Right Types Of Bets For Beginners On Slot Deposit Qris Sites

Bufet Ramadan 2025 Tradisi Warisan Di Four Points By Sheraton Puchong

Wan Fayhsal Soundly Defeated In Race For Machang Bersatu Chief S Post

Tiada Syarat Sokong Pm Untuk Dapat Peruntukan Anwar Beritahu Pn

Who Else Nazri Backs Anwar For Second Term As Pm

Trump Revives Probe Over Digital Taxes

Guru Tuisyen Ditemukan Maut Berlumuran Darah


echo '';
Senarai Keputusan Pemenang Calon Top 5 Kategori Persembahan Penyampai Trofi Undian Tarikh Tiket Gempak Most Wanted Awards 2024 2025 Live Di Astro Ria Sooka

10 Drama Melayu Terbaru Astro Yang Best 2025 Mesti Tonton Juga Tersedia Online

10 Filem Melayu Malaysia Terbaru Best 2024 2025 Mesti Tonton

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Teratak Kasih Salina Rindu Kasih Musim 3 Slot Samarinda TV3

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dia Imamku Slot Megadrama Astro Ria


Hantar Kucing Kampung Buat Grooming

Lirik Lagu Biar Syafiq Reez Ft Zulhadi

Van Kelvin Feat Iera Milpan Dalam Sampiku Chord

Kah Kah Kah Dia Punya Ampu Anwar Level Dewa Hahahaha

Wet World Pedas Adventure Park Harga Tiket Waktu Operasi Dan Lokasi

Jpjebid Mobile Cara Muat Turan Daftar Aplikasi