Perak Tepati Ramalan Ke Final Piala Malaysia



PEMAIN Sabah, Odoljub Paunovic (kanan) brsaing dengan pemain perak, Shahrul Mohd Saad ketika aksi separuh akhir kedua Piala Malaysia 2018 di Stadium Likas, sebentar tadi. - Foto KHAIRULL AZRY BIDIN
Perak tepati ramalan ke final Piala Malaysia

KOTA KINABALU: Perak menepati ramalan mara ke final Piala Malaysia apabila menang dengan agregat 7-2 walaupun sekadar seri 2-2 berdepan Sabah dalam aksi separuh akhir kedua di Stadium Likas, di sini, sebentar tadi.




Walaupun memiliki bekalan lima gol, Perak terlebih dulu mencemaskan pintu gol Sabah menerusi Gilmar Jose Da Silva Filho, namun cubaannya diselamatkan penjaga gol, Rozaimie Rohim dalam keadaan satu lawan satu.



Rozaimie sekali lagi menjadi penyelamat tuan rumah apabila menghalang cubaan Muhammad Firdaus Saiyadi, juga dalam keadaan satu lawan satu.



Pada minit ke-34, Sabri Sahar menceriakan penyokong tuan rumah apabila meledak gol pertama untuk pasukannya hasil penyudah baik dalam kotak penalti selepas satu sepakan sudut daripada Elias Sulaiman bagi menjadikan kedudukan 1-0.



Gol itu mencetuskan semangat Sabah untuk terus memburu jaringan dan hampir memperolehnya pada minit ke-38 hasil sepakan percuma Elias, bagaimanapun ia diselamatkan penjaga gol lawan dan kedudukan 1-0 itu kekal sehingga tamat babak pertama.



Bermula separuh masa kedua, Sabah terus berusaha menambah gol dan mendapat peluang terbaik pada minit ke-67, namun tandukan Rodoljub Paunovic tidak menepati sasaran.



Pada minit ke-74, Gilmar menambah kesukaran Sabah apabila berjaya menjaringkan gol penyamaan menerusi sepakan penalti selepas Ahmad Khairil Anuar Ahmad Zamri dijatuhkan Rozaimie di dalam kotak penalti.



Gilmar kemudian menambah derita Sabah apabila meledak gol kedua pada minit ke-80 hasil satu penyudah baik selepas memperdayakan penjaga gol Sabah bagi menjadikan kedudukan berpihak kepada mereka 2-1.



Ketua pasukan Sabah, Rawilson Batuil kemudian menyelamatkan pasukannya daripada kecundang di gelanggang sendiri apabila menanduk gol penyamaan pada minit ke-85 bagi menjadikan kedudukan 2-2 dan kedudukan itu kekal hingga penamat.- bharian.com

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://buletinsabahfa.blogspot.com/2018/10/perak-tepati-ramalan-ke-final-piala.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Harga Tiket Final Piala Malaysia 2018 Terengganu Vs Perak

Harga Tiket Final Piala Malaysia 2018 Terengganu Vs Perak

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 1224 hits
Harga Tiket Final Piala Malaysia 2018 Terengganu vs Perak NANTIKAN pertembungan hebat antara Terengganu FC menentang Perak untuk perlawanan akhir Piala Malaysia 2018 Perlawanan hebat ini akan diadakan pada 27 Oktober 2019 hari Sabtu mulai j...
30 000 Tiket Final Piala Malaysia Dijual Khamis

30 000 Tiket Final Piala Malaysia Dijual Khamis

papar berkaitan - pada 23/10/2018 - jumlah : 426 hits
KUALA NERUS Sebanyak 30 000 keping tiket aksi final Piala Malaysia antara Terengganu FC dan Perak di Stadium Shah Alam Sabtu ini akan mula dijual kepada penyokong skuad Penyu pada Khamis ini Timbalan Pengerusi Persatuan Bola Sepak Negeri Te...
Isnin Perak Cuti Umum Andai Bos Gaurus Menang Piala Malaysia Exco

Isnin Perak Cuti Umum Andai Bos Gaurus Menang Piala Malaysia Exco

papar berkaitan - pada 27/10/2018 - jumlah : 820 hits
KERAJAAN Perak mengumumkan cuti khas peristiwa pada Isnin ini sekiranya The Bos Gaurus berjaya merangkul Piala Malaysia pada perlawanan akhir menentang Terengganu di Stadium Shah Alam malam ini Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Belia dan S...
Dua Kali Ketinggalan Perak Julang Piala Malaysia

Dua Kali Ketinggalan Perak Julang Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 1316 hits
Perak menjulang Piala Malaysia 2018 SHAH ALAM Perak muncul sebagai juara Piala Malaysia selepas ia menewaskan Terengganu 4 1 menerusi tendangan penalti pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil di sini malam ini...
Skuad Seladang Perak Muncul Juara Piala Malaysia Edisi 2018

Skuad Seladang Perak Muncul Juara Piala Malaysia Edisi 2018

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 1285 hits
SHAH ALAM nbsp Perak merangkul kejuaraan Piala Malaysia 2018 selepas menewaskan Terengganu FC 4 1 menerusi penentuan sepakan penalti selepas kedua dua pasukan terikat 3 3 pada masa sebenar perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Shah A...
Pengadil Final Piala Malaysia Tiada Dalam Semakan Web Fifa

Pengadil Final Piala Malaysia Tiada Dalam Semakan Web Fifa

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 433 hits
SHAH ALAM Layangan dua kad merah pada aksi final Piala Malaysia sememangnya satu perkara yang jarang berlaku Namun ini yang berlaku pada aksi final Piala Malaysia 2018 membabitkan Perak dan Terengganu FC di Stadium Shah Alam sebentar tadi y...
Suresh Layak Adili Pentas Final Piala Malaysia

Suresh Layak Adili Pentas Final Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 29/10/2018 - jumlah : 321 hits
SURESH melayangkan kad kuning kepada pemain Perak selepas melakukan provokasi ke atas pemain pertahanan Terengganu ketika perlawanan akhir Piala Malaysia di Stadium Shah Alam malam tadi NSTP Mohamad Shahril Badri SaaliSuresh layak adili pen...
Hasil Semakan Web Fifa Ini Penemuan Mengejutkan Mengenai Status Pengadil Final Piala Malaysia

Hasil Semakan Web Fifa Ini Penemuan Mengejutkan Mengenai Status Pengadil Final Piala Malaysia

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 508 hits
Hasil Semakan Web FIFA Ini penemuan mengejutkan mengenai Status pengadil Final Piala MalaysiaHasil Semakan Web FIFA Ini penemuan mengejutkan mengenai Status pengadil Final Piala Malaysia
Ini Punca Bagaimana Final Piala Malaysia Boleh Terheret Hingga Ke Sepakan Penalti

Ini Punca Bagaimana Final Piala Malaysia Boleh Terheret Hingga Ke Sepakan Penalti

papar berkaitan - pada 28/10/2018 - jumlah : 374 hits
IPOH Jurulatih Perak Mehmet Durakovic berharap mampu menghadiahkan kejuaraan Piala Malaysia kali kelapan kepada The Bos Gaurus apabila mereka bertemu Terengganu FC pada final di Stadium Shah Alam Sabtu ini Ini Punca Bagaimana Final Piala Ma...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Memikirkan The Unknown

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke



Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi


Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Helikopter Terhempas 10 Dilaporkan Terkorban

Resepi Tortilla Wrap

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara