Jualan Murah Keluarga Malaysia Akan Diperluas Ke Ipta Kata Annuar


 
Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa berkata, ia bagi membolehkan pelajar turut menikmati kemudahan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia seperti yang diadakan di 639 Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini.PUTRAJAYA: Program Jualan Murah Keluarga Malaysia akan dipertimbang untuk diperluaskan di 20 institut pengajian tinggi awam (IPTA), kata Pengerusi Pasukan Jihad Tangani Inflasi Annuar Musa.
Beliau berkata cadangan itu diutarakan wakil pemimpin pelajar daripada IPTA, institut pengajian tinggi swasta (IPTS) termasuk kolej latihan perguruan dalam satu sesi libat urus dengannya tengah hari tadi yang antara lain membangkitkan isu kos sara hidup yang perlu ditanggung pelajar di kampus.
Annuar yang juga Menteri Komunikasi dan Multimedia berkata cadangan itu akan dibawa ke mesyuarat pasukan itu minggu hadapan bagi membolehkan pelajar turut menikmati kemudahan Program Jualan Murah Keluarga Malaysia seperti yang diadakan di 639 Dewan Undangan Negeri (DUN) ketika ini.
“Saya jangka kampus akan dibuka semula pada pertengahan September dan Oktober. Jadi jawatankuasa akan mempunyai masa yang cukup untuk bincang kaedah dan mekanisme sekiranya jawatankuasa dapat memberi ‘endorsement’ atau persetujuan supaya konsep Jualan Murah Keluarga Malaysia dapat diperluaskan ke 20 kampus IPTA,” katanya pada sidang media selepas mempengerusikan Mesyuarat Pasukan Jihad Tangani Inflasi di sini hari ini.
-ADVERTISEMENT-Ads by 
Program Jualan Murah Keluarga Malaysia yang bermula pertengahan Ogos merupakan program yang memberi akses kepada rakyat untuk mendapatkan barangan lebih murah pada setiap minggu.
Bagi melicinkan proses permohonan di bawah Program PerantiSiswa Keluarga Malaysia pula, Annuar berkata persatuan mahasiswa khususnya Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) diberi tanggungjawab menjadi pusat rujukan bagi kes rayuan untuk pelajar yang mengemukakan permohonan mereka secara dalam talian dan tidak diluluskan.
Katanya terdapat permohonan pelajar yang tidak melepasi saringan kerana mereka bukan daripada golongan B40, namun secara realitinya ibu bapa pelajar itu telah berpisah dan pelajar sememangnya memerlukan bantuan.
“Kes sedemikian dengan perakuan yang diberikan persatuan mahasiswa mereka, ia boleh dipertimbangkan (untuk lulus permohonan peranti siswa),” katanya serta menambah ia juga bertujuan memastikan pelajar yang benar-benar layak tidak tercicir daripada program itu.
Pakej PerantiSiswa Keluarga Malaysia diumumkan dalam pembentangan Bajet 2022 sejajar dengan hasrat kerajaan memastikan rakyat terutamanya pelajar universiti mempunyai peranti serta akses internet pada kos yang berpatutan.
Annuar dalam pada itu berkata Program Jualan Murah Keluarga Malaysia peringkat Kementerian Pembangunan Usahawan dan Koperasi (KUSKOP) akan diadakan pada 19 Ogos hingga 21 Ogos ini di Stadium Shah Alam, Selangor sebelum diperluaskan ke negeri lain.
Program Jualan Murah Keluarga Malaysia Fasa Kedua pula akan dilancarkan di Parlimen Bera pada 26 Ogos ini di bawah kendalian Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP), kata Annuar.
Beliau berkata mesyuarat jawatankuasa turut membincangkan mengenai kerangka aspek yang menguasai dan menentukan tahap inflasi negara.
“Sebelum ini ia tertumpu kepada barangan yang harganya melonjak dan menimbulkan keresahan namun perkara tersebut telah dapat distabilkan.
Dalam konteks tangani inflasi, skop perlu diperluaskan dan usaha perlu mula ditumpukan pada sektor pengangkutan, perumahan, dan beberapa sektor lain yang pada masa akan datang boleh menyumbang kepada inflasi,” katanya. - FMT


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://malaysiansmustknowthetruth.blogspot.com/2022/08/jualan-murah-keluarga-malaysia-akan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Program Jualan Keluarga Malaysia 2022 Di Aeon Big Danau Kota

Program Jualan Keluarga Malaysia 2022 Di Aeon Big Danau Kota

papar berkaitan - pada 15/8/2022 - jumlah : 206 hits
Program Jualan Keluarga Malaysia di Aeon Big Danau Kota Assalamualaikum and holla gais korang pernah tak dengar tentang Program Jualan Keluarga Malaysia ni Qaseh sebelum ni pernah dengar tapi tak pernah berkesempatan untuk pergi tapi hari n...
Diskaun Saman 50 Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor

Diskaun Saman 50 Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia Selangor

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 192 hits
HEBAHAN JELAJAH ASPIRASI KELUARGA MALAYSIA 2022 TAWARAN DISKAUN SAMAN PDRM 50 Jom meriahkan Program Jelajah Aspirasi Keluarga Malaysia 2022 yang bakal berlangsung pada 19 hingga 21 Ogos 2022 ini bertempat di Tapak Karnival Perkarangan Stadi...
Pengurusan Ekonomi Keluarga Malaysia Teguh Kita Bersama

Pengurusan Ekonomi Keluarga Malaysia Teguh Kita Bersama

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 133 hits
Keputusan yang lepas dah dibuat Itulah yang akan ditanya YAB PM setiap kali saya membentangkan status tindakan keputusan keputusan Majlis Tindakan Ekonomi sebelum mesyuarat bermula Tak ada guna kita bincang panjang dan buat keputusan kalau ...
Saya Doakan Najib Dan Keluarga Tabah Kata Hishammuddin

Saya Doakan Najib Dan Keluarga Tabah Kata Hishammuddin

papar berkaitan - pada 18/8/2022 - jumlah : 89 hits
agendaily com17 08 2022Menteri Kanan Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Hussein Susulan keputusan Mahkamah Persekutuan yang tidak memihak kepada Datuk Seri Najib Razak dalam kes SRC International Sdn Bhd Datuk Seri Hishammuddin Hussein melu...
Ismail Of Keluarga Malaysia Should Repudiate Hadi S Remarks

Ismail Of Keluarga Malaysia Should Repudiate Hadi S Remarks

papar berkaitan - pada 22/8/2022 - jumlah : 130 hits
Abdul Hadi Awang the president of PAS which is a member of the ruling coalition has gone out of his way and exceeded his intemperate self by delivering a flagrantly racist opinion that undermines the unifying Keluarga Malaysia idea Ismail i...
Bantuan Keluarga Malaysia Jumlah Tarikh Bantuan Bkm Fasa 3 Yang Akan Dibayar Bulan Depan

Bantuan Keluarga Malaysia Jumlah Tarikh Bantuan Bkm Fasa 3 Yang Akan Dibayar Bulan Depan

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 292 hits
Bantuan Keluarga Malaysia Jumlah Bantuan BKM Fasa 3 Yang Akan Dibayar Bulan Depan Dalam usaha kerajaan komited membantu mereka yang memerlukan pelbagai jenis bantuan kewangan telah diperkenalkan oleh pihak Kerajaan sama ada di peringkat Pus...
Malaysia Mahu Pertingkat Kerjasama Pelancongan Di Bawah Jejak Asean Kata Nancy Shukri

Malaysia Mahu Pertingkat Kerjasama Pelancongan Di Bawah Jejak Asean Kata Nancy Shukri

papar berkaitan - pada 19/8/2022 - jumlah : 175 hits
Malaysia mahu pertingkat kerjasama pelancongan di bawah jejak Asean kata Nancy Shukri nbsp Dikemas kini 3 jam yang lalu Dit
Skandal Lcs Apa Media Indonesia Kata Terhadap Malaysia Bacalah

Skandal Lcs Apa Media Indonesia Kata Terhadap Malaysia Bacalah

papar berkaitan - pada 17/8/2022 - jumlah : 262 hits
ZONAJAKARTA COM Indonesia dan Malaysia adalah dua negara yang sama sama pernah membuat kapal tempur pesisir Kapal tempur pesisir atau kapal tempur littoral adalah kapal yang memiliki ukuran relatif lebih kecil dan ditujukan untuk operasi di...
Malaysia Di Landasan Capai Pertumbuhan Kdnk Hingga 6 3 Kata Menteri

Malaysia Di Landasan Capai Pertumbuhan Kdnk Hingga 6 3 Kata Menteri

papar berkaitan - pada 6/8/2022 - jumlah : 191 hits
Malaysia di landasan capai pertumbuhan KDNK hingga 6 3 kata menteri Dikemas kini 38 minit yang lalu Diterbitkan pada 6 Aug
Ziana Zain Duta Rasmi Csa Academy

Hospital Kuala Pilah

Saya Dan Rafizi Tiada Isu Peribadi Kata Puad

Ramadan Bazaars 2024 Exploring The Culinary Delights Of Selangor S Ramadan Bazaars

Hallway Wall Art Mockup For A Sophisticated Look

Patut Tak Boleh Daftar

Doa Agar Amalan Diiterima Allah Sepanjang Bulan Ramadan

Attacks On Govt By Minority Groups Need To Be Curbed Zahid



5 Masalah Sosial Yang Akan Timbul Akibat Penggunaan Kereta Elektrik

Koleksi 15 Lagu Hari Raya Terbaru Yang Meriahkan Aidilfitri 2024 Bakal Evergreen Bak Lagu Lama

6 Pantang Larang Penting Kalau Nak Selamat di Sekolah Asrama

Info Dan Sinopsis Filem 19 Puasa Playboys Of Plastik Hitam Astro First

Casimir Zeglen Paderi Yang Mencipta Jaket Kalis Peluru


54 Suspected Call Girls Held In Jb Raid

Singapore Seizes 1 5 Tonnes Illegally Imported Food From Malaysia

Jana Wibawa Muhyiddin Halts Federal Court Appeal

Socks Issue Don T Take Matters Into Own Hands Igp Says

Hr Ministry Appoints 2 Women As Industrial Court Chairpersons

Sistem Padu Canggih Selamat Dan Terkini Dosm