Jualan Kereta Hampir Sifar Bulan Ini


Oleh Mohd Zaky Zainuddin Kekangan proses dokumentasi bagi pinjaman dan pendaftaran menangguhkan urusan jual beli - Foto hiasan KUALA LUMPUR: Hampir tiada kereta dijangka dapat dijual bulan ini berikutan penutupan bilik pameran dan pengeluaran diberhentikan semasa fasa pertama sekatan pergerakan penuh bermula sejak 1 Jun lalu.
Berdasarkan purata harga jualan kenderaan RM70,000 seunit di Malaysia, industri automotif negara dianggar kehilangan pendapatan sekitar RM3.44 bilion pada Jun jika jangkaan tiada jualan direkodkan bulan ini.
Walaupun kebanyakan pengeluar memperkenalkan platform pembelian dalam talian termasuk e-showroom, kekangan proses dokumentasi bagi pinjaman dan pendaftaran boleh menjadi penyebab urusan jual beli mungkin tertangguh.
Menurut Kenanga Research dalam nota penyelidikan, hanya beberapa unit dapat didaftarkan menerusi sistem e-Daftar Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) bagi pembelian kenderaan dengan pinjamannya telah dipersetujui menerusi surat aku janji (LOU).
"Penyelesaian pendaftaran adalah penting untuk mengelak perjanjian tidak luput, yang apabila terjadi memerlukan proses dilakukan sekali lagi," katanya.
Dalam kenyataan ringkas kepada BH, Presiden Persatuan Automotif Malaysia (MAA), Datuk Aishah Ahmad, berkata jangkaan tanpa jualan mungkin berlaku ketika semua bilik pameran dan rantaian pengeluaran ditutup sementara dengan kekurangan cip komputer juga menjejaskan beberapa pengeluar.
"Jika ada stok di bilik pameran, kakitangan masih boleh mendaftar dengan JPJ dalam talian. Bagaimanapun, saya tidak fikir ia akan membabitkan jumlah yang besar," katanya.
Jualan kenderaan merosot 19 peratus kepada 46,663 unit pada Mei, berbanding 57,912 unit yang dicatatkan pada bulan sebelumnya.
MAA berkata, jualan bulan lalu lebih rendah susulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) 3.0 dari pertengahan hingga akhir Mei.
Menurut persatuan itu, jumlah keseluruhan industri (TIV) pada Mei lebih rendah disebabkan PKP 3.0, bulan bekerja lebih singkat berikutan cuti umum Aidilfitri dan kekurangan cip komputer yang menjejaskan jualan beberapa pengeluar.
Setakat Januari hingga Mei, TIV automotif tempatan berada pada 245,932 unit berbanding 128,790 unit dicatatkan tempoh sama tahun lalu.
Mengikut pecahan, kenderaan penumpang mencatatkan jualan 41,988 unit pada Mei, manakala kenderaan komersial 4,675 unit.
Dalam kenyataan sebelum ini, MAA berkata, jualan bulan ini dijangka minimum disebabkan pelaksanaan PKP 3.0 yang menyaksikan bilik pameran tidak dibenarkan dibuka.
Malah, kebanyakan agensi kerajaan seperti JPJ, PUSPAKOM Sdn Bhd (PUSPAKOM), Agensi Pengangkutan Awam Darat (APAD) dan Lembaga Pelesenan Kenderaan Perdagangan (LPKP) ditutup atau beroperasi dengan jumlah kakitangan yang minimum.
Sementara itu, Kenanga Research berkata, walaupun berdepan kemungkinan tiada jualan direkodkan bulan ini, firma penyelidik itu mengekalkan saranan 'neutral' dengan sasaran TIV tahun ini 545,000 unit.
"Sasaran pertumbuhan TIV tahun ini yang tiga peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu akan dipacu lanjutan pengecualian cukai jualan kereta penumpang sehingga akhir tahun ini.
"Sasaran ini dapat dicapai meskipun jualan terjejas akibat penutupan bilik pameran dan pengeluaran dihentikan ketika tempoh sekatan pergerakan penuh fasa pertama.
"Ia akan diimbangi bekalan mencukupi bagi model baharu untuk memperoleh margin lebih baik," katanya.
Penganalisis CGS-CIMB, Mohd Shanaz Noor Azam, berkata firma penyelidik itu masih menjangkakan perolehan sektor automotif kembali melonjak dengan pertumbuhan keuntungan bersih 34 peratus lebih tinggi tahun ini.
"Kami juga menjangkakan jualan pada bulan ini adalah minimum. Namun, kami tetap meramalkan TIV pada separuh kedua tahun ini lebih kukuh disokong pengecualian cukai kereta penumpang.
"Bagaimanapun, kami juga melihat kemungkinan kejatuhan berpotensi 10 peratus dalam unjuran TIV, jika kerajaan melanjutkan sekatan pergerakan penuh sehingga Julai," katanya dalam nota penyelidikan.
Bagi Penganalisis TA Securities, Angeline Chin, pelaksanaan program vaksinasi yang berkesan menjadi petanda baik kepada jualan kenderaan.
"Jualan juga akan meraih momentum hasil pemulihan ekonomi, persekitaran kadar faedah yang akomodatif dan pelancaran model baharu.
"Kami meramalkan TIV tahun ini kekal kepada 627,000 iaitu 18.4 peratus lebih tinggi berbanding tahun lalu. Secara keseluruhannya, kami mengharapkan sektor automotif berprestasi lebih baik pada 2021, berkat insentif cukai," katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/jualan-kereta-hampir-sifar-bulan-ini.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Dah Boleh Main Kejar Kejar Baru 10 Bulan Anak Fasha Sandha Dah Dapat Kaki Makin Aktif Lepas Ni

Dah Boleh Main Kejar Kejar Baru 10 Bulan Anak Fasha Sandha Dah Dapat Kaki Makin Aktif Lepas Ni

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 409 hits
Ibu mana yang tidak gembira melihat perkembangan anak kecilnya satu demi satu Meniarap merangkak dan kini sudah pandai berjalan Pelakon Fasha Sandha turut sama berkongsi perkembangan anak ketiganya Aisha Amaira yang kini sudah pun berusia 1...
Terkini Zahid Kekal Sebagai Presiden Umno 18 Bulan Lagi

Terkini Zahid Kekal Sebagai Presiden Umno 18 Bulan Lagi

papar berkaitan - pada 26/6/2021 - jumlah : 215 hits
June 25 2021 Zahid kekal sebagai Presiden Umno 18 bulan lagiUmno menangguhkan pemilihan parti selama 18 bulan atau sehingga situasi pulih kerana wabak Covid 19 Timbalan Presiden Mohamad Hasan berkata walaupun pemilihan boleh dijalankan seca...
Tarikh Bayaran Akhir I Sinar Bulan Julai Kategori 2 2021

Tarikh Bayaran Akhir I Sinar Bulan Julai Kategori 2 2021

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 426 hits
Ramai yang menanti bila tarikh rasmi pembayaran i Sinar bulan Jun akan dikreditkan ke akaun masing masing Persoalan yang paling utama ialah bila tarikh akhir pembayaran i Sinar ini Umum mengetahui bahawa ramai pemohon kategori 1 yang telah ...
Lelaki Uk Ini Diuji Positif Covid 19 Selama 10 Bulan Berturut Turut

Lelaki Uk Ini Diuji Positif Covid 19 Selama 10 Bulan Berturut Turut

papar berkaitan - pada 27/6/2021 - jumlah : 202 hits
LONDON Seorang lelaki Britain berusia 72 tahun diuji positif COVID 19 selama 10 bulan Ia disifatkan sebagai kes jangkitan berlarutan yang paling lama dicatatkan menurut para penyelidik pada Khamis Encik Dave Smith seorang tenaga pengajar
Moratorium Enam Bulan Kepada Semua Peminjam Individu

Moratorium Enam Bulan Kepada Semua Peminjam Individu

papar berkaitan - pada 28/6/2021 - jumlah : 247 hits
KUALA LUMPUR Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin mengumumkan dengan kerjasama pihak bank moratorium enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu sama ada dari golongan B40 M40 atau T20 dan usahawan mikro AdvertisementKatany...
Isi Rumah Miskin Tegar Akan Terima Bantuan Rm500 Tiga Bulan Berturut Turut Mulai Ogos

Isi Rumah Miskin Tegar Akan Terima Bantuan Rm500 Tiga Bulan Berturut Turut Mulai Ogos

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 299 hits
KUALA LUMPUR Isi rumah miskin tegar akan menerima bantuan sebanyak RM500 tiga bulan berturut bermula Ogos ini dalam pemberian khas Bantuan Khas COVID 19 Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata mereka akan menerima bantuan RM500 pad...
Moratorium Automatik 6 Bulan Tak Kira B40 M40 T20

Moratorium Automatik 6 Bulan Tak Kira B40 M40 T20

papar berkaitan - pada 29/6/2021 - jumlah : 247 hits
MALAYSIAKINI Moratorium automatik selama enam bulan akan diberikan kepada semua peminjam individu dan usahawan mikro untuk pinjaman bank tanpa mengira kelas masyarakat Permohonan boleh dibuat bermula 7 Julai nanti Tiada lagi syarat penguran...
Skin Journey Guna Timewise Age Minimize 3d Mary Kay Selama 5 Bulan

Skin Journey Guna Timewise Age Minimize 3d Mary Kay Selama 5 Bulan

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 341 hits
Assalamualaikum Actually belum sampai 5 bulan pun Ayue guna TimeWise Miracle Set 3D dari Mary Kay ni Ayue mula guna pakai 27 Januari 2021 Lagi seminggu baru genap 5 bulan Hehe But the result is already AMAZING Serious as early as 3 bulan pe...
13 Lagu Indonesia Terbaru Yang Rilis Bulan Juni 2021 Mulai Dari Folk Stoner Rock Hingga Hip Hop

13 Lagu Indonesia Terbaru Yang Rilis Bulan Juni 2021 Mulai Dari Folk Stoner Rock Hingga Hip Hop

papar berkaitan - pada 25/6/2021 - jumlah : 198 hits
Biar hari harimu nggak mendung kayak langit bulan Juni 13 lagu baru ini bisa jadi mood booster
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Lirik Lagu Curang Abg Pau


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Lirik Lagu Doremon Atmosfera

Harry Parintang Di Hatimu Ternyata Dia Chord

Tiket Escape Penang Harga Tiket Cara Pembelian Tahun 2025

Japan S First Plug In Hybrid Minivan In Two Versions Toyota Alphard And Vellfire

This Vivid Royal Enfield Bobber Is A Tasty Technicolor Treat

Dating Tengok Wayang Lembayung Di Palm Mall