Jualan Buku Big Bad Wolf Kembali Ke Negeri Santuari Penyu Dengan Diskaun Buku 75 Hingga 95


Jualan Buku Big Bad Wolf  bakal tiba di Terengganu untuk memberi inspirasi kepada lebih ramai rakyat Malaysia dan memperkasakan mereka dengan ilmu pengetahuan menerusi pembacaan

Terengganu, 6 OGOS 2019 – Jualan Buku Terbesar di Dunia, Jualan Buku Big Bad Wolf bakal singgah di Terengganu dengan  pilihan buku yang meluas. Jualan Buku selama 11 hari ini akan bermula pada 8 hingga 19 Ogos 2019, mulai jam 10:00 pagi hingga jam 12:00 tengah malam kecuali pada 11 Ogos di mana Jualan Buku Big Bad Wolf akan ditutup sempena Hari Raya Aidiladha. Jualan Buku berkenaan akan diadakan di Mydin Mall, Gong Badak, Terengganu dan kemasukan adalah PERCUMA!


Jualan Buku Big Bad Wolf menawarkan buku-buku dalam Bahasa Melayu serta Inggeris merangkumi pelbagai genre. Para pembaca boleh mendapatkan judul-judul terlaris, novel remaja, sains fiksyen thriller, perniagaan, seni bina, kesenian dan reka bentuk, buku masakan, buku kanak-kanak dan banyak lagi. Oleh itu, bawa bersama rakan-rakan serta keluarga anda untuk mencari buku kegemaran anda.






Ibu bapa juga pasti akan gembira apabila menemui Buku Ajaib yang digabungkan dengan teknologi Augmented Reality (AR) di Jualan Buku Big Bad Wolf Terengganu. Dikenali sebagai pengedar terbesar serta eksklusif Buku Ajaib, ibu bapa boleh menemui pelbagai kisah klasik kanak-kanak seperti Cinderella, Little Red Riding Hood, dan Goldilocks and the Three Bears atau buku-buku pendidikan seperti Let’s Learn Counting dan Let’s Learn ABC di Jualan Buku berkenaan. Kanak-kanak boleh membaca, bermain dan belajar dengan Buku Ajaib ini kerana ia menggunakan teknologi AR yang serba canggih bagi merevolusikan pembacaan untuk si manja anda.


“Kita tidak boleh menafikan bahawa teknologi memainkan peranan penting dalam kehidupan seharian kita. Buku Ajaib menggabungkan pembacaan dan keupayaannya ‘menghidupkan’ cerita yang membolehkan kanak-kanak mengalami keajaiban melihat watak kegemaran mereka bercakap dan berinteraksi dengan mereka. Ini menjadikan pembacaan dan pembelajaran sebagai aktiviti yang menarik dan menyeronokkan,” kata Pengasas Big Bad Wolf Books, Andrew Yap.


Terdapat beraneka pilihan buku di Jualan Buku Big Bad Wolf dan para pelanggan boleh mendapatkan buku-buku terkenal terbitan Karangkraf PTS, Kualiti Books, serta buku-buku pendidikan daripada Pernerbitan Pelangi dan Sasbadi pada harga yang berpatutan. Terdapat juga pelbagai pilihan novel-novel kontemporari Malaysia oleh Buku Fixi, The Patriots, Iman Publication dan banyak lagi di Jualan Buku berkenaan. Para pengunjung boleh memilih daripada kira-kira 8,000 buku yang terdiri daripada pelbagai genre seperti buku rujukan, novel, buku fiksyen, buku bukan fiksyen, keagamaan dan banyak lagi buku terbitan penerbit tempatan. Di sepanjang tempoh Jualan Buku Big Bad Wolf ini, para pelanggan juga boleh membeli  lencana, magnet, kemeja-t dan pelbagai barangan Big Bad Wolf Books yang lain.




Dalam usaha mencapai matlamat untuk berbakti kepada masyarakat dan memastikan semua orang memiliki sebuah buku, sayap Tanggungjawab Sosial Korporat Big Bad Wolf Books bernama Red Readerhood, telah menjalinkan kerjasama dengan 2 pertubuhan-tanpa-untung iaitu Pertubuhan Insan Masyarakat (Prisma Society) dan Bukan Kerna Nama. Pertubuhan Insan Masyarakat (Prisma) merupakan sebuah pertubuhan yang menyasarkan untuk memberikan bantuan kemanusiaan di dalam dan luar negara, dan buku yang dikumpulkan adalah untuk perpustakaan bergerak mereka. Bukan Kerna Nama pula menyasarkan untuk membantu keluarga yang memerlukan di mana buku-buku yang berjaya dikumpul akan diberikan kepada kanak-kanak kurang berkemampuan di bawah jagaan mereka. Big Bad Wolf Books  berikrar untuk menyumbangkan 200 naskah buku bagi tujuan berkenaan. Orang ramai juga boleh memainkan peranan dalam mengubah kehidupan mereka yang memerlukan dengan menyumbang buku yang dibeli di sudut Red Readerhood.


Jualan Buku Big Bad Wolf menyasarkan untuk menjelajah ke 10 negeri di Malaysia sempena Ulang Tahunnya yang ke-10. Jualan Buku ini telah pun berkunjung ke Pahang, Johor, Sarawak, Sabah, Negeri Sembilan, Pulau Pinang, dan akan ke Perak serta negeri-negeri lain dalam beberapa bulan yang akan datang. Dalam tempoh sedekad yang lalu, Jualan Buku Big Bad Wolf juga menjelajah ke luar negara seperti Myanmar, Indonesia, Pakistan, Filipina, Thailand, Sri Lanka, Emiriah Arab Bersatu, Korea dan Taiwan.


Untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai Jualan Buku berkenaan, sila ikuti Jualan Buku Big Bad Wolf dalam platform media sosial berikut:
Facebook: www.facebook.com/bbwbooks/
Instagram: www.instagram.com/bigbadwolfbooks


Maklumat Acara:
Big Bad Wolf Terengganu 2019
Lokasi: Mydin Mall Gong Badak, Terengganu
Tempoh Jualan: 8 hingga 19 Ogos 2019 (Kecuali 11 Ogos, Hari Raya Haji)
Masa: 10:00 pagi hingga 12:00 tengah malam
Masuk adalah PERCUMA!



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.shahadafauzi.com/2019/08/jualan-buku-big-bad-wolf-kembali.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Big Stage 2 Akan Kembali Tak Lama Lagi

Big Stage 2 Akan Kembali Tak Lama Lagi

papar berkaitan - pada 7/8/2019 - jumlah : 376 hits
Baru baru ini pihak astro telah melancarkan satu sidang media memperkenalkan 12 Artis Baru yang bakal berentap di atas satu pentas dalam program Big Stage Program ini bertujuan untuk memberi platform kepada Budak Budak Baru Nak Up yang memi...
Kemenpar Road Show Singapura Hingga India Jaring Turis Negeri Bollywood

Kemenpar Road Show Singapura Hingga India Jaring Turis Negeri Bollywood

papar berkaitan - pada 6/8/2019 - jumlah : 207 hits
Delegasi Kemenpar juga bertemu dengan pemegang lisensi pameran SATTE untuk membahas keikutsertaan Indonesia dalam ajang bursa pariwisata SATTE 2020 katanya
Ketua Ph Sarawak Mahu Gabungan Itu Menang Pilihan Raya Negeri

Ketua Ph Sarawak Mahu Gabungan Itu Menang Pilihan Raya Negeri

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 221 hits
Ketua PH Sarawak mahu gabungan itu menang pilihan raya negeri Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 28 Jul 2019 11 48
Kerajaan Negeri Terpaksa Batal Tujuh Projek Pr1ma Pahang

Kerajaan Negeri Terpaksa Batal Tujuh Projek Pr1ma Pahang

papar berkaitan - pada 29/7/2019 - jumlah : 282 hits
KUANTAN Kerajaan negeri Pahang membatalkan tujuh projek Perumahan Rakyat 1Malaysia Pahang kata Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan negeri Abd Rahim Muda Beliau berkata keputusan itu terpaksa dilakukan ekoran masalah infra...
Jonan Sindir Pertamina Kalah Dari Asing Dalam Produksi Migas Di Negeri Sendiri

Jonan Sindir Pertamina Kalah Dari Asing Dalam Produksi Migas Di Negeri Sendiri

papar berkaitan - pada 31/7/2019 - jumlah : 158 hits
Menteri Energi dan Sumber Daya Mineral Ignasius Jonan coba memberi beberapa saran kepada Pertamina untuk bisa lebih mempercepat produksi migas Bahkan Jonan sempat menyindir Pertamina kalah dibanding perusahaan asing dalam hal lifting migas
Ujian Rangkaian 5g Akan Diperluaskan Ke Beberapa Negeri Tambahan Tidak Lama Lagi Gobind Singh Deo

Ujian Rangkaian 5g Akan Diperluaskan Ke Beberapa Negeri Tambahan Tidak Lama Lagi Gobind Singh Deo

papar berkaitan - pada 30/7/2019 - jumlah : 344 hits
Sewaktu acara penyerahan laporan rangkaian 5G di pejabat Suruhanjaya Komunikasi Multimedia Malaysia hari ini Menteri Komunikasi dan Multimedia Malaysia Gobind Singh Deo telah mengumumkan dimana ujian rangkaian 5G yang kini sedang dijalankan...
Makanan Rasmi Popular Negeri Pahang

Makanan Rasmi Popular Negeri Pahang

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 772 hits
GULAI ASAM ROM RONG GULAI MASAM IKAN PATIN TEMPOYAK JERANTUT TEMERLOH KUALA LIPISGULAI KELADI KEMAHANG JERANTUT KUALA LIPIS RAUB NASI KEBULI KUALA LIPIS OPOR DAGING PEKAN PAHANG DAERAH PEKAN PUDING RAJA PEKAN DAERAH PEKAN SAMBAL HITAM PAHAN...
Lagi Negeri Sokong Kepimpinan Anwar

Lagi Negeri Sokong Kepimpinan Anwar

papar berkaitan - pada 28/7/2019 - jumlah : 271 hits
Siapa yang mengajar buat petisyen ni sape Yang buat petisyen pada Kak Wan dulu siapa Bila timbul kes video semburit siapa yg kumpulkan tandatangan membantah Presiden mengulas isu Azmin Korang buat ok belaka Kita orang baru nak kumpul sokong...
Menteri Gesa Semua Negeri Serius Tangani Pencemaran Sungai

Menteri Gesa Semua Negeri Serius Tangani Pencemaran Sungai

papar berkaitan - pada 27/7/2019 - jumlah : 203 hits
Menteri gesa semua negeri serius tangani pencemaran sungai Dikemas kini 7 minit yang lalu Diterbitkan pada 27 Jul 2019 12 55P
Saka Bapak Kau

Natural Gas Fuel Not A Hazard

Beli Rumah Lebih Jimat Dengan Kempen Hartanah Bumiputera Matrix

How Car Centric Planning Is Killing Malaysians

Masjid Lapangan Terbang Sultan Abdul Aziz Shah

Top Picks Best Trucks For Towing In 2025

15 Playful Midcentury Kids Room Ideas For A Retro Vibe

Creating A Winning Pitch Deck


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula

Biodata Terkini Zehra Zambri Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Semalakama


Kempen Hartanah Bumiputera Khas Untuk Pembeli Bumiputera Mendapatkan Rumah Dengan Tawaran Giler Menarik

Apabila Musuh Mengerumuni Umat Islam Seperti Hidangan

Pesakit Diabetes Mengalami Masalah Mati Pucuk

Transformasi Bank Btpn Kini Berubah Nama Menjadi Smbc Indonesia

Pengalaman Mencicipi Hidangan Kuliner Khas Georgia Yang Menggugah Selera

Tattoos Portland Maine