Jual Beli Emas


Jika anda nak jual beli emas untuk tujuan melabur dan dapat keuntungan, anda perlu tahu perbezaan susutnilai atau spread harga emas yang anda beli. Anda perlu faham jenis emas yang paling rendah susutnilainya yang akan memberi keuntungan lebih cepat. Jika anda masih kurang jelas jenis emas untuk pelaburan, sila baca “Tips Pelaburan Emas” dahulu.
Jika anda dah faham bahawa untuk tujuan pelaburan emas, susutnilai harga emas perlulah tidak melebihi 10%. Oleh itu saya nasihatkan agar anda tidak melabur emas dengan membeli barang kemas kerana susutnilainya melebihi 10% bahkan jika anda bertanya di semua kedai emas seperti Habib Jewels dan Poh Kong, susutnilai mereka sekitar 20-35%.
Pakar-pakar pelaburan emas hanya menggalakkan jual beli dinar emas dan gold bar sahaja agar anda menikmati keuntungan dengan lebih cepat. Hanya satu sahaja perkara penting iaitu jual beli emas mestilah halal dan tidak meragukan atau terdapat unsur syubhah.
Terdapat banyak sistem jual beli emas untuk tujuan pelaburan didapati haram (tidak patuh syariah). Pada pandangan saya secara ilmiah dan bukan untuk menjatuhkan mana-mana bank atau bisnes, pelaburan emas di bank-bank seperti pelaburan emas CIMB, pelaburan emas Maybank (Maybank Gold Investment Account), pelaburan emas Public Bank (Gold Investment Account) boleh dikategorikan sebagai tidak patuh syariah. Jika anda ingin mengetahui lebih lanjut tentang halal dan haram, sila baca “Pelaburan Emas Halal Atau Haram?”
Setakat ini, hanya pelaburan emas Kuwait Finance House (KFH) dan bank Al-Rajhi sahaja yang disahkan patuh syariah dalam bab jual beli emas di Malaysia. Namun, terlalu cerewetlah bila kita deal dengan mana-mana bank ni. Saya dah ulas panjang lebar di post yang lalu. (Boleh baca di sini).
Di sini saya ingin berkongsi cara jual beli emas paling best di Malaysia. Jika ragu-ragu, anda boleh bandingkan sendiri… akhirnya saya yakin anda akan buat keputusan seperti saya… jual beli emas di Public Gold memang mudah dan puas hati.

Harga anda beli emas = PG Sell

Harga anda jual emas = PG Buy
Berdasarkan perbezaan spread 100% X [PG Sell – PG Buy] / PG Sell, anda akan dapati kadar spread Goldbar dan Dinar LBMA 24K Public Gold adalah seperti berikut:-

Kadar spread Public Gold.
Pada masa ini, tiada beza kadar spread bagi semua emas LBMA / Bunga Mas / Tai Fook mengikut denominasi di atas.
Oleh itu, anda boleh pilih mana-mana denominasi emas (asalkan bukan 0.5g hingga 5g Goldbar atau setengah dinar).
Lagi berat emas… lagi rendah kadar spread (setengah orang guna perkataan spread nipis), maka lagi cepat keuntungan yang akan diperolehi. Apabila harga emas naik melebihi 15% dalam tempoh tertentu, anda boleh pilih untuk jual. Saya dapati Public Gold amat tak cerewet untuk beli balik emas anda. Duit tunai akan terus dipindah ke dalam akaun bank anda dalam tempoh 48 jam.

Untuk mula beli emas pelaburan goldbar atau dinar LBMA / BungaMas / Tai Fook 24K, ambil stok di cawangan Public Gold (3-5 hari) atau di Pejabat Pos Ar-Rahnu (14-18 hari) atau kurier ke alamat anda (terhad 25g berat) dan simpan sendiri, sila ikuti langkah berikut:-
Langkah #1: Daftar secara PERCUMA
Jika anda sampai ke sini KHAS untuk BELI DAN SIMPAN SENDIRI, anda boleh mendaftar secara percuma dahulu. Pendaftaran amatlah mudah dan cepat. Hanya isikan butiran anda dan klik butang ‘Submit’:-
(Nota: Sekiranya anda nak BELI DAN SIMPAN PERCUMA DI KEDAI EMAS, sila ikuti LANGKAH #1 di sini).
Selepas mendaftar, anda boleh terus gunakan Nama Pengguna (Username) dan Kata Laluan yang membolehkan anda Login masuk ke laman web web Public Gold untuk ikuti langkah seterusnya…
Langkah #2: Login Username dan Password Sila gunakan PC jika anda baru pertama kali buat tempahan di Public Gold. Anda tidak dibolehkan Login untuk pertama kali menggunakan aplikasi di smartfon. Username anda ialah nombor kad pengenalan anda (beserta sengkang). Jika anda pernah buat tempahan sebelum ini, Username anda bermula dengan PGXXXXX (Sila rujuk nombor pada sebelah atas kanan Sales Order yang terdahulu).
Untuk Login, sila ikuti arahan emel pendaftaran dan masukkan maklumat Login di bawah. (Nota: Sekiranya anda gagal, sila klik ‘Forgot your password?’ dan ikuti arahan seterusnya).
Langkah #3: Pilih item emas pelaburan anda. Setelah anda berjaya Login, sila klik pada butang ‘Purchase Order’ di bawah. Selepas itu, anda boleh pilih item emas pelaburan anda.
Nota penting: Sekiranya anda ingin membeli emas pelaburan 1g, 5g atau setengah dinar, sila layari Cara Beli Emas Public Gold Yang Menjimatkan Anda.

Anda perlu pilih cawangan Public Gold yang terdekat untuk ambil item emas pelaburan anda (S.O.P emas sampai ke cawangan selama 3 hari). Sekiranya tiada cawangan Public Gold yang terdekat, anda boleh memilih untuk ambil stok emas anda di mana-mana Pejabat Pos Ar-Rahnu yang tertera di web. Namun S.O.P untuk emas anda sampai ke Pejabat Pos Ar-Rahnu adalah selama 14 hari dan caj premium juga adalah berganda berbanding di cawangan Public Gold.
Jika anda beli item 25 gram, penghantaran melalui kurier boleh digunakan selepas pembayaran emas disahkan. Hubungi staf PG di cawangan terdekat untuk pembayaran kurier.
Ada 2 cara pembelian secara terus.
a. Tempah dan bayar sekaligus.
b. Tempah dan bayar secara ansuran (Easy Payment Plan – EPP)
Samada anda nak bayar sekaligus atau secara ansuran, kedua-duanya telah melepasi syarat pembelian patuh syariah. Bayaran dilakukan secara manual dengan membuat pemindahan / transfer dari akaun bank anda ke akaun bank Public Gold Marketing Sdn Bhd. seperti berikut:-
Bank : Malayan Banking Berhad (Maybank) Acc No. : 5071-3410-4563 Swift No. : MBBEMYKL Bank : Public Bank Berhad Acc No. : 3167-52-0833 Swift No. : PBBEMYKL Emelkan bukti transaksi anda terus ke : [email protected] dan cc kepada [email protected] untuk saya follow-up sekiranya ada apa-apa masalah kemudian. Sekiranya anda buat bayaran melalui Platform FPX, terdapat caj RM1 setiap transaksi
Untuk pembelian dan simpan emas sendiri, anda perlu mengambil emas anda di cawangan Public Gold yang terdekat (Sila layari cawangan Public Gold di Malaysia). Terdapat bayaran caj premium yang minima untuk setiap pengeluaran emas mengikut jenis seperti di bawah. (Caj premium di Pos Ar-Rahnu adalah 2X ganda).

Setelah anda membuat pembayaran pertama dan mendapat pengesahan, anda akan menerima emel dari Public Gold yang mengandungi kod PG sebagai contoh PG000123456. Sila ikuti arahan emel agar anda boleh Login menggunakan kod PG anda untuk jual beli emas berikutnya.
Selesailah kaedah beli emas. Untuk pembelian seterusnya, saya lebih suka untuk menggunakan aplikasi Public Gold android di smartphone. Ianya sangat mudah. Yang penting ada line internet. Saya juga ada menerangkan tentang cara nak install aplikasi Public Gold melalui Google Playstore di sini. (Download Manual Public Gold App – Android, iPhone dan Blackberry)
Seterusnya, untuk beli emas di kedai emas online Public Gold tersangat mudah. Berikut saya tunjukkan langkah demi langkah cara jual beli emas di Public Gold selepas anda install aplikasi android Public Gold.
Setelah anda install, anda akan dapat paparan seperti berikut:-
Langkah #1: Login guna kod PG dan password anda.

Paparan Public Gold app – Tap pada Menu dan kemudian Login.
Langkah #2: Pilih item emas di ‘LIVE PRICE’

Public Gold app – Tap pada imej beg di hujung kanan mana-mana jenis emas Goldbar / Dinar 24K LBMA untuk mulakan pembelian.
 
Langkah #3: Tap pada ‘Shopping bag’ di hujung kanan dan tap ‘Submit’ pada halaman berikutnya:
 
Selepas anda dah pasti akan jenis produk dan jumlah sila tap pada ‘SUBMIT BOOKING’ pada sebelah kanan atas.

Seterusnya anda akan dibawa melalui platform pembayaran kaedah FPX. Kaedah ini akan dikenakan caj minima RM1 atau RM2.

Anda boleh pilih mana-mana bank yang anda miliki akaun untuk membuat transaksi pembelian emas Public Gold.


Akhir sekali, anda perlu isikan alamat emel anda dan tap pada butang ‘Agree and Continue’. Sila ikuti arahan perbankan seterusnya sehingga selesai transaksi. Jika boleh anda simpan snapshot terakhir pembayaran agar boleh follow-up sekiranya ada masalah kemudian hari.
Selesailah pembelian emas Public Gold melalui aplikasi Public Gold.
Jika anda membuat tempahan dan tidak membayar melalui FPX, dalam beberapa minit, anda akan menerima emel daripada Public Gold seperti berikut:-

Emel Public Gold terima pesanan
 
Sila download lampiran dalam format pdf. Sila semak Sales Order yang anda terima. Mana-mana pembatalan tempahan akan dikenakan caj 5% daripada harga tempahan.

Pesanan pembelian emas Public Gold atau dipanggil sebagai Sales Order.
 
Sila tunggu dalam beberapa minit lagi untuk anda menerima Purchase Order (PO) daripada Public Gold.

Selepas sekitar 4 hingga 5 jam, Public Gold akan menganggap tiada kesilapan pada pesanan anda dan anda akan menerima emel pengesahan tempahan (Sales Order Confirm) daripada Public Gold menyatakan bagaimana pembayaran perlu dilakukan.

Emel sales order Public Gold
Apa yang penting pada langkah ini adalah seperti berikut:-
1. Buat pembayaran dalam tempoh selewat-lewatnya 4 hari termasuk cuti. Abaikan arahan 24 jam dalam emel tersebut. Jika pembayaran lewat diterima, maka akaun anda akan DIBEKUKAN dan tempahan berikutnya tidak akan diproses.
2. Buat pembayaran secara online melalui Maybank2u atau Public Bank. Saya lebih suka Maybank2u kerana lebih mudah dan anda boleh printscreen maklumat pembayaran. Pembayaran boleh dilakukan di akaun seperti berikut:-
Maybank: 5071-3410-4563 / Untuk transaksi luar negara Swift No: MBBEMYKL
Public Bank: 3167-52-0833 / Untuk transaksi luar negara Swift No: PBBEMYKL
(Nota: Pembayaran maksima di Maybank2u adalah sebanyak RM60,000 sehari)
3. Emel slip pembayaran ke [email protected] dan cc kepada [email protected]
4. Telefon cawangan Public Gold yang anda pilih untuk tujuan pengambilan emas anda sebelum anda pergi ke cawangan Public Gold tersebut. Jangan lupa untuk membawa bersama Purchase Order dan slip pembayaran. Simpan dalam smarphone pun boleh sebab boleh emel ke cawangan masa tu juga apabila diminta.
5. Di cawangan Public Gold, kepada yang pertama kali order emas, anda akan diminta mengisi borang pendaftaran untuk tujuan rekod. Oleh itu, ambil masa untuk bertanya jika ada apa-apa kemusykilan.
Untuk jual semula emas Public Gold atau emas pelaburan pelbagai jenama seperti Zenith, Amethyst dan mana-mana barang kemas, sila layari Cara Jual Beli Emas Yang Menguntungkan.
Sekian dan terima kasih.



Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.pelaburanemas.org/jual-beli-emas/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jual Beli Emas Pelaburan Patuh Syariah

Jual Beli Emas Pelaburan Patuh Syariah

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 578 hits
Anda mencari cara jual beli emas pelaburan patuh syariah Alhamdulillah anda dah jumpa cara simpanan emas yang murah mudah patuh syariah yang boleh didapati secara online atau offline Sehingga ke hari ini walaupun terdapat banyak jenis dan j...
Jual Beli Jabatan Bupati Cirebon Sunjaya Dituntut Tujuh Tahun

Jual Beli Jabatan Bupati Cirebon Sunjaya Dituntut Tujuh Tahun

papar berkaitan - pada 24/4/2019 - jumlah : 271 hits
Jaksa penuntut umum dari KPK menuntut hukuman tujuh tahun penjara pada Bupati Cirebon nonaktif Sunjaya Purwadisastra Jaksa menyatakan Sunjaya terbukti menerima suap terkait jual beli jabatan di Kabupaten Cirebon
Jual Kapal Pesiar Mewah Raffi Ahmad Mau Beli Private Jet

Jual Kapal Pesiar Mewah Raffi Ahmad Mau Beli Private Jet

papar berkaitan - pada 5/5/2019 - jumlah : 349 hits
Raffi Ahmad merupakan salah satu artis yang dikenal dengan gaya hidupnya yang serba mewah Selain mengoleksi mobil seharga miliaran Raffi Ahmad diketahui memiliki sebuah kapal pesiar atau yacht
Orang Islam Beli Jual Makanan Bulan Puasa Boleh Dipenjara Di Selangor

Orang Islam Beli Jual Makanan Bulan Puasa Boleh Dipenjara Di Selangor

papar berkaitan - pada 26/4/2019 - jumlah : 442 hits
Gambar individu ditangkap penguatkuasa agama kerana tidak berpuasa dan dibawa menaiki van jenazah Foto Ismaweb SHAH ALAM 24 April Jabatan Agama Islam Selangor melalui Bahagian Pengurusan Penguatkuasaan dan Bahagian Pengurusan Halal komited ...
Balesin Id Admin Otomatis Permudah Proses Jual Beli Online

Balesin Id Admin Otomatis Permudah Proses Jual Beli Online

papar berkaitan - pada 2/5/2019 - jumlah : 333 hits
BALESIN id menggunakan teknologi kecerdasan buatan berbasis chatboat
Pelaburan Emas Bank Muamalat Gold I

Pelaburan Emas Bank Muamalat Gold I

papar berkaitan - pada 29/4/2019 - jumlah : 1665 hits
Pelaburan emas Bank Muamalat atau dikenali sebagai Muamalat Gold i merupakan salah satu jenis simpanan emas pelaburan berketulenan 99 99 dalam bentuk akaun simpanan dan juga emas pelaburan fizikal yang telah dilancarkan oleh Bank Muamalat s...
Berbaloikah Beli Yamaha 135lc Di Zaman Yamaha Y15zr

Berbaloikah Beli Yamaha 135lc Di Zaman Yamaha Y15zr

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 2236 hits
Assalamualaikum guys Seperti kita tahu sekarang adalah zaman Yamaha Y15ZR menjadi king of moped di jalanan Adakah berbaloi untuk kita membeli Yamaha 135LC pada waktu ini Saya akan huraikan sedikit sebanyak kelebihan memilih Yamaha 135LC Kel...
Tanya Soalan Ini Dahulu Sebelum Beli Baby Car Seat Terpakai Risikonya Anak Anda Yang Tanggung

Tanya Soalan Ini Dahulu Sebelum Beli Baby Car Seat Terpakai Risikonya Anak Anda Yang Tanggung

papar berkaitan - pada 15/4/2019 - jumlah : 449 hits
Baby car seat atau kerusi keselamatan kanak kanak amat penting untuk keselamatan anak tak kira lah perjalanan jauh atau pun dekat Risiko bayi atau kanak kanak tercampak keluar dari kereta dapat dikurangkan dengan pemakaian kerusi keselamata...
Kelemahan Redmi Note 7 Ini Akan Membuatmu Malas Beli Kecuali

Kelemahan Redmi Note 7 Ini Akan Membuatmu Malas Beli Kecuali

papar berkaitan - pada 16/4/2019 - jumlah : 304 hits
Sebelum kamu memutuskan untuk membeli Redmi Note 7 4 kelemahan yang dibawanya berikut ini bisa jadi bahan pertimbangan Daripada nantinya menyesal Kalau ternyata ke empat kekurangan Redmi Note 7 ini bisa kamu terima ya silahkan membelinya Se...
Lirik Lagu Curang Abg Pau

Tanah Melayu Sg Baru Diambil W Azizah Jual B Putih

The Future Of Nutrient Analysis In Cannabis Cultivation

Verizon Accessories Must Have Gadgets To Boost Your Device Performance

Siti Kasim Pas Loyalists Are Fools If They Fall For The Jihad Fundraising Drive To Save Siti Mastura S Skin

10 Myanmar Nationals Found In Car After Crash

Watercolor Apartment For A Young Family With A Maine Coon

Pas Launches Donation Drive To Help Mp Settle Rm825 000 Defamation Bill


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Slot Megadrama Astro Ria

5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton


Joker123th 100

Rahman Lao Masakan Cina Asli Muslim Di Bangi

Cuti Sekolah Tak Bosan Pelbagai Aktiviti Untuk Anak Anak

Telefilem This Is Pilah

Tip Masak Sagu Supaya Hasilnya Cantik Tak Melekat

5 Waktu Nabi Larang Ke Rumah Orang Ustaz Kazim Elias