Jual Barang Terpakai Dan Yang Tak Diperlukan Di Internet
Pernah tak anda merasakan seolah-olah rumah yang anda diami makin hari makin sempit? Bila anda beli barang yang baru, anda tak tahu nak simpan dekat mana barang-barang tersebut.
Kesudahannya, barang yang baru dibeli, anda biarkan dalam kotak yang masih berbalut dengan plastik.
Plastik-plastik itu pula anda biarkan dibawah katil, sebahagiannya diletakkan dibawah meja, tepi almari dan dekat mana-mana ruang yang ada dalam rumah. Maka tak hairanlah kalau rumah anda makin lama terasa makin sempit.
Kalau situasi ini berlaku dirumah anda, cuba anda periksa barang-barang yang ada dalam simpanan rumah anda. Boleh jadi ada banyak barang dalam simpanan anda yang sebenarnya anda sudah tak perlukan lagi.
Sebahagiannya anda dah tak pernah sentuh mungkin sejak 3 atau 6 tahun yang lepas. Barang tersebut hanya disimpan dalam almari untuk mengumpul habuk.
Apa kata anda pertimbangkan untuk jual barang-barang yang sudah tak diperlukan ini.
Manfaat yang bakal anda perolehi dengan menjual barangan terpakai
Mungkin anda masih belum yakin dengan manfaat yang bakal anda perolehi dengan menjual barang-barang lama yang ada dalam simpanan anda.
Jadi saya akan sentuh serba sedikit apa benefit yang bakal anda perolehi dengan menjual barang-barang yang anda sudah tak perlukan lagi atau yang dah jarang anda guna.
(1) Extra cash dalam tangan
Obviously kita jual barang yang dah tak pakai tu sebab kita nak dapatkan sejumlah wang. Kalau duit bukan salah satu matlamat, lebih baik kita buang sahaja barang tersebut ataupun sedekah/hadiahkan kepada orang lain.
Apa nak buat dengan duit yang ada dalam tangan tu nanti? Terpulanglah. Mungkin nak gunakan ia untuk selesaikan hutang yang bertimbun tu pun satu keputusan yang bagus.
(2) Ruang tambahan dalam rumah
Apabila barang-barang lama yang anda simpan itu sudah dikeluarkan dari rumah, secara tak langsung akan ada banyak ruang untuk anda simpan barang-barang yang baru.
(3) Tukar dengan sesuatu yang baru
Sesetengah barang yang kita simpan sebenarnya dah outdated. Kita sendiri sudah tak perlukannya. Tapi jangan sangka bila kita tak perlukan barang tu, orang lain pun tak perlukan juga.
Ada kemungkinan barang lama yang kita simpan sebenarnya ada orang lain yang minat. Orang tersebut mungkin seorang pengumpul (collector) ataupun dia memang nak beli yang baru tapi disebabkan harga yang agak tinggi, jadi belum mampu.
Bagi individu seperti itu, kalau dapat yang terpakai juga tak ada masalah asalkan kualiti masih lagi elok.
(4) Elakkan barang lama yang anda simpan rosak dan hilang nilainya
Saya pernah memiliki sebuah Sony Playstation PSP sebelum ini. Disebabkan masa yang agak suntuk dan sibuk dengan kerja, saya simpan sahaja Sony PSP tu dalam almari.
Satu hari tu, saya rasa rindu dengan PSP tersebut dan cadang nak luangkan sedikit masa nak main game tersebut. Alangkah terkejutnya saya bila saya dapati Sony PSP tersebut dah rosak dan tak boleh on. Bila saya cek di bahagian bateri, rupa-rupanya ada banyak semut dah buat sarang dalam PSP tersebut.
Saya syak semut-semut ini telah merosakkan litar Sony PSP saya. Kalau dulu saya jual PSP ni, mungkin saya boleh dapat at least RM100 – RM180. Tapi disebabkan saya simpan agak lama dan tak cek, sekarang ia dah tak ada nilai. Consider ia sebagai barang yang dah rosak.
Tempat popular untuk jual barangan terpakai?
Jika anda mempunyai barang-barang yang sudah tak digunakan dan anda berniat untuk jual barang tersebut, saya boleh syorkan beberapa tempat yang mungkin anda boleh kunjungi.
(1) Pasar karat atau flea market
Cuba kenal pasti lokasi pasar karat atau flea market yang terdapat ditempat anda. Salah satu flea market yang saya suka kunjungi adalah di Amcorp Mall.
Setiap sabtu dan ahad biasanya akan diadakan pasar karat disini. Anda boleh pertimbangkan untuk buka booth dan jual barangan lama yang anda miliki disini.
(2) Kedai membeli dan menjual barangan terpakai
Kalau dekat tempat saya, ada kedai yang dinamakan Cash Converter. Kedai seperti ini menjual barangan terpakai. Dari mana sumber bekalan barangan terpakai yang dijual dikedai ini?
Sebahagian dari barang tersebut adalah dari pelanggan mereka sendiri. Ada pelanggan yang membawa barangan lama yang sudah tak digunakan untuk dijual kepada pihak kedai.
Kemudian pihak kedai akan memberi nilai barang tersebut. Jika pelanggan dan pihak kedai sama-sama setuju, barulah transaksi boleh dilakukan.
(3) Jual online di laman web mudah.my
Laman web mudah.my ini adalah antara laman web popular untuk digunakan bagi tujuan menjual barangan terpakai. Saya rasa tak salah kalau dikatakan ini adalah antara laman web pelopor untuk tujuan jual barangan yang dah tak digunakan lagi.
(4) Jual di laman web Shopee
Laman web Shopee juga sebenarnya menjadi salah satu laman web yang popular kalau nak jual barangan terpakai.
Lihat screenshot yang saya ambil dari Shopee.
Anda mungkin minat nak tahu step by step macam mana nak jual barang Pre Love di Shopee kan? Apa kata anda muat turun panduan ini.
(5) Jual diinternet melalui laman web sendiri
Saya teringat seorang pelanggan yang pernah dapatkan khidmat advertorial dari saya, beliau menjual kamera terpakai secara online menggunakan laman web sendiri dan juga facebook fanpage.
Pada hari ini, pelanggan saya ini sudah mempunyai premis perniagaan sendiri dan meneruskan model perniagaan menjual barangan terpakai, khasnya camera dan juga gadget.
Adakah susah sangat nak jual barangan terpakai di Internet?
Saya telah membaca sebuah ebook panduan yang mengajar cara-cara nak menjual di laman web Shopee. Bila saya baca panduan tersebut, saya dapati yang sebenarnya nak jual barang terpakai di laman web Shopee sangatlah mudah.
Prosesnya sangat mudah.
Kita mulakan dengan membuat pendaftaran di laman web Shopee terlebih dahulu. Setelah kita mempunyai akaun di Shopee, kita mula buka kedai online.
Pada peringkat ini, kita mulakan dengan memasukkan gambar-gambar produk yang kita nak jual. Kemudian masukkan informasi atau keterangan mengenai produk yang kita jual tu.
Biarkan produk yang kita nak jual tu di laman web shopee. Nanti bila ada pembeli, pihak shopee akan maklumkan pada kita dan tugas kita seterusnya adalah memastikan barang tersebut dihantar kepada pembeli.
Setelah barang selamat sampai di tangan pembeli, anda akan terima bayaran dari Shopee. Kenapa bayaran dari Shopee?
Sebab pelanggan tadi akan buat bayaran ke akaun Shopee terlebih dahulu, sebagai langkah keselamatan.
Menjual barangan yang terpakai dan yang sudah tak diperlukan lagi sebenarnya sangat mudah. Cubalah jual at least satu barang dulu, dan lepas ini anda akan nampak yang sebenarnya prosesnya sangatlah senang.
Semoga berjaya!
The post Jual barang terpakai dan yang tak diperlukan di internet appeared first on Sabree Hussin Dot Biz.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://sabreehussin.biz/jual-barang-terpakai-di-internet/