1
Syawal menjelang tiba! Hanya tinggal beberapa hari sahaja lagi umat Islam akan
berpuasa sebelum meraikan Hari Raya Aidilfitri. Persiapan raya sudah siapkah?
Minggu terakhir berpuasa pasti anda sibuk mempersiapkan pakaian, kuih-muih dan
duit raya. Kompleks membeli-belah juga penuh dengan lautan manusia yang sibuk
mencari barangan yang tidak lengkap di saat akhir. Yang hendak pulang ke
kampung tu, kereta sudah serviskah? Jangan terlupa, tau. Ini adalah perkara
yang paling penting perlu didahulukan. Nanti terpaksa beraya di tepi jalan
pula.
Sebut sahaja ketupat pasti anda terbayangkan nasi impit berbentuk empat segi yang dibalut dengan daun ketupat. Ya, betul. Tetapi ketupat juga terbahagi kepada 2 jenis iaitu ketupat nasi dan ketupat daun palas, dimana dalamnya diisi dengan beras pulut. Setiap kali Hari Raya, pasti 2 jenis ketupat ini akan dihidangkan di rumah saya.
Soto Ayam
Soto ayam adalah makanan khas daripada Indonesia yang membawa maksud sup ayam dengan kuah yang berwarna kekuningan. Bagi anda penggemar soto, pasti anda tahu bahan-bahan ada di dalam soto ini seperti ayam yang dicarikkan, kacang tanah, nasi impit, taugeh, suhun dan kuah sambal hitam. Kalau nak lagi sedap, masukkan sedikit bihun ke dalam soto ini.
Bila sebut sahaja mengenai Asam Pedas, sudah tentu fikiran anda akan melayang ke Melaka. Ya, negeri ini terkenal dengan asam pedasnya yang ‘meletup’. Makanan harian ini juga dihidangkan buat para tetamu yang berkunjung pada Hari Raya.
Jika di
setiap rumah ada ketupat nasi atau ketupat daun palas, pasti sedap digandingkan
dengan rendang. Tidak kiralah samada rendang ayam atau daging, sudah tentu
terliur sesiapa sahaja yang melihatnya. Tambahan pula dengan dagingnya yang
empuk….pergh. Laju saja tambah sepinggan lagi.
Satay
merupakan salah satu makanan ruji rakyat Malaysia setiap kali menjelang Hari
Raya. Pasti ada sahaja rumah yang anda kunjungi menghidangkan satay sebagai
makanan jamuan. Letakkan secucuk dua di atas pinggan dan tuangkan sedikit kuah
kacang ke atasnya. Wah…nikmatnya!
Makanan ini datang khas dari negeri Johor. Terdapat 2 jenis lontong yang terkenal di bahagian selatan Malaysia iaitu lontong sayur lodeh dan lontong darat. Pelbagai jenis sayuran seperti kacang panjang, tauhu, lobak, sengkuang, tempe dan kobis dimasukkan ke dalam lontong ini untuk dijadikan hidangan menarik buat para tetamu. Digandingkan pula dengan nasi impit dan kuah kacang…cukup ke semangkuk tu?
Makanan
tradisional daripada masyarakat Bugis di Sabah ini juga merupakan juadah yang
jarang kita dengari di semenanjung. Ianya merupakan makanan tradisi yang wajib perlu ada semasa Hari
Raya. Dimakan pula dengan kuah asam dan rendang. Jika anda ke Sabah semasa Hari
Raya nanti, jangan lupa cuba tau!
Berasal
dari Jawa, Ayam Ungkep ini adalah hidangan yang ‘must-have’ semasa Hari Raya bagi rakyat Indonesia. Untuk anda yang
menggemari masakan Jawa, dapatkan resepinya secara online. Bahannya juga tidak
remeh, jadi mudah untuk anda memasak sendiri di rumah.|
Kempen Promosi dan Iklan Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua. Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini |