Jpv Negeri Sembilan Periksa 2 243 Haiwan Ternakan Kesan Penyakit Lsd


Bernama Mereka yang gagal melaporkan penyakit LSD kepada pihak berkuasa veterinar boleh didenda sehingga tidak melebihi RM25,000.

Penyakit lumpy skin disease (LSD) yang menjangkiti haiwan ternak tidak zoonotik dan penyakit berkenaan tidak menjangkiti manusia. Gambar: Pexels Sebanyak 82 premis ternakan melibatkan 2,243 ekor lembu dan kerbau diperiksa Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sembilan (JPVNS) bagi mengesan dan mencegah penularan penyakit kulit kental/berbonjol atau lumpy skin disease (LSD) sejak 24 Mei lepas.
Pengerusi Jawatankuasa Bertindak Pertanian dan Industri Asas Tani negeri Bakri Sawir berkata hasil pemeriksaan mendapati terdapat seekor lembu pedaging baka kacukan di Rembau disyaki menunjukkan tanda klinikal penyakit berkenaan.
Bagaimanapun, menurutnya, tindakan segera telah diambil dengan mengasingkan ternakan tersebut dan dikuarantin pada 27 Mei lepas selain sampel lembu telah diambil dan dihantar ke Institut Penyelidikan Veterinar Ipoh, Perak.
“Ia bagi mendapatkan pengesahan sama ada lembu berkenaan dijangkiti LSD atau tidak dan keputusan makmal dijangka diperoleh petang ini.
“Bagaimanapun, hasil tinjauan di lapangan pagi tadi mendapati lembu berkenaan tidak menunjukkan tanda penyakiti itu namun kita ambil langkah pencegahan awal,” katanya kepada pemberita selepas meninjau pasar segar terkawal hari ini.
Susulan itu, beliau berkata JPVNS diarahkan untuk memastikan pemindahan masuk ternakan dari negeri lain hanya dari kawasan atau mukim yang tidak berlaku gejala yang disyaki LSD.
Bakri berkata JPVNS juga turut meminta Pegawai Perkhidmatan Veterinar Daerah memantau ternakan lembu dan kerbau di setiap daerah selain menasihatkan penternak menjalankan kawalan vektor di ladang masing-masing kerana penyakit itu adalah menerusi bawaan vektor penghisap darah.
“Pemain industri termasuk pengimport, peraih dan penternak lembu diminta segera menghubungi pejabat perkhidmatan veterinar berdekatan jika mengesyaki ternakan lembu dalam jagaan atau di kandang menunjukkan gejala penyakit LSD kerana ia termasuk dalam senarai penyakit wajib lapor,” katanya.
Beliau berkata mereka yang gagal melaporkan penyakit ini kepada pihak berkuasa veterinar boleh didenda sehingga tidak melebihi RM25,000 mengikut Seksyen 31(2) dan Seksyen 31(4A) Akta Binatang 1953 (Akta 647).
Beliau turut menegaskan bahawa LSD tidak zoonotik dan penyakit berkenaan tidak menjangkiti manusia.
Dalam perkembangan lain, beliau berkata sebanyak tiga pasar segar terkawal diwujudkan di negeri ini sepanjang pelaksanaan sekatan pergerakan penuh mulai Selasa lepas bagi membantu peniaga memasarkan produk.
Beliau berkata pasar yang terletak di Paroi, Bandar Seri Jempol dan pusat operasi Fama Seremban itu juga memberi akses pilihan kepada pengguna untuk mendapatkan barang keperluan dengan penawaran penjimatan sebanyak lima hingga 20%.
Tambahnya, konsep secara pandu lalu turut dijalankan di pasar tani kekal Paroi dan pusat operasi Fama manakala secara ‘walk-in’ di pasar tani kekal Bandar Seri Jempol mengikut prosedur operasi standard ditetapkan.
Dalam pada itu, Bakri berkata Fama Negeri Sembilan telah mewujudkan bilik gerakan crisis management centre (CMC) khas sepanjang tempoh perintah kawalan pergerakan bagi menjamin rantaian dan sektor pertanian tidak terjejas.
“Bilikan gerakan beroperasi dari 8 pagi hingga 7 malam bagi membantu petani dan pengusaha yang menghadapi masalah pemasaran mengenai hasil pertanian. Sebarang pertanyaan boleh hubungi CMC Fama negeri menerusi talian 017-6735191,” katanya.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://dialograkyat.blogspot.com/2021/06/jpv-negeri-sembilan-periksa-2243-haiwan.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Cap Gesa Sekat Import Lembu Hidup Dari Thailand Elak Penyakit Lsd

Cap Gesa Sekat Import Lembu Hidup Dari Thailand Elak Penyakit Lsd

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 226 hits
MALAYSIA NOW Wabak penyakit LSD yang menjejaskan haiwan ternak boleh berjangkit melalui nyamuk lalat dan kutu Wabak LSD yang menjangkiti lembu di Thailand dikhuatiri bakal menyebabkan kerugian kepada penternak tempatan di Malaysia jika impo...
Penyakit Lsd Pada Lembu Tidak Menjangkiti Manusia

Penyakit Lsd Pada Lembu Tidak Menjangkiti Manusia

papar berkaitan - pada 4/6/2021 - jumlah : 293 hits
Oleh KUALA LUMPUR Penyakit Lumpy Skin Disease tidak menjangkiti manusia tetapi menyebabkan produktiviti ternakan itu menurun termasuk kemandulan pada lembu jantan Jabatan Perkhidmatan Veterinar dalam kenyataan berkata penyakit itu dikesan m...
Roti John Dan Chicken Chop Sedap Di Mhr Burger Restaurant Port Dickson Negeri Sembilan

Roti John Dan Chicken Chop Sedap Di Mhr Burger Restaurant Port Dickson Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 405 hits
As Salam Roti John dan Chicken Chop Sedap di MHR Burger Restaurant Port Dickson Negeri Sembilan Yay ni sebenarnya entri throwback Time pi makan ni tengah sibuk dengan kerja kat sekolah Nak update kat blog pun makan tahun heh Maafkanlah tuan...
Tea Time Dengan Menu Chicken Tortilla Wrap Dari Dapur Atok Paling Sedap Di Port Dickson Negeri Sembilan

Tea Time Dengan Menu Chicken Tortilla Wrap Dari Dapur Atok Paling Sedap Di Port Dickson Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 460 hits
As Salam Chicken Tortilla Wrap Paling Sedap di Port Dickson Negeri Sembilan Yuuhu Mesti ramai yang suka makan Chicken Tortilla wrap kan Manalah tahu Korang kan suka diet makan benda benda ala ala vegetables dan sihat camni Saya diet jugak T...
Risau Kesan Buruk Penggunaan Gajet Ke Atas Mata Anak Anak Periksa Mata Di Optom Eyecare Kedai Cermin Mata Di Bangi

Risau Kesan Buruk Penggunaan Gajet Ke Atas Mata Anak Anak Periksa Mata Di Optom Eyecare Kedai Cermin Mata Di Bangi

papar berkaitan - pada 28/5/2021 - jumlah : 357 hits
Salam dears Dulu Mama seboleh bolehnya tak nak bagi si kembar ni terlalu terdedah dengan gajet samada telefon bimbit atau tablet Hari minggu saja boleh main handphone itu pun sejam dua ja Sebab Mama risau akan kesan buruk penggunaan gajet k...
Bahasa Melayu Klasik Lawan Bahasa Negeri Sembilan

Bahasa Melayu Klasik Lawan Bahasa Negeri Sembilan

papar berkaitan - pada 6/6/2021 - jumlah : 957 hits
Gambar hiasan hasil carian Google BK Sudi apalah kiranya tuan hamba memberikan saya durian itu barang seulas N9 Bak suleh BK Alangkah baiknya jika kita semua dapat bersegera berangkat sekarang agar kita boleh sampai sebelum senja NS Moh dog...
More Areas In Negeri Sembilan Sabah Sarawak Under Emco

More Areas In Negeri Sembilan Sabah Sarawak Under Emco

papar berkaitan - pada 30/5/2021 - jumlah : 272 hits
The enhanced movement control order is to enable authorities to better control the spread of the virus PETALING JAYA More localities in Negeri Sembilan Sabah and Sarawak will be placed under the enhanced movement control order from May 31 t...
Curi Wang Dari Tabung Masjid Untuk Beli Makanan Bagi Bapa Sakit Budak Diikat Diheret Bagaikan Haiwan

Curi Wang Dari Tabung Masjid Untuk Beli Makanan Bagi Bapa Sakit Budak Diikat Diheret Bagaikan Haiwan

papar berkaitan - pada 2/6/2021 - jumlah : 519 hits
The ReporterViral di media sosial negara jiran yang menunjukkan seorang kanak kanak lelaki diperlakukan seperti haiwan selepas didapati mencuri wang dari tabung masjid dalam kejadian yangg berlaku pada Isnin 24 Mei 2021 Seorang lelaki berti...
Tanah Rizab Padang Ternakan Diragut Dakwa Penduduk Di Kota Belud

Tanah Rizab Padang Ternakan Diragut Dakwa Penduduk Di Kota Belud

papar berkaitan - pada 23/5/2021 - jumlah : 302 hits
Tapak seluas kira kira 0 2ha yang didakwa merupakan lokasi majlis pecah tanah projek berskala besar membabitkan ladang perikanan dan eko resort pada 29 Mei ini sedang giat disiapkan KOTA BELUD Tanah rizab padang ragut Kuala Pintasan dekat s...
Tattoos Raised And Itchy

Khutbah Jumat Jumadil Awal Tangis Ibnu Rawahah Jelang Perang Mu Tah

Bersatu Man Demands Dnb Exit Strategy For U Mobile

Tattoos Portland Maine

Bertolak Ansurlah

Kisah Adv 160 Pengajaran Dari Bateri Lemah

Flexibility In Business Operations

Kawan Kawan Cik B Sebaya Dato Seri Vida


echo '';
Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 1 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dhia Kasyrani Slot Akasia TV3

Biodata Terkini Reshmonu Peserta Gegar Vaganza 2024 Musim 11 GV11 Penyanyi Lagu Hey Waley

Gegar Vaganza 2024 GV 11 Hadiah Tiket Peserta Juri Format Pemarkahan Dan Segala Info Tonton Live Di Astro Ria Dan Sooka

6 Janji Donald Trump Kalau Dia Naik Jadi Presiden Semula


Air Terjun Tujuh Puteri Bukit Sri Permata

Dayang Nurfaizah Mencintai Cinta Chord

10 Influencer Terkenal Di Malaysia

Kerajaan Pahang Tingkatkan Bantuan Prihatin Pahang Siswa Kepada Rm14 18 Juta Berbanding Rm8 Juta Tahun Lepas

Kyrkoherden Och Draken En F Rh Xande Saga Om Mod Och V Nskap Fr N Antika Spanien

How To Survive Thanksgiving Travel