Jpn Sedia Bantu Isu Anak Pengacara Dan Penyampai Radio Halim Othman Berbinti Abdullah
JPN Sedia Bantu Isu Anak Pengacara dan Penyampai Radio Halim Othman Berbinti ‘Abdullah’
Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) sedia membantu pengacara dan bekas penyampai radio, Halim Othman sekiranya beliau berhasrat untuk menyelesaikan isu melanda dirinya ketika ini.
Ketua Pengarah JPN, Datuk Ruslin Jusoh, berkata pihaknya sedia memberikan khidmat nasihat dan panduan berkenaan identiti anak Halim, Myra Natasya Abdullah, 27, yang tidak berbintikan nama bekas penyampai radio itu.
Katanya, Halim, 56, hanya perlu hadir ke ibu pejabat JPN di Putrajaya bersama dokumen berkaitan bagi memudahkan agensi terbabit menentukan kaedah terbaik menangani isu itu.
“Di peringkat JPN, kita tidak tahu dokumen apa mereka ada dan perlu semak semua dulu, baru kita boleh bantu. Misalnya jika ada sijil perkahwinan di Thailand sila bawa bersama. Jika ada dokumen itu, kita boleh buat pengesahan dan sebagainya. Insya-Allah kita lihat apa yang boleh dibantu.
“Jadi kita minta beliau datang ke JPN Putrajaya bagi memudahkan kita beri khidmat nasihat dan bantu apa yang sepatutnya,” katanya kepada media selepas melancarkan program Kongsi Rezeki Ramadan dan mengagihkan bubur lambuk di hadapan pejabat JPN negeri di sini, petang tadi
Sebanyak 900 pek bubur lambuk diedarkan pada program itu kepada pejabat jabatan dan agensi kerajaan selain secara pandu lalu kepada orang ramai oleh kakitangan JPN dan turut disertai Pengarah JPN negeri, Norazle Sulaiman.
Sebelum ini, Myra Natasya tampil mendedahkan kepada media bahawa dia adalah anak tunggal kepada pengacara itu, yang mana ibu bapanya berkahwin di Thailand pada 1994 dan turut bercerai di sana pada 1998.
Dakwanya, perkahwinan ibu dan bapanya tidak didaftarkan di Malaysia, sekali gus menyukarkan namanya untuk ‘berbintikan’ bapanya.
Ruslin yang enggan mengulas lanjut kerana tidak mengetahui status sebenar isu itu, berkata JPN sedia memberi khidmat nasihat kepada rakyat yang memerlukan perkhidmatan seperti isu membabitkan kelahiran, kematian, kewarganegaraan dan pendaftaran kes rumit termasuk kes Halim.
“Syaratnya bawa dokumen yang ada, jika datang tanpa dokumen apa boleh kita bantu?” katanya.
Sementara itu, beliau berkata, pihaknya memproses lebih 50,000 permohonan di bawah Program Menyemai Kasih Rakyat (Mekar) sejak 2018 hingga kini.
Menerusi program itu, katanya, JPN turun padang memberi khidmat seperti membuat kad pengenalan dan menggantikan sijil kelahiran yang hilang kepada golongan sasar terutama warga emas, orang kelainan upaya, pesakit telantar, pesakit mental, kronik dan mereka yang tidak berkeupayaan untuk datang ke JPN.
“Hasrat kerajaan di bawah Keluarga Malaysia adalah memastikan semua rakyat yang layak mendapat dokumen pengenalan diri akan diberikan dokumen. Kita tidak mahu mereka tercicir, sekali gus tidak dapat menikmati kemudahan sebagai rakyat Malaysia terutama dalam kalangan Orang Asli,” katanya.-BH
JPN Sedia Bantu Isu Anak Pengacara dan Penyampai Radio Halim Othman Berbinti ‘Abdullah’
Jika anda mengalami kemurungan dan tekanan hubungi:
MHPSS di 03-29359935 atau 014-3223392
Talian Kasih 15999 / WhatsApp Talian Kasih di 019-2615999 (Bagi pelbagai bantuan aduan keganasan rumahtangga dan pelbagai lagi masalah seperti penderaan);
KSK-Care JAKIM di WhatsApp 0111-9598214
Befrienders Kuala Lumpur di talian 03-76272929
CPRC Kebangsaan KKM
Telefon : 03 8881 0200 / 03 8881 0600 / 03 8881 0700
Whatsapp : +60178429454
Email :
[email protected]
Kongsikan kepada keluarga dan rakan anda
Baca Artikel Menarik:
Pakej Bantuan Khas diberi mulai hari ini
Pusat karaoke terbakar, 3 pelanggan maut dipercayai terhidu asap
Pekerja muat naik video pelanggan makan ketika Ramadan, Burger King ambil tindakan
Amah tak dibayar gaji, bertahun bersih kondo, jaga 30 ekor kucing
Radhi OAG mengaku tak bersalah cederakan bekas isteri
Pukul Pengguna Jalan Raya, Identiti Pemandu Ferrari Gengster Telah Dikenal Pasti
Penebar Roti Canai Dengan Gaji Mencecah RM200,000 Dicari
Fasha Sandha Teruk Dikecam
30 minit dibenarkan berada di R&R semasa perayaan Aidilfitri
Nilai ringgit merosot lima hari berturut-turut
Wanita dituduh ada hubungan sulit dibelasah hingga pengsan
Pesakit boleh terima pelawat, ditemani penjaga mulai 23 April
Layari Laman Facebook MYKMU.NET
Nabila Huda Trauma Lihat Muka Peguam Siti Bainun
Mawar Karim Akui Sedang Bercinta
Prank Melampau Pegang Tangan Isteri Orang (Video)
The post JPN Sedia Bantu Isu Anak Pengacara dan Penyampai Radio Halim Othman Berbinti ‘Abdullah’ appeared first on MYKMU.NET.
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://mykmu.net/2022/04/23/jpn-sedia-bantu-isu-anak-pengacara-dan-penyampai-radio-halim-othman-berbinti-abdullah/