Journey Thyrogen To Rai Di Hospital Kuala Lumpur


JOURNEY THYROGEN TO RAI (RADIOACTIVE IODINE) DI HOSPITAL KUALA LUMPUR - Aku rasa macam tahun ni aku struggle paling teruk dan aku rasa aku sangat penat. Tapi tula, aku bukan jenis cepat giveup kan. Aku sebenarnya memang rindu blogging tapi kondisi badan aku tak mengizinkan. Tengok skrin lappy pun kepala aku sakit

Oklah, dalam entri ni aku nak cerita tentang perjalanan aku dalam Journey Thyrogen To RAI (Radioactive Iodine di Hospital Kuala Lumpur

Sebelum tu, ada orang tanya macam mana aku boleh dapat kanser tiroid
Actually aku sendiri tak sedar. Jadi aku tiada jawapan

Tapi kalau korang rajin nak baca, aku ada cerita dekat sini :KRONOLOGI PEMBEDAHAN PEMBUANGAN TIROID DAN LYMPHA, DAN SEBELUM AKU DISAHKAN MENGIDAPI KANSER TIROID

Untuk rawatan Radioactive ni, sebanyak DUA KALI aku TERPAKSA POSTPONE.

1) Blood pressure drop
2) Demam

Boleh kata, journey aku untuk rawatan ini agak buang masa dan tenaga aku.
Aku hampir giveup sebab aku TERLALU PENAT.

Tapi Mama dan Is suruh aku sabar dan terus sabar. Kalau tiada orang yang bagi semangat pada aku, aku tentu dah tak kuat. Ya, aku kuat bukan sendiri :)

Panjang sungguh mukadimah kan
Ok, let's start from the beginning


6 MEI 2019 (ISNIN)
Walaupun aku sepatutnya dialisis hari Selasa, tapi sebab doktor request aku dialisis sebelum ambil thyrogen, jadi hari Isnin pagi aku terpaksa dialisis. Masa ni first day puasa, aku konon-konon berpuasa, tetapi berakhir dengan hypo. Tak cukup 4 jam pun aku dialisis, terpaksa stop. Nafas aku dah sesak

Balik dari dialisis, aku pergi beli makan, punyalah risau blood pressure rendah lagi. Jadi aku makan minum semua, dan terus ke Jabatan Nuklear HKL. Macam biasa doktor tanya aku segala history bagai, lepas tu aku disuntik dengan thyrogen

Staff Nurse dah bagitahu aku, balik rumah dan rehat. Ubat tu pekat dan kuat. Aku pula boleh pergi bazar petang tu. Balik rumah, dah malam sikit, kepala aku sakit, aku loya tekak, makan tak lalu dan muntah berkali-kali sampai aku trauma nak makan

7 MEI 2019 (SELASA)
Pagi tu aku decide taknak puasa. Tapi makanan pun aku tak lalu makan. Lagi kronik, aku langsung tak bleh bau dan tengok makanan. Tekak aku meloya

Tengahari tu aku pergi Jabatan Nuklear HKL lagi, ambil thyrogen untuk kali kedua. Kejap je, aku sampai je, terus suntik thyrogen, balik dan tidur

8 MEI 2019 (RABU)
Doktor Abdullah Hanif yang consult aku request aku dialisis Rabu pagi. Mujur ada patient baik hati bagi tukar shift. Jadi pagi tu aku dialisis. Konon setting 3 jam, tapi bertahan 2 jam setengah je. Aku memang dah lembik sebab asyik muntah


Lepas dialisis, rushing ke Jabatan Nuklear HKL sekali lagi. Ingatkan habis cepat, tapi aku kena tunggu. Doktor kata Radioactive Iodine yang aku ambil adalah jenis kapsul. So masa tu kapsul tu punya aktiviti tinggi, aku kena tunggu sampai 2:30 petang. Kau tanya lebih, sumpah aku tak tahu nak explain. Huhu ~
Dari 2:30 petang tu, postpone lagi sampai pukul 4 petang. Lastly aku cakap dengan doktor aku nak keluar dating dengan Is dulu. Doktor izinkan. Haha

Contoh kapsul IODINE yang aku telan.Tak boleh pegang. Ada alat digunakan untuk memasukkan kapsul didalam mulut.
Dalam pukul 4 petang tu juga Doktor Hanif call aku, tanya aku dekat mana. Aku rushing ke Jabatan Nuklear semula. Tak lama lepas tu aku dibawa ke sebuah bilik

Dalam beberapa minit menunggu, aku dipanggil masuk dan disuruh duduk. Pegawai tanya nama dan nombor kad pengenalan. Lepas tu dia ajar aku cara telan. Alaaa telan macam telan panadol je pun. Tapi effect dia, kena jauhkan diri dari semua manusia selama 8 hari

Jadi, aku terpaksa berpisah dengan Is, selaku suami aku,Ada orang kata, tinggal je la sekali, bilik je kena asing

Tapi Mama aku risaukan Is. Risau Radioactive tu bagi effect pada Is. Jadi benda boleh elak, kita elaklah kan

10 MEI 2019 (JUMAAT)
Harini aku kena scan (Whole Body Scan) WBS. Aku datang awal pagi sebab Is datang dari Ampang ke Rawang agak awal. So sampai HKL dalam pukul 6:30 pagi. Tempat scan buka pukul 7:30 pagi. Tercongoklah aku seorang diri dekat situ. Haha
Dalam pukul 8:30 pagi, nombor aku dipanggil. Tak payah salin baju special pun. Terus baring dan dia scan. Masa ni aku kena anxiety attacked. Sesak nafas rasa macam kena tekap dengan bantal. Serious aku seram sangat. Tapi istighfar je, malas layan. Alhamdulillah aku tempuhi dengan tenang


Lepas tu aku kena buat scan kali ke dua. Ya Allah, masa ni aku stress tapi aku cuba sabar. Mujur tak lama

Hasil WBS, didapati sel kanser aku masih bersisa di tiroid. Ada macam node sikit di breast aku. Tapi doktor kata, insyaAllah itu bukan kanser

Kanser yang bersisa hanya di tiroid. Appointment dengan doktor lagi 3 bulan. Dan sekali lagi ambil Radioactive Iodine lagi 6 bulan. Depends on result tiroid dan kanser aku. Mungkin aku kena ambil dos tinggi in future


BAGAIMANA DENGAN DIALISIS?

Aku dah tanya doktor, dan doktor kata, radioactive ni semakin hari semakin berkurang. Jadi aku boleh dialisis macam biasa (tak perlu kuarantin dari patient lain). Plus, aku punya dosage radioactive agak rendah

RADIOACTIVE KELUAR DARI MANA UNTUK PESAKIT KIDNEY FAILURE YANG AMBIL RAI?
Dari apa yang diberitahu di dalam group, untuk pesakit kidney failure yang TAK BOLEH KENCING, radioactive akan keluar melalui peluh dan najis besar. Juga dari rambut. Yang boleh mandi, kerapkan mandi. Aku ni kerap juga mandi walaupun ada IJC. Punyalah nak radioactive ni nyah dari badan aku

KESAN THYROGEN PADA TUBUH BADAN(Mungkin ada antara pesakit yang tidak merasa kesan apapun selepas mengambil Thyrogen)
•• Loya•• Sakit kepala•• Lesu•• Muntah-muntah•• Pening•• Lemah
Itu saja yang aku boleh share buat masa ni
In future, insyaAllah akan lebih banyak pengalaman aku

Cuma harapan aku, tidaklah kanser itu menyerang kembali. Aku penat berlawan sakit ini. Dengan treatment dialisis, dengan sakit badan, dengan emosi yang turun naik. Ya Allah...... masih bersyukur masih diberi kekuatan. Moga seorang AUNI AFIQAH BT MUTHAL'LIB sentiasa diberi kekuatan :)
Terima kasih sudi baca


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.aunitalib.com/2019/05/journey-thyrogen-to-rai-radioactive.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Senarai Bazar Ramadan Sekitar Kawasan Kuala Lumpur Tahun 2019

Senarai Bazar Ramadan Sekitar Kawasan Kuala Lumpur Tahun 2019

papar berkaitan - pada 8/5/2019 - jumlah : 670 hits
Alhamdulillah kini umat Islam sekali lagi dipertemukan dengan bulan yang mulia iaitu Bulan Ramadan Umat Islam khususnya di Malaysia telah memulakan 1 Ramadan pada hari Isnin iaitu bersamaan dengan 6 Mei 2019 setelah diumumkan secara rasmi p...
Makan Di The Cofee Bean Tea Leaf Nu Sentral Kuala Lumpur

Makan Di The Cofee Bean Tea Leaf Nu Sentral Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 17/5/2019 - jumlah : 532 hits
Assalamualaikum dan salam sejahteraSebelum bermulanya bulan Ramadhan aku dan rakan aku telah menikmati makanan di restoran The Coffee Bean Tea Leaf di Nu Sentral Kuala Lumpur Sebenarnya tujuan Utama bukanlah untuk makan tetapi untuk ber reu...
Campak Stress Jom Kita Bawak Family Bercuti Di Sunway Velocity Hotel Kuala Lumpur

Campak Stress Jom Kita Bawak Family Bercuti Di Sunway Velocity Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 3/5/2019 - jumlah : 494 hits
BERCUTI DI SAAT KITA RASA STRESS MEMANG OK SANGAT SANGAT WALAUPUN PERCUTIAN TERSEBUT SINGKAT TAK SAMPAI 3 ATAU 4 HARI BAGI SIS IA SANGAT EFEKTIF UNTUK MENGHILANGKAN RASA BOSAN ATAU STRESS YANG MELANDA TAK PERLU SAMPAI NAK KE KELUAR NEGARA A...
Buffet Ramadan 2019 Jom Singgah Relish Berbuka Di Fraser Residence Kuala Lumpur

Buffet Ramadan 2019 Jom Singgah Relish Berbuka Di Fraser Residence Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 1/5/2019 - jumlah : 853 hits
Assalamualaikum hai korang Ada tak kawan kawan BBL kerja area KLCC Jalan Sultan Ismail Bukit Bintang Sentul atau Kg Baru senang cerita kerja tengah tengah KL Atau stay sekitar pusat bandaraya KL tu Incase anda tercari cari lokasi nak berbuk...
Minus Kuala Lumpur Kpu Selesai Rekapitulasi Suara Di Luar Negeri

Minus Kuala Lumpur Kpu Selesai Rekapitulasi Suara Di Luar Negeri

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 262 hits
PPLN yang belum melakukan rekapitulasi surat suara secara manual yakni Malaysia Hal itu dikarenakan adanya pencoblosan ulang di Kuala Lumpur dengan metode pos akibat kasus temuan surat suara yang sudah tercoblos beberapa waktu lalu
Buffet Ramadhan 2019 The Boulevard Hotel Kuala Lumpur

Buffet Ramadhan 2019 The Boulevard Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 616 hits
Salam ramadhan buat anda semua Hari ini merupakan hari ke 5 kita berpuasa di Bulan Ramadhan Al Mubarak ni Masih belum terlewat untuk kita meraikan kehadiran Ramadhan dengan amal soleh yang diredhai Allah SWT Selain daripada menunaikan ibada...
Bilik Sewa Kuala Lumpur Rm100 Untuk Golongan Bujang B40

Bilik Sewa Kuala Lumpur Rm100 Untuk Golongan Bujang B40

papar berkaitan - pada 14/5/2019 - jumlah : 1562 hits
Bilik Sewa Kuala Lumpur RM100 Untuk Golongan Bujang B40 Setiap tahun berjuta juta golongan muda yang datang mencuba nasib mendapatkan peluang kerjaya di ibu kota besar seperti di Kuala Lumpur Apabila sampai di ibu kota macam macam cabaran y...
Iftar Ramadan Bersama Anak Anak Yatim Vivatel Hotel Kuala Lumpur

Iftar Ramadan Bersama Anak Anak Yatim Vivatel Hotel Kuala Lumpur

papar berkaitan - pada 11/5/2019 - jumlah : 465 hits
Bulan Ramadan bulan yang penuh keberkatannya Pelbagai pihak yang tahu akan kelebihan Ramadan pasti berlumba lumba membuat kebajikan untuk ganjaran pahala yang di tawarkan Kaum Muslimin khasnya diwajibkan menjaga kepentingan golongan yang le...
Buffet Ramadhan Di Pnb Perdana Hotel Suites On The Park Kuala Lumpur 2019

Buffet Ramadhan Di Pnb Perdana Hotel Suites On The Park Kuala Lumpur 2019

papar berkaitan - pada 10/5/2019 - jumlah : 629 hits
PNB Perdana Hotel Suites On The Park Kuala Lumpur menampilkan kelainan untuk berbuka puasa pada tahun ini dengan membawa suasana meriah bazar Ramadan Memperkenalkan tema Bazar Perdana Restoran 10 Binjai yang berkonsepkan suasana santai tela...
Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Icqs Bukit Kayu Hitam Sesak Luar Biasa Rakyat Malaysia Melancong Ke Thailand Diminta Jaga Adab

The West Isn T Dying But It S Working On It

10 Proven Strategies For Raising Resilient Kids

Fort Kemar Pusat Operasi Di Tengah Belantara

Lepas Misi Selawat Ruhainies Sertai Majlis Agama Uai

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Pemberian Tol Percuma Sempena Perayaan Hari Krismas 2024

Kulit Tampak Berseri Selepas Rawatan Pico Plus Laser Di Mbh Medispa Flagship Boutique Johor Bahru

Divulgue Para At 200 Milh Es De Emails Boom De Vendas

Memahami Hukum Transaksi Forex Dan Kripto Menurut Fatwa Mui

Beli Antibiotik Dalam Online

Bercuti Ke Thailand