Jom Terjah Bazaar Ramadan Di Selangor


Hi Korang,
Bulan Ramadan sememangnya sinonim dengan bazar Ramadan, di mana pelbagai juadah berbuka boleh didapati dalam satu tempat. 

Dari makanan tradisional hingga hidangan moden, setiap bazar menawarkan pelbagai juadah berbuka dengan lebih 60 bazar terbaik, di setiap Daerah Negeri Selangor

Bazar Ramadan, Kuala Selangor
Kalau ke Kuala Selangor, jangan hanya cuba makanan laut dan mee udang, banyak lagi makanan rare yang hanya boleh didapati pada bulan Ramadan di sini! Antara yang wajib dicuba ialah Philly Cheese Steak, Kunafa, Laksa Johor dan pelbagai hidangan lain yang menyelerakan. Bazar Ramadan di Kuala Selangor menawarkan banyak pilihan dengan tapak yang luas. Antara bazar terbaik yang boleh dikunjungi termasuk Bazar Ramadan Tanjung Karang, Lotus Kuala Selangor, Saujana Utama, Ijok dan di Naluri Sukma, Puncak Jalil. Sambil membeli belah di bazar, jangan lupa cari tempat OOTD sekitar bendang untuk sesi bergambar raya nanti! Lokasinya pun berdekatan dengan Sabak Bernam


Bazar Ramadan, Ampang Jaya
Untuk yang bekerja di sekitar Ampang Jaya, apa kata berbuka dahulu sebelum bersesak pulang ke rumah. Dengan lokasi bazar yang strategik di sekitar pusat bandar, ia sememangnya menjadi pilihan utama untuk para pekerja seperti Bazar Ramadan Padang Perbandaran MPAJ, Taman Malawati, Taman Sri Bayu, Jalan Ukay Perdana dan Bukit Antarabangsa. Secara keseluruhan, terdapat lebih 10 bazar Ramadan di sekitar Ampang Jaya yang menawarkan pelbagai juadah menarik seperti Nasi Kerabu, Kuih Akok, Sosej Thai, Lokching dan banyak lagi



Bazar Ramadan, Shah Alam
Bagi yang menetap di sekitar Shah Alam, semestinya Bazar Ramadan menjadi tujuan pertama sebelum pulang ke rumah. Untuk yang mencari Nasi Mandi dari Chef Ammar yang sentiasa menjadi rebutan tiap kali bulan Ramadan, dekat sinilah pengunjung boleh cuba. Jangan lepaskan peluang untuk kunjungi 5 Bazar Ramadan di Shah Alam ini seperti Bazar Ramadan Stadium Shah Alam, Setia Perdana BB, Seksyen 19, Denai Alam dan Seksyen 17. Terdapat juga makanan- makanan viral yang menjadi sasaran para penggemar makanan seperti Cheese Wheel Mac & Cheese, Murtabak Singapura, Roti John, Kambing Golek dan banyak lagi

Bazar Ramadan, Petaling Jaya
Bagi yang dalam perjalanan pulang dari tempat kerja, bolehlah singgah ke bazar Ramadan untuk tapau juadah berbuka. Maklumlah, trafik bulan puasa selalu sesak dan kadang- kadang sampai terpaksa berbuka dalam kereta! Di Petaling Jaya, terdapat lima bazar Ramadan utama yang sentiasa menjadi tumpuan seperti Bazar Ramadan SS 6/1 Kelana Jaya, Bazar Ramadan Taman Medan, Bazar Ramadan Seksyen 17/1A, Taman Sri Manja dan Seksyen 4 Kota Damansara


Bazar Ramadan, Kuala Langat
Untuk penduduk di Kuala Langat, Bazar Ramadan di sini juga tidak kurang meriahnya. Seperti di Banting, terdapat tapak Bazar Ramadan dengan lebih 100 gerai makanan tersedia, memang tak cukup 1 jam untuk pusing keseluruhan Bazar! Untuk yang mencari makanan jawa, terdapat juga gerai menjual makanan seperti Nasi Ambeng dan pecal jawa. Jangan lupa untuk singgah ke 5 Bazar Ramadan Kuala Langat yang terpilih tahun ini seperti Bazar Ramadan Tapak Pasar Malam Banting, Jalan SP 4/1 Bandar Saujana Putra, Tepi Jalan Sultan Alam Shah Kanchong Darat, Kawasan Trak Makanan Pusat Perdagangan Triana dan di Jalan 3/2 Jenjarom


Bazar Ramadan, Subang Jaya
Bagi penduduk di sekitar Subang Jaya, terdapat lebih daripada 20 bazar Ramadan dengan lebih 200 gerai yang menawarkan pelbagai juadah berbuka puasa. Antara bazar yang wajib dikunjungi termasuklah Bazar Ramadan USJ 4, Dataran Niaga Puchong Permai, Bandar Kinrara 5, Persiaran Megah dan Taman Seri Serdang. Di sini, anda boleh menikmati pelbagai hidangan seperti murtabak, tongmo bakar, nasi kerabu dan banyak lagi. Jika anda merancang untuk berbuka bersama keluarga, pastikan anda datang lebih awal kerana kebanyakan bazar di Subang Jaya sentiasa dipenuhi pengunjung

Bazar Ramadan, Klang
Dengan kepadatan penduduk yang tinggi, setiap bazar Ramadan di Klang pasti menjadi tumpuan ramai. Dari Meru hingga ke Pekan Klang, pelbagai juadah berbuka puasa tersedia untuk dinikmati. Siapa yang tidak kenal dengan Bazar Ramadan Taman Sri Andalas? Bazar ini terkenal dengan pelbagai hidangan seperti ayam percik, kebab dan nasi beriani yang sentiasa menjadi pilihan pengunjung. Selain itu, terdapat banyak lagi bazar Ramadan menarik di Klang yang boleh dikunjungi, antaranya Bazar Ramadan Simpang Empat Sungai Udang, Kampung Meru, Lorong Musran Rantau Panjang dan Jalan Raja Mokhtar. Memandangkan ada bazar di Klang yang mula beroperasi seawal jam 3 petang, pastikan anda datang lebih awal untuk mengelakkan kesesakan lalu lintas



Bazar Ramadan, Selayang
Selayang tidak kurang meriahnya dengan pelbagai bazar Ramadan yang menjadi tumpuan penduduk setempat. Dengan kepelbagaian juadah daripada makanan tradisional Melayu hingga ke hidangan fusion moden, pengunjung pasti rambang mata! Jom terjah 5 Bazar Ramadan di Selayang seperti di Dataran Greenwood, Jalan E3/8 Taman Ehsan, Jalan 2 Bandar Baru Selayang, Taman Selayang Uatama dan Bandar Rawang. Pelbagai pilihan makanan menanti, termasuk Roti John, Ayam Golek, Nasi Kerabu, Murtabak dan banyak lagi

Bazar Ramadan, Hulu Selangor
Dah alang- alang ke Selayang, apa kata kita ke Hulu Selangor pula. Jika anda berada di sini, jangan risau bazar Ramadan di kawasan ini juga menawarkan pelbagai pilihan juadah yang enak untuk berbuka! Dari hidangan tradisional hingga makanan moden, semua boleh didapati di sini. Antara 5 Bazar Ramadan yang popular di Hulu Selangor ialah Tapak Pasar Pagi Taman Seri di Batang Kali, Jalan Telipot 2A Bukit Sentosa, Jalan Kantan 2 Bukit Beruntung, Jalan Gapi 1A di Antara Gapi serta Medan Selera Sungai Buaya. Makanan istimewa yang sering menjadi pilihan adalah seperti Tepung Talam, Tauhu Sumbat, Lompat Tikam dan macam macam lagi

Bazar Ramadan, Kajang
Bila sebut Kajang, pasti semua teringat sate! Tapi tahukah anda, terdapat banyak lagi juadah menarik yang wajib dicuba sepanjang Ramadan ini? Antara yang popular ialah Nasi Padang, Tauhu Bergedil, Lontong Kering, dan banyak lagi! Jika anda berada di Kajang, jangan lupa singgah ke lima bazar Ramadan terbaik di kawasan ini, antaranya di Bazar Ramadan Sungai Tangkas, Sungai Jelok, Laman Niaga Komuniti Bandar Baru Bangi, Taman Pelangi Semenyih dan di Jalan 3/69, Seksyen 3 Bandar Baru Bangi. Sambil membeli-belah untuk persiapan Raya di Bangi, bolehlah singgah dan tapau makanan berbuka sekali

Bazar Ramadan, Sepang
Sepang bukan sahaja terkenal dengan KLIA dan Litar Antarabangsa Sepang, tetapi juga dengan bazar Ramadan yang menawarkan pelbagai juadah lazat. Daripada makanan tempatan hingga ke hidangan viral, semuanya boleh didapati di sini! Antara Bazar Ramadan terbaik yang anda boleh kunjungi adalah Bazar Ramadan Litar Antarabangsa Sepang, Kosmopleks, Cyberjaya, Taman Dengkil Jaya dan Sungai Pelek. Antara menu popular di sini termasuk Nasi Ambeng, Sup Gearbox, Pulut Panggang, Ikan Bakar dan pelbagai jenis kuih-muih. Jika anda dalam perjalanan ke KLIA atau ke selatan, singgah dahulu ke bazar Ramadan di Sepang untuk berbuka puasa

Bazar Ramadan, Sabak Bernam
Walaupun terletak di kawasan kampung, bazar Ramadan di Sabak Bernam tetap meriah dan menjadi tumpuan ramai! Daripada makanan Jawa hingga Banjar, semuanya ada di sini, antaranya punten, wadai kipeng, nasi ambeng, lontong dan banyak lagi hidangan tradisional yang sukar didapati di tempat lain. Bagi yang menetap di Sabak Bernam, berikut adalah lima tapak bazar Ramadan yang sentiasa menjadi pilihan penduduk setempat seperti Tapak Pasar Awam Sekinchan, Tapak Pasar Pasir Panjang, Tapak Parkir Pasar Awam Sungai Besar, Pekan Sungai Besar dan di Pengkalan Sabak. Bagi yang dalam perjalanan pulang ke Perak, jangan lupa singgah di bazar Ramadan Sabak Bernam terlebih dahulu untuk membeli juadah berbuka




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ciklilyputih.com/2025/03/jom-terjah-bazaar-ramadan-di-selangor.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Anwar Visits Ramadan Bazaar In Nibong Tebal

Anwar Visits Ramadan Bazaar In Nibong Tebal

papar berkaitan - pada 19/3/2025 - jumlah : 69 hits
NIBONG TEBAL Prime Minister Datuk Seri Anwar Ibrahim took time on Tuesday to visit and interact with traders and visitors at the Ramadan Bazaar in Bandar Tasek Mutiara Simpang Ampat here He arrived at 6 15 pm accompanied by Penang Chief Min...
Generous Influencer Sultan Cina Spreads Ramadan Joy By Surprising Bazaar Trader With Sporty Bike

Generous Influencer Sultan Cina Spreads Ramadan Joy By Surprising Bazaar Trader With Sporty Bike

papar berkaitan - pada 16/3/2025 - jumlah : 96 hits
THERE S an adage that goes Never look a gift horse in the mouth It means to never criticise a gift when presented to you unexpectedly Just be grateful and rejoice in your good fortune This was precisely what a trader at a Ramadan bazaar did...
Man Nabbed For Molesting Women At Ramadan Bazaar

Man Nabbed For Molesting Women At Ramadan Bazaar

papar berkaitan - pada 13/3/2025 - jumlah : 129 hits
Temerloh police chief Mazlan Hassan said the suspect has a criminal record including for drug related offences PETALING JAYA Police have arrested an unemployed man for allegedly molesting several women at a Ramadan bazaar in Lurah Semantan ...
Rasa Kekok Bila Buat Kelainan Dalam Mendekati Al Quran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2025

Rasa Kekok Bila Buat Kelainan Dalam Mendekati Al Quran Sepanjang Bulan Ramadan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 9/3/2025 - jumlah : 157 hits
Setiap kali masuk bulan Ramadan jadual kehidupan seharian sudah pasti berubah tak seperti hari hari biasa Baik pada yang mereka yang taat menunaikan amalan puasa mahupun pada mereka yang masih tidak mendapat kelembutan hati untuk mengamalka...
90 000 Jemaah Palestin Solat Di Masjid Al Aqsa Pada Jumaat Pertama Ramadan

90 000 Jemaah Palestin Solat Di Masjid Al Aqsa Pada Jumaat Pertama Ramadan

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 102 hits
AgensiJemaah menunaikan solat di pekarangan Masjid al Aqsa pada Jumaat pertama Ramadan di Kota Lama Jerusalem Gambar APJERUSALEM Puluhan ribu jemaah menunaikan solat dengan aman di Masjid al Aqsa di Bukit Baitulmaqdis pada Jumaat pertama Ra...
Aktiviti Majlis Iftar Dan Penyampaian Sumbangan Ramadan Ppim 08 03 2025

Aktiviti Majlis Iftar Dan Penyampaian Sumbangan Ramadan Ppim 08 03 2025

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 140 hits
Ketua Aktivis PPIM Nadzim Johan toqqi menghadiri ke Majlis Iftar Dan Penyampaian Sumbangan Ramadan anjuran Persatuan Pengusaha Restoran Muslim Malaysia di Al Madrasatul Faridiyah Taman Sri Rampai Kuala Lumpur
Kes Tipu Tapak Bazar Ramadan Ceti Haram Antara Aduan Tertinggi Berita Harian 08 03 2025

Kes Tipu Tapak Bazar Ramadan Ceti Haram Antara Aduan Tertinggi Berita Harian 08 03 2025

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 124 hits
Kuala Lumpur Aduan mengenai penipuan tapak bazar Ramadan dan ceti haram antara yang tertinggi dilaporkan kepada Persatuan Pengguna Islam Malaysia sepanjang seminggu Ramadan Setiausaha Kerja PPIM Zharif Johor berkata pihaknya menerima banyak...
Jumaat Pertama Ramadan Maahad Tahfiz Al Fityan Cari 800 Orang Yang Boleh

Jumaat Pertama Ramadan Maahad Tahfiz Al Fityan Cari 800 Orang Yang Boleh

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 107 hits
1st JUMAAT Ramadan Dapat info Maahad Tahfiz Al Fityan mencari 800 org yang boleh infaq RM10 untuk pembinaan surau baru Lg sket nak siap Boleh terus sumbang direct kpd mereka Semoga Allah murahkan rezeki dan rahmati keluarga tuan puan sekali...
No Complaints Of Excessive Food Price Hikes At Ramadan Bazaars Says Fuziah

No Complaints Of Excessive Food Price Hikes At Ramadan Bazaars Says Fuziah

papar berkaitan - pada 8/3/2025 - jumlah : 101 hits
BAYAN LEPAS Inspections by the Domestic Trade and Cost of Living Ministry at Ramadan bazaars nationwide have found no complaints of excessive food price hikes so far Deputy Minister of Domestic Trade and Cost of Living Dr Fuziah Salleh said...
The Art Of Baking Unleashing Your Creativity And Mastering The Science Of Perfectly Baked Treats

Antara Dua Alam Yang Berbeza Permandangan Unik Di Brazil

Malaysian Bar Cautions Against Oversight Body For Judiciary

Cikyan Decor Kesibukan Dari Penghujung Tahun Lepas Hingga Awal Tahun Ini Dengan Tempahan Decorasi

Google Pixel 9a Dilancarkan Dilengkapi Macro Focus 7 Tahun Kemas Kini Os

Syed Saddiq Forced To Back Government Or Face Prosecution Claims Ally

Raya Tido Berlonggok Vs Tido Hotel

Whatsapp Bangunkan Ciri Kongsi Lagu Spotify Dalam Status


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Resepi Sambal Bilis Garing

Entering A Competitive Market

Menjelang 10 Malam Terakhir Ramadan

Mencari Tuhan Di Sebalik Dosa

Black Asfan Shah Shajiry Daud Reny Havoc Raya Chord

Wings Joget Hari Kemenangan Chord