Jom Sertai Ensany Global Peace Dalam Penganjuran Majlis Makan Malam Amal Bagi Membantu Insan Insan Yang Memerlukan


JOM SERTAI ENSANY GLOBAL PEACE DALAM PENGANJURAN MAJLIS MAKAN MALAM AMAL BAGI MEMBANTU INSAN-INSAN YANG MEMERLUKAN | Assalammualaikum semua! Dalam kita meniti kehidupan harian, pasti ada insan yang lebih memerlukan bantuan. Ensany Global adalah platform sebuah institusi yang ditubuhkan di Malaysia pada 2014. Ia telah didaftarkan secara rasmi pada 2017 di bawah nombor pendaftaran (W-1239385). Objektif pertubuhan ini adalah untuk mencapai sokongan positif daripada dan kepada masyarakat global. 
Fungsi platform ini ingin menjadikan pembiayaan boleh diakses oleh organisasi sosial dan badan amal di seluruh dunia. Diterima daripada individu dan orang awam, sambil memberikan sokongan untuk sektor amal dan pembangunan. Ensany Global beroperasi secara meluas di 72 negara di seluruh dunia. Bidang bantuan tumpuan termasuk untuk anak yatim, pendidikan, kes kecemasan, penjagaan kesihatan, projek bermusim, individu yang memerlukan bantuan dan asnaf.

Hari ini, pelbagai situasi kehidupan yang sedang di alami oleh masyarakat. Ruby terpanggil untuk membantu mereka yang memerlukan dengan cara menderma. Rakyat Malaysia sememangnya terkenal dengan sikap yang ambil tahu dan suka bersedekah. Melalui pengalaman kehidupan ahli keluarga yang pernah melalui zaman kesusahan, kita faham kesukaran masyarakat sekeliling. Pengalaman dan kisa-kisah itu memberi kita keinsafan dan betapa patriotiknya kita melindungi negara Malaysia. 
Kita bersyukur dapat hidup harmoni di Malaysia bersama masyarakat berbilang bangsa. Solusi lain untuk kita membantu insan-insan yang memerlukan adalah dengan menyertai Program “ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL” yang akan berlangsung pada 30 November 2024, jam 08.00 malam bertempat di IDCC Shah Alam, Selangor. 
Menampillan selebriti popular iaitu Kumpulan Rabbani, Lah Ahmad, Mawi & Oja. Program ini juga menampilkan Sheikh Abdul Karim Al Makki merupakan Imam Masjid Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah akan membaca doa dan alunan ayat-ayat suci Al Quran, dan DJ Pyan IKIM Fm sebagai pengacara program tersebut

Encik Mustafa Ahmad, PR & CSR Manager, Ensany Global Berhad


(dari kiri) Ustaz Asri Ubaidullah, Ahli Kumpulan Rabbani; Selebriti Lah Ahmad; Encik Kamal Aljeffri Albukhari, Ketua Pegawai Esekutif Ensany Malaysia dan Ustaz Azadan bin Abdul Aziz, Ahli Kumpulan Rabbani

(dari kiri bawah) Encik Encik Mustafa Ahmad, PR & CSR Manager, Ensany Malaysia; Selebriti Lah Ahmad; Encik Kamal Aljeffri Albukhari, Ketua Pegawai Esekutif Ensany Malaysia; Ustaz Zainal Abidin Malim, Ahli Lembaga Pengarah Ensany Malaysia dan Ustaz Asri Ubaidullah, Ahli Kumpulan Rabbani. (dari kiri atas) Ustaz Zulkiflee bin Azman, Ahli Kumpulan Rabbani; Ustaz Ahmad bin Syafie, Ahli Kumpulan Rabbani; Ustaz Muhammad Rithauddeen bin Yaakob, Ahli Kumpulan Rabbani; Ustaz Azadan bin Abdul Aziz, Ahli Kumpulan Rabbani & Ustaz Muhammad Loqman bin Abd Aziz, Ahli Kumpulan Rabbani semasa di sidang media “ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL”. 
Encik Kamal Aljeffri Albukhari, Ketua Pegawai Esekutif Ensany Malaysia

“Sebagai sebuah organisasi kemanusiaan, Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia komited dalam membawa perubahan positif kepada masyarakat melalui pelbagai inisiatif dan program. Kami telah lama berdedikasi dalam menyediakan bantuan kepada golongan yang memerlukan, menyebarkan mesej kemanusiaan, dan memupuk semangat perpaduan. Dengan itu, program ini adalah manifestasi dari usaha kami untuk terus memperkukuh nilai-nilai keamanan, kasih sayang, dan persaudaraan sejagat.

Program ini diadakan dengan kerjasama rakan strategik kami Rabbani Empire Resources yang terdiri daripada ahli kumplan Rabbani sendiri. Pemilihan artis terlibat berdasarkan pencapian dan kredebiliti mereka dalam menyampaikan mesej-mesej kerohanian, kemanusiaan dan nasihat kepada peminat dan umum.

Sasaran untuk kita dapat mengumpul kutipan sepanjang Program “ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL” adalah sehingaa RM 600,000. InsyaAllah. Sumbangan yang diterima akan diserahkan kepada Gaza City Council dan kepada RM 5 For Hunger untuk para Asnaf yang berdaftar dengan Jabatan Agama Islam tempatan.” jelas Encik Kamal Aljeffri Albukhari, Ketua Pegawai Esekutif Ensany Malaysia
Diharap dengan pengumuman ini dapat menarik peminat, orang ramai, rakan korporat, rakat NGO, GLC dan lain-lain untuk menyumbang dengan pembelian pakej jualan meja tersebut:

🌟 Platinum RM10,000
🌟 Emas RM7,000🌟 Perak RM5,000🌟 Gangsa RM3,000

(Setiap meja untuk 10 Orang).

Program Ensany Global Peace bukan sekadar sebuah acara hiburan, tetapi satu usaha untuk mendekatkan masyarakat dengan nilai-nilai kemanusiaan yang universal. Kami berharap acara ini akan memberi impak yang mendalam kepada semua yang hadir, dan juga kepada masyarakat yang lebih luas. Ia adalah peluang untuk kita bersama-sama maraikan keamanan dan perpaduan, serta menyumbang kepada usaha membantu golongan yang memerlukan.

Kepada semua rakan usahawan, Syarikat GLC, badan NGO dan orang persorangan berpeluang untuk berkerjasama dengan Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia bagi merealisasikan program tersebut di atas agar berjalan lancar dengan jayanya melalui pakej-pakej penajaan yang kami sediakan.

Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia mengharapkan penganjuran program “Ensany Global Peace” ini dapat memberi impak kepada semua lapisan masyarakat agar cakna terhadap isu-isu kemanusiaan dan mengambil sebanyak mungkin peluang untuk kita sama-sama menyumbang kepada aktiviti yang dilakukan oleh Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia, orang ramai boleh terus menyumbang melalui no akaun seperti di bawah:

Nama : Pertubuhan Kemanusiaan Ensany Malaysia
Nama Bank : Bank Islam
No Akaun : 1416 201100 2557

Bagi anda yang ingin membuat tempahan meja atau seat program “ENSANY GLOBAL PEACE & MAKAN MALAM AMAL” boleh terus berhubung dengan wakil melalui email: [email protected] atau whatsapp: 011 2059 9834. atau depatkan maklumat kami melalui Facebook atau Instagram kami (EnsanyMalaysia)

ENSANY GLOBAL MERUPAKAN PERTUBUHAN AMAL TELUS DAN AMANAH
Ensany Global adalah platform sebuah institusi yang ditubuhkan di Malaysia pada 2014. Ia telah didaftarkan secara rasmi pada 2017 di bawah nombor pendaftaran (W-1239385). Pada 2019, Ensany Global menerima pelbagai anugerah daripada organisasi antarabangsa dan tempatan yang mengiktiraf usaha kami. Dianugerahkan Sijil Kecekapan Saintifik oleh organisasi Tanggungjawab Sosial Korporat tempatan, ahli program Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu. Ensany berjaya menyelesaikan lebih 120 kes pada tahun itu, membantu komuniti dan individu yang kurang bernasib baik dalam yang situasi sukar

Walaupun menghadapi cabaran semasa pandemik COVID-19 pada tahun 2020, Ensany Global terus berusaha untuk memberikan sokongan kepada individu yang terjejas. Pelbagai bantuan untuk pelajar, pekerja barisan hadapan dan keluarga yang terjejas akibat pengangguran akibat penutupan perniagaan. 
Dengan permulaan tahun 2023, Ensany Global melancarkan projek ecd, satu inisiatif global yang bertujuan untuk meningkatkan kapasiti kewangan pertubuhan amal melalui crowdfunding. Projek ini melibatkan penciptaan platform dalam talian yang berfungsi sebagai platform pembiayaan kolektif

Sebanyak 500 organisasi amal dari seluruh dunia telah menyertai, selaras dengan perjalanan kemanusiaan sebagai rakan kongsi yang dihargai. Platform Ensany telah meningkatkan keupayaan teknologinya dan memperkenalkan cara yang lebih inovatif untuk pemberian amal, seperti Gift A Donation dan Purify Income dan Program Gabungan

Empat teras Ensany Global iaitu Interaktiviti, Kesaksamaan, Ketelusan dan Impak. Ensany Global bercita-cita untuk menjadi jambatan antara mereka yang kurang bernasib baik dan individu yang bersedia menyumbang, mewujudkan peluang untuk semua orang mengambil bahagian dalam mencapai perubahan serta membina masa depan yang lebih baik

Untuk maklumat lanjut atau pendaftaran, hubungi kami di:
📞 03-4131 1271 atau 011-2059 9834
Email: [email protected]
Semoga program ini mendapat keberkatan dan mencapai matlamatnya dalam membawa kebaikan kepada semua. Mari bersama-sama menyumbang dan menikmati malam yang bermanfaat untuk tujuan kemanusiaan! Setiap sumbangan anda akan membantu mereka yang memerlukan

ENSANY GLOBAL | FACEBOOK


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2024/10/jom-sertai-ensany-global-peace-dalam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Makan Malam Di Dapoq Ijan Terbakaq Ayer Molek Melaka

Makan Malam Di Dapoq Ijan Terbakaq Ayer Molek Melaka

papar berkaitan - pada 25/9/2024 - jumlah : 83 hits
nbsp Makan Malam Di Dapoq Ijan Terbakaq Ayer Molek Melaka Kalau ikutkan makan dekat sini bukan dalam perancangan nieyl Tapi masa nieyl tengah mencari tempat makan untuk nieyl dengan husband berdua nieyl ternampak post TikTok lalu nieyl pun ...
Malam Majlis Penutup

Malam Majlis Penutup

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 105 hits
nbsp Malam Majlis Penutup Tepat jam 8 00 malam kita mulakan majlis penutup dan penyampaian hadiah kepada semua ahli keluarga Sorry tau korang kualiti gambar malam tak berapa nak terang sebab kitaorang memang tutup lampu untuk pancarkan slai...
Pmx Hadir Makan Malam Bersama Amazon Web Servis

Pmx Hadir Makan Malam Bersama Amazon Web Servis

papar berkaitan - pada 27/9/2024 - jumlah : 87 hits
Malam ini saya berbesar hati menghadiri Malaysia Region Launch Appreciation Dinner yang dianjurkan oleh Amazon Web Services Peluncuran ini menandakan satu lagi langkah penting dalam usaha Kerajaan untuk memperkukuhkan infrastruktur digital ...
Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan 2024 2025 Dan Pelancaran Kad Veteran Digital

Malam Amal Kempen Tabung Pahlawan 2024 2025 Dan Pelancaran Kad Veteran Digital

papar berkaitan - pada 26/9/2024 - jumlah : 232 hits
Hi Korang YABhg Dato Seri Dr Wan Azizah Dr Wan Ismail Penaung Kempen Tabung Pahlawan telah menyempurnakan Majlis Malam Amal Tabung Pahlawan 2024 2025 bertempat di Dewan Perkasa Wisma Perwira Angkatan Tentera Malaysia Beliau turut diiringi Y...
Betul Ke Makan Malam Boleh Buat Kita Gemuk Fakta Atau Mitos

Betul Ke Makan Malam Boleh Buat Kita Gemuk Fakta Atau Mitos

papar berkaitan - pada 5/10/2024 - jumlah : 140 hits
Ramai orang anggap dan mindset bahawa makan malam adalah penyebab utama kenaikan berat badan Tapi betul ke Jom baca sampai habis Kalori adalah kalori Sama ada kita makan time pagi ke tengah hari atau malam kalori tetap kalori Kalau kita amb...
Makan Malam Di Sds Cafe Gelang Patah

Makan Malam Di Sds Cafe Gelang Patah

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 118 hits
Ni gambar gambar masa MY sekeluarga makan malam di SDS Gelang Patah sempena hari lahir Ucid dan Sarah bulan lepas Hahaha Bulan lepas punga cerita bulan ni baru berjaya upload kat blog Patutlah blog Mama Yan forever sendu Ni untuk kenang ken...
Eriska Istri Young Lex Buka Warung Makan Sunda Kecil Kecilan Dipuji Karena Kesampingkan Gengsi

Eriska Istri Young Lex Buka Warung Makan Sunda Kecil Kecilan Dipuji Karena Kesampingkan Gengsi

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 96 hits
Tak hanya mempersiapkan sendiri makanan yang akan ia jual Eriska juga turun langsung melayani pelanggan
Makan Di Secret Recipe

Makan Di Secret Recipe

papar berkaitan - pada 2/10/2024 - jumlah : 97 hits
Assalamualaikum WBT SEHARI sebelum Iman kembali ke kolej kita bawa dia makan tempat istimewa sikit Tanya Iman nak makan apa dia kata nak makan steak Sk cadangkan ke Kawd tapi Iman kata mahal steak kat situ Pergi Der Cabin aje cadang Iman Ka...
Kfc Malaysia Meluaskan Perkongsian Untuk Golongan Memerlukan

When Are The New 2025 Cars Coming Out Check Out The Upcoming Models

Panduan Cara Pengiraan Faraid Wang Tunai Yang Betul

Ada Anai Anai Di Rumah Apa Yang Anda Perlu Lakukan Langkah Demi Langkah

Jom Sertai Ensany Global Peace Dalam Penganjuran Majlis Makan Malam Amal Bagi Membantu Insan Insan Yang Memerlukan

Children S Day Festival 2024 At Royale Chulan Seremban Grand Events Curated For The Young Ones

Where Do I Save Money Safely

Resepi Lala Masak Tumis Tomyam


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Telekinesis 2024 Arahan Syafiq Yusof Kini Di Astro First

Resepi Cheese Tart Paling Gebu dan Kemas Senang Dimakan Bila Separuh Montok

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Calar Cinta Slot Samarinda TV3

ABPBH 2024 Tarikh Kategori Calon Undian Hadiah Persembahan Penyampai Trofi Tiket Dan Segala Info Anugerah Bintang Popular Berita Harian 36

Mr Hiiragi s Homeroom Info Dan Sinopsis Siri Jepun Kini Diadaptasi Sebagai Drama Berepisod Malaysia Kelas Tahanan Cikgu Hiragi Di Astro Ria Sooka


Bursa Jyprx Meluncurkan Sistem Keuangan Digital Menciptakan Pengalaman Trading Yang Unik

Pulut Kuning

Gambar Anggota Polis Merokok Di Restoran Tular

Kanak Kanak Perempuan Berusia 12 Tahun Hilang Selepas Turun Ambil Makanan Dari Kereta

Kongsi Foto Di Mahkamah Syariah Idzham Ismail Hanya Minta Doa Buat Keluarganya

Sultan Selangor Titah Segera Bentuk Jawatankuasa Pemulihan Kanak Kanak Gisbh