Jom Naik Bas Dengan Perkhidmatan Mybas Johor Bahru


Jom Naik Bas dengan Perkhidmatan myBAS Johor Bahru || Hai semua! Sihat ke? Semoga baik baik je ye! Okay, ini kisah haritu Nona lepas rindu nak naik bas! Bas apa? Bas my BAS Johor Bahru!! 
Pelik ke rindu?? Kenapa rindu naik bas?? Sebab banyak kenangan Nona dengan pengangkutan awam nan satu ni pada masa dahulu. Zaman study kan, memang bas sahaja satu-satunya pengangkutan yang Nona mesti guna. Nak naik teksi terasa pricey pulak. Sekejap duduk, sekejap kena berdiri..Lepastu kena standby nak tekan loceng beberapa saat sebelum sampai ke tempat yang diinginkan, bila dah tekan loceng, buzzz... semua pun ikut pandang.. Haha.. Memori indah juga walaupun macam-macam keadaan dalam bas tuh. 
Ya, seperti yang kita semua tahu, bas merupakan salah satu pengangkutan yang sentiasa diperlukan, dan penting oleh ramai orang. Dengan adanya bas, dapat memudahkan seseorang untuk pergi dari satu destinasi ke destinasi yang lain dengan harga yang murah. 
Haritu Nona nampak seorang emak bawak anak kecilnya menaiki bas sambil membawa bag susu, orang tua suami dan isteri, student dan ramai lagi. Bas ni sesuai untuk semua golongan tidak kira tua atau muda. Kalau ada yang nak keluar masuk Singapura, naik bas ni pun boleh. 
Perkhidmatan myBAS Johor Bahru telah dirasmikan oleh YB Menteri Pengangkutan pada 20 Februari 2022 dan mula beroperasi pada 31 Mac 2022 secara berfasa. Ianya melibatkan 19 laluan di lima koridor iaitu Koridor Kota Tinggi, Koridor Masai, Koridor Kulai, Koridor Gelang Patah, dan Koridor Pontian. 
Selain itu, perkhidmatan myBAS adalah salah satu inisiatif di bawah program ' Stage Bus Service Transformation (SBST) atau dalam bahasa Melayunya,  'Transformasi Perkhidmatan Bas Terhenti-Henti' yang sebenarnya telah dilaksanakan di empat lokasi iaitu Kangar, Seremban, Ipoh dan Kuala Terengganu sejak tahun 2015.
Lebih teruja lagi bila Nona tahu bahawa myBAS Johor Bahru juga merupakan perintis kepada penggunaan bas elektrik pertama di bawah program SBST apabila dua laluan myBas Johor Bahru bakal beroperasi menggunakan bas elektrik (EV). 
TERKINI: Banyak fasa dan laluan yang telah pasti dilalui myBAS Johor Bahru dan senang korang jumpa myBAS ni nanti.  Antaranya ialah:
F200 : Terminal Masai-Bandar Seri Alam
F201 : Terminal Masai- Taman Rinting
T11  : JB Sentral- Taman Setia Indah
T40  : Larkin Sentral- Gelang Patah Sentral
F100 : JB Sentral- KSL
T33  : JB Sentral-Taman Sri Yaacob
dan banyak lagi destinasi yang boleh dituju. Namun begitu, terdapat perbezaan waktu operasi untuk beberapa destinasi perjalanan. Tak kesemuanya mempunyai waktu operasi yang sama ya. 

Penumpang boleh membayar tambang bas secara tunai (sediakan duit kecik) atau tanpa tunai dengan menggunakan kad ManjaLink. Ha, ingat tu... Penting sediakan duit kecik,  driver maybe tak miliki banyak duit baki. Lepastu, kita boleh plan perjalanan kita dengan menggunakan aplikasi LUGO! Wow, satu persatu kita cerita ye. 
Nona lebih suka guna kad ManjaLink sebab bagi Nona, bayar guna ManjaLink lagi senang, mudah, cepat dan best! Perasaannya macam pakai 'Touch N Go' tapi ini untuk versi bas 😍 So tak perlulah risau duit dalam dompet cukup ke tak nak bayar tambang bas. Just make sure bawak kad tersebut dan dalam kad ManjaLink tu mesti ada wang yang mencukupi. Hehe.. 
Cara cara menaiki myBAS Johor Bahru tanpa cash:
1. Beli kad ManjaLink berharga RM30.60 dan top up isi di dalamnya kat kiosk yang tertentu.
2. Tap In and Out. Berbeza antara mereka yang Cross Border and Connecting Bus Service, dengan bas yang stop stop kawasan tertentu dalam JB nih. 
3. Gunakan aplikasi LUGO untuk ketahui update terkini tentang perjalanan bas yang dinaiki. 


Untuk Nona yang jalan sekitar JB, Nona follow cara camni. Tap sebelum naik bas dan sebelum turun dari bas. 

Khas untuk mereka yang Cross Border and Connecting Bus Service, tap in masa naik bas tapi tak perlu tap out lagi sebelum turun bas

Kat mana bole beli dan dapatkan kad ManjaLink?
👉 CALTEX @ TAMAN DAYA
Location: Jalan Nipah 2 Taman Daya 81110 Johor
Operation Hours: 6:00 AM -11:30 PM
👉 JB SENTRALLocation: JB Sentral Level 1, Jalan Jim Quee 80300 Johor Bahru Johor
(In front of Bus Terminal Platform)
Operation Hours: 5:00 AM - 9.30 PM
👉 JB SENTRAL CIQLocation: Jalan Sultan Ibrahim (antara Jalan Sawmill & Jalan Tun Abdul Razak), 80300 Johor Bahru, Johor Johor
(Beside the Queuing Lane for Causeway Link)
Operation Hours: 5:00 AM - 9.30 PM

👉 GELANG PATAH BUS AND TAXI TERMINAL:Location: Jalan Sultan Ibrahim (antara Jalan Sawmill & Jalan Tun Abdul Razak), 80300 Johor Bahru, Johor Johor
(Dalam Terminal Bas)
Operation Hours: 5:00 AM - 9.30 PM

👉 TF VALUE-MART NUSA BESTARILocation: 1, Jalan Bestari 7/2 Taman Nusa Bestari 81300 Skudai Johor
(Dalam shopping complex)
Operation Hours: 10.30 AM - 9:00 PM


Okay, dah ada kad ManjaLink, kemana Nona jalan jalan ek? Ini dia.... Nona enjoy perjalanan T33: Dari JB Sentral ke Taman Sri Yaacob. Boleh tengok route Nona haritu, kat mana bas akan lalu


Oh ya! Tak perlu risau tentang masa atau isu ketinggalan bas sebab myBAS ni akan sampai setiap 15 minit tau. Tapi kekerapan boleh mengikut waktu puncak dan luar waktu puncak seperti dalam kertas info di atas. 
Seronok jugak eh tengok orang turun dan naik bas sambil memerhati pula jalan raya yang penuh dengan kenderaan dan bangunan. Best tengok view dari bas sebab kita lebih tinggi daripada kenderaan lain yang lebih rendah. So far tak boring, celik mata sebab dah lama tak naik bas, kan.. Hahaa.. 






Apa kelebihan yang Nona suka dengan myBAS Johor Bahru ni? 
1. Bersih dan selesa
2. Ada penghawa dingin3. Loceng yang berbunyi kuat hanya kat tempat driver. Tidak terlalu bingit sampai ke belakang. Soft je..  4. Memiliki simbol 'Emergency Exit' yang dilekatkan pada tingkap
5. Tempat duduk dalam keadaan teratur dan elok
6. Mesin untuk tap-tap kad ManjaLink dalam keadaan baik dan laju. Tak perlu tunggu lama. Kedudukannya di tempat driver dan di pintu bas bahagian tengah. 7. Driver bas yang ramah dan cekap. Ada time keeper yang memastikan bas sampai tepat masanya



Selamat sampai ke Taman Sri Yaakob dah! Kat sini la pit stop kami yang terakhir untuk route T33: JB Sentral- Taman Sri Yaacob. Dan kemudian berpatah balik ke JB Sentral 👍

Gunakan aplikasi LUGO untuk mengetahui tentang masa perjalanan dari satu tempat ke tempat lain yang ingin dituju, info dan update terkini mengenai myBAS. So bolehlah tahu maklumat dari satu checkpoint ke checkpoint lain, berapa minit lagi nak sampai...Huhu... Just masukkan route kita dari mana daan nak ke mana. Camtuu.. 
1. Download aplikasi LUGO kat playstore2. Masuk dalam apps dan pilih 'Plan a Trip' 3. Masukkan lokasi bas yang kita naiki dan lokasi yang ingin dituju, route apa semua..Klik GO
4. Nanti keluar details perjalanan
Eh, nampak tak, memang senang lah ada sistem gini.. Kalau ada anak anak yang mak bapaknya suka naik bas untuk kemana mana, boleh tolong topup kan kad ManjaLink nih. Sesiapa sahaja dibenarkan menaiki myBAS Johor Bahru ni tau. 


Model myBAS Johor Bahru. Just kidding, don't take it seriously! Hihi..Sementara bas belum bergerak, orang pun takda, kita pose lah satu dengan pengangkutan awam myBAS ni.. 
Untuk info lanjut,  korang boleh layari 
Website: www.causewaylink.com.myIG: CausewaylinkNo telefon: 07-3602244

Sekali lagi Nona ajak korang, jom naik bas dengan perkhidmatan myBAS Johor Bahru! Rasai pengalaman naik myBAS, bawak anak anak try naik bas pun okay jugak.. Gunakan kemudahan yang diberikan sebaiknya ya 👍 




SENYUM SAJA

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.nonasani.com/2022/07/jom-naik-bas-dengan-perkhidmatan-mybas.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Jom Makan Makan Buffet Ala Thai Kat Doubletree By Hilton Johor Bahru

Jom Makan Makan Buffet Ala Thai Kat Doubletree By Hilton Johor Bahru

papar berkaitan - pada 12/7/2022 - jumlah : 328 hits
Jom Makan Makan Buffet Ala Thai kat DoubleTree by Hilton Johor Bahru Sawadeekha Ehh tiba tiba ke Thailand pulak Nona nih Ya ada niat dan keinginan nak jejak Thailand tapi belum ada rezeki so cariklah makanan Thailand kat Johor ni je terlebi...
Handcrafted Mooncakes Festival Di Hotel Renaissance Johor Bahru

Handcrafted Mooncakes Festival Di Hotel Renaissance Johor Bahru

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 323 hits
Rasai Kemanisan dan Kesedapan Handcrafted Mooncakes Festival di Hotel Renaissance Johor Bahru Hai semua Harini aku nak cerita kisah aku makan my favourite mooncakes kat sini Selain daripada moist choc cake i love mooncakes aka kuih bulan ju...
Desaru Coast Ferry Terminal Johor Bahru Kini Mula Beroperasi

Desaru Coast Ferry Terminal Johor Bahru Kini Mula Beroperasi

papar berkaitan - pada 25/7/2022 - jumlah : 383 hits
Khas untuk kaki travel Desaru Coast Ferry Terminal Johor Bahru kini sudah mula beroperasi Desaru Coast Destination Resort destinasi bersepadu terbesar di Malaysia bersama dengan pengendali perkhidmatan feri yang dilantik Desaru Link Ferry S...
Restoran Nasi Arab Paling Sedap Di Johor Bahru

Restoran Nasi Arab Paling Sedap Di Johor Bahru

papar berkaitan - pada 27/7/2022 - jumlah : 447 hits
Restoran Nasi Arab Paling Sedap Di Johor Bahru Salam Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah Syukur ke hadrat illahi uzu masih diberi berkesempan untuk food review nasi arab sedap kat JB Al kisahnya pada Ahad lepas uzu ada beberapa kerja ...
Mybas Mudahkan Pergerakan Bangsa Johor

Mybas Mudahkan Pergerakan Bangsa Johor

papar berkaitan - pada 22/7/2022 - jumlah : 201 hits
Bila kali terakhir korang naik bas tenteng Bas tenteng tu bas yang berhenti henti tu Kalau orang dulu dulu dia panggil bas tenteng atau bas lompat lompat Maklumlah zaman dulu tak de bas ekspress Jadi kenalah tukar tukar bas sampai ke destin...
Buffet Dinner Sedap Johor Di Bld Cafe Hotel Renaissance Johor Bahru

Buffet Dinner Sedap Johor Di Bld Cafe Hotel Renaissance Johor Bahru

papar berkaitan - pada 13/7/2022 - jumlah : 1631 hits
Buffet Dinner Sedap Johor di BLD Cafe Hotel Renaissance Johor Bahru Kisah sebelum raikan Aidiladha haritu aku dengan beberapa team datang singgah makan kat sini One of my favourite hotel ler Rinduuu nak makan sini ngam lah tengok tengok sek...
The Colours Of Life Cpd Pln Daerah Johor Bahru Hybrid Open Classroom Lesson Study Programme

The Colours Of Life Cpd Pln Daerah Johor Bahru Hybrid Open Classroom Lesson Study Programme

papar berkaitan - pada 24/7/2022 - jumlah : 260 hits
The Colours of Life CPD PLN Daerah Johor Bahru Hybrid Open Classroom Lesson Study Programme Hari ni berkesempatan jadi pemerhati untuk program ni Memang da bomb Manfaat dan ilmu baharu secara hands on kepada guru guru Pemetaan Alat Kolabora...
22 Maut 33 Cedera Bas Rempuh Trak Di Mesir

22 Maut 33 Cedera Bas Rempuh Trak Di Mesir

papar berkaitan - pada 20/7/2022 - jumlah : 240 hits
22 maut 33 cedera bas rempuh trak di Mesir Dikemas kini 1 jam yang lalu Diterbitkan pada 20 Jul 2022 7 30AM
Terkini Tambang Feri Ke Pulau Pangkor Naik Sehingga 40 Peratus

Terkini Tambang Feri Ke Pulau Pangkor Naik Sehingga 40 Peratus

papar berkaitan - pada 8/7/2022 - jumlah : 157 hits
July 7 2022 Selepas khidmat kapal terbang henti ke Pangkor dari Subang sudah dihentikan hingga ke bulan Oktober 2022 hari ini tambang feri pula naik 40 Pemuda AMANAH Negeri Perak memandang serius dengan kenaikan harga tambang feri ke Pulau ...
Sah Kes Najib Razak Cacat

Slot Qris Explained The Key To Faster And Safer Gaming Transactions

Rahsia Kawal Gula Dalam Darah Supaya Tak Melompat Lompat Lagi

Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Redha Di Dalam Rumah Tangga

Ioi City Mall Gears Up For A Meletop 2025 With A Star Studded New Year S Eve Celebration

Farhan Mustapha Mutiara Hati Chord

The West Isn T Dying But It S Working On It

Malaysian Muslims Baffled How Having A Pic With Christmas Tree Santa Claus Can Shake Their Faith

Have A Relaxing Day With Friends Over Lunch Or Dinner