Jom Kita Amalkan Amalan Ini Untuk Tambah Pahala Di Hari Jumaat


1. Memotong kuku
Selain sebagai amalan sunat, memotong kuku juga dapat membersihkan tangan kerana kuku yang panjang boleh menyebabkan kekotoran terkumpul di celah-celah kuku.

Lagikan pula, makan menggunakan tangan antara amalan Sunnah dan menjadi keperluan untuk kita menjaga kebersihan tangan bagi mengelakkan tangan yang kotor memasuk makanan ke dalam mulut.

2. Mandi sunat
Sunat mengelokkan rupa paras dan membersihkan anggota tubuh badan sebelum keluar solat seperti memendekkan atau mencukur misai, bulu ketiak, bulu pada kemaluan, menggosok gigi dan sebagainya.

Dalam sebuah hadis pernah dinyatakan bahawa:-

“Tidak mandi seorang lelaki pada hari Jumaat dan membersihkan dirinya setakat yang termampu, seterusnya beliau meminyakkan rambut, mengenakan wangi-wangian harum yang dimilikinya di rumah, lantas dia keluar (ke masjid) dan dia tidak mencelah di antara dua orang (di dalam masjid), lalu dia bersolat apa yang diwajibkan ke atasnya. Dan sesudah itu duduk diam sewaktu imam sedang berkhutbah, melainkan diampunkan segala dosanya dari Jumaat tersebut hinggalah ke Jumaat yang akan datang.” (Hadis riwayat Imam al-Bukhari)

3. Membaca Surah al-Kahfi
Membaca surah al-Kahfi ini antara surah yang menjadi pilihan kerana mempunyai pelbagai kelebihan yang boleh kita dapati, antaranya ialah dapat menghindarkan diri kita daripada fitnah Dajal dan pelbagai lagi.

Tambahan pula, surah ini terdiri daripada kisah penduduk gua, pemilik dua kebun, Nabi Musa dan Nabi Khidir serta kisah Zul Qarnain yang mengandungi teladan dan pengajaran yang banyak.

Rasulullah bersabda,

“Sesiapa yang membaca surah al-Kahfi pada hari Jumaat nescaya akan diterangkannya dengan satu cahaya di antara dua Jumaat.” (Hadis riwayat al-Nasaei, al-Baihaqi dan al-Hakim)

4. Perbanyakan bersedekah
Sedekah antara amalan sunat yang dituntut dalam Islam kerana selain dapat menyucikan harta kita, harta yang diberi dapat membantu bagi mereka yang memerlukan dan mengeratkan hubungan sesama manusia.

Dalam al-Quran, Allah S.W.T menuntut kita membelanjakan harta dan rezeki yang diperoleh sebaiknya.

“Mereka bertanya kepadamu (wahai Muhammad): apakah yang akan mereka belanjakan (dan kepada siapakah)? Katakanlah: Apa jua harta benda (yang halal) yang kamu belanjakan maka berikanlah kepada: Kedua ibu bapa, dan kaum kerabat, dan anak-anak yatim, dan orang-orang miskin, dan orang-orang yang terlantar dalam perjalanan. Dan (ingatlah), apa jua yang kamu buat dari jenis-jenis kebaikan, maka sesungguhnya Allah sentiasa mengetahuiNya (dan akan membalas dengan sebaik-baiknya).” (Surah al-Baqarah ayat 215)

5. Memakai pakaian yang elok
Memakai pakaian yang elok sangat dituntut terutamanya pada ketika hendak menunaikan solat. Tambahan pula, pakaian yang elok akan memperlihatkan identiti dan peribadi sesorang Muslim terhadap orang lain.

Cukup sekadar memakai pakaian yang bersih dan nampak cantik. Tidak perlu sentiasa membeli pakaian baru sedangkan pakaian lama masih elok kerana takut berlaku pembaziran.

6. Memakai wang-wangian
Memakai wang-wangian antara amalan sunat yang digalakkan sebelum solat seperti bau di syurga juga adalah wangi.

Akan tetapi, wangian yang dipakai hanya cukup sekadar keperluan kerana jika berlebihan dikuatiri akan menganggu jemaah lain yang turut sama menunaikan solat.

7. Perbanyakkan Zikrullah dan Doa
Berzikir dan berdoa tidak terhad ketika selepas solat sahaja, malah amalan ini juga sangat digalakkan ketika memulakan pekerjaan dan menyudahinya.

Pada hari Jumaat terdapat waktu mustajab untuk berdoa berdasarkan pendapat majoriti ulama iaitu makbulnya doa yang dibaca di antara dua khutbah, iaitu ketika imam sedang duduk antara khutbah pertama dan khutbah kedua.

8. Berselawat

Setiapkali khutbah Jumaat, khatib akan mengingatkan para jemaah untuk berselawat ke atas Rasulullah kerana terdapat kelebihan berselawat dan juga salah satu tanda kecintaan kita kepadanya.

Rasulullah s.a.w bersabda,

“Perbanyakkanlah membaca selawat padaku pada malam dan hari Jumaat, maka siapa yang membaca selawat untukku satu kali, Allah akan berselawat kepadanya 10 kali (Allah akan memberinya rahmat 10 kali).” (Hadis Riwayat Al-Baihaqi)

9. Hadir awal ke Masjid
Para jemaah digalakkan untuk hadir awal ke masjid bagi menunaikan solat Jumaat dan mendapatkan saf pertama untuk solat berjemaah.

Rasulullah S.A.W bersabda,

“Sebaik-baik saf barisan lelaki yang paling depan, dan yang terburuk ialah yang paling belakang, dan sebaik-baik barisan perempuan yang terakhir, dan yang terburuk ialah yang paling depan.” (Hadis Riwayat Muslim)

Tambahan pula, apabila kita hadir awal ke masjid, kita boleh melakukan beberapa amalan sunat lain seperti berzikir, selawat dan membaca al-Quran sebelum menunaikan solat Jumaat.

10. Perbanyakkan solat sunat
Selain solat fardu yang diwajibkan, kita digalakkan untuk menunaikan solat-solat sunat seperti solat Dhuha dan solat sunat Rawatib.

Digalakkan juga untuk bangun sepertiga malam untuk menunaikan solat sunat tahajud dan lain-lain bagi menambahkan amalan sebagai tanda kwtakwaan kita kepada Allah S.WT.

Sangat rugi jika kita tidak mengambil kelebihan ini untuk kita perbanyakkan amalan semasa hari Jumaat. Jangan disebabkan terlalu sibuk dengan pekerjaan, kita terlupa dan terlepas untuk memperbanyak beribadah. – sumber SINI

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ustazcyber.com/2019/01/jom-kita-amalkan-amalan-ini-untuk.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
9 Amalan Hari Jumaat Agar Sentiasa Didoakan Malaikat Rileks Media

9 Amalan Hari Jumaat Agar Sentiasa Didoakan Malaikat Rileks Media

papar berkaitan - pada 17/1/2019 - jumlah : 355 hits
HARI JUMAAT LAGI HEBAT DARI HARI RAYA Rasulullah s a w bersabda Sesungguhnya hari Jumaaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling besar di sisi Allah Iaitu hari yang lebih besar daripada hari raya Adha dan hari raya Fitrah pada har...
6 Amalan Pagi Hari Yang Membuat Hidup Lebih Berkah Rileks Media

6 Amalan Pagi Hari Yang Membuat Hidup Lebih Berkah Rileks Media

papar berkaitan - pada 15/1/2019 - jumlah : 338 hits
TIDUR pagi memang terasa melenakan terutama bagi mereka yang memang tak bisa mengelakkannya Usai Subuh kepala langsung terasa berat dan hati pun seolah mendesak agar badan segera rebah dan secepat mungkin memejamkan mata Mungkin wajar membu...
Amalkan Doa Sebelum Tidur Ini Setiap Hari Agar Diturunkan Rezeki Dari Langit Laut Dan Bumi

Amalkan Doa Sebelum Tidur Ini Setiap Hari Agar Diturunkan Rezeki Dari Langit Laut Dan Bumi

papar berkaitan - pada 20/1/2019 - jumlah : 923 hits
Amalan amalan ini menjadi sebab Allah limpahi hamba Nya dengan keluasan rezeki dan rasa kaya dengan pemberian Nya Berdasarkan konsep rezeki yang telah diperkatakan Allah memberi jalan buat setiap hamba Nya untuk memperolehi rezeki dalam pel...
Zikir Hari Jumaat Penghulu Segala Hari

Zikir Hari Jumaat Penghulu Segala Hari

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 1911 hits
Hari Jumaat adalah hari yang teramat istimewa kerana Islam meletakkan Jumaat sebagai ketua dan ganjarannya lebih berbanding hari hari yang lain Dalam suatu hadis Rasulullah yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah Jumaat dinamakan sebagai Saidul...
Bantuan Sara Hidup Sebanyak Rm300 Mula Dibayar Hari Ini Jom Semak Kelayakan Kita Sekarang

Bantuan Sara Hidup Sebanyak Rm300 Mula Dibayar Hari Ini Jom Semak Kelayakan Kita Sekarang

papar berkaitan - pada 28/1/2019 - jumlah : 675 hits
GEORGE TOWN Kira kira 4 1 juta isi rumah yang layak di seluruh negara bakal menerima bayaran fasa pertama bagi Bantuan Sara Hidup bermula hari ini Menteri Kewangan Lim Guan Eng berkata wang berkenaan akan dimasukkan terus ke dalam akaun ban...
Berselawat Di Hari Jumaat

Berselawat Di Hari Jumaat

papar berkaitan - pada 13/1/2019 - jumlah : 2215 hits
Fadhilat Berselawat Di Hari JumaatPerawi Aus bin Aus RASusunan Sunan Abu DawudKitab 8 SolatBab Pada menyatakan fadhilat hari dan malam jumaatNo Hadith 1047Matan Hadith 1047 Terjemahan Daripada Aus bin Aus RA daripada Nabi SAW baginda bersab...
Kalau Betul Nak Cabar Jom Sahut 30 Hari Cabaran Ini Untuk Sihat Dan Cantik Ada Berani

Kalau Betul Nak Cabar Jom Sahut 30 Hari Cabaran Ini Untuk Sihat Dan Cantik Ada Berani

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 502 hits
Ni baru betul cabaran Siapa berani sahut beb Memang banyak ni nak buat Tapi kalau buat ni dapat straight 30 hari Fuhh Memang Terbaik sangat dah Yang pasti memang jangan pelik kalau badan sendiri berubah lepas 30 hari buat Fuhh MF cuba tepek...
Doa Lembutkan Hati Suami Dan Isteri Jom Amalkan

Doa Lembutkan Hati Suami Dan Isteri Jom Amalkan

papar berkaitan - pada 19/1/2019 - jumlah : 469 hits
Jika kamu sebagai seorang isteri atau suami mahukan pasangan yang sentiasa menyayangi kamu mengasihi malah menghormati kamu sila amalkan ayat Yusuf ini yang berbunyi Idz qola Yusufu li abihi ya abati inni roaitu ahadaasyaro kaukabaw wasy sy...
Turun 40 Kg Selama 44 Hari Berpantang Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Para Ibu Amalkan

Turun 40 Kg Selama 44 Hari Berpantang Wanita Ini Kongsi Tips Untuk Para Ibu Amalkan

papar berkaitan - pada 25/1/2019 - jumlah : 342 hits
3801 SHARES Boleh dikatakan setiap wanita pasti mengimpikan berat badan yang ideal tetapi untuk menguruskan badan bukanlah satu proses yang mudah kerana ia memerlukan kesungguhan dan tekad daripada individu itu sendiri Ramai yang tewas di t...
Tremendous Nadi Collaboration

Kebaikan Rawatan Rendaman Kaki Bersama Garam Bukit Dan Ais Batu

Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Takwim Cuti Persekolahan Tahun 2025 2026

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Resepi Udang Khamped Padu Mudah Sedap Dan Confirm Licin Pinggan

The Skill Hexagon The Power Of Multifaceted Abilities

Skill Up Steam Curator

Dua Sahabat Makan Ikan Mentah Minum Air Laut Sepanjang Hanyut

Godox Perkenalkan Lampu Led Knowled Ms60r Bi Yang Sangat Fleksibel

Adi Putra Alami Jangkitan Kuman Di Paru Paru Kini Dalam Keadaan Baik