Jom Ke Thai Street Food Festival Di Tesco Lukut Port Dickson
As Salam,Selamat berhujung minggu semua:) Yay!! yelah.Walaupun baru start kerja balik lepas cuti Deepavali, tapi naik kerja dua hari tulah, hari yang paling penat dan busy bagi saya di sekolah.Maklumlah semua murid pun dah habis final exam, maka bermulalah program pemulangan Buku Teks SPBT di sekolah.Saya pula Guru Penyelaras SPBT di sekolah yang diberi tanggung jawab untuk menguruskan pemulangan buku teks murid.Syukur saya ada kumpulan pengawas SPBT yang suka saya panggil mereka sebagai "malaikat kecil" untuk saya:)
Thai Street Food Festival Di Tesco, Lukut, Port Dickson
Merekalah yang banyak tolong saya uruskan pelbagai perkara daripada edaran Fail kepada Guru kelas sehingga urusan menerima pemulangan buku teks oleh semua murid dari tahun 1 hingga tahun 6.Eh, yang ni saya akan buat entri khas lain kali ya:)
Jom Ke Thai Street Food Festival Di Tesco, Lukut, Port DicksonOrait, sebab hujung minggu, marilah kita story mory pasal jalan-jalan cari makan.hah.sukalah tu.Tambah lagi bila tengok part tajuk tu Thai Food kann.heheh.Street Food Festival ni sebenarnya aktiviti pesta makanan yang menghimpunkan pelbagai jenis makanan viral dan popular dari Malaysia dan Thailand.Kali ini depa buat di Tesco Lukut.Dah dekat sangat dengan tempat tinggal kami sejak dah jadi orang Podeksen ni.heh
kalau korang salah seorang peminat Thai Food, datanglah sini, memang banyak pilihan dan pasti korang puas hati beb:)
Asalnya datang Tesco Lukut sebab nak belanja barang dapur, dah nampak ada Street Food Festival ni, kami pun singgah padahal perut kenyang lagi sebab baru lepas breakfast Nasi Lemak.Sabo je.Oleh sebab kami sampai awal, depa yang dok jual makanan tu pun semua tengah sibuk buat preparation, tu yang time ambik pic pun tak ramai orang lagi
Abang Tomyam Udang galah:) Encik Husband ajak try tomyam udang Galah ni.Okeylah.Tengok kuah tomyam depa satu periuk besar pun kita boleh tahu betapa ramai peminat tomyam Thai ni kann
Ko nampak tu udang galah dia.Mentang-mentang besor, depa bagi satu ketui je kat dalam mangkuk kueteow tomyam akak.marah akak tau..kikih.
Yang ni pulak Encik Suami punya Maggi tomyam.Nampak tak tu sebutir cili merah hidup depa masukkan dalam mangkuk tomyam Encik Abang akak:)
haih.sopan santun pulak akak makan tomyam ni.heh
Yup! bab rasa kuah tomyam dia memang ko puas hati lah. Akak siap mintak tambah kuah lagi dik oii.Patutlah abang tomyam tu tak nak senyum kat kawe.ciss.hahaha
sempat lagi kite orang belasah ais krim kelapa plus pulut.Sodap ko.Asalnya nak try rasa, sekali tak cukup, si kecik mintak lagi satu nak makan sendiri.hahaha.Tabahlah abang haji wei
sekali baju tersama lah pulaks.kikih.Saja ambik pic Encik Suami dengan anak bujang sapa entah.Yang tak tahan tu gaya berdiri boleh sama pulak tu.hai.macam-macam
Okeylah.Sekadar nak kongsi info pasal Thai street Food festival ni.Kalau korang suka Thai Food, mai lah datang beramai-ramai sebab banyak sangat makanan Thai dan ala Thai yang sedap-sedap, yang pasti buat korang gembira:)
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
https://cikmatahariku.blogspot.com/2018/11/jom-ke-thai-street-food-festival-di.html