Jom Ke Pkns Pilih Karnival Di Galeri Jualan Selangor Cyber Valley


JOM KE PKNS PILIH KARNIVAL DI GALERI JUALAN SELANGOR CYBER VALLEY | Assalammualaikum semua! Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) menawarkan hadiah bernilai RM15,000 serta hadiah-hadiah menarik untuk pengunjung yang datang ke siri akhir program PKNS Pilih Karnival Selangor Cyber Valley yang akan diadakan pada 23 dan 24 November ini di Galeri Jualan Selangor Cyber Valley.
Hadiah yang ditawarkan sepanjang dua hari karnival itu termasuklah cabutan bertuah dimana pemenang bakal membawa pulang hadiah antaranya sebuah motorsikal, basikal dan skuter elektrik serta barangan istimewa lain.
Selain itu, Juara pertandingan Street Soccer akan membawa pulang hadiah wang tunai RM2,000 berserta pingat, manakala naib juara wang tunai RM1,000 berserta pingat, tempat ke-3 RM800 berserta pingat dan tempat ke-4 RM600 berserta pingat dengan kerjasama Penggerak Belia Selangor dan tajaan oleh Jawatankuasa Kemasyarakatan, Alam Sekitar, Sukan dan Pelancongan Majlis Perbandaran Sepang dan Ahli Majlis Zon Sepang Utara. 




Orang ramai yang berhasrat menyertai pertandingan Street Soccer boleh mendaftar menerusi kod QR yang disediakan penganjur.
Memeriahkan lagi karnival dua hari berkenaan, pengunjung akan dihiburkan dengan persembahan nyanyian daripada penyanyi terkenal tanah air iaitu Mus May, Azmi Saat dan Haiza.
Turut menjadi tarikan buat pengunjung adalah Pertandingan Mewarna kanak-kanak berusia 3 hingga 12 tahun, Soopa Doopa, Zoo Mini, gerai jualan makanan dan minuman, food truck dan “Decathlon Healing Port” turut disediakan oleh Decathlon D’Pulze Cyberjaya. Pengunjung turut berpeluang menerima baucar Decathlon pada dua hari karnival dijalankan.





Pengunjung juga boleh menyertai acara Libas Takraw Challenge, Penalti Challenge, Timbang Bola Challenge dan Basketball Hoop selain permainan uji minda bertema Sambung Lirik Lagu, Teka Apa Atas Kepala, Wheel Of Fortune, Minute To Win It dan Family Feud turut diadakan.
Selain itu, pengunjung juga boleh menikmati saringan kesihatan percuma yang disediakan Selcare seperti rundingan kesihatan, pemeriksaan BMI, pemeriksaan gula dalam darah dan tekanan darah, pemeriksaan fizikal, fisioterapi percuma dan potongan harga sehingga 50 peratus untuk produk kesihatan seperti vitamin dan makanan kesihatan tambahan.
Bagi mereka yang sedang mencari kenderaan untuk dibeli seperti Tesla, Proton S70, Kia Karnival dan Axia dari Pantai Bharu Corporation turut dipamerkan dengan tawaran harga menarik. Miliki Tesla Model 3 dengan harga RM178,000 (OTR) dan potongan RM3,000 bagi Proton S70.
Sempena ulang tahun ke-60 PKNS, pengunjung juga berpeluang memenangi sebuah kereta Perodua Bezza 1.0G apabila anda membeli mana-mana koleksi PKNS Homes bermula 15 Oktober hingga 31 Disember 2024.
Karnival dua hari itu turut menyaksikan majlis penutupan siri Program Pilih Karnival untuk tahun 2024 dan pelancaran Galeri Jualan Selangor Cyber Valley yang akan disempurnakan oleh Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PKNS, Dato’ Mahmud Abbas.

Menurut Pengarah Program, Ishak Hashim, PKNS Pilih Karnival merupakan inisiatif kempen gaya hidup oleh PKNS Homes pada tahun 2024.
Pada karnival dua hari ini, orang ramai boleh melihat pameran projek hartanah PKNS iaitu Intana Ria 3, Aludra, Puteri Ariana, Puteri Ariana 2, Puteri Ariana 3 dan Ixora. Kesemua projek perumahan itu berkonsepkan kediaman pangsapuri, rumah bandar dan rumah teres dua tingkat sebagai sebahagian daripada usaha PKNS untuk memperluaskan portfolio rumah kontemporari di beberapa lokasi.
Ia bukan sahaja menawarkan kediaman yang memenuhi keperluan gaya hidup masa kini, pembangunan projek perumahan itu turut memberi tumpuan kepada binaan moden berkonsepkan teknologi hijau atau ‘green element’ selaras dengan penekanan Perbadanan terhadap konsep kelestarian bagi menyokong amalan ESG dalam setiap pembangunannya.
Di samping pameran projek perumahan, orang ramai yang datang bersama keluarga juga boleh membuat tempahan pembelian rumah di fasa-fasa berkenaan.
Untuk informasi lebih lanjut hubungi Eksekutif Jualan PKNS di talian 03-50220188 atau WhatsApp 6010-9280187. Layari laman sesawang PKNS di www.pkns.gov.my untuk mendapatkan info lebih lanjut mengenai projek-projek hartanah PKNS.




Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2024/11/jom-ke-pkns-pilih-karnival-di-galeri.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Katsuhito Kinoshi Terapkan Mentaliti Never Give Up Kepada Pemain Selangor

Katsuhito Kinoshi Terapkan Mentaliti Never Give Up Kepada Pemain Selangor

papar berkaitan - pada 27/11/2024 - jumlah : 90 hits
Ketua jurulatih baharu pasukan Selangor Katsuhito Kinoshi mahu menerapkan sikap tidak menyerah kalah terhadap pemain skuad Gergasi Merah Kinoshi berkata demikian dalam satu video yang dimuat naik oleh pasukan di laman media sosial rasmi sel...
Fandi Ahmad Hampa Kesilapan Minit Akhir Punca Sri Pahang Fc Catat Seri 1 1 Dengan Selangor Fc

Fandi Ahmad Hampa Kesilapan Minit Akhir Punca Sri Pahang Fc Catat Seri 1 1 Dengan Selangor Fc

papar berkaitan - pada 25/11/2024 - jumlah : 199 hits
TEMERLOH Ketua Jurulatih Sri Pahang FC Fandi Ahmad hampa apabila skuad bimbingannya setakat mencatat keputusan seri 1 1 berdepan Selangor FC pada aksi pertama saingan Piala Malaysia di Stadium Majlis Perbandaran Temerloh di sini malam tadi ...
Selangor In Talks With Nvidia To Develop Sovereign Ai

Selangor In Talks With Nvidia To Develop Sovereign Ai

papar berkaitan - pada 23/11/2024 - jumlah : 232 hits
Selangor menteri besar Amirudin Shari said the move to produce a sovereign AI is to ensure that Selangor is not tied to a particular country that controls the technology SHAH ALAM The Selangor state government is in talks with Nvidia the wo...
Selangor Kl Border To Be Finalised In 2 Years Says Mb

Selangor Kl Border To Be Finalised In 2 Years Says Mb

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 221 hits
Selangor menteri besar Amirudin Shari said defining the boundaries between the state and Kuala Lumpur would be a complex task due to the dense development in some areas PETALING JAYA The demarcation of the border between Selangor and Kuala ...
Boleh Sambung Solat Selepas Salam Kerana Tidak Cukup Bilangan Rakaat Jabatan Mufti Wp Jabatan Mufti N Selangor

Boleh Sambung Solat Selepas Salam Kerana Tidak Cukup Bilangan Rakaat Jabatan Mufti Wp Jabatan Mufti N Selangor

papar berkaitan - pada 28/11/2024 - jumlah : 212 hits
SOALAN Bagaimanakah kalau kita bagi salam sebelum cukup rakaat kemudian baru perasan atau diberitahu rakaat belum cukup Betulkah kita perlu bangun dan tambah bilangan rakaat yang tidak cukup kemudian sujud sahwi dan bagi salam atau kena sol...
Amaran Jualan Besar Jualan Akhir Tahun Terbesar Di Malaysia Kembali Bermula 15 Nov 2024

Amaran Jualan Besar Jualan Akhir Tahun Terbesar Di Malaysia Kembali Bermula 15 Nov 2024

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 247 hits
ALERT JUALAN BESAR Jualan Akhir Tahun terbesar di Malaysia kembali lagi Dari 15 November 2024 hingga 1 Januari 2025 dapatkan tawaran hebat di seluruh negara Ambil beg anda ajak kawan kawan dan mari kita jadikan ini sebagai pengalamanshoppin...
Konsert Debut Penyanyi Tempatan Aisha Retno Dibatalkan Sebab Jualan Tiket Rendah Peminat Tunjuk Sokongan

Konsert Debut Penyanyi Tempatan Aisha Retno Dibatalkan Sebab Jualan Tiket Rendah Peminat Tunjuk Sokongan

papar berkaitan - pada 11/11/2024 - jumlah : 127 hits
PENYANYI tempatan Aisha Retno terpaksa batalkan konsert solo pertamanya yang dijadualkan pada hari Sabtu depan kerana jualan tiket yang kurang memberangsangkan Konsert Aisha Retno Malam Sutera sepatutnya diadakan di Zepp Kuala Lumpur dengan...
Jualan November Sega Diskaun Untuk Starter Pack Like A Dragon Dan Banyak Lagi

Jualan November Sega Diskaun Untuk Starter Pack Like A Dragon Dan Banyak Lagi

papar berkaitan - pada 10/11/2024 - jumlah : 194 hits
Setiap bulan aplikasi belanja kesayangan anda mengadakan penjualan bulanan dengan beragam tawaran diskon dan bundel yang unik Untuk memudahkan anda GadgetMatch telah merangkum beberapa rekomendasi dan penawaran menarik 11 11 adalah penjuala...
Cycle The Morib Tanjung Sepat Trail In Selangor For A Perfect Weekend Getaway

Cycle The Morib Tanjung Sepat Trail In Selangor For A Perfect Weekend Getaway

papar berkaitan - pada 19/11/2024 - jumlah : 279 hits
Batu Laut is a charming seaside town where one can often spot sailors training on sleek dinghy class sailboats IT S merely an hour s drive from Kuala Lumpur but it could well be a whole world away The Morib Tanjung Sepat cycling trail in Se...
Gutsy Siti Kasim Defends Secularism In Malaysian Law Fraternity Nobody Is Forcing Anybody To Bottoms Up

Doe Suspends Yan Rice Mill Over Air Pollution

Doa Doa Dalam Bulan Ramadan

Bakwan Cucur Sayur

Need A Visa Here S How To Get One Without Leaving Your Home

An Old Article The Contemptible M Y Power Elites

Di Mana Keberkatan Sahur

What Every Small Business In Huntsville Should Know About Website Ownership And Control


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Pagi Lagi Dah Lagu Raya

Jom Jadi Boss Buka Branch Mixue Di Lokasi Anda Dengan Modal Yang Rendah Sahaja

Permohonan Ismp 2025 Biasiswa Perguruan Persekutuan

Kebakaran Hutan Dan Ladang Nanas Berhampiran Kampung Cenderawasih Kini Mencecah Seluas 113 Hektar

Speed Read A Royal Enfield Himalayan 450 Rally Bike And More

Amerika Syarikat Lancar Misi Ke Iss Bawa Pulang Dua Angkasawan