Boleh Sambung Solat Selepas Salam Kerana Tidak Cukup Bilangan Rakaat Jabatan Mufti Wp Jabatan Mufti N Selangor




SOALAN: Bagaimanakah kalau kita bagi salam sebelum cukup rakaat, kemudian baru perasan atau diberitahu rakaat belum cukup. Betulkah kita perlu bangun dan tambah bilangan rakaat yang tidak cukup, kemudian sujud sahwi dan bagi salam, atau kena solat semula dari awal. Bagaimana pula kalau setelah salam yang awal tadi kita dah bercakap dan bergerak?
Jazakallah atas perhatian syeikh.
 

JAWAPAN 1: Jabatan Mufti WP
Dalam hal ini, sayugia kita merujuk kepada sejarah Islam, dalam sebuah hadis riwayat Imam Muslim dan lain-lain riwayat, bahawa Rasulullah SAW solat fardu Zuhur, dalam satu riwayat solat fardu Asar, sebanyak 2 rakaat lalu Baginda SAW bangkit menuju ke pintu dengan wajahnya yang serius. Lalu seorang sahabat yang dipanggil Dzul Yadain bertanya kepada Rasulullah SAW:
نَسِيتَ الصَّلَاةُ أَمْ أَقُصِرَتِ
Maksudnya: Adakah solat telah dipendekkan (oleh Syarak) atau engkau telah lupa ?

 

Jawab Rasulullah SAW: Solat tidak dipendekkan dan aku tidak pula lupa. Baginda SAW lalu bertanya kepada para sahabat yang lain: Apakah benar yang dikatakan Dzul Yadain itu?. Mereka membenarkannya. Lalu Baginda SAW bangkit dan menyempurnakan baki solat dua rakaat lagi beserta sujud sahwi. [Hadis riwayat Imam Muslim (573) dalam Sahihnya]
 

Hadis ini menerangkan tunjuk ajar Nabi SAW kepada para sahabatnya, dan umat keseluruhannya, tentang tatacara melengkap solat fardu yang tidak sempurna bilangan rakaatnya, kerana lupa atau sebagainya.


Justeru boleh disambung untuk melengkapkan bilangan rakaat yang belum sempurna jika selepas salam yang tersilap itu tidak diselangi dengan percakapan dan pergerakan yang banyak. 


Manakala, jika sudah berlalu tempoh yang panjang berserta pergerakan yang banyak (seperti mandi, makan minum) maka perlu ditunaikan semula solat daripada awal. Wallahua`lam. [JabatanMufti WP]

Jawapan 2: Jabatan Mufti Negeri Selangor
Merujuk kepada persoalan tuan sebagaimana yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah RA beliau berkata;

 

Mafhumnya: “Rasulullah SAW telah solat bersama kami dalam salah satu solat al-‘asyi (zohor atau asar)”- Imam Ibnu Sirin menyatakan bahawa “Saidina Abu Hurairah RA telah memberitahu nama solat tersebut namun aku terlupa” - Saidina Abu Hurairah berkata: “Baginda SAW solat dengan kami dua rakaat kemudian memberi salam.

 

Lalu Baginda SAW bangun pergi ke sebatang kayu yang diletakkan melintang di dalam masjid lalu bersandar padanya dalam keadaan seperti menahan marah, lalu Baginda SAW meletakkan tangan kanannya ke atas tangan kiri lantas menyilangkan jari jemari, kemudian Baginda SAW meletakkan pipi kanannya di belakang tapak tangan kiri”. Kemudian para jama’ah yang keluar awal dari masjid berkata “solat telah dikurangkan kepada dua rakaat”. Saidina Abu Bakar dan Saidina Umar RA yang berada di belakang Nabi SAW tidak bertanyakan apa-apa kepada Baginda SAW kerana rasa hormat yang tinggi kepada Baginda SAW.

 

Di kalangan para sahabat ada seorang lelaki yang panjang tangannya digelar Zul Yadain bertanya kepada Baginda SAW. “Adakah kamu terlupa atau (rakaat) solat telah dikurangkan?” Baginda SAW menjawab “aku tidak terlupa dan solat juga tidak dikurangkan”. Baginda SAW betanya kepada para sahabat berkaitan kurangnya bilangan rakaat seperti yang didakwa. “Apakah benar apa yang dikatakan Zul Yadain?” Para sahabat menjawab “ya”.

 

Lantas Nabi SAW melangkah ke hadapan (tempat imam) lalu menyempurkan (rakaat) solat yang ditinggalkan kemudian memberi salam. Kemudian Baginda SAW bertakbir lalu sujud sepertimana sujudnya yang lalu atau lebih panjang (sujud sahwi), kemudian mengangkat kepalanya (bangun dari sujud) sambil bertakbir dan kemudian sujud semula sepertimana sujudnya yang lalu atau lebih panjang, kemudian mengangkat kepalanya sambil bertakbir”. Ibnu Sirin ditanya “adakah Baginda SAW memberi salam selepas takbir terakhir? Beliau menjawab, “aku diberitahu ‘Imran bin Husoin RA berkata “kemudian Baginda SAW memberi salam (selepas takbir terakhir)” (Riwayat Bukhari dan Muslim).

 

Hadis di atas menjelaskan bahawa, seseorang yang sedar selepas memberi salam bahawa dia telah tertinggal rakaat solat, wajib bangun segera untuk menyempurnakan solatnya dengan syarat;

 

i. Jarak masa di antara memberi salam dan menyambung semula solat tidak terlalu lama. Di penghujung solat, disunatkan untuk sujud sahwi iaitu dengan dua kali sujud. Akan tetapi, jika selang masa terlalu lama maka solat wajib diulang semula dari awal.

 

ii. Tidak melakukan perkara yang membatalkan wuduk atau solat. Percakapan yang sedikit seperti menjawab teguran orang lain berkaitan bilangan rakaat tidak membatalkan solat. [JabatanMufti Negeri Selangor]


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.orangmuo.my/2024/11/boleh-meneruskan-solat-selepas-salam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Semoga Saya Boleh Hafal Banyak Lagi Surah Nora Danish Buat Netizen Kagum Dapat Sambung Bacaan Surah Al Mulk

Semoga Saya Boleh Hafal Banyak Lagi Surah Nora Danish Buat Netizen Kagum Dapat Sambung Bacaan Surah Al Mulk

papar berkaitan - pada 2/12/2024 - jumlah : 92 hits
Pelakon Nora Danish sekali lagi menarik perhatian netizen apabila dilihat berjaya menyambung bacaan surah Al Mulk nbsp View this post on Instagram nbsp A post shared by var currentUr
Video Tewas Di Home Bukan Penamat Irfan Bakti Yakin Baki Perlawanan Acl2 Boleh Bantu Selangor Mara Sukan

Video Tewas Di Home Bukan Penamat Irfan Bakti Yakin Baki Perlawanan Acl2 Boleh Bantu Selangor Mara Sukan

papar berkaitan - pada 29/11/2024 - jumlah : 165 hits
KEKALAHAN pertama buat pengendali baharu Selangor FC Katsuhito Kinoshi selepas gagal mempamerkan kebangkitan dalam saingan Liga Juara Juara Asia 2 apabila tewas 1 2 di tangan kelab Thailand Muangthong United pada Khamis Skuad Gergasi Merah ...
Sandra Lim Tamatkan Kemarau Malaysia Selepas 53 Tahun Berjaya Ke Top 30 Miss Universe

Sandra Lim Tamatkan Kemarau Malaysia Selepas 53 Tahun Berjaya Ke Top 30 Miss Universe

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 181 hits
Pelakon dan model dari Selangor Sandra Lim tamatkan kemarau Malaysia selepas 53 tahun apabila terpilih sebagai Top 30 Miss Universe 2024 Pencapaian Sandra Lim Shue Hui itu sekali guus mencipta sejarah di pentas antarabangsa buat Malaysia di...
Kelantan Lelaki Maut Selepas Jatuh Perigi

Kelantan Lelaki Maut Selepas Jatuh Perigi

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 161 hits
Syaherah Mustafaam hmetro com myANGGOTA bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Rantau Panjang membantu mengeluarkan mangsa yang jatuh ke dalam perigi di Kampung Tasek Bakong FOTO Ihsan JBPMRantau Panjang Lelaki meninggal dunia selepas terjat...
Wanita Terjerat Love Scam Doktor Tentera Selepas Dipukau

Wanita Terjerat Love Scam Doktor Tentera Selepas Dipukau

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 273 hits
KOSMO Kasamon dan Phitchaya mengadakan sidang akhbar dengan bantuan Saimai Survive KhaosodBANGKOK Dua wanita di Thailand mendedahkan bahawa mereka menjadi mangsa penipuan love scam seorang lelaki yang didakwa menggunakan ilmu hitam untuk me...
Dipukau Di Pusat Beli Belah Selepas Terkena Calitan Gincu

Dipukau Di Pusat Beli Belah Selepas Terkena Calitan Gincu

papar berkaitan - pada 21/11/2024 - jumlah : 132 hits
HANISAH SELAMATKetika disantau Izreen bukan hanya menyerahkan beg tangan serta barangan berharga lain bahkan memberikan seluar yang dipakai kepada individu terbabit PETALING JAYA Pernah berdepan insiden menakutkan pelakon Izreen Azminda men...
Fazura Akui Lebih Bahagia Selepas Bercerai Bukan Nak Riak Tapi

Fazura Akui Lebih Bahagia Selepas Bercerai Bukan Nak Riak Tapi

papar berkaitan - pada 17/11/2024 - jumlah : 145 hits
Aktres Fazura akhirnya dapat hak jagaan anak sepenuhnya selepas bekas suami yang juga aktor Fattah Amin turut bersetuju dalam urusan hadanah Memetik portal mStar Online peguam syarie Fakhrul Azman Abu Hassan memaklumkan hak penjagaan anak k...
Junaida Hilang Selepas Keluar Ke Tempat Kerja Hanya Kenderaan Ditemukan

Junaida Hilang Selepas Keluar Ke Tempat Kerja Hanya Kenderaan Ditemukan

papar berkaitan - pada 20/11/2024 - jumlah : 199 hits
Ruwaida Md Zainam hmetro com myJUNAIDA dipercayai hilang dan masih tidak dapat dihubungi FOTO Ihsan PolisShah Alam Polis menerima tiga laporan berhubung kes seorang wanita yang tidak dapat dihubungi selepas keluar ke tempat kerja Jumaat lal...
Lelaki Didakwa Bunuh Ibu Mentua

Kempen Keselamatan Dalam Talian Anjuran Mcmc Disambut Para Baik Ibu Bapa

Relationship 4 Horsemen Overcoming The Four Horsemen

Top Marketing Strategies For Buzz

Hari Ke 29 Rezeki Datang

Persediaan Persekolahan

Ayu Raudhah Reda Pemergian Anak Bongsu Dia Adalah Pinjaman Allah

Skill Issue Memes The Power Of Skill Based Memes


echo '';
Info Dan Sinopsis Filem Perayaan Mati Rasa 2025 Adaptasi Lirik Lagu Berjudul Sama Kini Di Pawagam Malaysia

Info Dan Sinopsis Filem Sumala 2024 Adaptasi Kisah Nyata Dari Kabupaten Semarang Kini Di Platform Online Netflix Malaysia

Ramalan Peserta Gegar Vaganza 2025 2026 Musim 12 GV12

Keputusan Markah Konsert Akhir Final Gegar Vaganza 2024 2025 GV 11 Juara Pemenang Finalis

Senarai Lagu Tugasan Konsert Akhir Gegar Vaganza 2024 2025 Musim 11 Minggu 12


From Paris London

Drama Abang Bunga Macho

Rayola Pai Indak Ka Babaliak Chord

Indonesia Beli Dron Bayraktar Turkiye

Ipayment Cara Membuat Pembayaran Online Agensi Yang Terlibat

V Speed A Made To Order Custom Buell Xb12 From Florida