Jom Ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 21 24 Mac 2025


JOM KE ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 21 - 24 MAC 2025 | Assalammualaikum semua! Bazaar Raya kegemaran ramai kembali! Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya bakal diadakan pada 21 hingga 24 Mac 2025 di MITEC Kuala Lumpur. 66 Jam Tanpa Henti! Jom menabung dari sekarang untuk kita dapatkan barangan persediaan Aidilfitri di Bazaar Raya Terpaling Vibes ini! Jumaat, Sabtu, Ahad dan Isnin kita meriahkan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya okay?




UNTUK TAHUN KEEMPAT: LEBIH BESAR, LEBIH MERIAH DAN LEBIH MENGUJAKAN
Kuala Lumpur – Festival Raya wajib dan ikonik, Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya (ABxFGR) kembali lagi pada tahun 2025 membawakan lebih kemeriahan dalam tahun keempatnya. 
Acara yang telah menerima pengiktirafan dari The Malaysia Book Of Records sebagai Expo Festival Raya Terbesar di Malaysia ini merupakan anjuran bersama My Events International dan Absolut Events & Management dan akan berlangsung pada 21 Mac (12.00 pm) hingga 24 Mac (6.00 am) 2025 selama 66 jam tanpa henti di Pusat Perdagangan dan Pameran Antarabangsa Malaysia (MITEC), Kuala Lumpur.

Absolut Bazaar & Festival Gaya Raya ketika menerima pengiktirafan dari The Malaysia Book Of Records sebagai Expo Festival Raya Terbesar di Malaysia semasa Majlis Perasmian Penutup yang dirasmikan oleh YB Senator Tengku Datuk Seri Utama Zafrul Tengku Abdul Aziz. 
Untuk julung kalinya di tahun 2024, ABxFGR telah diadakan di luar kawasan Lembah Klang iaitu di Persada Johor, Johor Bahru bagi menarik minat pengunjung di sebelah selatan negara serta negara jiran kita, Singapura dan telah menjadikan tahun 2024 sebagai tahun terbaik dalam sejarah ABxFGR sepanjang tiga tahun diadakan.

Acara ini telah mencatatkan pelbagai kejayaan luar biasa setiap tahun dan berikut merupakan pencapaian ABxFGR sepanjang tiga tahun lalu;

• RM42.1 juta hasil jualan

• 1,731 tapak reruai

• 5.1 juta jumlah pengunjung

• 300 vendor F&B

• Lebih 400 selebriti

• 100 rakan penaja

• lebih daripada 3000 usahawan dan 600 jenama tempatan

Pencapaian-pencapaian yang dikecapi selama tiga tahun ini, telah mengukuhkan lagi status ABxFGR sebagai Festival Raya yang paling berprestij di Malaysia di samping memberikan impak positif pada ekonomi negara dan membuka peluang perniagaan yang baik kepada usahawan dan pemilik perniagaan tempatan, terutamanya kepada perusahaan kecil dan sederhana (SMEs). 
Seiring dengan harapan pihak penganjur, ABxFGR dijadikan sebagai platform bagi usahawan-usahawan tempatan untuk memperkenalkan produk dan khidmat mereka kepada masyarakat dan membina rangkaian perniagaan yang lebih meluas di Malaysia.

Sama seperti 3 tahun lepas, pihak penganjur berharap ABxFGR dapat memberikan pengalaman membeli belah bagi persediaan Aidilfitri yang lengkap untuk semua pengunjung daripada pakaian, produk kecantikan dan juadah Aidilfitri. 
Untuk dua tahun berturut-turut, ABxFGR telah menerima pengiktirafan daripada The Malaysia Book of Records dan pihak penganjur berhasrat meneruskan kejayaan ini dengan mencipta rekod baru bagi tahun 2025

ABSOLUT BAZAAR X FESTIVAL GAYA RAYA 2025 TERPALING VIBES! 
Turut diperkenalkan, Usanita Sdn Bhd sebagai penaja utama bagi ABxFGR 2025 di samping Hermo dan Wardah sebagai Rakan Penaja dan Aik Cheong Coffee sebagai Rakan Minuman Rasmi serta penaja-penaja lain yang turut menyumbang kepada kejayaan ABxFGR pada tahun ini

Encik Nur Ali Nadzwan @ Ben Ali; Pengarah Urusan Absolut Events & Management Sdn Bhd 
Menurut Encik Nur Ali Nadzwan @ Ben Ali; Pengarah Urusan Absolut Events & Management Sdn Bhd berkata, "Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya pada tahun ini lebih bersedia untuk menyantuni para pengunjung dengan fasiliti yang lebih banyak. Banyak ruang menunggu dan ruang makan sudah semestinya. Keselesaan pengunjung adalah keutamaan kami. 
Kami ambil maklum tentang maklum balas pengunjung yang terus menyokong kami selama 3 tahun yang lalu. Ada yang hadir bersama seisi keluarga bersama anak kecil, bersama kawan-kawan dan hadir bersama warga emas. Semoga tahun ini para pengunjung hadir ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya yang bakal berlangsung pada 21-24 Mac 2025 dan mendapatkan barangan persediaan Aidilfitri di sini. 
Ruang menunggu disediakan untuk para semua tetamu. Malah kami menyediakan taman yang luas untuk ruang yang boleh pengunjung membawa kerusi healing, khemah dan piknik di sini. Bawa tikar untuk berbuka puasa di luar. Ruang solat juga ada di dewan tingkat atas MITEC. Tetamu boleh solat Taraweh di sini. Sama-sama kita menjaga kebersihan sepanjang 66 Jam di Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya. InsyaAllah"


Puan Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab @ Nadiyah Shahab; Pengarah Urusan Absolut Events & Management Sdn Bhd 
Menurut Puan Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab @ Nadiyah Shahab; Pengarah Urusan Absolut Events & Management Sdn Bhd turut berkongsi pengalaman selama 3 tahun berturut mengadakan Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya, "Tahun ini pastinya lebih meriah dan terpaling vibes. Kami mendapat sokongan dari para vendor yang menyertai dengan pendaftaran awal pada majlis penutup Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2024. Jumlah 700 reruai akan menyertai dan semua keperluan Aidilfitri anda pasti ada di sini. Jom ke Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya pada tahun ini. Bawa semua ahli keluarga. Di sini anda boleh sahur, berbuka puasa, moreh pun boleh". Jelasnya. 
Encik Dailan Muhammad; Pengurus Projek My Events International
Encik Dailan Muhammad; Pengurus Projek My Events International turut berkata,"Sepanjang 3 tahun dan memasuki ke tahun ke 4 penganjuran Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya. Ia merupakan festival yang banyak membantu para usahawan selepas COVID-19 melanda dunia. Para usahawan yang menyertai juga sangat gembira dengan kehadiran pengunjung yang tidak henti selama 66 jam. 
Mereka mempercayai kami kerana memberi lokasi terbaik, fasiliti terbaik dan tugas mereka menyediakan produk-produk berkualiti agar mendapat jualan hebat sepanjang menyertai Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya. Para pengunjung juga dapat memanfaatkan setiap masa mereka di sini kerasa jaminan keselesaan dan penyertaan para selebriti sepanjang hari." katanya lagi. 
Aprena Manrose, Wakil Selebriti
Aprena Manrose, Wakil Selebriti turut menzahirkan rasa teruja untuk menyertai Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya tahun ini ,"Jemput datang beramai-ramai, saya dan rakan-rakan selebriti yang lain akan hadir menyokong Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya. Di sini juga anda boleh beramal ibadat dan juga menderma. Setiap jualan di sini akan disalurkan kepada program CSR. Setiap hasil keuntungan acara ini akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir, ibu tunggal dan anak-anak yatim di seluruh Malaysia." katanya. 
Selain itu, skala festival raya diperbesarkan dengan menambah sebuah lagi dewan pameran pada tahun ini untuk menempatkan lebih banyak tapak reruai. Untuk tahun 2025, 700 tapak reruai telah habis dijual dan pihak penganjur menyasarkan RM25 juta hasil keuntungan daripada pempamer di samping menarik seramai 2 juta pengunjung bagi menjadikan ABxFGR 2025 lebih meriah.

Terdapat pelbagai aktiviti sampingan seperti Money Chamber dan jualan Happy Hour untuk disertai oleh para pengunjung. Seterusnya, festival raya yang gah ini juga bakal menampilkan barisan selebriti ternama tanah air serta hiburan tanpa henti selama 66 jam berlangsung. ABxFGR bakal membawakan bakat-bakat terkemuka bagi mewarnai lagi festival raya ini.

Di samping itu, antara tarikan utama lain bagi acara ABxFGR ialah Mini Absolut FoodFest, sebuah pesta makanan di bahagian luar dan dalam dewan pameran di mana pengunjung dapat menikmati pelbagai makanan dan minuman daripada lebih 50 vendor makanan untuk berbuka puasa dan sahur sepanjang acara berlangsung, menjadikan acara ini sebagai pusat tumpuan untuk membeli kelengkapan hari Raya, berbuka puasa dan bersahur.

Sebagai salah satu langkah untuk membantu masyarakat, ABxFGR 2025 telah mengambil inisiatif Tanggungjawab Sosial Korporat (CSR) di mana sebahagian daripada hasil keuntungan acara ini akan disalurkan kepada mangsa-mangsa banjir, ibu tunggal dan anak-anak yatim di seluruh Malaysia bagi membantu mereka membuat persediaan untuk Aidilfitri yang akan datang.

Seterusnya, pihak penganjur juga menyatakan hasrat mereka untuk memperluaskan penganjuran ABxFGR ke sebelah utara Malaysia dan Borneo pada tahun hadapan bagi memenuhi permintaan orang ramai yang ingin merasai pengalaman festival raya yang meriah ini di kawasan mereka.

Akhir sekali, pihak penganjur menyeru agar para pengunjung mengikuti akaun media sosial rasmi ABxFGR untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai acara tersebut. Pihak penganjur juga menyatakan terdapat lebih banyak kejutan menarik menanti semua pengunjung menjelang ABxFGR 2025

Ruby bergambar bersama Puan Sharifah Nadiyah Syed Fuad Al Shahab @ Nadiyah Shahab; Pengarah Urusan Absolut Events & Management Sdn Bhd dan Encik Nur Ali Nadzwan @ Ben Ali; Pengarah Urusan Absolut Events & Management Sdn Bhd semasa Pelancaran Absolut Bazaar X Festival Gaya Raya 2025
MENGENAI MYEVENTS INTERNATIONALSetelah 18 tahun berada di dalam industri pengurusan acara, My Events International, merupakan peneraju dalam bidang tersebut di Malaysia. Syarikat ini menyediakan perkhidmatan pengurusan acara di dalam dan luar negara dengan pengkhususan dalam acara konsert, persidangan, pameran dan majlis makan malam gala. 
My Events International menguruskan acara bermula dari fasa perancangan serta pelaksanaan dengan perincian teliti dan sentiasa memberi keunikan bagi setiap acara. Bukan itu sahaja, My Events International juga menyediakan servis binaan acara seperti binaan pentas dan tapak reruai, audio visual, pengurusan pendaftaran, pemasaran dan promosi, grafik visual dan banyak lagi.

MYEVENTS: FACEBOOK | INSTAGRAM
MENGENAI ABSOLUT EVENTS & MANAGEMENTAbsolut Events & Management merupakan anak syarikat di bawah Absolut Chocolat dengan fokus utama kepada perancangan dan penganjuran acara. Absolut Chocolat dibangunkan oleh Nur Ali Bin Nadzwan dan Sharifah Nadiyah Binte Syed Fuad pada tahun 2018 bermula dengan perniagaan kek atas talian dan kemudian memasuki pasaran offline sebagai salah satu inisiatif meluaskan empayar perniagaan mereka. Absolut Events & Management sebelum ini juga menjadi penganjur pesta makanan terbesar iaitu Absolut Food Fest di Shah Alam dan bermula pada tahun lalu acara ini juga telah memasuki pasaran Singapura

ABSOLUT BAZAAR: FACEBOOK | INSTAGRAM


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ruby.my/2025/01/jom-ke-absolut-bazaar-x-festival-gaya.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

Gopayz Tamat Operasi Pada 31 Mac 2025 Ini Tindakan Yang Perlu Diambil Pengguna

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 479 hits
GoPayz sebuah perkhidmatan e dompet di Malaysia akan menamatkan operasinya pada 31 Mac 2025 Selepas tarikh tersebut pengguna tidak lagi dapat mengakses atau menggunakan perkhidmatan GoPayz Ini bermakna hari terakhir untuk pengguna mengakses...
Jualan Biskut Raya 2025

Jualan Biskut Raya 2025

papar berkaitan - pada 22/1/2025 - jumlah : 193 hits
Jualan biskut raya seluruh Malaysia Kita pos yang jauh yang dekat kita hantarkan by hand Gift Set Biskut Raya pun ada sekali dpt 6jenis kuih Beli tuk diri sendiri pun okay Comei2 aje hidang pada tetamu Boleh terus untuk sekarang WS 01233120...
Aliff Syukri Beri Hint Bakal Rilis Lagu Raya 2025 Cetus Pelbagai Reaksi Netizen Dia Tak Taubat Lagi

Aliff Syukri Beri Hint Bakal Rilis Lagu Raya 2025 Cetus Pelbagai Reaksi Netizen Dia Tak Taubat Lagi

papar berkaitan - pada 3/2/2025 - jumlah : 139 hits
Usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri sebelum ini pernah mendapat kritikan netizen selepas berkongsi teaser lagu raya pada Aidilfitri tahun lalu selepas menampilkan penari penari yang berpakaian melekap pada tubuh badan serta tidak berse...
Pergi Raya Sempena Cny 2025

Pergi Raya Sempena Cny 2025

papar berkaitan - pada 5/2/2025 - jumlah : 187 hits
Pergi Raya Sempena CNY 2025 Kalau ada yang tak tahu mak nieyl keturun cina masuk islam Jadi ikatan kekeluargaan dengan family cina masih lagi ada Jadi dah kecil lagi setiap kali tahun baru cina kita akan pergi ke rumah family cina untuk ber...
Jom Tiru Checklist Preparation Neelofa Menjelang Ramadan Tahun 2025

Jom Tiru Checklist Preparation Neelofa Menjelang Ramadan Tahun 2025

papar berkaitan - pada 6/2/2025 - jumlah : 165 hits
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Jom Tiru Checklist Preparation Neelofa Menjelang Ramadan Tahun 2025 Hari tu masa saya tengok igstories Neelofa dia ada share list preparation beliau sebelum tiba Ramadan Sebenarnya sharing tu daripada fol...
Cuti Raya China 2025

Cuti Raya China 2025

papar berkaitan - pada 31/1/2025 - jumlah : 251 hits
Assalammualaikum Dunia Hai bestie wat ape tue jalan jalan raya China Ka Melayan budak TobyCikbunga raya tak pi mane coz bapak bunga keje maka dok umah jew lar While cuti dah start hari Rabu sampai Ahad so cuti nie belek belek keperluan buda...
Oscars 2025 And The Nominees Are

Oscars 2025 And The Nominees Are

papar berkaitan - pada 24/1/2025 - jumlah : 212 hits
Lights camera drama The 97th Academy Awards are officially on their way and the nominee list has dropped like a blockbuster trailer With Emilia P rez leading the pack with a record breaking 13 nominations this year s Oscars are shaping up t...
2025 Skoda Octavia Select And Rs Price And Specs

2025 Skoda Octavia Select And Rs Price And Specs

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 159 hits
As the automotive landscape continues to evolve has introduced its latest iterations of the iconic Octavia the 2025 Skoda Octavia Select and RS These models should combine the best of new technologies with the traditionally low prices Skoda...
Revealed The 2025 Indian Sport Chief Rt

Revealed The 2025 Indian Sport Chief Rt

papar berkaitan - pada 25/1/2025 - jumlah : 216 hits
When the Indian Sport Chief debuted it showed that the American motorcycle company had its finger on the pulse of the performance cruiser custom scene Dripping with Californian club style details it wore the sort of parts that riders of tha...
Sabah Mulls Age Restriction For Mount Kinabalu Climbers

Startups Vs Established Industries

Warga Emas Meninggal Dunia Kkm Jelaskan Tiada Keperluan Wujudkan Unit Kesihatan Di Bazar Ramadan

Yerin Gfriend Kongsi Dah 2 Tahun Bekerja Di Insurans Kesihatan Nasional

Miti Probing Case Of Nvidia Powered Servers Shipped To Malaysia

Apa Itu Konjac Adakah Konjac Membantu Proses Pembakaran Lemak Bagi Menurunkan Berat Badan

Nasi Lemak Lobster Jb

Snowy Trails Cozy Inns Skiing Town To Town In Quebec


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Advertorial Rahsia Pengiklanan Yang Menjana Jualan Tahun Demi Tahun

Minuman Belgian Chocolate Choco Albab Rasa Kaya Khasiat Mantap

Lirik Lagu Penantian Lah Ahmad

Lirik Lagu Suci Sekeping Hati 2025 Saujana Wany Hasrita Dan Amin Idris

Beli Mata Wang Kripto Di Luno

Doa Menghilangkan Kesedihan Gelisah Allahumma Inni A Udzubika Minal Hammi Wal Hazan