Jom Ikhtiar Supplement Untuk Anak Kekal Focus Dalam Pembelajaran Eskayvie I Qids
Assalamualaikum and Hi!
Jom Ikhtiar Supplement untuk anak kekal focus dalam pembelajaran | Eskayvie i-Qids
Ramai yang sedia maklum kita sudah pun memasuki fasa endemik sejak 1 April yang lalu. Kebanyakan sekolah dan tempat kerja sudah mula operasi sepenuhnya. Pasti banyak perkara yang merisaukan ibu bapa bukan? Dengan bermulanya jangkitan Covid-19 dari sekolah dan sekarang timbul pula jangkitan Influenza A yang melanda negara ini. Bagaimana pula negara-negara luar yang dilanda jangkitan wabak cacar monyet dan macam-macam lagi. Jadi, kita sebagai ibu bapa perlukan yang terbaik untuk anak-anak bukan? Selain vaksin yang di recommend oleh kerajaan, pemakanan anak-anak juga perlu dititik beratkan supaya mereka kekal sihat dan kuat melawan virus-virus yang merebak di luar.
Selain itu, kebersihan anak-anak jugak penting seperti kerap mencuci tangan dan tidak berada di tempat-tempat yang sesak dengan orang ramai. Untuk perlindungan yang lebih baik, anak-anak perlukan supplement tambahan seperti vitamin bagi mengelakkan atau mengurangkan impak sekiranya terkena jangkitan yang sekaligus memberi kesan ke atas minda mereka. Eskayvie i-Qids amatlah sesuai untuk perlindungan dan membuatkan anak anda lebih focus dalam pembelajaran!
Video pengenalan
I-Qids
Seperti yang ibu bapa semua sedia maklum, antara kesan jangka panjang jangkitan virus Covid-19 adalah boleh menyebabkan kadar focus pembelajaran anak-anak berkurang. Eskayvie i-Qids boleh diambil bagi membantu meningkatkan kadar focus anak-anak malah sesuai juga untuk anak-anak yang sering moody dan tantrum. Kandungan yang digunakan adalah berasaskan bahan semulajadi yang baik untuk anak-anak anda.
Kelebihan Eskayvie I-Qids Berbanding Produk Lain
Untuk pengetahuan korang, Eskayvie merupakan antara pengeluar suplemen tambahan yang semakin mendapat tempat dikalangan rakyat Malaysia ketika ini. Ramai yang dah amalkan Eskayvie Diffenz sebagai perlindungan ketika pandemik Covid-19 melanda negara kita. Banyak testimoni pengguna dan bekas pesakit Covid-19 yang berikan maklum balas positif selepas ambil Eskayvie I-Qids. Jadi ibu bapa diluar sana tidak perlu risau lagi kerana anak-anak anda kini boleh dapatkan perlindungan tambahan dan meningkatkan focus anak-anak dengan adanya produk keluaran terbaharu iaitu Eskayvie I-Qids.
Merangsang sel-sel otak untuk berhubung.Menggunakan bahan-bahan semula jadi. Diformulasikan oleh Doktor Perubatan, Dr Syid Ayob Syid Mustafa AlQudri
HALAL, selamat dan berkesan. Sedap dan rasa coklat.Menguatkan memori & daya ingatan.Meningkatkan fokus & daya tumpuan.Memperbaiki mood dan mengurangkan stres.Menyokong prestasi sekolah & pembelajaran.Melengkapkan keperluan nutrisi dengan 22 jenis vitamin dan mineral serta 22 jenis ekstrak buahan dan sayuran.Mudah diamalkan.
6 Bahan Nutrisi Utama Untuk Otak Yang Sihat dan Minda Yang Cerdas:
1. Phosphatidylserine (Serine)
Kalau korang nak tahu, sebenarnya masih ramai kanak-kanak Malaysia yang kekurangan pengambilan Phosphatidylserine setiap hari. Untuk membantu fungsi otak yang baik, kanak-kanak disarankan untuk mendapatkan sekurang-kurangnya 100mg Phosphatidylserine sehari tetapi sayangnya, kanak-kanak kita hanya mengambil sekitar 1/3 sahaja dari jumlah ini!
Phosphatidylserine ni bukan sahaja penting untuk bantu sel-sel otak berhubung, tapi juga boleh meningkatkan penghantaran maklumat ke otak. Bila penghantaran maklumat jadi laju, semestinya kanak-kanak akan lebih mudah untuk mempelajari sesuatu yang baru! Malah pelbagai kajian yang dibuat di beberapa negara maju juga mendapati dengan corak pemakanan hari ini, ramai individiu terdedah dengan pengambilan Phosphatidylserine yang tidak mencukupi.
Phosphatidylserine boleh didapati daripada makanan harian walaupun kebiasaannya jumlahnya tidak mencukupi. Jadi, sangat penting untuk ambil Phosphatidylserine daripada sumber makanan tambahan.
2. Alpha Linolenic Acid (ALA)
Untuk info korang, sebenarnya ikan mengandungi sejenis nutrisi yang dipanggil sebagai Omega 3 dan penting untuk kesihatan otak. Omega 3 boleh dipecahkan kepada EPA dan DHA yang mempunyai tugas tersendiri dalam merangsang sel-sel otak untuk berhubung.
Sayang sekali, pemakanan yang tidak seimbang boleh menyebabkan kanak-kanak kekurangan nutrisi ini sehingga mengganggu perkembangan minda mereka. Selain daripada makanan semulajadi, sumber EPA dan DHA juga boleh didapati dalam minyak ikan, namun akibat rasa dan baunya yang sedikit hanyir menjadikan kanak-kanak kurang gemar untuk mengamalkannya.
Sebab itu pengambilan Alpha Linolenic Acid (ALA) amat digalakkan untuk menjadi sumber EPA dan DHA kepada otak si kecil memandangkan rasanya yang lebih lazat.
3. 22 Buahan & Sayuran
Kalau nak tahu, sebenarnya sayur-sayuran dan buah buahan merupakansumber antioksidan utama dalam pemakanan harian kita. Lebih daripada 90% rakyat Malaysia tidak mengambil sayuran dan buahan secara mencukupi termasuklah kanak-kanak. Tapi apa nak buat kalau anak kita jenis taksuka makan sayur dan kurang gemar mengambil buahan?
Sebab itu, pengambilan makanan tambahan dalam bentuk ekstrak sayuran dan buahan amat diperlukan buat masa ini untuk memanfaatkan kebaikan antioksidan di dalam sayuran tersebut. Ekstrak sayuran dan buahan ni bukan saja mempunyaikandungan antioksidan yang lebih tinggi berbanding 5 hidangan buahan dan sayuran, tetapi juga mempunyai penyerapan bahan fenolik dan polifenol yang optima untuk memenuhi keperluan nutrisi kanak-kanak, lebih-lebih lagi yang kurang makan sayur.
4. Moringa Oleifera
Kebiasaannya tumbuhan ini turut dikenali sebagai 'daun kelor', 'Murungai' atau 'Rumungai' yang merupakan sejenis Superfood kerana kandungan nutrisinya yang amat hebat. Khasiat moringa yang anda perlu tahu:
1) 3x zat besi berbanding bayam
2) 4x kalsium berbanding susu
3) 3x potassium berbanding pisang
4) 7x vitamin C berbanding oren
5) Kaya dengan vitamin A, B kompleks, Copper,
Manganese dan Zinc.
6) Menyokong kesihatan organ
7) Meningkatkan tenaga dan sistem imun badan
Malah, ia dikaji boleh meningkatkan memori dan pembelajaran kanak-kanak. Tidak dinafikan lagi, manfaat daun moringa ini amat sesuai untuk situasi selepas pandemik di mana banyak kajian mendapati kanak-kanak yang dilahirkan pasca pandemik mengalami impak negative terhadap perkembangan verbal, motor dan daya pemikiran mereka. Walaupun khasiat daun Moringa luar biasa hebatnya, ada ibu bapa yang mengalami kesukaran untuk mengajar anak mereka mengamalkan superfood ini.
5. Prebiotik
Prebiotik merupakan baja yang menyuburkan kehidupan probiotik atau bakteria-bakteria baik di dalam usus. Apabila kesihatan usus terjaga, ia akan membentuk satu ekosistem usus yang sihat dan meningkatkan penyerapan nutrisi dengan lebih efisien. Disebabkan bakteria probiotik lebih mudah terjejas dan rosak akibat persekitaran, ramai yang gemar mengamalkan makanan tambahan prebiotik sebagai alternatif untuk memastikan kesihatan usus.
Macam-macam sebenarnya fungsi prebiotik ni. Kebiasaannya didapati dalam pelbagai bentuk seperti inulin, fructooligosaccharide, galactooligosaccharide dan banyak lagi. Disebabkan rasanya yang sedikit manis, menjadikannya satu nutrisi mudah untuk diamalkan olehkanak-kanak! Apabila usus anak menjadi sihat, penyerapan nutrisi ke dalam badan juga menjadi lebih mudah.
6. Multivitamin & Mineral
Ramai kanak-kanak di Malaysia tidak mempunyai nutrisi yang mencukupi untuk tumbesaran yang sihat. Lebih-lebih lagi sejak pandemic bermula, beberapa siri perintah berkurung telah dilakukan dan ini banyak mengganggu pengambilan nutrisi anak anda. Pemakanan yang tidak terjaga, banyak terdedah dengan makanan segera, makanan terproses, makanan atas talian, jajan dan pelbagai lagi makanan yang tidak sihat menyebabkan wujudnya jurang nutrisi dalam pemakanan si kecil.
Sebab itu pengambilan gabungan vitamin dan mineral amat penting untuk melengkap dan mengisi jurang nutrisi harian kanak-kanak. Ibu bapa harus sentiasa peka dengan pemakanan anak anda. Untuk menjamin tumbesaran yang lebih sempurna, amalan mengambil multivitamin dalam bentuk makanan tambahan semestinya boleh membantu.
Apa kata mereka?
Eskayvie i-Qids ni bukan saja sedap dan disukai kanak-kanak. Malah, ia boleh bantu menguatkan daya ingatan anak-anak untuk menjadi lebih fokus. Eskayvie i-Qids juga merupakan mood booster yang boleh bantu tenangkan anak-anak yang kerap tantrum. Kunyah-kunyah 2 kali sehari dah cukup untuk memberikan manfaat yang luar biasa buat anak-anak.
Kita hanya ikhtiar, yang menentukan semuanya Allah. Jika menepati ubat itu akan penyakit maka ia akan sembuh. Ertinya kita mesti berusaha mencari ubat yang sesuai dengan penyakit kita. Ubat atau penawar kepada penyakit itu sudah diadakan Allah, cuma tugas kita untuk mencarinya.
Daripada Jabir bin Abdullah dari Nabi s.a.w sabdanya:
"Tiap-tiap penyakit itu(ada) ubatnya. Apabila menepati ubat terhadap penyakit tersebut, maka sembuhlah dengan izin Allah"
(Riwayat Muslim dan Ahmad)
So, jangan lupa dapatkan sekarang okayh!!
Website: www.eskayvie.com
FB PAGE: Eskayvie Malaysia
INSTAGRAM: Eskayvie Malaysia
#EskayvieiQids #BoosterUntukMindaCerdas #EskayvieKitaIkhtiar
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://www.cinqleafclover.com/2022/08/jom-ikhtiar-supplement-untuk-anak-kekal.html