Jom Bersatu Pertahan Kepimpinan Islam Presiden Pas




FIRMAN Allah:وَأَطِيعُوا اللَّهَ وَرَسُولَهُ وَلَا تَنَازَعُوا فَتَفْشَلُوا وَتَذْهَبَ رِيحُكُمْ وَاصْبِرُوا إِنَّ اللَّهَ مَعَ الصَّابِرِينَ (46)“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya, dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu, dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); Sesungguhnya Allah beserta orang-orang yang sabar”. (Surah Al-Anfaal: 46)Al-Quran adalah petunjuk sepanjang zaman, walaupun diwahyukan sejak lima belas abad yang lalu dan sebab diturunkan kerana peristiwa yang berlaku pada zaman itu. Konsepnya Islam wajib ditegakkan dan Islam yang memimpin terus dipertahankan. Maka kelemahan dalaman umat Islam tidak boleh memecahkan mereka dalam menghadapi cabaran daripada pihak lain, khususnya jika memberi peluang kepada musuh yang sentiasa mencari kesempatan.Perpecahan boleh berlaku kerana berebut mengejar kepentingan duniawi seperti harta dan pangkat. Berlaku juga disebabkan fanatik kaum dan mazhab walaupun bersatu agama Islamnya.Peristiwa Uhud yang berdarah sehingga melukakan jasad Rasulullah S.A.W. dan mengugurkan para syuhada’ yang ramai, disebabkan adanya sekumpulan para sahabat mengejar harta yang ditinggalkan oleh musuh, lalu melupakan arahan Rasulullah S.A.W. supaya berkawal di tempat yang strategik.Firman Allah:وَلَقَدْ صَدَقَكُمُ اللَّهُ وَعْدَهُ إِذْ تَحُسُّونَهُم بِإِذْنِهِ حَتَّىٰ إِذَا فَشِلْتُمْ وَتَنَازَعْتُمْ فِي الْأَمْرِ وَعَصَيْتُم مِّن بَعْدِ مَا أَرَاكُم مَّا تُحِبُّونَ مِنكُم مَّن يُرِيدُ الدُّنْيَا وَمِنكُم مَّن يُرِيدُ الْآخِرَةَ ثُمَّ صَرَفَكُمْ عَنْهُمْ لِيَبْتَلِيَكُمْ وَلَقَدْ عَفَا عَنكُمْ وَاللَّهُ ذُو فَضْلٍ عَلَى الْمُؤْمِنِينَ (152)“Dan demi sesungguhnya, Allah telah menepati janjinya (memberikan pertolongan) kepada kamu ketika kamu (berjaya) membunuh mereka (beramai-ramai) dengan izinNya, sehingga ke masa kamu lemah (hilang semangat untuk meneruskan perjuangan) dan kamu berbalah dalam urusan itu, serta kamu pula menderhaka (melanggar perintah Rasulullah) sesudah Allah perlihatkan kepada kamu akan apa yang kamu sukai (kemenangan dan harta rampasan perang). Di antara kamu ada yang menghendaki keuntungan dunia semata-mata, dan di antara kamu ada yang menghendaki Akhirat, kemudian Allah memalingkan kamu daripada menewaskan mereka untuk menguji (iman dan kesabaran) kamu; dan sesungguhnya Allah telah memaafkan kamu, (semata-mata dengan limpah kurniaNya). Dan (ingatlah), Allah sentiasa melimpahkan kurniaNya kepada orang-orang yang beriman”. (Surah Ali ‘Imran: 152)Pernah juga berlaku perpecahan kerana fanatik kabilah di antara 'Aus dan Khazraj yang pernah berperang pada zaman jahiliah. Apabila orang-orang Yahudi berjaya mengapikan semula, lalu Allah menurunkan firmanNya:وَاعْتَصِمُوا بِحَبْلِ اللَّهِ جَمِيعًا وَلَا تَفَرَّقُوا وَاذْكُرُوا نِعْمَتَ اللَّهِ عَلَيْكُمْ إِذْ كُنتُمْ أَعْدَاءً فَأَلَّفَ بَيْنَ قُلُوبِكُمْ فَأَصْبَحْتُم بِنِعْمَتِهِ إِخْوَانًا وَكُنتُمْ عَلَىٰ شَفَا حُفْرَةٍ مِّنَ النَّارِ فَأَنقَذَكُم مِّنْهَا كَذَٰلِكَ يُبَيِّنُ اللَّهُ لَكُمْ آيَاتِهِ لَعَلَّكُمْ تَهْتَدُونَ (103)“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (Islam), dan janganlah kamu bercerai-berai; dan kenanglah nikmat Allah kepada kamu ketika kamu bermusuh-musuhan (semasa jahiliah dahulu), lalu Allah menyatukan di antara hati kamu (sehingga kamu bersatu-padu dengan nikmat Islam), maka jadilah kamu dengan nikmat Allah itu orang-orang Islam yang bersaudara. Dan kamu dahulu telah berada di tepi jurang neraka (disebabkan kekufuran kamu semasa jahiliah), lalu Allah selamatkan kamu dari neraka itu (disebabkan nikmat Islam juga). Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu ayat-ayat keteranganNya, supaya kamu mendapat petunjuk HidayahNya”. (Surah Aali ‘Imraan: 103)Kejatuhan kuasa Islam di Andalusia (Sepanyol dan Portugal) kerana perpecahan umat Islam, walaupun mereka telah bertapak selama lapan abad (lapan ratus tahun) dan berjaya mencipta tamadun negara yang hebat kerana membangunkan manusia dan kemajuan negara bersama Islam.Perpecahan yang berlaku dalam kalangan raja-raja wilayah yang berpecah dan berperang sesama mereka pada pertengahan masa pemerintahan dapat diatasi, apabila Ibnu ‘Abbad salah seorang raja yang berjaya menyatukan umat bersama Islamnya dan menentang mereka yang menghalang untuk meminta bantuan daripada kerajaan Islam Murabitun di Morocco kerana kebimbangan terhadap takhta yang mungkin dirampasnya.Ibnu ‘Abbad menegaskan bahawa:“Lebih baik menjadi gembala unta kepada Islam yang merampas takhta daripada menjadi gembala babi apabila bukan Islam berkuasa”.Namun akhirnya selepas beberapa ratus tahun, hilang juga kuasa Islam di Andalusia kerana perpecahan sesama sendiri yang menolak wajibnya kuasa Islam memimpin.Begitulah kejatuhan Khilafah Uthmaniyah seratus tahun yang lalu, apabila raja-raja Arab yang berpecah sesama Islam dan bangsanya, bersatu bersama penjajah Barat untuk menentang kerajaan Uthmaniyah di atas semangat kebangsaan Arab dan hanya Arab yang layak menjadi Khalifah.Habuannya adalah masing-masing menjadi raja yang kaya raya mengikut arahan penjajah asing, sehingga tidak mempedulikan Palestin yang dirampas menjadi negara Yahudi dan berkuasa merampas Bandar Suci Bait Al-Maqdis sehingga rakyat asal Palestin dihalau dan dimusnahkan rumah mereka untuk penempatan Yahudi yang baru datang.Sebaliknya negara-negara Arab bersatu menentang Iran kerana dikatakan bahaya Syiah dan menentang Turki kerana bahaya Uthmaniyyah. Sehingga kini mereka dicucuk hidung supaya bersatu membiarkan Israel dan mempertahankannya daripada ancaman Turki dan Iran yang dianggap musuh, dan pengganas zionis pula dikira kawan.Maka di sini pula kita menyaksikan kempen hebat di dalam negara sehingga ke luar negara, semata-mata mahu merebut jawatan Perdana Menteri yang sangat diidamkan tanpa peduli terhadap ketuanan Islam yang sangat mencabar dan memekakkan telinga terhadap kalangan yang berani menggugat kedudukan Islam dan kepimpinannya.PAS boleh bersabar menjadi pembangkang sejak ditubuhkan sehingga kini, dan boleh bersatu demi mempertahankan Islam dan kepimpinan negara walaupun berbeza pendekatan, dan melupakan apa sahaja salah laku terhadapnya dan membetulkan apa-apa kesilapannya, kerana kepentingan dasar yang mewajibkan bersatu dan menangguhkan perkara sampingan yang bukannya dasar.PAS tetap menolak konsep matlamat menghalalkan cara walau apa sahaja pengorbanannya dan jauh perjalanannya. Meskipun menjadi laksana lilin yang membakar diri demi menerangi semua pihak.“Islam Memimpin”ABDUL HADI AWANGPresiden PASBertarikh: 15 Jamadilakhir 1440 / 20 Februari 2019 - HARAKAHDAILY 20/2/2019


Lihat sebelum ini..E-Buku IH-118: Siri Politik Islam Masakini -Presiden PAS

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://www.ibnuhasyim.com/2019/02/jom-bersatu-pertahan-kepimpinan-islam.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Pas Konsisten Pertahan Kepentingan Islam

Pas Konsisten Pertahan Kepentingan Islam

papar berkaitan - pada 18/2/2019 - jumlah : 241 hits
Oleh Nasrudin bin Hassan1 Riuh rendah seketika suasana politik tanahair ekoran kunjungan hormat YB Dato Seri Tuan Guru Presiden PAS ke pejabat YAB Tun Mahathir baru baru ini 2 Budaya politik matang dan sejahtera yang digagaskan oleh PAS mel...
Informasi Jadilah Pejuang Islam Di Alam Siber Presiden Pas

Informasi Jadilah Pejuang Islam Di Alam Siber Presiden Pas

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 350 hits
Maksudnya Dan siapakah yang lebih baik perkataannya dari orang yang menyeru kepada Allah dan beramal soleh dan dia berkata Sesungguhnya aku termasuk dalam kalangan orang Islam Kita adalah umat yang bertangungjawab meneruskan perjuangan meny...
Dr M Pas Bersatu Collaboration Not On The Cards

Dr M Pas Bersatu Collaboration Not On The Cards

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 318 hits
PUCHONG A collaboration between PAS and Parti Pribumi Bersatu Malaysia is not on the cards although the Islamist party s leadership have expressed confidence in Prime Minister Tun Dr Mahathir Mohamad s leadership Dr Mahathir stressed that t...
Informasi Bebas Tol Jangan Buat Lawak N Presiden Pas

Informasi Bebas Tol Jangan Buat Lawak N Presiden Pas

papar berkaitan - pada 27/2/2019 - jumlah : 315 hits
KL Siapa yang lalu tol jam 11 malam hingga 5 pagi Pejabat mana yang kerja tengah malam buta ni tanya Naib Presiden PAS Ustaz Idris Ahmad Beliau juga mempersoalkan apakah cadangan bebas tol pada waktu itu boleh mengurangkan beban rakyat Kala...
Bergema Presiden Pas Tarik Saman Sr

Bergema Presiden Pas Tarik Saman Sr

papar berkaitan - pada 13/2/2019 - jumlah : 417 hits
Berita besar dan gempar selepas Pakatan Harapan boleh dikalahkan di Cameron Highlands ialah kejutan Presiden PAS menarik samannya atas Sarawak Report demi diselesaikan di luar mahkamah Gemanya diduga berakhir jika PRK Semenyih PH dikalahkan...
Pas Version Of Islam Muslims Can Lie

Pas Version Of Islam Muslims Can Lie

papar berkaitan - pada 15/2/2019 - jumlah : 329 hits
Most Malaysians are in shock PAS version of Islam it is halal to lie PAS members and supporters have been taken for a ride by Hadi Awang and his PAS leaders in trying to sue Sarawak Report when they knew very well that former premier Najib ...
Pemimpin Mesti Berkelayakan Tidak Khianat Berbohong T Presiden Pas

Pemimpin Mesti Berkelayakan Tidak Khianat Berbohong T Presiden Pas

papar berkaitan - pada 12/2/2019 - jumlah : 377 hits
SIK Syarat menjadi pemimpin mesti berkelayakan selain tidak mempunyai sifat khianat seperti berbohong dan menipu demikian menurut Timbalan Presiden PAS Dato Ustaz Tuan Ibrahim Tuan Man Kemuka beliau mutakhir ini bukan sahaja berlaku pemboho...
Artikel Harakah Daily Mujahid Desak Presiden Pas Mohon Maaf

Artikel Harakah Daily Mujahid Desak Presiden Pas Mohon Maaf

papar berkaitan - pada 17/2/2019 - jumlah : 418 hits
BERNAMA Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Mujahid Yusof Rawa telah mengeluarkan surat meminta Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik kenyataan bertajuk Ijazahnya ada akalnya kerdil Mujahid berkata kenyataan ya...
Stop Tarnishing Image Of Islam With Lies Anwar Tells Pas Leaders

Stop Tarnishing Image Of Islam With Lies Anwar Tells Pas Leaders

papar berkaitan - pada 23/2/2019 - jumlah : 404 hits
PKR president Anwar Ibrahim has taken a swipe at PAS leaders whom he accused of tarnishing the image of Islam by spreading lies and slander for their own party s political interests I would like to advise that Muslims are forbidden from spr...
Dato Sri Ismail Sabri Biodata Pencapaian Kronologi Kes Sprm

Lirik Lagu Kau Bak Permata Haadi Suara Viral

Adam Sandler Keluar Dari Oscar Lebih Awal Selepas Pakaiannya Dipersoalkan Conan O Brien

Makan Di Ayam Gepuk Top Global

Saya Terfikir Selepas Debut Dalam The Idol Jennie Jawab Jika Akan Teruskan Berlakon

Kampung Kuala Mengkuang Pahat Sejarah Tersendiri Jadi Port Kaki Pancing

Opec Mula Tingkatkan Pengeluaran Minyak Mulai April

Iftar Satu Ramadhan


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Bahagian 1 Melawat Perkampungan Warisan Budaya Di Oshino Hakkai Oshino

Salam Ramadan Kareem 1446 Kepada Semua Pembaca Blog Cik Matahariku

Timbalan Presiden Pas Tuan Ibrahim Terkejut Ismail Sabri Jadi Suspek

Rindu Rasa Kampung Hidang Kuala Lumpur Bukan Sekadar Menyajikan Makanan

Bella Lega Ruhainies Mengaku Berkhalwat Mahu Terus Fokus Mencari Kebahagian Diri Sendiri

Ir Razali Kassim Sebanyak Sembilan Buah Kilang Ais Di Negeri Pahang Gagal Mematuhi Tahap Kebersihan