Jolok Buah Ciku
Assalamualaikum...
CIKU, antara buah-buahan yang menjadi kegemaran Sk. Tapi tulah, gemar jer makan, nak mengupasnya tu bercinta betul. Apa-apa buah pun la.. malas betul nak mengupas. Kalau dha kupas, kita pulak yang dapat paling sikit. Orang yang tak ngupas, bukan main laju ngap, hahaha.
Teringat masa kecik-kecik dulu, taklah kecik sangat, darjah 4, 5 cam tulah, masa tu, Sk tinggal menyewa di Pontian. Tuan rumah tu, adalah tanam pokok buah-buahan, antaranya pokok cikulah. Tapi, ibu selalu larang kami ambil buah ciku tu, ada hama ayam katanya. Sebabnya, bila malam jer, dahan pokok ciku tu jadi port ayam tidur.. huhu. Mampu tengok ajelah, lagipun, pokok orang.
Pokok ciku di kolej ni galak sungguh berbuah. Sk kurang pasti (semasa menaip ni, jap lagi google), adakah ciku buah bermusim atau tidak. Buahnya penuh sepokok, dari putih sampai yang dah matang. Tiap hari selasa, memang rajinlah kengkawan pejabat ni menjolok ciku. Yang tak rajin, SK jer
Galak sungguh buahnya. Yang rendah-rendah sampai yang tinggi. Tapi yang rendah pun kena hati-hati bukan boleh main petik jer, karang getahnya tempias ke muka, hahaha
Masa budak-budak susah nak dapat, sekarang, nak makan hari-hari pun boleh. Buah ciku dikatakan bagus untuk mereka yang mengidap diabetes dan boleh juga diambil untuk menurunkan berat badan. Wahhhh.. nak makan hari-harilah cam ni
Pokok Roselle pun galak berbuah. Ni Kak Narimah la yang rajin tanam. Kadang sampai terbuang-buang buahnya sebab tak ada siapa yang rajin nak buat jem atau kordial selain Kak Narimah
Dia tanam poko belimbing pulak. Tiap pagi memang Kak Imah la yang menyiram pokok-pokok ni sebelum masuk kerja. Tu baru kat kolej, kat rumah dia macam manalah agaknya ya
Barang-barang kebun Kak Imah. Ni semua dia beli sendiri secara online sebab minat. Tiap minggu ada jer barang kebun dengan tak kebun dia sampai
Tengah-tengah tolong kutip ciku, tiber sakit perut, haha. Tak sempat tolong penuhkan kotak. Lepas tu dah malas nak gi kebun semula, terus buat kerja. Tak lama, Naza bawa masuk sekotak penuh buah ciku. Memasing ambillah bahagian masing-masing. Pun ada lagi tu ha.. SK belum ambil, tengoklah kalau rasa rajin nak mengupas nanti, ambiklah lima enam biji, hehehehe
Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :
http://sariyusa.blogspot.com/2022/02/jolok-buah-ciku.html