Jollibee Merancang Untuk Membuka Lebih 100 Buah Cawangan Di Malaysia



Jollibee merancang untuk membuka lebih 100 buah cawangan di Malaysia
Kota Kinabalu, Malaysia, 20 Februari 2019 – Bagi memenuhi permintaan para peminat di Malaysia, Jollibee Foods Corporation (JFC) – syarikat pengendali restoran Asia yang terbesar dan paling cepat* berkembang di dunia – mengumumkan bahawa mereka akan membuka lebih 100 cawangan Jollibee yang baharu di Malaysia dalam tempoh 10 tahun yang akan datang.

Sebelum melalui perkembangan yang pesat, JFC hanya bermula dengan dua buah kedai aiskrim di Filipina dan kini telah berkembang kepada 14 jenama di 21 buah negara dengan lebih 4,500 buah cawangan di seluruh dunia. Lebih 1,300 buah cawangan tersebut adalah restoran Jollibee.

Jollibee telah menerima sambutan yang amat menggalakkan daripada para pelanggan apabila cawangan yang pertama dibuka di Centre Point Sabah, Kota Kinabalu pada Disember tahun lepas. Pada hari pembukaan itu, para pelanggan sanggup beratur panjang dan menunggu berjam-jam semata-mata mahu menikmati Chickenjoy daripada Jollibee, yang hidangan ayam yang enak ini telah mendapat sambutan di peringkat antarabangsa termasuk mendiang chef selebriti yang terkenal, Anthony Bourdain. Barisan yang panjang ini sebenarnya telah berterusan selama seminggu selepas pelancaran.

Encik Tony Tan Caktiong, Pengerusi dan Pengasas JFC, semasa pembukaan rasmi hari ini berkata: “Kami sangat gembira dengan sambutan yang diterima daripada para pelanggan sempena pembukaan cawangan pertama kami di Malaysia. Perkembangan ini memberi semangat kepada kami untuk memperkenalkan menu yang enak dan perkhidmatan kami yang mesra kepada lebih ramai warga Malaysia”.

Jollibee telah berjaya menakluki pelbagai pasaran dan juga selera. Ini dapat dilihat daripada sambutan yang diterima oleh jenama ini di banyak negara. Di negara asal iaitu Filipina, jenama ini adalah lebih besar daripada gabungan dua pesaingnya yang terdekat. Restoran makanan segera yang paling cepat berkembang ini sudah pun memiliki 100 buah cawangan di Vietnam. Jollibee juga merupakan restoran makanan segera nombor satu di Brunei. Di Hong Kong dan Singapura, separuh daripada pelanggan adalah terdiri daripada warga tempatan.

“Rancangan pengembangan perniagaan kami bukan sahaja akan mengukuhkan lagi kedudukan Jollibee, malah akan turut menyumbang kepada ekonomi dan peluang pekerjaan tempatan. Buat masa ini kami ada seramai 45 orang kakitangan di cawangan Centre Point Sabah. Kami menjangkakan akan mengambil secara purata 30 orang kakitangan tempatan bagi setiap cawangan Jollibee yang baharu, bergantung pada saiz restoran,” tambah Dennis Flores, Presiden dan Ketua Perniagaan Antarabangsa JFC - EMEAA.

Bagi berkongsi kegembiraan pembukaan restoran di Malaysia, Jollibee turut berbesar hati dengan sumbangan derma kepada rumah amal Caring for the Future Malaysia untuk menyokong kanak-kanak di bawah penjagaan badan amal ini. Jollibee sebelum ini telah menjemput kanak-kanak dari rumah amal ini ke restorannya di Centre Point Sabah untuk menikmati hidangan makanan dan menyertai pelbagai aktiviti yang menghiburkan mereka.

“Kami di Jollibee berpegang pada falsafah untuk memberi balik sumbangan kepada komuniti yang menyokong kami. Kami sentiasa komited untuk membawa kegembiraan dan sokongan kepada kanak-kanak dan keluarga yang kurang bernasib baik di mana sahaja restoran kami beroperasi,” tambah Flores.

*Terbesar daripada segi modal pasaran, paling pesat berkembang daripada segi rangkaian cawangan

###
 (Left – right) Jollibee inaugurates its milestone store in Malaysia. In photo are (L-R): Shahzul Zulkefli (Jollibee Malaysia Restaurant Manager), Dennis Flores (JFC President and Head of International Business-EMEAA), Patrick Chong (Golden Beeworks Sdn Bhd Director), YB Assafal P. Alian (Assistant Minister from the Ministry of Sabah Tourism), Tony Tan Caktiong (Founder and Chairman of JFC), H.E. Charles Jose (Philippine Ambassador to Malaysia), Jennie Chua (Shareholder of Golden Beeworks Sdn Bhd), Col. Jamal Salleh, (Director of Golden Beeworks Sdn Bhd), Mr. Kenny Chan (Deputy Chief Director, Finance Department of DBKK), and Richard Wong (Director of Golden Beeworks Sdn Bhd) during the ribbon cutting ceremony.


Jollibee celebrates the inauguration of its milestone Malaysia store with an iconic Chickenjoy Toast.
In photo from left – right:
(Front row) Patrick Chong (Director of Golden Beeworks Sdn Bhd), Jennie Chua (Shareholder of Golden Beeworks Sdn Bhd), YB Assafal P. Alian (Assistant Minister from the Ministry of Sabah Tourism), Tony Tan Caktiong (Founder and Chairman of JFC), H. E. Charles Jose (Philippine Ambassador to Malaysia), and Col. Jamal Salleh, (Director of Golden Beeworks Sdn Bhd).

(Back row) Mr. Joseph Abuan (a friend of JFC), Dennis Flores (President and Head of International Business, JFC EMEAA), Shahzul Zulkefli (Restaurant Manager), Mr. Kenny Chan, Deputy Chief Director (Finance Department of DBKK), Mr. Edward Arandia (Vice President and Head for Jollibee International Marketing – EMEAA), Mr. Rodel Alcantara (AVP and Head for International Business of Brunei, Singapore, Malaysia and Europe), Mr. Mitsuhiko Abe (President, Caring for Future Malaysia), Ms. Pauline Lao (Head of Media and Corporate Communications, JFC), Ms. Rosa Katrina Banzon (Commercial Attaché, Philippine Trade and Investment Center, Kuala Lumpur), and Mr. Richard Wong (Director of Golden Beeworks Sdn Bhd) 


 
Jollibee executives, led by JFC President and Head for International Business – EMEAA Dennis Flores, and Golden Beeworks Directors Col. Mohd Jamal Salleh, Patrick Chong, and Richard Wong, hosted a fun-filled afternoon of activities for the children of Caring For the Future Malaysia (CFFM) at the Jollibee store in Centre Point Sabah. Jollibee partnered with CFFM as a way of giving back to the community, in line with its commitment to spread joy to everyone.
 
Tentang Jollibee Foods Corporation
Jollibee Foods Corporation merupakan syarikat restoran Asia yang terbesar dan paling cepat berkembang di dunia.

Ia beroperasi di 21 buah negara, dengan lebih daripada 4,500 kedai di seluruh dunia dengan cawangan di Filipina, Amerika Syarikat, Kanada, China, United Kingdom, Itali, Vietnam, Brunei, Singapura, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Kuwait, Bahrain, Indonesia, Costa Rica, Mesir, El Salvador, Panama and kini di Malaysia. Syarikat ini mempunyai 8 jenama yang di milik penuh (Jollibee, Chowking, Greenwich, Red Ribbon, Mang Inasal, Yonghe King, Hong Zhuang Yuan dan Smashburger), 2 jenama francais (Burger King di Filipina dan Dunkin 'Donuts di wilayah-wilayah tertentu di China), dan pemilikan 60% dalam SuperFoods Group yang memiliki jenama Highland Coffee dan PHO24.

JFC mempunyai pelaburan dalam Titan Dining LP, entiti induk muktamad bagi Tim Ho Wan Pte. Ltd (Franchisee Induk Tim Ho Wan di rantau Asia Pasifik tidak termasuk Hong Kong); dan usaha sama perniagaan dengan Chef Rick Bayless yang pernah memenangi pelbagai anugerah, untuk membina perniagaan restoran kasual segera Mexico di Amerika Syarikat. JFC baru-baru ini telah menandatangani perjanjian usaha sama untuk membuka Panda Express di Filipina.

Jollibee Foods Corporation telah dinamakan sebagai syarikat Filipina yang paling dikagumi oleh Asian Wall Street Journal selama lapan tahun berturut-turut dan diberi penghormatan sebagai salah satu daripada '200 Syarikat Terbaik Di Bawah Satu Billion di Asia' dan salah satu daripada 'Fab 50 Companies Asia' oleh Majalah Forbes Asia.

Jollibee Foods Corporation telah mengembangkan jenama yang memberikan pengalaman menikmati hidangan yang menyenangkan kepada para pelanggannya di seluruh dunia, sejajar dengan misi untuk memberi makanan yang hebat dan menyebarkan kegembiraan makan kepada semua orang.

Tentang JollibeeJollibee adalah jenama utama Jollibee Foods Corporation. Terkenal dengan hidangan ayam goreng Chickenjoy, Jolly Spaghetti dan Yumburger, Jollibee adalah peneraju utama pasaran di Filipina, dengan rangkaian cawangan yang lebih besar berbanding gabungan dua pesaingnya. Jollibee merupakan QSR yang paling cepat berkembang di Vietnam dengan lebih dari 100 buah cawangan, dan QSR nombor satu di Brunei. Jenama ini juga telah menyaksikan kejayaan dalam memenuhi pasaran utama di Singapura dan Hong Kong di mana kira-kira separuh daripada pelanggannya terdiri daripada warga tempatan. Jenama telah memulakan pelan pengembangan antarabangsa secara pantas.

Jollibee mempunyai lebih daripada 200 buah cawangan antarabangsa termasuk di Amerika Syarikat, Kanada, United Kingdom, Itali, Vietnam, Singapura, Brunei, Arab Saudi, Emiriyah Arab Bersatu, Qatar, Oman, Kuwait, Bahrain, Malaysia, dan wilayah khas Hong Kong dan Macau.

Chickenjoy Jollibee telah dinamakan sebagai antara ayam goreng yang paling lazat oleh penerbitan yang dipercayai seperti South China Morning Post dan Foodbeast. Ia juga telah dinamakan sebagai antara rangkaian makanan segera antarabangsa yang teratas oleh Thrillist dan The Daily Meal.

Untuk pertanyaan media, sila hubungi:
Zulfadli Yusmar ([email protected]) atau Aiden Pang ([email protected]) di 03 – 79821750/51.






Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.kakgojes.com/2019/02/jollibee-merancang-untuk-membuka-lebih-100-buah-cawangan-di-malaysia.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Sns Lancarkan 3 Jenis Kerusi Keselamatan Mifold Untuk Kanak Kanak Yang Lebih Dewasa Di Malaysia

Sns Lancarkan 3 Jenis Kerusi Keselamatan Mifold Untuk Kanak Kanak Yang Lebih Dewasa Di Malaysia

papar berkaitan - pada 15/12/2019 - jumlah : 345 hits
SNS Products Sdn Bhd buat pertama kalinya berkerjasama dengan Pa Ma melancarkan produk terbaharunya iaitu mifold Family di Malaysia semalam di The Pearl Kuala Lumpur Sebagai sebuah syarikat yang mengutamakan keselamatan kanak kanak di Malay...
Sambutan Harijadi Lebih Meriah Di Marrybrown Malaysia

Sambutan Harijadi Lebih Meriah Di Marrybrown Malaysia

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 304 hits
Pernah terfikir untuk meraikan sambutan harijadi bersama karakter terkenal dari Jepun Marrybrown Malaysia semalam telah mula menawarkan pakej sambutan harijadi bersama karakter Doraemon mulai bulan Disember 2019 Marrybrown sebagai makanan s...
Hubungan Norman Hakim Abby Abadi Kini 100 Kali Ganda Lebih Baik Berbanding Dulu

Hubungan Norman Hakim Abby Abadi Kini 100 Kali Ganda Lebih Baik Berbanding Dulu

papar berkaitan - pada 16/12/2019 - jumlah : 790 hits
Manusia hanya merancang perjalanan hidup Allah jua penentu mana yang terbaik untuk dilalui hamba Nya Begitulah apa yang terjadi antara hubungan Norman Hakim dan Abby Abadi Dia menjelaskan kepada MyMetro bahawa ukhuwah bersama Abby 100 kali ...
Lebih 240 000 Rakyat Malaysia Tandatangan Petisyen Desak Haramkan Dong Zong Suara Tv

Lebih 240 000 Rakyat Malaysia Tandatangan Petisyen Desak Haramkan Dong Zong Suara Tv

papar berkaitan - pada 1/1/2020 - jumlah : 378 hits
KUALA LUMPUR Petisyen dilancarkan Gerakan Pengundi Sedar supaya Persekutuan Persatuan Lembaga Pengurus Sekolah Cina Malaysia diharamkan sudah hampir mencapai sasaran apabila meraih 246 459 sokongan setakat jam 12 55 tengah hari ini Petisyen...
Iklim Ekonomi Malaysia Lebih Baik Pada 2020

Iklim Ekonomi Malaysia Lebih Baik Pada 2020

papar berkaitan - pada 2/1/2020 - jumlah : 335 hits
Meskipun diramal akan mengalami gugatan ekonomi Malaysia bakal menyaksikan pertumbuhan ekonomi yang tidak jauh beza dengan dengan 2019 pada tahun ini Beberapa pakar ekonomi yakin keluaran dalam negara kasar akan mencapai 4 8 pada 2020 Menur...
Fenomena Gerhana Matahari Cincin Berapi Landa Malaysia Kali Terakhir Jadi 21 Tahun Lalu

Fenomena Gerhana Matahari Cincin Berapi Landa Malaysia Kali Terakhir Jadi 21 Tahun Lalu

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 652 hits
Hari ini ramai yang mengambil peluang untuk merakamkan fenomena gerhana matahari annulus atau lebih dikenali sebagai gerhana matahari cincin berapi Tanjung Piai di Johor dan Serian di Sarawak telah dipilih sebagai lokasi rasmi program Gerha...
Sukan Olimpik 2020 Jadual Keputusan Atlet Malaysia

Sukan Olimpik 2020 Jadual Keputusan Atlet Malaysia

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 486 hits
Sukan Olimpik 2020 Jadual Keputusan Atlet Malaysia NANTIKAN temasya sukan terbesar dunia iaitu Sukan Olimpik 2020 atau juga dikenali sebagai Tokyo 2020 bakal diadakan secara rasmi mulai 24 Julai 2020 sehingga 9 Ogos 2020 Sukan Olimpik Tokyo...
Bursa Malaysia Paling Teruk Bawah Ph

Bursa Malaysia Paling Teruk Bawah Ph

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 328 hits
ROSLAN SHAHIR MOHD SHAHIR TAJUK akhbar The StarBiz pagi ini menyebut Bursa ripe for rebound Kononnya pasaran saham Bursa Malaysia dijangka pulih dan lonjak kembali menjelang 2020 Saya yakin para pelabur sama ada yang kecil mahupun pelabur i...
Pos Malaysia Terus Rugi Kerajaan Sekadar Melihat

Pos Malaysia Terus Rugi Kerajaan Sekadar Melihat

papar berkaitan - pada 26/12/2019 - jumlah : 490 hits
Oleh Ab Jalil Backer Belasan ribu pekerja Pos Malaysia Berhad mungkin berhadapan kehilangan pekerjaan jika kerajaan berterusan mengabaikan permohonan kenaikan tarif pos yang lebih kompetitif dan setara dengan syarikat kurier lain Menurut su...
Can Forest City Be Country S Economic Lifeboat

Diabetes Bayi Pun Boleh Kena Jenis Penyakit Yang Tak Kenal Usia

How Did Afif Know Of Alleged Rm100m Payment For Pjd Link Asks Pj Mp

Produk Nestle Naik Harga Harga Milo Dan Nescafe Akan Meningkat Ikuti Senarai Produk Nestle Malaysia

Memikirkan The Unknown

Najib Razak Mangsa Atau Pemangsa

Hotel Royal Signature Permata Baru Kuala Lumpur Setiap Bilik Menggemakan Intipati Kediaman

Dah Viral Baru Nak Terhegeh Hegeh Tak Tahu Buat Kerja Ke



Kenapa Platipus Haiwan Yang Membuatkan Saintis Merasa Hairan

Biodata Qistina Rania Pelakon Drama Berepisod Bercakap Dengan Jun Astro Ria Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Dan Umur Adik Tantari Penyanyi Lagu Viral Rindu Hatiku Rindu Pesilat Cilik

Kisah Restoran Colonel Sanders Selain KFC Yang Tidak Boleh Dikembangkan

Info Dan Sinopsis Filem J2 J Retribution J2 J Retribusi Filem Malaysia 2021 Di Netflix Sekuel J Revolusi


Tak Perlis Lah Kalau Tak Makan Harumanis

Helikopter Terhempas 10 Dilaporkan Terkorban

Resepi Tortilla Wrap

Datin Thalia Terkilan Dengan Sikap Buruk Pembantu Rumahnya

Jenis Pelaburan Terbaik Di Malaysia

Kenaikkan Harga Hotel Bajet Bakal Jejaskan Industri Pelancongan Negara