Johor Taman Negara Tanjung Piai



Johor | Taman Negara Tanjung Piai | Sebelum ke Tanjung Piai kami nak sangat melawat Zoo Johor memandangkan is baru dibuka semula selepas renovasi lagipun harga tiket diberi diskaun. Selepas sarapan di Warung Pokok Cherry kami ikutlah jalan dalam google map. Di satu persimpangan tu ada banyak kereta parkir jadi aku ingatkan ada kenduri di bangunan besar memana tapi orang perempuan tak pula berbaju kurung. Lah...mereka beramai-ramai nak masuk zoo huhuu... kawasan parkir tepi laut pun penuh. Tak sanggup aku mat, maka Masjid Sultan Abu Bakar pun tak jadi pergi (area situ juga)

Teruslah kami ke Tanjung Piai yang merupakan tanah paling selatan di benua Asia. Sangat popular tempat ni dikalangan warga tempatan dan Singapura. Bila kita sampai tu kan rasa seronok rasa macam dah capai sesuatu sebab kat negara lain takde kot. Perasaannya sama macam sampai ke the Tip of Borneo di Tanjung Simpang Mengayau, Kudat. Situ pun kite dah sampai wak.

Taman Negara Tanjung Piai (Johor) ditubuhkan pada tahun 1997 untuk melindungi tapak unik ini terutamanya paya bakau dan kawasan berlumpur yang saling memberikan fungsi penting kepada ekosistem kita. Pada tahun 2003, Taman Negara Tanjung Piai diiktiraf oleh Konvensyen Ramsar sebagai Tapak Ramsar atau Tanah Lembap Berkepentingan Antarabangsa. The southernmost tip of Asia 'dipagar' oleh pelbagai jenis pokok bakau yang berfungsi untuk menghalang hakisan air. Dengan adanya binaan pemecah ombak, hakisan di kawasan ini semakin berkurangan dan pokok bakau kembali tumbuh melata


Mercu Tanda Tanjung PiaiMercu tanda telah dibina oleh kerajaan negeri Johor daripada gentian konkrit mesra alam berukuran 20 m tinggi dan 10 m lebar. Warna kelabu pada mercu tanda Tanjung Piai menggambarkan kekayaan hutan paya bakau dan dataran lumpurnya. Dua pelepah pula ialah Paku Piai Raya (Acrostichum Aureum). Paku Piai didapati tumbuh dengan banyaknya bersama pokok bakau di sini. Tanjung bermaksud tanah atau tanah tinggi yang menganjur ke laut

Pokok paku piai diukir pada mercu tanda Tanjung Piai.
Menikmati Kehijauan Di Tepi LautTanjung Piai terletak pada latitud 01.16 `utara dan longitud 103.30.46 ` timur. Untuk sampai ke titik paling selatan benua Asia, telah dibina laluan kayu berkembar. Berjalan di sini sebelum matahari tegak di kepala seronoklah, jika pergi di hujung Dhuha macam kami berkicap beb. Berpeluh-peluh basah baju

Sambil berjalan tu toleh kiri kanan perhatikan pokok-pokok bakau yang berlainan spesis. Kalau nasib baik akan terserempak dengan monyet. Tunduk ke lumpur kita akan nampak ikan belacak, ketam, kerang dan iguana air di habitat asli mereka. Bagus bawa bebudak sekolah ke sini untuk belajar tentang alam. Kalau dapat budak yang petah bercakap jenuh melayan soalan

Di pokok tertentu ada papan tanda menyatakan nama pokok. Di tempat lain pula ada informasi tentang tumbuhan lain pula. Berjalanlah kita secara santai sambil menyerap maklumat

Yang mengecewakan ada sampah di celah akar bakau yang mencacatkan pemandangan. Tak tahulah dibuang oleh pelawat atau hanyut dibawa air. Tolonglah sama-sama jaga kebersihan. Dapat melihat alam yang cantik pun rezeki tau



Pokok bakau minyak.



Maklumat tentang bakau kurap.

Kawasan binaan berbentuk globe yang ada kini lebih kecil berbanding 10 tahun lalu (boleh tengok perbezaannya di sini nanti). Menurut staf bertugas, hanya itu kawasan yang selamat dari hakisan. Sempit ya, tak boleh kau nak mencelah ambil gambar dari kiri ke kanan ke sementara tunggu giliran. Dari hujung tanjung ni kita boleh nampak Jurong di Singapura dan Pulau Karimun, Indonesia

Arca globe yang menandakan titik terselatan benua Asia. Ketibas dibuatnya menunggu giliran kebetulan ramai pula masa tu.
Di Jeti 3 Negara, arah berlainan dari globe.
Tak perasan pula 0 kilometer ni. Kalau tak sure dah berhenti. Gambar dari sini
Untuk maklumat lanjut sila baca di laman sesawang Johor National Parks.

Tiket Masuk Ke Taman Negara Tanjung Piai
Harap dapat ditukar semua ke Bahasa Melayu. Laman sesawang kerajaan dan ejensinya tak sepatutnya menggunakan bahasa rojak. Rengsa mate kite.

Bagaimana Untuk Ke Tanjung Piai?1. Jika menggunakan lebuhraya utara-selatan PLUS, keluar di tol Simpang Renggan selepas Machap kemudian ikut arah ke Pontian/Benut. hang ikut ja signboard ke Tanjung Piai.

2. Jika dari Johor Bahru, masuk Lebuhraya Jalan Skudai ke arah Pontian/Pontian Kechil. Di Pekan Nenas, belok kiri ke Jalan Peradin, ikut jalan luar bandar dan belok kanan di Jalan Belokok. Di simpang belok ke Jalan Kukup-Pontian menuju ke Kukup . Selepas itu, ikuti papan tanda ke Tanjung Piai.

3. Tiada perkhidmatan bas terus ke Tanjung Piai. Stesen bas terdekat di Pontian, dari sana kena sewa teksi. Bincang dengan pemandu teksi camner nak balik.

Alamat:
Taman Negara Johor Tanjung Piai
82030, Mukim Serkat Pontian,
Johor Darul Takzim.

Tel : +6013-744 0956 (WhatsApp)
Pejabat : +607-6960264

Facebook: https://www.facebook.com/tnjtanjungpiai
Instagram: taman_negara_johor_tanjung_piai





© copyright 2018 – All rights reserved
ruggedmom

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.ruggedmom.com/2024/11/johor-taman-negara-tanjung-piai.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Joybean Dan 7caf Oleh 7 Eleven Bergabung Untuk Membawa Tawaran Soya Segar Ke Seluruh Negara

Joybean Dan 7caf Oleh 7 Eleven Bergabung Untuk Membawa Tawaran Soya Segar Ke Seluruh Negara

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 165 hits
Hi Korang Joybean jenama terkenal yang terkenal dengan minuman dan snek segar berasaskan soya teruja untuk mengumumkan perkongsian baharu dengan 7CAF oleh 7 Eleven tepat pada masanya untuk sambutan Hari 7 Eleven Pelancaran ini menandakan pe...
Siti Nurhaliza Crowned Malaysia S 3rd Biduanita Negara

Siti Nurhaliza Crowned Malaysia S 3rd Biduanita Negara

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 243 hits
The debate is over Datuk Seri Siti Nurhaliza Tarudin officially joins a very short but prestigious list of Malaysians recognised as Biduanita Negara The title was presented to the singer at the Ministry of Tourism Arts and Culture s 2024 Na...
Selepas Gagal Tuntut Sabah Waris Sulu Ugut Nak Sewakan Sabah Kepada Negara Lain

Selepas Gagal Tuntut Sabah Waris Sulu Ugut Nak Sewakan Sabah Kepada Negara Lain

papar berkaitan - pada 13/11/2024 - jumlah : 136 hits
Isu tuntutan waris Kesultanan Sulu terhadap Sabah kembali mencetuskan kontroversi selepas Malaysia meraih kemenangan di Mahkamah Agung Perancis baru baru ini Paul Cohen peguam utama yang mewakili pihak waris Kesultanan Sulu mengejutkan rama...
Peguam Dusuki Yang Mohon Dnaa Zahid Hamidi Kini Dilantik Peguam Negara Tahniah Madani

Peguam Dusuki Yang Mohon Dnaa Zahid Hamidi Kini Dilantik Peguam Negara Tahniah Madani

papar berkaitan - pada 12/11/2024 - jumlah : 147 hits
Kerajaan dikritik atas keputusan melantik Mohd Dusuki Mokhtar sebagai Peguam Negara baru yang didakwa tidak mencerminkan komitmen terhadap reformasi institusi Bersih berpandangan proses lantikan penjawat awam utama seperti peguam negara ini...
Berita Mengejutkan Seluruh Negara Semalam Dan Kenyataan Terkini Ds Anwar Perdan

Berita Mengejutkan Seluruh Negara Semalam Dan Kenyataan Terkini Ds Anwar Perdan

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 161 hits
Bekas menteri kewangan Daim Zainuddin meninggal dunia di Hospital Assunta di Petaling Jaya pagi ini Peguamnya Gurdial Singh Nijar mengesahkan perkara itu dengan Malaysiakini Ya Benar dia meninggal dunia Pengebumian dibuat pagi ini katanya k...
Pmx Menerima Sambutan Negara Di Peru

Pmx Menerima Sambutan Negara Di Peru

papar berkaitan - pada 14/11/2024 - jumlah : 109 hits
Menerima sambutan negara dalam kunjungan rasmi ke atas Presiden Peru Dina Ercilia Boluarte Zegarra di Istana Kerajaan di Lima Dalam pertemuan ini kami berdua membincangkan peluang kolaborasi ekonomi antara kedua dua negara selain Kerjasama ...
Diiktiraf Sebagai Biduanita Negara Tokti Berikrar Mahu Mengekalkan Seni Dan Budaya Warisan Malaysia

Diiktiraf Sebagai Biduanita Negara Tokti Berikrar Mahu Mengekalkan Seni Dan Budaya Warisan Malaysia

papar berkaitan - pada 15/11/2024 - jumlah : 133 hits
Setelah hampir tiga dekad berkecimpung dalam industri muzik Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza sekali lagi membuktikan kenapa gelarannya bukan sekadar dipakai untuk bergaya tetapi benar benar mencerminkan sumbangan luar biasa dalam ...
Modal Dah Habis Dijaja Komunis Kuasai Negara Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbet

Modal Dah Habis Dijaja Komunis Kuasai Negara Tak Pasti Jangan Kongsi Biarbet

papar berkaitan - pada 16/11/2024 - jumlah : 108 hits
Modal dah habis dijaja komunis kuasai negara Tak pasti jangan kongsi BiarBetul The post appeared first on
Explore The Advantages Unlimited Postpaid Plans Offer

24 Year Old Who Travelled Abroad Being Treated For Mpox

Metmalaysia Keluar Amaran Hujan Berterusan Tahap Bahaya Beberapa Kawasan Di Pahang Dan Johor Hingga Isnin

Mum Boyfriend Nabbed After Son 7 Dies Of Alleged Abuse

Masa Ada Jawatan Pun Tak Leh Harap

Road Tested Open Face Helmets From Biltwell Holyfreedom And Hedon

Kenyalang Gold Card Permohonan Manfaat Untuk Warga Emas

Amira Othman Bila Nak Nikah Chord


echo '';
Biodata Liya Maisarah Dato Sri Ismail Yang Kahwin Bersuamikan Vokey Imran Rosli Gamer PUBG

Biodata Azqa Aziz Pelakon Drama Berepisod Curang Tanpa Niat Astro Ria Gandingan Evertts Gomes Peserta Hero Dewi Remaja 2023

Biodata Usahawan Inspirasi Siapa Ezwan Zain Owner Kueh Cafe

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 8 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 7 Gegar Vaganza 2024 Musim 11


Resepi Udang Masam Manis Padu

Masuk Kod 6 Digit Google Adsense Kalau Tak Pendapatan Disekat

Rumah Kediaman Bekas Suk Bukit Bius Kuala Lipis

Siapa Yang Berbohong Dr Mahathir Atau Anak Pak Lah

Healthcare Inflation In Malaysia Are We Paying Too Much

Will Trump 2 0 Make America Grate Again