Johor Rakan Setaraf Atau Hanya Sebuah Negeri Milik Malaysia



Hassan Karim, Malaysiakini
Kenyataan Tunku Mahkota Johor, iaitu Tunku Ismail Sultan Ibrahim yang merupakan pemangku Sultan Johor sekarang yang menyatakan antara lainnya bahawa Johor adalah rakan setaraf dalam Persekutuan Malaysia sama seperti Sabah dan Sarawak dan wajar diberi kedudukan istimewa termasuk dalam soal hasil pungutan cukai adalah satu pandangan yang ada asasnya dari segi perundangan Perlembagaan, politik dan juga sejarah.
Johor moden sekarang adalah kesinambungan Johor lama yang pernah membina empayar Johor Riau.
Empayar Johor Riau adalah kerajaan Melayu yang wujud selepas jatuhnya empayar Melaka. Johor lama pernah meneruskan penentangan dan melancarkan perang ke atas penjajah Portugis dan Belanda selepas Melaka jatuh.
Mungkin pendirian dan tuntutan baginda itu pada pandangan sesetengah pihak sebagai tidak selari dan tidak bersesuaian dengan intipati Perlembagaan Persekutuan sekarang.
Tetapi saya mempunyai pandangan yang bersimpati dengan apa yang disuarakan oleh Tunku Ismail tu perlu dilihat melalui kanta yang lebih luas dan tidak terkongkong dengan tafsiran perundangan Perlembagaan yang asalnya digubal oleh Suruhanjaya Reid bagi pihak kerajaan kolonial Inggeris sebelum Persekutuan Tanah Melayu terbentuk.
Sejarah dan rekod sejarah menyatakan secara bertulis bahawa Johor pada asalnya adalah sebuah negeri yang merdeka. Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 telah mengecilkan saiz Johor dengan wilayah-wilayah di selatan Singapura diserah kepada Belanda manakala Singapura serta wilayah di utaranya terletak dalam kuasa Inggeris.
Johor tidak seperti Melaka, Pulau Pinang dan Singapura pernah menjadi tanah jajahan Inggeris secara langsung dan dipanggil Negeri-negeri Selat.
Johor juga bukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu yang terpaksa menerima pegawai Inggeris bernama residen sebagai penasihat yang nasihatnya wajib diikut oleh kerajaan-kerajaan Pahang, Selangor, Perak dan Negeri Sembilan. Keempat-empat negeri ini dipanggil Negeri-negeri Melayu Bersekutu.
Johor pada akhirnya bersetuju secara sukarela menggolongkan dirinya sebagai Negeri-negeri Melayu tidak Bersekutu bersama-sama Kelantan, Terengganu dan Kedah.
Johor pada asasnya menerima kuasa Inggeris sebagai kuasa penaung tetapi Johor kekal sebagai wilayah yang merdeka wilayah dan raja pemerintahnya mempunyai kedaulatan atau sovereignty yang diiktiraf oleh kerajaan kolonial Inggeris dan sistem kehakiman England. Ini dapat dilihat dalam kes yang melibatkan Sultan Abu Bakar, sultan pemerintah Johor satu ketika dahulu.
Berbanding dengan Sarawak yang pernah menjadi negeri jajahan Raja James Brooks dan disusuli dengan Sarawak jatuh ke tangan kerajaan kolonial Inggeris di mana Sarawak tidak pernah wujud sebelum itu sebagai wilayah merdeka kerana Sarawak sebelum kedatangan James Brooks adalah merupakan sebahagian daripada wilayah di bawah penguasaan Kesultanan Brunei.
Manakala sejarah Johor tidak pernah ditewaskan dalam perang oleh Portugis, Belanda ataupun Inggeris. Johor kekal merdeka walaupun pada satu detik sejarah Singapura sebahagian dari Johor jatuh ke tangan Inggeris secara manipulasi dan penipuan Stamford Raffles.
Johor juga tidak semacam sejarah Sabah yang pernah menjadi wilayah penguasaan Kesultanan Sulu dan juga Kesultanan Brunei. Sabah tidak pernah mengalami hidup sebagai wilayah merdeka seperti Johor sebelum pembentukan Malaysia.
Jadi jika Tunku Ismail menuntut Johor dilayan oleh Persekutuan Malaysia sebagai rakan Persekutuan seperti Sabah dan Sarawak maka tuntutan sedemikian rupa bukannya sesuatu yang nonsense atau tak masuk akal.
Sebelum Persekutuan Tanah Melayu terbentuk pada tahun 1957, atau sebelum wujudnya gagasan Malayan Union oleh Inggeris pada tahun 1946, Johor telah mempunyai Perlembagaan Negeri Johor sendiri yang dipanggil Undang-undang Tubuh Johor tahun 1895. Undang- undang Tubuh Kerajaan Johor ini (The Laws of the Constitution of 1895) yang merupakan Laws of the State of Johore telah wujud sejak 129 tahun yang lalu dan kekal berkuatkuasa hingga sekarang.
Perlu diingat bahawa apabila terbentuknya Persekutuan Malaysia pada September 1963 maka Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957 terlupus dan mansuh. Ketika itu Johor dan semua 11 negeri-negeri Melayu di Semenanjung terbebas dari Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dan menjadi rakan dalam Persekutuan Malaysia dengan status duduk sama rendah dan berdiri sama tinggi setaraf dengan Sabah dan Sarawak.
Johor yang tidak pernah dijajah secara langsung oleh Portugis, Belanda, Inggeris dan Jepun yang mempunyai sejarah panjang sebagai sebuah wilayah yang berdaulat tentu tidak dapat menerima kedudukan kelas dua dalam Persekutuan Malaysia.
HASSAN ABDUL KARIM merupakan ahli parlimen Pasir Gudang.
 
The post Johor rakan setaraf atau hanya sebuah negeri milik Malaysia? appeared first on Malaysia Today.


Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

https://www.malaysia-today.net/2024/06/17/johor-rakan-setaraf-atau-hanya-sebuah-negeri-milik-malaysia/

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Johor Mohon 30 Hasil Negeri Dikembalikan

Johor Mohon 30 Hasil Negeri Dikembalikan

papar berkaitan - pada 12/6/2024 - jumlah : 152 hits
Onn Hafiz Ghazi berkata hasil itu penting bagi memastikan Bangsa Johor terus mendapat limpahan hasil negeri untuk pembangunan Kerajaan Johor secara rasmi memohon kerajaan persekutuan mengembalikan sekurang kurangnya 30 hasil cukai negeri it...
Lebih Sepuluh Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik Muip Terbiar Di Bukit Kuin

Lebih Sepuluh Tahun Kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri Milik Muip Terbiar Di Bukit Kuin

papar berkaitan - pada 16/6/2024 - jumlah : 207 hits
KUANTAN Apa sudah jadi dengan kawasan Tanah Perkuburan Islam Negeri di atas tanah milik Majlis Ugama Islam Dan Adat Resam Melayu Pahang di Bukit Kuin Jalan Sungai Lembing Kuantan Itu persoalan yang ditimbulkan oleh aktivis masyarakat Mohd S...
Baju Sukan Sekolah Mana Ni Ramai Kecewa Lihat Baju Rasmi Skuad Olimpik Malaysia Didakwa Rekaan Hanya Ala Kadar

Baju Sukan Sekolah Mana Ni Ramai Kecewa Lihat Baju Rasmi Skuad Olimpik Malaysia Didakwa Rekaan Hanya Ala Kadar

papar berkaitan - pada 25/6/2024 - jumlah : 240 hits
Majlis Olimpik Malaysia baru baru ini telah melancarkan uniform rasmi atlet Malaysia yang akan beraksi dalam temasya Sukan Olimpik Paris 2024 tidak lama sahaja lagi Namun begitu pelancaran baju rasmi itu tidak diterima baik peminat sukan te...
Sebabnya Johor Beza Dari Negeri Lain

Sebabnya Johor Beza Dari Negeri Lain

papar berkaitan - pada 6/6/2024 - jumlah : 285 hits
Sebabnya Johor beza dari negeri lain ARVE Error src mismatch provider youtube url https youtu be MTolakwE9 Q src in org https www youtube com embed MTolakwE9 Q wmode transparent rel 0 feature oembed src in mod https www youtube com embed MT...
Batal Atau Jumpa Di Mahkamah Pemuda Umno Johor

Batal Atau Jumpa Di Mahkamah Pemuda Umno Johor

papar berkaitan - pada 9/6/2024 - jumlah : 283 hits
JOHOR BAHRU Pemuda UMNO Johor mendesak supaya Program Permohonan Kewarganegaraan yang ingin dianjurkan Pusat Khidmat Dewan Undangan Negeri Stulang dibatalkan atau diheret ke mahkamah Ketuanya Noor Azleen Ambros menegaskan program tersebut b...
Malaysia Is A Nation Of Migrants Act With Compassion

Malaysia Is A Nation Of Migrants Act With Compassion

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 313 hits
Have you watched the Men Against Fire episode in Black Mirror the British anthology television series set in near future dystopias with sci fi technology If you haven t check it out and come back to this piece That episode tells the story o...
Forwards Become Malaysia S Favoured Tool For Boosting The Ringgit

Forwards Become Malaysia S Favoured Tool For Boosting The Ringgit

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 358 hits
Bank Negara Malaysia has increasingly relied on currency forwards to stabilise the ringgit reducing pressure on its foreign exchange reserves PETALING JAYA The central bank has been increasingly using currency forwards to support the ringgi...
Hubungan Dengan China Jamin Kepentingan Jangka Panjang Malaysia

Hubungan Dengan China Jamin Kepentingan Jangka Panjang Malaysia

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 392 hits
PETALING JAYA Pengukuhan hubungan bilateral dengan China bukan hanya untuk meraih keuntungan jangka pendek sebaliknya bagi menjamin kepentingan jangka panjang kepada negara dan rakyat Malaysia kata Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim B...
Study Medicine In Malaysia A Comprehensive Guide For International Students

Study Medicine In Malaysia A Comprehensive Guide For International Students

papar berkaitan - pada 20/6/2024 - jumlah : 418 hits
Embarking on a journey to as an international student is an exciting and rewarding endeavor In this comprehensive guide we ll provide valuable insights and essential information to help international students navigate the process of studyin...
Ai Tools For Monitoring Terrorist Threats

Mortgage Your House Understanding The Meaning And Implications

Terima Kasih Pak Lah Perdana Menteri Malaysia Ke 5 Bapa Pembangunan Modal Insan Negara

Iconic Photo Of Pak Lah Mother Worth A Million Votes

User Acquisition And Retention

Kitchen Design Creating A Functional And Beautiful Space

Maruah Negara Diperleceh Isu Bendera Malaysia Maszlee Gesa Tindakan Tegas

Navigating The Legal Landscape Lawyers In Washington D C


echo '';
Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Dendam Seorang Madu Slot Tiara Astro Prima

10 Fakta Biodata Amira Othman Yang Digosip Dengan Fattah Amin Penyanyi Lagu Bila Nak Kahwin

5 Tips Macam Mana Nak Ajak Orang Kita Suka Dating Dengan Kita

Info Dan Sinopsis Drama Berepisod Keluarga Itu Slot Lestary TV3

Bolehkah Manusia Transgender Mencapai Klimaks Selepas Bertukar


Ww Koleksi Pokok Bunga Orkid

Indahnya Syawal Pantun Hari Raya Menyemarakkan Suasana Aidilfitri

Dividen Bank Rakyat 2024 17

Salam Aidil Fitri Buat Pembaca Blog Cik Matahariku

Level Up Your Style The Coolest Geek Nerd Shirts At Geeksoutfit

Parcel Akak Suria Amanda Pak Zain