Johor Oh Johor 9238




Perang Jementah lebih kepada bersebabkan kuasa. Islam diketepikan.  
Berita kemangkatan Sultan Ali mengejutkan seluruh penduduk Umbai-Kesang. Sebelum magkat, baginda mewasiatkan supaya Tengku Mahmod dilantik menjadi sultan menggantikan baginda. Tengku Mahmod adalah Putera Almarhum Sultan dengan isteri ketiga baginda, iaitu orang kebanyakan. Pelantikan ini ditentang oleh Tengku Alam, putera sulung baginda daripada isteri tuanya. Akibat tentangan itu, tercetuslah perang saudara yang pertama di Johor. 

MAHARAJA ABU BAKARSRshafique rahmanUpdated 22 October 2014


Mengarahkan bendera Union Jack di kibarkan lebih rendah dari bendera Negeri Johor.Berjaya menyelesaikan pergaduhan di Pahang dan Klang sekaligus di anugerahkan darjah kebesaran oleh Queen Victoria atas kejayaan beliau.Kerjaya dalam kerajaan bermula sebagai Pelatih Kerani di pejabat Temenggung Ibrahim pada usia 16 tahun.Di lantik sebagai Pemangku Raja oleh Sultan pada tahun 1904.Mengiringi Sultan Abu Bakar dalam lawatan ke Eropah pada 1866.`Dilahirkan pada 1841 dan meninggal dunia pada 21 Julai 1915Di gelar Dato' Bentara LuarTugas utamanya ialah merancang pembangunan Negeri JohorSeorang birokrat yang bertanggungjawab dalam pertahanan negeri dan perladangan lada hitam.Seorang yang fasih berbahasa Cina dan membantu Negeri Johor dalam menguruskan Sistem Kangcu.Seorang Ketua Jabatan Tanah dan Ukur, berjaya mengeluarkan peta lengkap Negeri Johor.Bertanggungjawab dalam pembukaan Bandar Maharani ( 1888) dan Bandar Penggaram (1893).Membuka Bandar Batu Pahat yang di rancang secara moden pada 1 Januari 1894 selepas di titahkan pembukaan bandar tersebut oleh Maharaja Abu Bakar pada 11 November 1893.Pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Johor, Ahli Dewan Negeri dan Jemaah Menteri.Pegawai Kerajaan yang bertanggungjawab meraikan kedatangan Putera Arthur of Connaught.Mewajibkan semua kakitangan kerajaan berpakaian rasmi Kerajaan Johor.Dilahirkan pada 1841 dan meninggal dunia pada 21 Julai 1915Di gelar Dato' Bentara LuarSeorang yang fasih berbahasa Cina dan membantu Negeri Johor dalam menguruskan Sistem Kangcu.Seorang Ketua Jabatan Tanah dan Ukur, berjaya mengeluarkan peta lengkap Negeri Johor.Membuka Bandar Batu Pahat yang di rancang secara moden pada 1 Januari 1894 selepas di titahkan pembukaan bandar tersebut oleh Maharaja Abu Bakar pada 11 November 1893.Pernah berkhidmat sebagai Pesuruhjaya Polis Johor, Ahli Dewan Negeri dan Jemaah Menteri.Di lahirkan pada 1838 dan meninggal dunia pada 31 Julai 1919.Menteri Besar Johor yang pertama setelah di lantik Sultan Abu Bakar pada 1882.Mengetuai angkatan tentera semasa Peperangan Jementah 1879Bertanggungjawab dalam pembukaan Bandar Maharani ( 1888) dan Bandar Penggaram (1893).Mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris.Seorang yang mementingkan pendidikan Barat, Agama Islam dan kebudayaan Melayu.SUMPAH JANJIDI BUMI JAUHARTugas utamanya ialah merancang pembangunan Negeri JohorSeorang birokrat yang bertanggungjawab dalam pertahanan negeri dan perladangan lada hitam.DATO' JAAFAR BIN MUHAMMADDATO' JAAFARBINMUHAMMADDATO' MUHAMMADSALLEHBINPERANG``Sultan Negeri Johor ke - 20TemenggungDaengIbrahimDi puterakan pada 8 Disember 1810 dan mangkat pada 31 Januari 1862.Menggunakan gelaran Raja sebagai menghormati Sultan Ali.Membuka Johor Bahru sebagai pusat pentadbiran kerajaan Johor pada 10 Mac 1855Kerja-kerja merintis dan membina bandar Johor Bahru yang dikenali sebagai Iskandar Puteri bermula di Teluk Belanga.Menggunakan gelaran Raja sebagai menghormati Sultan Ali.Di lahirkan pada 1838 dan meninggal dunia pada 31 Julai 1919.Menteri Besar Johor yang pertama setelah di lantik Sultan Abu Bakar pada 1882.Mendapat pendidikan Melayu dan Inggeris.Seorang yang mementingkan pendidikan Barat, Agama Islam dan kebudayaan Melayu.Kerjaya dalam kerajaan bermula sebagai Pelatih Kerani di pejabat Temenggung Ibrahim pada usia 16 tahun.Di lantik sebagai Pemangku Raja oleh Sultan pada tahun 1904.Mengiringi Sultan Abu Bakar dalam lawatan ke Eropah pada 1866.Pegawai Kerajaan yang bertanggungjawab meraikan kedatangan Putera Arthur of Connaught.Mewajibkan semua kakitangan kerajaan berpakaian rasmi Kerajaan Johor.Mengarahkan bendera Union Jack di kibarkan lebih rendah dari bendera Negeri Johor.Berjaya menyelesaikan pergaduhan di Pahang dan Klang sekaligus di anugerahkan darjah kebesaran oleh Queen Victoria atas kejayaan beliau.1855187918661885TEMENGGUNG DAENG IBRAHIMMAHARAJA ABU BAKARDATO' MUHAMMAD SALLEH BIN PERANGMenaiki tahkta pada 1862 sehingga 1895 pada usia 28 tahun menggantikan ayahandanya.Di gelar Bapa Johor Moden.Memindahkan pusat pemerintahan Negeri Johor dari Teluk Belanga ke Johor Bahru pada 1889.Undang-undang Tubuh Kerajaan Johor di tubuhkan oleh Sultan Abu Bakar pada 14 April 1895.Di puterakan pada 3 Februari 1833 dan mangkat pada 10 Mei 1895.Merupakan putera sulung Temenggung Daeng Ibrahim.Mengaplikasikan sistem pentadbiran yang cekap dan tersusun sekaligus mengelakkan campur tangan British di Johor.Menggunakan gelaran Maharaja yang merupakan anugerah dari Queen Victoria pada tahun 1868.Menandatangani perjanjian persahabatan dengan British di mana British mengiktiraf Johor sebagai negeri yang bebas dan berdaulat di samping Maharaja Abu Bakar sebagai Sultan Johor.Menguasai seluruh wilayah jajahan Johor atas kemangkatan Sultan Ali pada tahun 1877.Memenangi Perang Jementah 1979 melalui askar yang di pimpin oleh Dato' Bentara Luar.Pada tahun 1883, Sultan Abu Bakar merasmikan Penjara Johor Bahru.Menggunakan gelaran Sultan pada 1 Julai 1886.MAHARAJA ABUBAKARSumber: 
MAHARAJA ABU BAKAR by shafique rahman on Prezi

Wednesday, March 2, 2011
Disebalik tabir Dinasti Temenggong Johor. 
POSTED BY USOPKUCHAI ON 3:53 PM
ini bahagian terakhir dari bab kesultanan Johor. 
Kemangkatan Sultan Mahmud Shah memperlihatkan pertelingkahan antara keturunan India-Muslim dgn keturunan dari Sumatera. 
Kemangkatan Sultan Mahmud Shah II pula menyaksikan peluasan pengaruh antara Minangkabau dan Bugis. Dalam episod kemangkatan Sultan Mahmud III pula kita akan menjengok kesan permainan politik antara Bugis dengan Inggeris. 
Akhirnya nanti kita melihat bagaimana kesultanan Melayu itu ditamatkan selepas kemangkatan Sultan Mahmud Muzaffar Shah.
sebermula kisah ketika Sultan Mahmud Shah III mangkat pada tahun 1812, Tengku Hussein (Tengku Long) tidak berada di Johor kerna diceritakan baginda sedang melangsungkan pernikahan di Pahang. Yam Tuan Muda Riau, Raja Jaafar, menabalkan adindanya Tengku Abdul Rahman sebagai Sultan Johor, namun tidak dipersetujui oleh kakak Raja Jaafar, yg merupakan isteri kepada Sultan Mahmud Shah III, dan enggan menyerahkan kebesaran diraja utk digunakan dalam adat pertabalan.
Bendahara Ali kemudian pergi ke Riau utk memulihkan adat, tetapi ditahan dipertengahan jalan oleh Raffles. dan dgn bantuan Temenggung, Tengku Hussein diculik dan dibawa ke Singapura, dan kemudiannya dipaksa oleh Raffles utk menandatangai perjanjian dengan British.
perjanjian ini dimaterai pada 6 februari 1819, antara lain menyebut bahawa British mengakui Tengku Hussein sebagai Sultan Johor yg sah, seterusnya Tengku Hussein dan Temenggung akan menerima gaji dari British, dan sebagai balasan Tengku Hussein membenarkan Raffles utk membuka tempat perniagaan di Singapura.
Bendahara juga diminta oleh British utk mengakui Tengku Hussein tapi beliau menolak dan mengatakan bahawa itu semua adalah ulah Temenggung serta menyatakan taat-setianya hanya pada Sultan Johor yg berada di Lingga. maka ketika itu Johor mempunyai dua org sultan.
sultan yg pertama, Sultan Abdul Rahman bersemayam di Lingga dan disokong oleh Raja Jaafar. baginda mangkat pada tahun 1832 dan digantikan dengan anakandanya, Sultan Muhammad Shah dan seterusnya oleh Sultan Mahmud Muzaffar Shah pada tahun 1841. namun Sultan Mahmud Muzaffar Shah dimakzulkan pada tahun 1857 oleh belanda, dengan sokongan dari Raja Jaafar. baginda dikatakan memungkiri perjanjian antara Raja Jaafar dan belanda pada tahun 1830, perjanjian itu hanya diketahui oleh Sultan pada tahun 1855. baginda kemudiannya menuntut haknya sebagai pemerintah empayar Johor-Riau yg sah dengan meminta bantuan dari Johor, namun dinastinya berakhir pada 3 februari 1911, dimana ketika itu belanda menguasai sepenuhnya daerah Riau dan Lingga, dan menabalkan Sultan Sulaiman Badrul Shah sebagai sultan abru kerajaan Riau-Lingga.
sultan yg kedua, Tengku Hussein bersemayam di Johor dan dibayangi oleh pengaruh Temenggung. pengaruh Temenggung menjadi semakin kuat pada zaman Sultan Ali yg ditabalkan pada tahun 1835. pada tahun 1852, Sultan Ali membuat keputusan mengembalikan Johor kepada empayar Johor-Riau dan menemui Sultan Mahmud Muzaffar Shah di Lingga. manakala Temenggung Abu Bakar yg bercita2 menjadi sultan membuat hubungan dengan inggeris dan dengan menggunakan pengaruh inggeris, Sultan Ali terpaksa menyerahkan takhta Johor kepada Temenggung Daeng Ibrahim, bapa kepada Temenggung Abu Bakar, pada tahun 1855. Sultan Ali mangkat pada tahun 1877. Temenggung Daeng Ibrahim adalah dari keturunan Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV, dari anaknya Tun Abbas. dan seterusnya dari keturunan inilah jurai Sultan Johor yg ada sekarang.
Temenggung Ibrahim mangkat pada tahun 1862 dan digantikan oleh anaknya Temenggung Abu Bakar dengan memakai gelar Sri Maharaja Johor. Temenggung Abu Bakar kemudiannya menyerang dan menawan Muar, yg dibawah kekuasaan Raja Temenggung, dengan bantuan inggeris pada tahun 1877. peristiwa ini dikenali sebagai Perang Jementah.
Temenggung Abu Bakar kemudiannya pergi ke Istanbul utk mendapat pengiktirafan sebagai Sultan Johor. pada tahun 1885, Sultan Abu Bakar menemui Ratu Victoria utk membuat perjanjian persahabatan dan mendapat pengiktirafan. Sultan Abu Bakar kemudiannya memindahkan pusat pemerintahan ke Johor Bahru dan menemukan Kesultanan Johor Moden.
balik pada cerita inggeris, Thomas Stamford Raffles mula-mula melangkahkan kaki di muara Sungai Singapura pada 28 januari 1819. dia berpendapat Singapura sangat strategik utk dijadikan pusat perdagangan. Raffles membuat perjanjian dengan Temenggung utk membuka kilang, namun itu memerlukan kebenaran dari sultan. Major William Farquhar dihantar ke Riau utk mendapatkan kebenaran tersebut, namun sultan dipengaruhi oleh Raja Muda Bugis dan belanda.
kerna itulah ketika dia mendapat tahu perihal yg berlaku di istana Johor, dia mengambil kesempatan mengangkat Tengku Hussein menjadi Sultan dan memaksa baginda membuat perjanjian dengannya sebagai wakil Syarikat Hindia Timur British (British East India Company). British bersetuju membayar Sultan Hussein sebanyak $5,000 setahun dan Temenggung sebanyak $3,000 setahun. Raffles kemudiannya menjadikan Singapura sebagai pelabuhan bebas cukai dan menarik banyak kapal berlabuh.
sewaktu pecahnya Perang Napoleon (1795-1818) di eropah, british menguasai kebanyakan dari tanah jajahan belanda. pada tahun 1824, termetarailah Perjanjian Inggeris-Belanda, yg menyaksikan empayar Melayu dibahagi dua oleh kuasa penjajah; Johor dan Singapura dibawah inggeris, manakala Riau dan Lingga dibawah belanda. pada tahun 1826, Singapura menjadi sebahagian dari Negeri Selat, yg kemudiannya menjadi pusat Negeri Selat pada tahun 1832. manakala Johor pula disatukan dalam Negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1895.
begitulah keadaan yg berlaku di negeri Johor sehinggalah pecah Perang Dunia ke-2 pada tahun 1939.
Sumber: 
disebalik tabir dinasti temenggung Johor ~ blogologue

Sejarah SEKOLAH KEBANGSAAN JEMENTAH KM22 JALAN MUAR, 85200 JEMENTAH, SEGAMAT, JOHOR DARUL TAKZIM. 
Monday, 26 May 2008

Sekolah ini telah ditubuhkan pada tahun 1933. Tanah tapak sekolah ini seluas dua(2)ekar 0 rood tiga (3)pole, telah dihadiahkan oleh Allahyarham Encik Abdul Rahman bin Md Salleh, Naib Penghulu Mukim Jementah pada masa itu. 

Bangunan asal ialah sebuah bangunan beratapkan rumbia, berdindingkan kulit kayu kepong, bertiangkan kayu bulat dan telah dibina secara gotong- royong. 
Sekolah ini dinamakan Sekolah Melayu Jementah dan merupakan sekolah yang pertama dibina di Mukim Jementah. 
Dalam tahun 1936 sebuah bangunan batu telah dibina oleh kerajaan untuk menggantikan bangunan asal. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Allahyarham Dato' Abdullah B. Esa, Pesuruhjaya Kerajaan di Segamat pada ketika itu. 

Sebuah rumah guru juga telah dibina berhampiran dengannya.Dalam tahun 1951 sebuah bangunan tambahan (bangunan atap) telah didirikan oleh orang ramai secara gotong-royong. Dalam tahun 1953 sebuah bangunan tambahan (papan/ asbestos) telah dibina oleh kerajaan untuk menggantikan bangunan tambahan yang didirikan pada tahun 1951. Dalam tahun 1981 sebuah bangunan baru dua tingkat berserta dengan kantin telah didirikan. Bangunan ini telah dirasmikan oleh Y.A.B. Dato'Musa B. Hitam S.P.M.J, S.S.I.J, S.P.M.S, D.U.N.M,S.P.N.S,B.S.I, P.I.S, S.P.D.K Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1985. PENGASAS SEKOLAH
Penubuhan sekolah ini adalah hasil daripada daya usaha individu yang berikut: 

1. Allahyarham En. Abdul Kahar B. Abdul Rahman (Penghulu Mukim Jementah)
2. Allahyarham En. Abdul Rahman B. Mohd. Salleh (Naib Penghulu Mukim Jementah)
3. Allahyarham Sarjan Mustaffa (Ketua Balai Polis Jementah)
4. Tuan Haji Abdul Majid B. Abdul Jalil (Ketua Kg. Sg. Siput, Jementah)

LATAR BELAKANG SEKOLAH

Butir-butir bangunan sekolah: 

1. Sekolah ini mempunyai 3 blok bangunan. 1 blok bangunan 3 tingkat, 1 blok bangunan 2 tingkat dan 1 bangunan kayu 1 tingkat.
2. Kemudahan bilik-bilik P&P dan bilik-bilik Sekolah ini dilengkapi dengan 12 buah kelas termasuk 1 buah Kelas Pendidikan Khas. Di samping itu, bilik-bilik khas terdiri daripada bilik- bilik pentadbiran, Bilik Mesyuarat/Bilik Gerakan, Pusat Sumber, Bilik Kemahiran Hidup,Makmal Sains, Bilik Muzik, Bilik Pemulihan, Bilik Bimbingan dan Bilik Komputer.
3. Sekolah ini mempunyai 2 kelas untuk setiap tahap iaitu Mahsuri dan Malinja. Nama tersebut diambil berdasarkan lencana sekolah yang mempunyai lambang padi iaitu padi Malinja dan padi Mahsuri.

SENARAI GURU-GURU BESAR
NAMA TAHUN
. En. Mohamad B. Hj. Mahadi 1933-1938
. En. Abdul Aziz B. Md. Awi 1938-1950
• En. Abdul Manaf B. Abdul Rahman 1950-1955
• Tuan Hj. Arif B. Hj. Dualim 1956-1959
• En. Sani B. Taha 1959-1962
• Tuan Hj. Jalil B. Salim 1963-1969
• En. Othman B. Hj. Sahab 1969-1971
• En. Kasran B. Isnin 1971-1981
• Tn. Hj Mohd Saat B. Rasul 1983-1984
• En. Roslan B. Hj Daud 1984-1989
• En. Abd. Majid B. Madisan 1989-1994
• Tn. Hj Roslan B. Hj Daud 1994-1995
• En. A. Aziz B. Ishak 1995-1998
• En. Mustaffa B. Hassan 1998-1999
• Pn. Halizah Bt. Maarof 1999 hingga sekarang

Sumber: 
Sejarah

Sejarah Johor
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Rencana ini memerlukan petikan dan rujukan tambahan untuk pengesahan. Sila bantu memperbaiki rencana ini dengan menambahkan petikan ke sumber-sumber yang boleh dipercayai. Bahan yang tidak disahkan mungkin akan dipertikai dan dipadam. (Ketahui bagaimana dan bila untuk membuang pesanan templat ini)

Sejarah Johor sudah pun bermula pada tahun 801 M sebagai suatu petempatan perdagangan yang penting. Semasa abad ke-14, kawasan itu menjadi wilayah tanggungan Empayar Majapahit sehingga pemerintahan Kesultanan Melaka (1400-1511) yang mana negeri Johor menjadi pula salah sebuah jajahan pemerintahannya. 

Pada tahun 1511, Melaka dikuasai oleh pihak Portugis dan Sultan Mahmud Shah , Sultan Melaka ketika itu, melarikan diri ke Pahang dan kemudiannya ke Bintan di Johor. 

Kesultanan Johor ditubuhkan oleh Sultan Alauddin Riayat Shah II, anakanda Sultan Mahmud Shah, Melaka pada tahun 1528 dimana wilayah jajahan yang diperintah oleh kerajaan ini ialah Johor, Riau, wilayah yang terbentang dari Sungai Klang hingga ke Linggi dan Tanjung Tuan, Muar, Batu Pahat, Singapura, Pulau Tinggi dan pulau-pulau lain di pantai timur Semenanjung Tanah Melayu serta Kabupaten Karimun, Bintan, Bulang, Lingga, Bungaran, Kota Baru, Kampar dan Siak di Sumatera.[1][2]

Pada tahun 1946, negeri Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Dua tahun kemudian, Johor menyertai Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya persekutuan Malaysia pada tahun 1963.

Isi kandungan1Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka2Kemunculan Kesultanan Johor Lama serta kuasa dan pengaruh luar2.1Perang Tiga Segi2.2Perang Johor-Jambi2.3Pengaruh Bugis dan Minangkabau3Kekuasaan Kesultanan Johor3.1Pentadbiran Empayar Johor3.2Pengaruh Empayar Johor4Kedatangan kuasa Barat dan kejatuhan Kesultanan Johor Lama4.1Belanda dan Melaka4.2Singapura dan British4.3Perjanjian Anglo-Belanda4.4Kuasa-kuasa yang berminat4.5Sultan cuba membaiki keadaan4.6Kejatuhan Empayar Johor5Kemunculan kuasa bekas jajahan Johor5.1Pemisahan tanah daratan Johor dengan Riau5.2Johor dan Pahang6Sejarah Johor moden6.1Wangsa Temenggong6.2Senarai Penasihat Am British Johor6.3Pendudukan Jepun6.4Pra-kemerdekaan Tanah Melayu7Garis masa8Nota dan rujukan8.1Nota8.2Rujukan9Lihat juga
Kejatuhan Kesultanan Melayu Melaka

Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mengumpulkan semula semua askarnya dan menyerang Melaka beberapa kali dan membuat sekatan perdagangan. Portugis merana kerana banyak serangan dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah. 

Beberapa percubaan untuk menewaskan askar-askar Sultan Mahmud Shah dilakukan. Akhirnya, pada tahun 1526, seangkatan kapal yang besar di bawah Pedro Mascarenhaas dihantar oleh Portugal untuk memusnahkan bandar Bentan. 

Sultan Mahmud Shah terpaksa melarikan diri melintasi Selat Melaka ke Kampar, Sumatera di mana baginda mangkat disana. Baginda meninggalkan beberapa orang putera dan puteri antaranya Raja Mudzaffar dan Raja Ali.[petikan diperlukan]

Raja Mudzaffar seterusnya menjadi Sultan Perak manakala Raja Ali menjadi sultan Johor yang pertama. Kesultanan Johor juga dikenali sebagai "Kesultanan Johor-Riau-Lingga".

Kemunculan Kesultanan Johor Lama serta kuasa dan pengaruh luar

Perang Tiga Segi

Sultan Alauddin Riayat Shah II menubuhkan sebuah kota di Johor Lama yang terletak di tebing Sungai Johor dan dari situ terus melancarkan serangan ke atas kedudukan Portugis di Melaka. Baginda sentiasa bekerjasama dengan saudaranya di Perak dan juga dengan Sultan Pahang untuk menawan semula Melaka (pada ketika itu kota A Famosa telah dibina).

Di sebelah utara Sumatera pula pada masa yang sama, Aceh mula mengembangkan pengaruhnya untuk menguasai Selat Melaka. Selepas kejatuhan Melaka kepada Portugis yang beragama Kristian, pedagang-pedagang Muslim mula menjauhkan diri daripada Melaka dan singgah di Aceh. Melihat keadaan itu Portugis merasa tercabar kerana hasil perdagangannya semakin kurang.

Portugis dan Johor sentiasa berperang menyebabkan Aceh melancarkan serangan ke atas kedua-dua belah pihak. Kebangkitan Aceh di Selat Melaka mengakibatkan Johor dan Portugis berdamai dan bekerjasama melemahkan Aceh. Tetapi selepas Aceh menjadi lemah, Johor dan Portugis kembali berperang.

Perang Johor-Jambi

Semasa Perang Tiga Segi, Jambi yang berada di bawah kekuasaan Johor menjadi tumpuan ekonomi dan politik. Pada tahun 1666, Jambi cuba membebaskan diri daripada kekuasaan Johor dan di antara tahun 1666 hingga tahun 1673 terjadilah peperangan di antara Johor dan Jambi. Ibu kota Johor iaitu Batu Sawar dimusnahkan oleh angkatan Jambi. Hal ini menyebabkan ibu kota Johor sentiasa berpindah-randah.

Sepanjang perang itu, Jambi yang sentiasa mendapat keuntungan. Tetapi pada tahun 1679, Laksamana Tun Abdul Jamil mengupah askar upahan Bugis untuk bersama-sama dengan tentera Johor menentang Jambi. Tidak lama kemudian Jambi pun tewas.

Krisis antara Johor dan Jambi bermula apabila kedua-dua pihak berselisih faham mengenai perebutan kawasan yang bernama Tungkal. Pada masa ini Johor diperintah oleh Sultan Abdul Jalil Shah III dan peranan pentadbiran lebih banyak dimainkan oleh Raja Muda. Dalam usaha untuk mendapatkan semula Tungkal dari tangan orang Jambi, orang Johor telah menghasut penduduk Tungkal untuk memberontak. Hal ini menimbulkan kemarahan Pemerintah Jambi. Namun kekuatan ketenteraan Johor yang disegani pemerintah Jambi pada waktu itu menyebabkan Jambi memilih untuk berdamai. Ketegangan antara Johor dan Jambi telah dapat diredakan menerusi perkahwinan antara Raja Muda Johor dengan Puteri Sultan Jambi pada tahun 1659.

Namun persengketaan antara Johor dan Jambi kembali meletus berpunca daripada tindakan kedua-dua pihak yang saling menghina kedaulatan kerajaan masing-masing. Johor telah memulakan episod perperangan dengan Jambi apabila menghantar 7 buah kapal untuk menyerang perkampungan nelayan Jambi pada bulan Mei 1667. Kegiatan perdagangan semakin merosot akibat perperangan yang berlaku kerana tiada jaminan keselamatan kepada pedagang untuk menjalankan urusniaga di kawasan bergolak ini. Hal ini menyebabkan kerugian ekonomi kepada Johor. Kemuncak peristiwa perperangan ini berlaku apabila Pangeran Dipati Anum mengetuai sebuah angkatan perang untuk menyerang dan memusnahkan Johor secara mengejut pada 4 April 1673. Serangan ini telah melumpuhkan sistem pentadbiran kerajaan Johor. Dalam usaha menyelamatkan diri, Raja Muda bersama seluruh penduduk Johor telah lari bersembunyi di dalam hutan. Bendahara Johor telah ditawan dan dibawa pulang ke Jambi.

Sultan Abdul Jalil Shah III pula melarikan diri ke Pahang. Baginda akhirnya meninggal dunia di sana pada 22 November 1677. Perperangan yang menyebabkan kekalahan kerajaan Johor ini telah mengakibatkan kerugian yang besar kepada Johor kerana Jambi telah bertindak merampas semua barang berharga milik kerajaan Johor termasuk 4 tan emas, sebilangan besar senjata api yang merupakan simbol kemegahan dan kekuatan Johor. Kehilangan senjata api dan tentera yang ramai menyebabkan kerajaan Johor tidak berupaya berbuat apa-apa secara tidak langsung menyebabkan kerajaan Johor runtuh.

Pengaruh Bugis dan Minangkabau

Sultan Mahmud Shah II mangkat pada tahun 1699 tanpa meninggalkan sebarang waris. Melihatkan keadaan itu, Bendahara Abdul Jalil melantik dirinya sebagai sultan baru dengan digelar Sultan Abdul Jalil Riayat Shah IV. Tetapi timbul perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar-pembesar lain di atas perlantikan itu.

Orang Bugis yang memainkan peranan penting sewaktu Perang Johor-Jambi mempunyai pengaruh yang kuat di Johor. Selain daripada orang Bugis, orang Minangkabau juga mempunyai pengaruh yang kuat. 

Orang Bugis dan Minangkabau percaya dengan kematian Sultan Mahmud II, mereka dapat mengembangkan pengaruh mereka di Johor. Dalam kalangan orang Minangkabau terdapat seorang putera dari Siak iaitu Raja Kecil yang mengaku dirinya sebagai waris tunggal Sultan Mahmud II. 

Raja Kecil menjanjikan kepada orang Bugis bahawa sekiranya mereka menolongnya menaiki takhta dia akan melantik ketua orang-orang Bugis sebagai Yang Dipertuan Muda Johor. Pada masa itu orang-orang Bugis telah memberikan alasan untuk pergi ke Selangor bagi mengumpul orang-orangnya sebelum melancarkan serangan. Walau bagaimanapun, pada tahun 1717, Raja Kecil dan askar dari Siak (Minangkabau) telah menyerang Johor terlebih dahulu setelah terlalu lama menunggu kedatangan orang-orang Bugis. 

Pada 21 Mac 1718, Raja Kechil telah menawan Panchor. Raja Kechil melantik dirinya sebagai Yang di-Pertuan Besar Johor dan bergelar Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah. Setelah Raja Kecil berjaya menduduki tahta Johor orang-orang Bugis telah datang menuntut janji untuk dilantik sebagai Yang Pertuan Muda. Permintaan ini telah tidak diperkenankan oleh Raja Kecil kerana orang-orang Bugis tadi telah tidak memberikan bantuan sebagaimana yang diminta oleh Raja Kecil.

Tidak puas hati dengan perlantikan Raja Kecil, bekas Bendahara Abdul Jalil meminta Daeng Parani ketua orang Bugis untuk menolongnya mendapatkan semula takhta. Permintaan ini telah dipersetujui oleh orang-orang Bugis kerana mereka juga kecewa kerana tidak dapat menuntut jawatan Yam Tuan Muda. 

Pada tahun 1722, Raja Kecil terpaksa meletakkan takhta kerana pengaruh Bugis. Anak Bendahara Abdul Jalil kemudiannya dilantik menjadi sultan dengan gelaran Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah. Tetapi Sultan Sulaiman hanyalah seorang sultan tetapi tidak mempunyai kuasa kerana Daeng Merewah, daripada orang Bugis yang memegang kuasa sebagai Yang Dipertuan Muda.

Kekuasaan Kesultanan Johor

Pentadbiran Empayar Johor

Kesultanan Johor meneruskan sistem pentadbiran terdahulu seperti yang diamalkan di Melaka. Kuasa pemerintah tertinggi ialah Yang di-Pertuan yang dikenali juga sebagai Sultan. 

Sultan dibantu oleh Majlis Orang Kaya yang berperanan menasihati Sultan. Ahli majlis ini ialah Bendahara, Temenggong, Laksamana, Shahbandar dan Seri Bija Diraja. 

Pada kurun ke 18, Bendahara tinggal di Pahang dan Temenggong Johor di Teluk Belanga, Singapura. Setiap mereka berperanan mentadbir kawasan mereka itu dengan kuasa yang diberikan oleh Sultan Johor. 

Oleh itu, kuasa pusat Empayar Johor dipecahkan.Ia menjadikan Empayar Johor terdiri dari 4 vasal/wilayah pegangan atau wilayah yang dipertanggungjawabkan kepada pembesar tertentu. Wilayah Muar dibawah Raja Temenggung Muar, Pahang dibawah kekuasaan Bendahara Johor, Riau dibawah Yang Dipertuan Muda dan tanah besar Johor dan Singapura dibawah kekuasaan Temenggung Johor. Sultan hanya berkuasa di Lingga dan pulau-pulau sekitarnya sahaja. Seluruh empayar Johor diketuai oleh Sultan yang bersemayam di Pulau Lingga. 

Semua Orang Kaya kecuali Raja Temenggong Muar melapor terus kepada Sultan, Raja Temenggong Muar adalah berdaulat dan diakui oleh Sultan kerana Muar adalah jajahan yang dikurniakan oleh Sultan kepada pembesar yang bergelar Dato' Pasir Raja. Muar kemudiannya diambil oleh Sultan Abu Bakar dari wangsa Temenggung dengan syarat dibayar pencen setiap bulan kepada pewaris Raja Temenggong Muar untuk selama-lamanya.

Pengaruh Empayar Johor

Sebagai Kesultanan menggantikan Kesultanan Melayu Melaka, maka pengaruh wilayahnya meliputi semenanjung selatan Malaysia, bahagian selatan-timur Sumatera dan Kepulauan Riau dan kawasan sekitarnya. 

Empayar ini termasuk negeri Pahang, Muar, Johor darat, Kepulauan Riau dan Pulau Lingga. Pentadbiran pusat kekuasaan telah beberapa kali berpindah di Sayong Pinang, Kota Kara, Seluyut, Johor Lama, Batu Sawar dan Kota Tinggi, semua di Johor darat dan kemudian ke Riau dan Pulau Lingga. Kemudian beralih dengan kelahiran Kesultanan Johor moden di Tanjung Puteri, yang sekarang dikenali sebagai Johor Bahru.

Kedatangan kuasa Barat dan kejatuhan Kesultanan Johor Lama

Belanda dan Melaka

Pada abad ke-17, Belanda tiba di Asia Tenggara. Belanda bukanlah sekutu atau kawan Portugis dan ini menyebabkan Belanda bersekutu dengan Johor untuk memerangi Portugis di Melaka. Akhirnya pada tahun 1641, Belanda dan Johor berjaya menewaskan Portugis. Melaka kemudiannya menjadi milik Belanda sehinggalah Perjanjian Inggeris-Belanda 1824 ditandatangani.

Singapura dan British

Pada tahun 1818, Sir Stamford Raffles dilantik sebagai Gabenor Bengkulu di Sumatera Barat. Namun, ia yakin bahawa Inggeris diperlukan untuk mendirikan pangkalan baru di Asia Tenggara untuk bersaing dengan Belanda. Meskipun banyak di British East India Company menentang idea seperti itu, Raffles berjaya meyakinkan Lord Hastings ketua Syarikat, kemudian Gabenor Jeneral India, untuk menyokongnya. Dengan persetujuan gabenor jeneral, dia dan ekspedisi berangkat untuk mencari markas baru.

Ekspedisi Raffles tiba di Singapura pada 29 Januari 1819. Ia terjumpa sebuah penempatan kecil Melayu di kuala Sungai Singapura yang dipimpin oleh seorang gabenor (Temenggung) Johor. Walaupun pulau itu ukuran dasar diperintah oleh kesultanan, situasi politik di sana sangat keruh. Sultan saat ini, Sultan Abdul Rahman, berada di bawah pengaruh Belanda dan Bugis. Oleh kerana itu, dia tidak akan pernah bersetuju untuk menubuhkan pangkalan British di Singapura. 

Namun, Tengku Abdul Rahman adalah penguasa hanya kerana abangnya, Tengku Hussain atau Tengku Long, telah pergi di Pahang berkahwin ketika bapa mereka meninggal dunia pada tahun 1812. Dia dilantik oleh Yam Tuan Muda Riau, Raja Jaafar kerana menurut dia, dalam tradisi Melayu, pengganti sultan itu harus berada di sisi sultan ketika sultan mangkat agar boleh dianggap sebagai penguasa baru. Namun hal ini harus diputuskan oleh Bendahara sebagai penjaga "adat".[3][4]

Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang, Bendahara Empayar Johor) sedar akan masalah ini dan memutuskan untuk bertindak. Dia telah menyiapkan armada kapal ke Riau untuk "memulihkan adat". 

Inggeris setelah mengetahui hal ini mengutus armada dan mengepung angkatan Bendahara Ali untuk menghalangnya pergi ke Riau. Dengan bantuan Temenggung, Raffles berjaya menyeludup Tengku Hussain , yang tinggal dalam buangan di salah satu Kepulauan Riau, kembali ke Singapura. 

Berdasarkan surat antara Tengku Hussain yang diutuskan kepada saudaranya (Sultan Abdul Rahman), ia berangkat ke Singapura kerana bimbang tentang keselamatan anaknya. Sayangnya dia ditangkap oleh Raffles dan dipaksa untuk membuat perjanjian. Perjanjian mereka menyatakan bahawa Inggeris akan mengakui Tengku Hussain sebagai 'penguasa sah' "Johor", dan dengan demikian Tengku Hussain dan Temenggung akan menerima gaji tahunan dari Inggeris itu. 

Sebagai ganjaran, Tengku Hussein akan membolehkan Raffles mendirikan pos perdagangan di Singapura. perjanjian ini telah disahkan pada 6 Februari 1819. Bendahara Ali diminta oleh Inggeris untuk mengakui Tengku Hussain sebagai Sultan yang sah. Namun, Bendahara Ali telah menyatakan bahawa ia tidak ada hubungannya dengan kejadian di Singapura, kerana ia merupakan tanah kekuasaan Temenggung dan menyatakan bahawa kesetiaannya terletak pada Sultan Johor sebenar di Lingga.

Perjanjian Anglo-Belanda

Belanda sangat tidak senang dengan tindakan Raffles. Ketegangan antara Belanda dan Inggeris di Singapura berterusan sehingga tahun 1824, ketika mereka menandatangani Perjanjian Anglo-Belanda. 

Menurut syarat-syarat perjanjian itu, Belanda secara rasmi menarik balik penentangan mereka terhadap kehadiran British di Singapura. Banyak sejarawan berpendapat bahawa perjanjian itu membahagikan lingkaran pengaruh antara Belanda dan Inggeris; 

Kesultanan Johor ke Johor moden dan kelahiran negeri baru Riau-Lingga selepas pemecatan Sultan terakhir dari Johor. 

Namun perjanjian ini ditandatangani diam-diam tanpa sepengetahuan bangsawan tempatan termasuk Sultan dan kerananya legitimasinya dipertanyakan. Hal ini serupa dengan Perang Dunia 2 persidangan di Yalta di mana Stalin, Roosevelt dan sekutu lain bersetuju untuk berkongsi dunia yang dikenal dalam blok-blok kuasa timur dan barat sementara Jerman dan Jepun masih berdaulat.

Inggeris berjaya dikesampingkan pengaruh politik Belanda dengan mewartakan Tengku Hussain sebagai Sultan Johor dan Singapura untuk mendapatkan pengakuan hukum dalam lingkup pengaruh mereka di Singapura dan Semenanjung Malaysia. 

Legitimasi proklamasi Sultan Hussein sebagai Sultan Johor dan Singapura, adalah tidak diakui oleh semua pemerintah Melayu dan gelaran 'sultan'nya hanya sekadar nama. kedudukan Temenggong Abdul Rahman, di sisi lain, diperkuatkan sebagai penandatanganan perjanjian yang mengasingkannya dari pengaruh Raja Ja'afar (Yam Tuan Muda Riau). 

Sementara itu, Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dilantik sebagai Sultan Johor dan bersemayam di Pulau Lingga pada bulan November 1822, lengkap dengan alat-alat kebesaran diraja Empayar Johor. 

Sultan Abdul Rahman, seorang yang warak, menjadi puas hati dengan lingkup politik pengaruhnya di Lingga, di mana keluarganya terus mempertahankan rumah tangganya pentadbiran di bawah arahan Raja Ja'afar yang memerintah di bawah naungan dari Belanda.

Kuasa-kuasa yang berminat

Terdapat tiga pihak iaitu kuasa Penjajah Inggeris dan Belanda, para bangsawan yang membuat perjanjian dengan Belanda iaitu Raja Jaafar, Yam Tuan Muda dari Riau dan Temenggung Abdul Rahman, dari Johor dan Singapura, pihak istana Johor yang terdiri dari Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah dan Bendahara tidak menyedari perjanjian ini kerana perjanjian ini tidak ditandatangani tanpa pengetahuan mereka.[5] Disebabkan perjanjian tidak diiktiraf oleh Sultan dan Bendahara, orang Melayu tidak memberi memperhatikan setiap tindakan kuasa penjajah.

Yam Tuan Muda (Gabenor Riau) telah melakukan pengkhianatan dengan "menjual" kedaulatan Johor,[6] tetapi tidak Sultan atau Bendahara kerana mereka bukan merupakan pihak yang terlibat dalam perjanjian. 

Adalah salah untuk membuat penilaian bahawa Sultan tidak mematuhi perjanjian 1830. Perjanjian itu ditandatangani secara rahsia dan butirannya hanya diketahui pada tahun 1855.[7] 

Pada kenyataannya, Sultan adalah memiliki hak kedaulatan dan menuntut taat setia dari semua pembesar Empayar Johor. Adapun Temenggung, ia menguatkan kedudukannya dalam persiapan perubahan nasib Kesultanan Johor, bersiap-siap untuk memiliki persahabatan dengan United Kingdom dan berkongsi kekayaan dengan British di saat keruntuhan Kesultanan Johor. 

Hal ini terbukti benar berlaku apabila anak Temenggung Daeng Ibrahim, Temenggong Abu Bakar (kemudian menjadi Sultan Abu Bakar) bercita-cita menjadi Sultan Johor.

Sultan cuba membaiki keadaan

Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah meninggal dunia pada tahun 1832 dan digantikan oleh puteranya, Sultan Muhammad II Muazzam Shah (berkuasa 1832-1841). Raja Jaffar, Yam Tuan Muda Riau meninggal dan Sultan tidak tergesa-gesa untuk mengangkat pengganti. Sultan melihat kerosakan yang dilakukan ke Istana dalam kerajaan ayahnya dan memutuskan untuk memperbetulkan dan mengembalikan adat sebagai peraturan yang mengatur perilaku peribadi dan politik.[8] Dia memanggil Bendahara Ali (Raja Bendahara Pahang) untuk Lingga. 

Di Lingga, pendalaman fungsi adat diadakan.[9] Bendahara melakukan upacara (sesuai adat) yang bertujuan untuk mendidik bangsawan dan Sultan tentang tugas dan tanggung jawab masing-masing. 

Islam dan politik telah dibahas. Ini dihadiri oleh seluruh bangsawan dari seluruh Empayar Johor, maka, membuktikan bahawa 'Sultan' di Singapura (Tengku Hussain) tidak diakui oleh orang Melayu. Upacara juga meliputi penabalan Tengku Mahmud (kemudian memerintah sebagai Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah) sebagai putera mahkota dan Tun Mutahir sebagai bakal Bendahara.

Pada tahun 1841, Bendahara Ali melantik Temenggung Ibrahim untuk menggantikan ayahnya yang meninggal pada 1825.[10] Jarak waktu yang lama ini kerana ketidaksenangan Bendahara atas isu Singapura. Syarat telah dikenakan selama pelantikan termasuk dikehendaki membuat kunjungan kepada Sultan Mahmud Muzaffar yang berkuasa di Lingga sebagai tanda taat setia yang mengembirakan Tuanku Sultan. 

'Sultan Hussein' Singapura telah meninggal pada tahun 1835 dan puteranya, Tengku Ali berharap legitimasi yang diberikan kepada Temenggung Ibrahim dberlakukan juga kepadanya. Inggeris meneruskan permintaan itu pada tahun 1841 kepada Bendahara. Bendahara Ali menolak untuk mengambil bahagian dalam pengkhianatan ini.

Setelah menunggu sejak 1835 untuk ditabalkan sebagai Sultan, pada tahun 1852 Tengku Ali memutuskan untuk 'kembali ke Johor' dengan menyatakan penghormatan dan taat setia kepada Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah di Pulau Lingga.[11] 

Selama tiga tahun Empayar Johor bersatu kembali lagi kecuali Singapura. Bimbang dengan keadaan keadaan ini, Inggeris memanggil Tengku Ali kembali ke Singapura dan mengancam untuk membatalkan persaraannya. Di Singapura, ia sering dikunjungi oleh Sultan Mahmud IV Muzaffar Shahdan hubungan mereka rapat.

Kejatuhan Empayar Johor

Kebimbangan Inggeris telah memaksa mereka melaksanakan perjanjian 1855 antara Tengku Ali dan Temenggung Ibrahim. Dalam pertukaran untuk pengakuan sebagai 'Sultan', Tengku Ali bersetuju untuk 'menyerahkan semua Johor'. Perjanjian itu hanya mengesahkan terus kekuasaan Temenggung di wilayahnya di tanah daratan Johor. 

Perjanjian ini bertujuan untuk menguatkan kedudukan Temenggung Ibrahim, sekutu utama Inggeris. 

Bendahara Ali ditanya oleh Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah tentang perjanjian 1855.[12][13] Dalam jawapannya, Bendahara menegaskan kembali tentang Temenggung seharusnya bersumpah setia kepada baginda dan perbuatan Tengku Ali, Bendahara tidak mengetahuinya. Beliau juga menegaskan bahawa dia bukan merupakan pihak yang terlibat dalam sebarang perbincangan dengan Inggeris atau Belanda. 

Belanda juga sangat bimbang. Tampaknya Sultan bertindak sendiri dan tidak mahu mendengar nasihat Yam Tuan Muda Riau yang dipengaruhi Belanda dan bangsawan Bugis.

Hal ini mencetuskan menjadi pertikaian terbuka antara Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah dan bangsawan Bugis atas perlantikan Yam Tuan Muda Riau yang baru. Calon untuk jawatan itu dipersetujui oleh bangsawan Bugis dan Belanda.[14] 

Sultan tidak suka mempunyai Yam Tuan Muda yang dipengaruhi kuasa asing. Kebuntuan ini menyebabkan Sultan belayar ke Singapura untuk bertenang. Semasa Sultan Mahmud IV Muzaffar Shah berada di Singapura, baginda disingkirkan dari jawatan Sultan Empayar Johor oleh bangsawan Bugis pada 1857.

Kemunculan kuasa bekas jajahan Johor 

Pemisahan tanah daratan Johor dengan Riau 

Setelah penggulingan bekas Sultan Johor, bangsawan Bugis melantik sultan baru, Sultan Sulaiman II Badrul Alam Shah, Sultan "baru" bagi kerajaan Riau-Lingga didirikan atas sisa Empayar Johor.[15] 

Sultan Sulaiman menandatangani perjanjian dengan Belanda.[16] Dalam perjanjian tersebut baginda bersetuju untuk mengakui kedaulatan Belanda terhadap kerajaannya. Hanya dengan sebatang pena, dia memecahkan Empayar Johor menjadi 2 bahagian besar dan telah menyerah kedaulatan bahagian wilayah kekuasaannya kepada Belanda. 

Ini juga menandakan berakhirnya kesultanan Johor sebagai penerus Kesultanan Melaka. Pembahagian ini berlangsung tetap hingga ke hari ini sebagai sempadan Malaysia-Indonesia.

Johor dan Pahang

Selepas Sultan Mahmud Muzaffar digulingkan dan Sultan baru menyatakan wilayahnya yang baru sebagai berasingan dari Empayar Johor dahulu, itu mirip dengan seekor kambing disembelih dengan Sultan (sebagai badan) dan Riau-Lingga yang diwakili oleh kepala. 

Bendahara sekarang ini menjadi ketua besar kepada sisa-sisa Empayar Johor berperanan sebagai pelindung adat.[17] Temenggung Ibrahim dari Johor memahami situasi ini dan akan menandatangani perjanjian dengan Bendahara Tun Mutahir dari Pahang pada 1861.[18]

Perjanjian itu mengakui wilayah Johor (darat), dimiliki oleh keturunan Temenggung dan keturunannya untuk memerintah, pengakuan perlindungan bersama antara Pahang dan Johor. Dengan penandatanganan perjanjian ini, sisa-sisa Empayar menjadi 2 negara merdeka, Johor dan Pahang.

نڬري جوهر دارالتّعظيم
Johor Darul Ta'zim
1914-1942
1945-1957
FlagCoat of armsCogan kata: Kepada Allah Berserahكڤدالله برسراه
Johor dalam Malaysia kini
Status Negeri naunganBritish
Ibu kota Johor Bahru(dahulu dikenali sebagai Tanjung Puteri)
Bahasa lazim Bahasa Melayu(menggunakan tulisan Jawi)  Bahasa Inggeris
Agama Islam
Sultan • 1895-1959 Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar

Penasihat Am
• 1914-1918 D.G. Campbell
• 1940-1941 W.D. Barron

Era sejarah Empayar British

• Diiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat oleh BritishDiiktiraf sebagai negeri yang bebas dan berdaulat oleh British 11 Disember 1885

• Naungan British 12 Mei 1914

• Pendudukan Jepun 31 Januari 1942

• Jepun menyerah kalah 14 Ogos 1945

• Kemasukan ke dalam Persekutuan Tanah MelayuKemasukan ke dalam Persekutuan Tanah Melayu 1 Februari 1948 

Matawang

Dolar Selatsehingga 1939 

Dolar Malayasehingga 1953

Didahului oleh  Johor

Diganti oleh 

Pendudukan  Jepun

Persekutuan Tanah Melayu 

Hari ini sebahagian daripada  Malaysia

Sejarah Johor moden

Wangsa Temenggong
Pada 10 Mac 1855, di bawah perjanjian di antara British di Singapura dan Sultan Ali dari Johor, kuasa memerintah Johor diserahkan kepada Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim dengan Muar masih lagi di bawah kekuasaan sultan. Muar kemudiannya diserahkan kepada Temenggung Ibrahim pada tahun 1877. Temenggung Ibrahim membuka sebuah bandar iaitu Bandar Tanjung Puteri di selatan Johor dan menjadikannya sebagai sebuah bandar utama. Bandar Tanjung Puteri kemudiannya dikenali sebagai Johor Bahru.
Temenggung Ibrahim kemudiannya digantikan oleh anaknya, Temenggung Abu Bakar yang kemudiannya memegang gelaran Seri Maharaja Johor. Pada tahun 1866, dia dilantik menjadi sultan Johor secara rasmi. Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim memperkenalkan sebuah perlembagaan dan menubuhkan sebuah sistem pentadbiran yang cekap dan berkesan. Baginda juga memerintahkan dibinanya Istana Besar, tempat tinggal rasmi sultan. Sultan Abu Bakar kemudiannya dikenali sebagai Bapa Johor Moden.
Pada 11 Disember 1885, Sultan Abu Bakar telah menandatangani perjanjian persahabatan dengan wakil kerajaan British, Sir Frederick Arthur Stanley yang merupakan Setiausaha Tanah Jajahan British. Melalui perjanjian ini, kerajaan British mengiktiraf Johor sebagai sebagai sebuah negeri yang bebas dan berdaulat. Baginda juga diiktiraf sebagai Sultan Johor. Baginda bersetuju menerima seorang pegawai British yang bertugas sebagai Konsul British di Johor dan bukan sebagai penasihat. British juga bersetuju melindungi Johor jika berlaku sebarang ancaman dari luar.
Johor juga menikmati pembangunan ekonomi yang cemerlang. Permintaan lada hitam dan gambir yang tinggi pada kurun ke-19 menyebabkan pembukaan ladang-ladang baru dan kemasukan buruh Cina secara beramai-ramai. Sistem Kangchu dilaksanakan.
Pada 12 Mei 1914, Sultan Sir Ibrahim Al-Masyhur ibni Sultan Abu Bakar telah menandatangani perjanjian dengan Sir Arthur Henderson Young, Gabenor Negeri-Negeri Selat. Dalam perjanjian ini, jawatan Konsul ditukar kepada Penasihat Am. Dengan ini, Douglas Graham Campbell yang merupakan Residen British di Negeri Sembilan yang kelapan telah dilantik sebagai Penasihat Am British pertama di Johor. Ini juga telah menukarkan taraf Johor daripada sebuah negeri yang bebas dan berdaulat kepada sebuah negeri naungan British.[19]
Walaupun Sultan Sir Ibrahim menerima Penasihat Am British, kuasa pemerintahan baginda kekal dan tidak berkurangan seperti raja-raja Melayu yang lain di mana kuasa mereka dikawal oleh Residen dan Penasihat British.[20] Mereka hanya berkuasa terhadap agama Islam dan adat-istiadat Melayu sahaja.
Senarai Penasihat Am British JohorNo.NamaTahun1.Douglas Graham Campbell19142.F.G. Weld (pemangku)1914-19163.Douglas Graham Campbell1916-19174.F.J. Hallifax (pemangku)1917-19185.J.F. Owens1918-19216.Hayes Marriot1921-19267.Charles Walter Hamilton Cochrane1926-19288.George Ernest Shaw1928-19319.Richard Olaf Winstedt1931-193510.Walter Evelyn Pepys1935-194011.W.D. Barron1940-1941
Pendudukan Jepun
Perang Dunia II meletus pada tahun 1939. British yang bertanggungjawab dalam aspek pertahanan Johor dikalahkan dengan mudah oleh tentera Jepun. Jepun menduduki Johor dari tahun 1941 hingga tahun 1945. Pendudukan Jepun di Johor menggantikan British tidak membawa apa-apa perubahan kepada pemerintahan Johor malahan tentera dan pegawai Jepun amat menghormati baginda Sultan Sir Ibrahim kerana baginda memiliki 'Order of The Rising Sun', darjah kebesaran Jepun yang dikurniakan oleh Maharaja Meijipada tahun 1934.
Jepun meneruskan dasar British dengan meletakkan seorang penasihat negeri di Johor untuk membantu Sultan Sir Ibrahim dalam urusan pentadbiran negeri. Ini menjadikan Johor sebahagian daripada Empayar Jepun. Ini juga berbeza dengan negeri-negeri Melayu yang lain di mana setiap negeri ditadbir oleh seorang Gabenor Wilayah dan raja-raja Melayu tidak lagi menjadi pemerintah negeri tersebut. Berikut ialah senarai penasihat negeri di Johor semasa zaman pendudukan Jepun di Tanah Melayu:No.NamaTahun1.Kenji Doihara1943-19452.Seishirō Itagaki1945
Pra-kemerdekaan Tanah Melayu
Selepas tamatnya peperangan, British kembali ke Johor dan pada tahun 1946, Johor menjadi sebahagian daripada Malayan Union. Nasionalisme Melayu yang diketuai oleh Dato' Onn Jaafar daripada UMNO menyebabkan Malayan Union dibatalkan. Selepas itu, Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu dimeterai di King House (kini Carcosa Seri Negara) pada 21 Januari 1948. Mengikut perjanjian ini, 11 negeri-negeri Melayu termasuk Pulau Pinang dan Melaka bergabung dan membentuk Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya mencapai kemerdekaan.
Walau bagaimanapun, Sultan Sir Ibrahim masih tidak yakin dengan cadangan kemerdekaan Tanah Melayu. Pada bulan September 1953, Sultan Sir Ibrahim menulis surat bertajuk "Straits Settlement Forever" (Negeri-Negeri Selat Selama-lamanya) kepada akhbar The Straits Times yang berharap agar sistem Penasihat British dapat diteruskan dan negeri Pulau Pinang dan Melaka tidak perlu berada di dalam Persekutuan Tanah Melayu dan patut bersama-sama Singapura menjadi tanah jajahan British sampai bila-bila.[21]
Sultan Sir Ibrahim juga telah menyuarakan hasrat baginda untuk menolak kemerdekaan Tanah Melayu semasa sambutan Jubli Intan pemerintahan baginda pada 17 September1955. Baginda juga memberi amaran kepada negeri-negeri Melayu untuk menolak cadangan kemerdekaan dengan berkata "You Will Suffer If British Go!" (Kamu Akan Sengsara Jika British Pergi!).[22]
Penolakan Sultan Sir Ibrahim terhadap kemerdekaan Tanah Melayu membawa kepada penubuhan Persatuan Kebangsaan Melayu Johor (PKMJ) pada 22 Oktober 1955 oleh seorang kerabat istana Johor iaitu Ungku Abdullah bin Ungku Omar. PKMJ bukan saja menyokong saranan Sultan Sir Ibrahim untuk terus berada di bawah naungan British tetapi berusaha untuk memisahkan Johor dari Persekutuan Tanah Melayu dan seterusnya menggagalkan kemerdekaan Tanah Melayu. [23]
PKMJ bukan saja mendapat tentangan daripada Ketua Menteri Persekutuan Tanah Melayu, Tunku Abdul Rahman dan Parti Perikatan, tetapi turut mendapat kecaman daripada orang Johor sendiri. Pada bulan November 1955, penduduk daerah Segamat yang mengelarkan kumpulan mereka 'Pasok Melaya Daerah Segamat' mengugut untuk meninggalkan daerah Segamat dari negeri Johor jika Johor tidak menyertai Persekutuan Tanah Melayu.[24]
Menjelang kemerdekaan, semakin ramai ahli-ahli PKMJ meninggalkan persatuan itu dan akhirnya persatuan ini terkubur. Ini bermakna cadangan Sultan Sir Ibrahim untuk menolak kemerdekaan dan dibawa oleh Ungku Abdullah melalui PKMJ tidak dapat diterima oleh rakyat Johor sendiri. [25]
Pada ketika itu, Sultan Sir Ibrahim sedang gering. Baginda menghabiskan hayatnya selama 2 tahun di Rumah Grosvenor, London dengan menonton televisyen, melawat teater bersama isterinya yang ke-6, Marcella Mendl dan puterinya, Tunku Meriam. Baginda telah menyerahkan pentadbiran Johor kepada puteranya, Tunku Ismail. Ungku Abdullah telah menasihati Tunku Ismail agar tidak menandatangani Perlembagaan Kemerdekaan tetapi beliau tidak diendahkan dan baginda terus menandatangani perlembagaan tersebut sejurus menjadikan Johor sebagai salah sebuah negeri yang menyertai Malaysia dan mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.[26]
Garis masaRencana utama: Sultan JohorDinasti Warisan Kesultanan Melaka1511-1528: Sultan Mahmud Shah I1528-1564: Sultan Alauddin Riayat Shah II (Raja Ali/Raja Alauddin)1564-1579: Sultan Muzaffar Shah II (Raja Muzafar/Radin Bahar)1579-1580: Sultan Abdul Jalil Shah I (Raja Abdul Jalil)1581-1597: Sultan Ali Jalla Abdul Jalil Shah II (Raja Umar)1597-1615: Sultan Alauddin Riayat Shah III (Raja Mansur)1615-1623: Sultan Abdullah Ma'ayat Shah (Raja Mansur)1623-1677: Sultan Abdul Jalil Shah III (Raja Bujang)1677-1685: Sultan Ibrahim Shah (Raja Ibrahim/Putera Raja Bajau)1685-1699: Sultan Mahmud Shah II (Raja Mahmud)Dinasti Bendahara Johor1699-1720: Sultan Abdul Jalil IV (Bendahara Paduka Raja Tun Abdul Jalil)1718-1722: Sultan Abdul Jalil Rahmat Shah (Raja Kecil/Yang DiPertuan Johor)1722-1760: Sultan Sulaiman Badrul Alam Shah (Raja Sulaiman/Yang DiPertuan Besar Johor-Riau)1760-1761: Sultan Abdul Jalil Muazzam Shah1761-1762: Sultan Ahmad Riayat Shah1762-1812: Sultan Mahmud Shah III (Raja Mahmud)1812-1819: Sultan Abdul Rahman Muazzam Shah (Tengku Abdul Rahman)1819-1835: Sultan Hussain Shah (Tengku Husin/Tengku Long)1835-1877: Sultan Ali (Tengku Ali; tetapi baginda tidak diiktiraf oleh Inggeris)Dinasti Temenggung1855-1862: Raja Temenggung Tun Daeng Ibrahim (Seri Maharaja Johor)
Tidak memakai gelaran Sultan kerana menghormati Sultan Ali yang masih hidup.Sultan Johor Moden1862-1895: Sultan Abu Bakar Daeng Ibrahim (Temenggung Che Wan Abu Bakar/Ungku Abu Bakar)1895-1959: Sultan Ibrahim ibni Sultan Abu Bakar1959-1981: Sultan Ismail ibni Sultan Ibrahim1981-2010: Sultan Mahmud Iskandar Al-Haj2010-Kini: Sultan Ibrahim Ismail Ibni Sultan Mahmud Iskandar
Nota dan rujukan sila rujuk; Sumber: Sejarah Johor - Wikipedia Bahasa Melayu, ensiklopedia bebas


Sejarah Lanun Sultan Johor
SULTAN JOHOR LANUNSejarah Sultan Lanun JohorPada 11 Julai 2012 yang lalu, artikel CD bertajuk Polis diraja Johor mempersoalkan kewujudan Polis diraja Johor yang tidak diketahui tujuan penubuhannya - adakah di bawah Askar Timbalan Setia Negeri Johor atau dikenali sebagai Johor Military Force (JMF) atau adakah ditubuhkan sebagai polis bantuan yang dibenarkan di bawah penubuhan Akta Polis 1967 atau adakah hanya sebagai security guard?

Blog entry kali ini cuba membuat ulasan mengenai salah satu tulisan Uncleseekers bertajuk Sultan Johor Atau Kerabatnya? (Part 62) - Johor Military Force (JMF) Relevan atau Tidak? Ditegaskan sekali lagi, semua dakwaan Uncleseekers melalui artikel-artikel di blognya bukan semuanya benar dan bukan semuanya salah. Di dalam artikel berkenaan (yang ditulis melalui e-mail oleh Kamal Hisham mengenai JMF), dinyatakan JMF diwujudkan ekoran daripada kes Mighell v. the Sultan of Johore.

“Adakah betul JMF ditubuh hanya untuk menyelamatkan Sultan Johor yang telah disaman di England kerana melakukan pecah janji atau tak jujur pada janji nya kepada seorang wanita ? Ini berkaitan kes Mighell vs The Sultan of Johor? Adakah benar dari fakta kes itu, sudah pasti Sultan akan kalah kes , jadi dia cuba mengguna taktik berbelit sedikit iaitu mengunakan alasan ‘raja berkedaulatan atau sovereign’ sebagai cara lepaskan diri dari tindakan mahkamah - E-mail Kamal Hisham yang disiarkan dalam blog Unclessekers Petikan akhbar Straits Times, 12 Disember 1893
Itu tidak benar! Kes tersebut dibicarakan pada tahun 1894, sedangkan JMF ditubuhkan pada tahun 1886 oleh Sultan Abu Bakar. Bermakna JMF ditubuhkan bukan disebabkan oleh kes Mighell v. Sultan of Johore (1894) 1 QB.

Mengikut akhbar Straits Times Weekly Issue, 12 December 1893 (muka surat 5), Albert Baker dan Jenny Mighell berkenalan pada bulan Ogos 1885. Walaupun kemudiannya Jenny Mighell mengetahui Albert Baker adalah seorang Maharaja, wanita itu masih menantikan Albert Baker selama 5 tahun. Hanya pada 30 Ogos 1893 Mighell membawa kes ini ke mahkamah. Akhirnya pada tahun 1894, Albert Baker terlepas daripada pengadilan kerana sebagai seorang Raja negeri-negeri Melayu, baginda adalah kebal dari sudut undang-undang. 
Melihat daripada tarikh-tarikh tersebut jelas menunjukkan penubuhan JMF tiada kena-mengena dengan kes Mighell v. the Sultan of Johore seperti yang didakwa di dalam blog Uncleseekers.

Jadi, apakah alasannya JMF ditubuhkan?

Umum mengetahui keturunan Kesultanan Johor yang memerintah negeri Johor pada hari ini bukanlah waris kesultanan Johor yang sah. Mereka hanya berketurunan Temenggong, bermula dari Temenggung Daeng Ibrahim yang menggunakan tipu-helah dan muslihat untuk memerintah negeri Johor. Si katik cuba mengingatkan rakyat Johor belajar sejarah. Harap dia pun tahu sejarah asal-usul nenek moyangnya hanyalah Temenggung Johor yang merampas takhta dengan tipu-helah dan muslihat bersama British. 
Temenggung Daeng Ibrahim dan kemudian anaknya Temenggung Abu Bakar merupakan pemerintah Johor de facto bukan bertaraf raja atau Sultan

Untuk menjadi Sultan perlu mendapat pengikhtirafan dari Sultan-sultan yang berdaulat seperti Perak, Siak dan Lingga. Sebagai contoh Daeng Lumu ditabalkan menjadi Sultan Selangor yang pertama oleh Sultan Perak dan dihadiahkan sebahagian alat nobat Perak yang diwarisi dari Kesultanan Melayu Melaka untuk dijadikan alat kebesaran diraja Selangor. 
Begitu juga Bendahara Tun Zainal Abidin bin Tun Habib Abdul Majid diikhtiraf menjadi Sultan oleh Raja Pattani. Alat-alat kebesaran diraja Johor Lama semuanya disimpan di Pulau Penyengat oleh Engku Hamidah (isteri Sultan Mahmud Shah III) kerana tidak mahu ianya terlepas ke tangan lanun iaitu Temenggung yang ingin menjadi raja. 
Untuk menampakkan Temenggung Abu Bakar setaraf raja-raja di negeri Melayu yang lain, British menyarankan Temenggung Abu Bakar menggunakan gelaran Maharaja seperti raja-raja di India
Nobat Kesultanan Johor Lama yang diberikan kepada Kesultanan Terengganu apabila Kesultanan Riau-Lingga runtuh. Nobat ini tidak diserahkan kepada keturunan Temenggong yang merajakan diri di Johor. 
Umum juga mengetahui JMF ditubuhkan ekoran daripada perjanjian Anglo-Johor Treaty 1885. British menasihati Sultan Johor untuk memiliki sebuah kekuatan tentera sendiri bagi melindungi institusi diraja dan juga negeri Johor. Selepas ini juga lah iaitu pada 1 Julai 1886, Maharaja Abu Bakar mula memakai gelaran Sultan.

Persoalannya, mengapakah British menasihati Maharaja Abu Bakar untuk memiliki tentera sendiri

1. Serangan Si Bongkok terhadap Temenggung dan British 
Lagu rakyat negeri Johor "Tanjung Puteri” dikatakan dicipta sekitar tahun 1950an bukan sahaja menceritakan mengenai keindahan negeri Johor, tetapi terdapat perkara yang perlu dikaji sejarahnya. Dalam lirik lagu tersebut ada disebut “Pusara Si Bongkok di lereng bukit, di tepi pantai Tanjung Puteri”

https://www.youtube.com/watch?v=SqPPHz67BAc
Pusara Si Bongkok yang hanya bernesankan sekeping papan diletakkan seorang lelaki pada 23 Januari 1981 selepas dia bermimpi didatangi Si Bongkok yang menyuruhnya menanda pusara berkenaan. Penulis novel sejarah, Abdul Latip Talib mengambil inisiatif sendiri untuk meletakkan nesan batu di pusara tersebut. Mana pergi kerajaan negeri?
Siapa Si Bongkok yang dimaksudkan? Si Bongkok memang nama asalnya manakala nama bapanya adalah Damak. Si Bongkok adalah merupakan seorang pahlawan Melayu yang menentang campur tangan British dalam pentadbiran dan ekonomi Johor dan juga menentang Temenggung Johor yang menjadi pemerintah de-facto Johor. 
Si Bongkok juga inginkan takhta kesultanan Johor yang ketika itu dikuasai Temenggung Daeng Ibrahim dikembalikan kepada pewaris asal iaitu Sultan Ali. 
Si Bongkok dan pengikutnya menyerang kapal-kapal yang melalui perairan Johor untuk berdagang di pelabuhan Tanjung Puteri dan Singapura. Tindakan itu menyebabkan aktiviti perdagangan dan ekonomi di Tanjung Puteri dan Singapura semakin merosot. British dan Temenggung Ibrahim menghantar angkatan laut Johor diketuai Laksamana Daeng Alek untuk menyerang Si Bongkok. 
Serangan demi serangan gagal untuk mengalahkan Si Bongkok. Paglima Putih yang merupakan adik Si Bongkok adalah pengikut kepada Temenggung Ibrahim. Dikatakan Si Bongkok dan Palima Putih mencintai gadis yang sama iaitu Tanjung, anak kepada Datuk Penggawa Timur. Berlaku pergelutan antara mereka berdua dan Si Bongkok terbunuh. 
Ada sumber mengatakan dalam pergelutan tersebut Si Bongkok membunuh diri dengan menggunakan senjatanya kerana tidak sanggup untuk bergaduh dengan adiknya sendiri. Persoalannya benarkah Si Bongkok membunuh diri? Mungkin sengaja direka-reka oleh mereka yang membenci perjuangan Si Bongkok yang menentang British dan Temenggung Ibrahim.
Kisah Si Bongkok yang menentang Temenggung Ibrahim dan British ini kemungkinan berlaku sekitar tahun 1855 hingga 1877. Mengapa 1855? Kerana ini adalah tahun dimana pusat pentadbiran Johor dipindahkan dari Teluk Belanga, Singapura ke Tanjung Puteri. Dan 1877 adalah tahun dimana Sultan Ali mangkat. Penentangan Si Bongkok mungkin berlaku di dalam tempoh tersebut. 
Si Bongkok seakan dilupakan sejarahnya tidak seperti pahlawan menentang penjajah yang lain seperti Dol Said, Tok Janggut, Datuk Bahaman dan lain-lain adalah kerana Si Bongkok bukan sahaja membenci penjajah tetapi turut membenci Temenggung yang merampas hak Kesultanan Johor yang sah. Dan keturunan Temenggung yang dibenci itu lah merupakan keturunan Kesultanan Johor pada hari ini.2. Perang Jementah 
Perang Jementah berlaku disebabkan sikap imperialis Temenggung Ibrahim dan anaknya Temenggung Abu Bakar yang ingin meluaskan lagi kekuasaannya ke atas Muar-Kesang yang menjadi hak Sultan Ali dan keturunannya di bawah Perjanjian 10 Mac 1855. ***** sangat kah Sultan Ali yang hanya menerima Muar-Kesang sedangkan lain-lain daerah dikuasai Temenggung Ibrahim? Ini lah muslihat Temenggung Ibrahim dan British yang kononnya akan menjadikan Melaka sebagai kota pemerintahan baginda. Itu sebabnya Sultan Ali dibenarkan tinggal di Melaka dan mangkat di Umbai, Melaka.Tengku Mahkota Muar jauh lebih handsome dari TMJ katik
Sejak itu Sultan Ali dikenali sebagai Sultan Muar. Sultan Ali meneruskan tradisi dengan mewakilkan Raja Temenggung Muar sebagai wakil Sultan dalam pemerintahan. Muar diberikan kuasa autonomi dan diperintah oleh Raja Temenggung Muar sejak zaman Sultan Ibrahim (1677–1685). Muar adalah anugerah Sultan Ibrahim kepada Sayyid Ibrahim sebagai mas kahwin semasa perkahwinan Sultan Ibrahim (ayahanda kepada Sultan Mahmud Mangkat Dijulang) dan adinda Sayyid Ibrahim. Keturunan Raja Temenggung Muar inilah yang memerintah Muar sehingga Maharaja Abu Bakar menjajah Muar-Kesang.
Sultan Ali mangkat di Umbai, Melaka pada tahun 1877. Bermula lah pertikaian diantara 2 putera - Tengku Mahmood dan Tengku Alam. Pembesar Muar-Kesang termasuk Raja Temenggung Muar memberi sokongan kepada Tengku Alam kerana beliau adalah putera sulung Sultan Ali dari isterinya bernama Daeng Siti iaitu anak pembesar Bugis. Disebabkan pertikaian ini, British menawarkan Maharaja Abu Bakar sebagai pemerintah sementara Muar-Kesang sehingga krisis diantara 2 putera itu berakhir. 
Untuk mendapat persetujuan pembesar-pembesar di Muar-Kesang, satu undian di Kuala Kesang dibuat. Maharaja Abu Bakar dan British menggunakan tipu muslihat sekali lagi dengan membeli dan mengugut pembesar-pembesar Muar-Kesang supaya mengundi Maharaja Abu Bakar. Jadi, British pun menyerahkan pentadbiran wilayah Muar-Kesang kepada Maharaja Abu Bakar. 
Ini menyebabkan Tengku Alam tidak berpuas hati dan akhirnya tercetuslah Perang Jementah pada 25 Oktober 1879. Dengan sokongan British, Maharaja Abu Bakar telah menang dalam Perang Jementah. Muar-Kesang jatuh sebagai wilayah jajahan Maharaja Abu Bakar dan sekaligus menghapuskan kekuasan Raja Temenggung Muar yang akhirnya dihapuskan oleh British pada 1902.Jadi, penentangan yang berterusan terhadap keturunan Temenggung yang merajakan diri sendiri dan menjadi penjilat tegar penjajah British adalah sebenarnya faktor mengapa JMF ditubuhkan. Ini adalah fakta yang tidak berani disentuh oleh mana-mana buku sejarah yang kebanyakannya dikarang oleh pihak yang menang.
Berbalik kepada persoalan yang dikemukakan oleh Uncle Seekers, masih relevan atau tidak JMF? Jawapannya adalah YA! 
1. Kebencian terhad

Artikel ini hanyalah simpanan cache dari url asal penulis yang berkebarangkalian sudah terlalu lama atau sudah dibuang :

http://peceq.blogspot.com/2019/03/johor-oh-johor-9238.html

Kempen Promosi dan Iklan
Kami memerlukan jasa baik anda untuk menyokong kempen pengiklanan dalam website kami. Serba sedikit anda telah membantu kami untuk mengekalkan servis percuma aggregating ini kepada semua.

Anda juga boleh memberikan sumbangan anda kepada kami dengan menghubungi kami di sini
Singapura Mahu Johor Hormati Terma Perjanjian Air

Singapura Mahu Johor Hormati Terma Perjanjian Air

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 247 hits
Singapura mahu Johor hormati terma perjanjian air Dikemas kini 44 minit yang lalu middot Diterbitkan pada 4 Mar 2019 6 18AM
Rawatan Yang Ada Di Mbh Body Theory Johor Bahru

Rawatan Yang Ada Di Mbh Body Theory Johor Bahru

papar berkaitan - pada 5/3/2019 - jumlah : 510 hits
Hai guys Kalini Juju nak kenalkan dengan korang satu tempat yang menarik untuk hilangkan lemak lemak di badan Hah siapa yang tak nak kuruskan Lebih lebih lagi macam Juju ni ha Semakin hari semakin bertambah angka dekat alat penimbang Aduh e...
Three More Diphtheria Cases Confirmed In Johor

Three More Diphtheria Cases Confirmed In Johor

papar berkaitan - pada 4/3/2019 - jumlah : 228 hits
The Health Ministry has confirmed three more diphtheria cases in Johor as of yesterday It was reported earlier that five children suspected to be diphtheria positive were at the pediatric isolation ward of the Sultanah Aminah Hospital in Jo...
Program Eksekutif Talk Siri 1 2019 Memperkasa Pendidikan Johor Dimensi Baharu Amalan Pendidikan

Program Eksekutif Talk Siri 1 2019 Memperkasa Pendidikan Johor Dimensi Baharu Amalan Pendidikan

papar berkaitan - pada 3/3/2019 - jumlah : 534 hits
Program Eksekutif Talk Siri 1 2019 Memperkasa Pendidikan Johor Dimensi Baharu Amalan Pendidikan Pagi ni kami ada sesi taklimat khas di Dewan Seminar Penyampainya adalah tuan timbalan sendiri Memang terbaeekkk Nak bahan dia boleh klik kat ad...
Informasi Mem Bumi Hangus Jatuhkan Ph Dap Pengerusi Dap Johor

Informasi Mem Bumi Hangus Jatuhkan Ph Dap Pengerusi Dap Johor

papar berkaitan - pada 6/3/2019 - jumlah : 251 hits
Gerakan bumi hangus BN jatuhkan PH DAPKUALA LUMPUR 6 Mac DAP melihat pergolakan yang berlaku di dalam pembangkang ketika ini sebagai satu daripada strategi peperangan untuk menjatuhkan kerajaan Pakatan Harapan Pengerusi DAP Johor Liew Chin ...
Kenapa Hutan Selangor Kena Tebang Tak Bising Tapi Kecoh Jika Di Johor

Kenapa Hutan Selangor Kena Tebang Tak Bising Tapi Kecoh Jika Di Johor

papar berkaitan - pada 7/3/2019 - jumlah : 303 hits
Gabungan NGO Prihatin Alam Sekitar Johor mahu berdialog dengan Yellow Flames Johor jika NGO itu benar benar prihatin dengan isu alam sekitar di negara ini Ini kerana kenyataan yang dikeluarkan NGO berkenaan memberikan gambaran seolah olah J...
Perjumpaan Bersama Umno Johor

Perjumpaan Bersama Umno Johor

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 286 hits
Tangkak 9 Mac 8212 Timbalan Presiden yang menjalankan tugas Presiden UMNO Datuk Seri Mohamad Hasan ketika hadir pada majlis perjumpaan bersama Ketua ketua UMNO Bahagian Negeri Johor di Kampung Kesang Tasek Serom tengahari ini Turut bersama ...
Zoo Johor Tunai Janji Ici

Zoo Johor Tunai Janji Ici

papar berkaitan - pada 9/3/2019 - jumlah : 326 hits
Zoo Johor Tunai Janji Ici Sakan ici nak nunggu hari ni Dah janji kalau dia gi sekolah setiap hari minggu lepas dan buat semua kerja rumah dia setiap hari aku akan bawak dia gi zoo hari ni Maka Setiap hari dia bangun awal dan balik terus bua...
Salam Dalam Salat Jenazah Sekali Atau Dua Kali

10 Praktik Keberlanjutan Yang Wajib Diterapkan Di Tahun 2025

Whatsapp Tak Lagi Sokong Peranti Android Lama Mulai 1 Januari 2025

Melawat Ke Sand Dunes Di Tottori Jepun

10 Perusahaan Rental Mobil Pontianak Resmi Update 2025

Nigeria Tragedi Rempuhan Sempena Agihan Makanan Pra Krismas Ragut 67 Nyawa

Helikopter Terhempas Di Hospital Di Turkiye Empat Maut

Pelajari Kesalahan Trader Pemula Untuk Persiapan Trading Profit Maksimal 2025


echo '';
5 Insiden Jalan Sesak Yang Berlaku Lebih 24 Jam Durasinya

Senarai Lagu Tugasan Konsert Minggu 6 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

Keputusan Markah Peserta Konsert Minggu 5 Gegar Vaganza 2024 Musim 11

10 Filem Drama Seram Melayu Berhantu Terbaru 2024 2025 Mesti Tonton

One In A Million 2024 Senarai Peserta Juri Format Pemarkahan Hadiah Dan Segala Info Saksikan Live Di TV3 Malaysia Dan Tonton Calpis Soda OIAM


Hazama Hattan Black Hitam Manis Chord

Top Stock Traders In The World And Key Lessons From Their Success

Resipi Kuetiau Basah Seafood Yang Sedap Untuk Sarapan Atau Makan Malam

Tips Rumah Kekal Wangi

Senarai Kursus Tvet Institusi Tvet Di Malaysia

Pizza Parang Melaka Makanan Viral Yang Wajib Anda Cuba